Feb 27, 2012

DATUK SALLEH BERANI MATI TAMPIL JAWAB ISU PECAH AMANAH NFC!!








"Saya tidak boleh membuat andaian apa akan berlaku dalam kes (National Feedlot Corporation)  ini, sebab ia adalah merupakan budi bicara Peguam Negara mengikut Perlembagaan negara kita. Hanya beliau sahaja yang berhak buat keputusan,"

Itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Syed Ismail Syed Azizan Sabtu bahawa polis mencadangkan supaya Penguam Negara mendakwa Pengerusi Ekskutif  NFC , Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail,yang juga suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, atas tuduhan pecah amanah (CBT).

Beliau berkata cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.

"Kertas siasatan ini akan dikembalikan ke pejabat AG (Peguam Negara) dalam masa terdekat," kata Syed Ismail.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Sekinchan semasa lawatan seharinya ke Selangor Ahad,Najib menjelaskan tanggungjawab polis menjalankan siasatan dan mendapatkan bukti secukupnya untuk Peguam Negara supaya jika kes itu dibawa ke mahkamah, pendakwaan kes itu dapat diterima mahkamah.

"Kita tidak boleh anggap bahawa semua siasatan akan berkesudahan dengan pendakwaan. Pendakwaan itu mesti mengambil kira peruntukan tertentu dalam perlembagaan.

Sementara itu  NFC telah mengeluarkan satu kenyataan petang Ahad menyuarakan rasa terkejut dengan cadangan polis supaya  Dr Mohamed Salleh didakwa atas tuduhan pecah amanah,

Ia berpendapat kenyataan itu diberikan terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan.

"NFCorp terkejut dan bingung bahawa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Syed Ismail Syed Azizan mengeluarkan kenyataan itu terlalu awal sedangkan beliau sendiri mengakui siasatan masih berjalan dan dengan itu masih belum siap," menurut syarikat itu dalam kenyataan yang disediakan oleh firma perunding perhubungan awamnya.

Menurut kenyataan itu, syarikat sedang meneliti dakwaan polis itu atas nasihat peguamnya Shafee Abdullah.

Dalam kenyataan itu, NFC mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di sebalik kenyataan itu, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung perkara itu.

Isu NFC mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia langsung menjadi panas apabila pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. AGENDA DAILY

6 comments:

kkamdias said...

Salm bro GR... Mohon link kkamdias.blogspot.com ke blogroll tuan. GR dah dipautkan. Tq

Anonymous said...

Hope this case can be resolved as soon as possible.. Whether to court or not..

Anonymous said...

Dr Badrul memang dah kantoi...

PKR Selangor pun dah mengaku bahawa dia dah bersalah... Bagi satu bulan cuti.. Suruh settlekan benda tu.. Yang hairannya, bapak PKR buat maksiat tak pe, tapi anak buah tak boleh.. Biasalah ikan bilis aje.. Tak penting pun dalam PKR selangor tu...

Dia pun dah mengaku bersalah awal awal dengan cakap yang dia nak pencen dari politik PKR.. Tapi undang undang tetap undang undang.. Harap dia dihukum pancung.. Seperti dia cakap mufti perak patut dipancung..

Anonymous said...

Setiap penjawat awam tak boleh menggunakan kedudukan awam untuk mendapat kepentingan keatas diridankeluarga..jelas dalam Perintah Am.Tapi sebaliknya yang berlaku.Yang bawah-bawah kena patuh tapi diatas tak payah ikut.

Anonymous said...

Dah naik muak dengan PR...

Semua salah BN... Badrulamin kena tangkap khalwat pun kerja bn.. Tak ke bodoh tu.. Kalau dah pandai sangat kenapa kena jerat bn.. Itu nampak dua kali bodoh. Masa berkhalwat tak terfikir ke pasal tu.. Fikir syok aje..

Bapak si perempuan tu nak cover lain dan tutup aib keluarga dia aje.. Cakap lah macam macam.. Faizal dan bini dia tu mesti org PKR jugak, kalau tidak tak akan pergi umrah sama sama, pergi usrah badrul tu sama sama etc.. Bodoh sangat dan dayuslah faizal tu kalau nak perangkap bini sendiri...

Kebodohan badrul tu sampai Orang PKR Selngor pun tak percaya pada dia...

Anonymous said...

Siapa bini badrul ni...

Aishah abu ke.. zumrah husni..

Laporan polis tahun 2005 cakap dia pukul isteri yang bernama aisha abu bakar dihadapan anak...

News tadi cakap dia pergi pejabat JAIP dengan isteri bernama zumrah husni...

Confused.. Confused..

Powered by Blogger.