Feb 11, 2012

BUKTI - FOTO SKANDAL KHALID SAMAD VS FOTO HASAN ALI JULANG BENDERA UMNO!!







Mungkin menghina UMNO menjadi satu tradisi yang wajib ke atas setiap umat PAS melaksanakannnya. Akan tetapi menghina Hasan Ali, yang dahulu dijulang Pimpinan PAS salah seorang daripada seribu Pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan Daulah Islamiyah sukar diterima. GAMBAR ini ketika Hasan Ali mengadakan Ceramah di Meru Selangor.
 

Adakah benar seperti yang tertera pada gambar ini? Benarkah tertera bendera UMNO di belakang Hasan Ali? Benarkah bukti sepertimana yang dipaparkan di blog2 Pembangkang. Pamer gambar di bawah. Bandingkan. Lihat dengan teliti.



GAMBAR SEBELUM




GAMBAR SELEPAS



 Ini adalah gambar milik Otai Blogger Darul Ehsan Today (DET), sahabat seperjuangan Gelombang Rakyat yang telah diubahsuai oleh pencacai2 Parasit PAS dengan meletakkan bendera UMNO di belakangnya kononnya ceramah ini deanjurkan UMNO. Apa motif? Kononnya Hasan Ali memang Agen UMNO sejak dari dulu lagi.






Ini antara penceramah yang turut serta dalam program tersebut. Mana Bendera UMNO itu? Mana? Mana datangnya bendera itu Dr. Rani.? Mana datangnya bendera itu wahai Pejuang Kristianisasi Khalid Samad... Mana bendera UMNO itu WAHAI teman blogger Pencacai Parasit Cuping Merah. 

CUPING MERAH merupakan blogger yang memaparkan gambar ini. Berani hina orang yang berbicara soal Islam.. Soal Akidah.. Soal Akhlak yang semakin songsang seperti blogger PAS ini lahir setelah bertapa bergurukan Khalid Samad. Ini yang dok kata Blogger Pro Kerajaan ini FITNAH, Klik DISINI untuk papar blogger FITNAH Pencacai Parasi PAS.





Ada cadangan. Jika benar CUPING Merah adalah pejuang Islam. Pamer gambar di atas. Ini bukan Superimpose. Ini gambar sebenar. Siap bervideo. Tanya Khalid Samad. Berani kamu nafi? Pamer gambar ini. Bukti gambar ini KLIK DISINI. Bayangkan.. Seorang Pemimpin yang lahir parti yang dakwa Nik Aziz bagi setiap yang berjuang di bawah payung parti ini adalah AHLI Syurga. Pemimpin No2 PAS Selangor Khalid Samad telah mempraktikkannya.

Mulanya ada pihak yang dok kata janganlah pamer gambar ini. Tapi kalau dah sampai individu yang berdakwah mahu Islam Melayu dimertabatkan difitnah, dikeji, lebih teruk lagi, dipecat, apa lagi yang hendak ditunggu?

Hasan Ali pernah kata, "Tak payahlah kita serang akhlak dia. Baik ke buruk ke. Saya di ceramah hanya mahu sampaikan beliau menghalang saya laksana Enakmen Syariah. Itu sahaja. Biarlah dia nak rendah2 kan moral saya. Masyarakat tahu kebenaran sebenar"

Itu Hasan Ali. Tapi bukan blog ini. Geram rasanya melihat sikap Parasit yang semakin liar ini.




Ahli UMNO, Ahli PAS, Ahli PKR dan kesemua umat manusia yang ada jiwa Islam dan Melayu mesti bersatu. Tak payah beriya2 mahu menentang DAP. tKerana Parti ini tidak sekuat mama pun. Tapi bagaimana DAP secara tiba2 tampil di barisan hadapan?

Angkara Pemimpin yang tertera Islam dan Melayu pada dirinya yang bersekongkol membantu memudahkan perjuangan DAP yang mahu penafian Islam dan Melayu itu dijadikan asas dalam apa jua bidang sekalipun. Islam dan Melayu itu sekadar pameran Sejarah malang Negara ini. Puak2 inilah  yang memudahkan DAP untuk realisasi impian yang disimpan sekian lama.

Menyokong Hasan Ali bukan kerana nama dia atau badan dia. Menyokong Hasan Ali kerana perjuangan dia Mengangkat Islam, Melayu dan Raja2.  Menyokong Hasan Ali kerana Prinsipnya Islam, Melayu dan Raja. Prinsip IMR. Sebab?

Hasan Ali saksi di depan mata, bagaimana bukan sahaja DAP, Bukan sahaja PKR, akan tetapi beliau juga saksi parasit2 PAS bersatu menentang perlaksanaan perundangan berlandaskan Perlembagaan.  Antaranya? Menentang Enakmen Syariah.

Tak payah bicara soal Hudud. Itu tanya Ulama' PAS. Mereka yang jerit menyebut tatkala kemenangan PAS di bumi Allah ini, maka terbentuklah satu sistem Perundangan Baru berteraskan Al Qur'an dan Sunnah. Hudud dan Qisas payung perundangan. Diyakinkan dan dijanjikan setiap Umat Islam yang menyertai PAS. Malah dijerit seruan ini sebagai satu jihad.

Sampai satu tahap difatwakan setiap Ahli UMNO itu munafiq kerana tidak laksana Hukum Hudud. Sampai begitu sekali dihina. Bukan menentang, hanya tidak laksana.


Jikalau umat Islam yang bersubahat dengan UMNO tak laksana Hudud dikira Munafiq, apa pula gelaran umat Islam yang bantu perjuangan menentang Undang2 ini? Dan lebih sedih lagi, meereka ini di barisan hadapan kamu Ulama' PAS. Mereka ini telahpun menempah batu nisan buat setiap dari kamu wahai Ulama'2 PAS. Bakal disemadi sebagai simbol ingatan semata2.





Presiden PAS.. SAMPAI BILE Tuan Guru? Buanglah serban kamu itu jika ada rasa niat untuk terus 'berjuang' untuk  Islam bersama golongan Parasit ini. Kamu tahu kamu mahu Islam bersatu. Tapi kamu biar ianya dipijak2 orang2 ini.

Tak usah cakap Hudud, Enakmen Syariah yang digunapakai inipun ditentang.




2 comments:

Anonymous said...

BUKANKAH MENGHINA ORANG YANG TIDAK MENYOKONG MEREKA MEMANG KERJA PAS SEJAK PULUHAN TAHUN DAHULU. SIKIT PUN SAYA TAK HERAN. MEREKA TAK PERNAH PUN RASA BERSALAH ATAU BERDOSA MENGHINA SIAPA SAJA YANG TIDAK MAHU MENYOKONG MEREKA.

alinedved88 said...

ala penyokong PAS memang menggunakan kaedah ISRAEl ataupun ZIONIS dalam perjuangan mereka.. Kepala pakai ketayap tapi hati zionis.. kesian..

Powered by Blogger.