Feb 28, 2012

ANWAR SOKONG ARTIS BARAT BUAT TATU ALLAH - 'ITU HAK AGAMA DIA!!'







Inilah kesan apabila minda telah disongsang dan dikeliru mengenai soal Akidah. Kontroversi Kalimah Allah kini kembali menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia apabila akhbar tempatan berbahasa Inggeris 'The Star' telah menyiarkan gambar salah seorang Selebriti Hollywood yang tertera pada bahagian tubuh beliau tatu berbentuk Kalimah Allah.

Sungguhpun akhbar ini telah memohon maaf secara bertulis menerusi Laman Portalnya semalam, akan tetapi pihak KDN wajar bertindak dengan lebih tegas kerana ianya menghina kesucian Islam di Negara ini.







Kita juga mesti mendesak pihak bertanggungjawab terutamanya pihak penganjur PineappleConcert agar membatalkan serta merta Konsert Artis yang bernama ERYKAH BADU ini yang bakal berlangsung pada esok 29 Februari 2012.

Tiada alasan untuk meneruskan Konsert apatah lagi membawa Erykah ke Negara ini kerana ianya jelas mencemar Agama kita. Bukan isu konsert yang menjadi masalah kerana tiada masalah jika ianya mengikut kriteria yang ditetapkan.




Namun disebalik isu ini, adakah wajar kita mendesak Erykah menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam? Jika ada rakan2 Erykah di Malaysia memintanya berbuat demikian, beliau akan berasa janggal dan pelik.

Kenapa? Kerana Erykah akan menjelaskan beliau dan kesemua rakyat di US beragama Kristian telah sekian lama menggunakan kalimah Allah sebagai Tuhan. Maka Erykah akan berhujah menjelaskan beliau ada punya hak untuk mempamerkan rasa hormat dan kagum beliau kepada 'Allah' menerusi pameran tatu ditubuhnya itu.

Apa hak umat Islam di Malaysia hendak mendesak beliau meminta maaf tentang isu ini?

Kerana beliau juga ada hak untuk pamer rasa kagum terhadap Tuhan menerusi perhiasan tatu. Dan tuhan beliau juga adalah Allah. Tuhan bagi agama Kristian.







Mengambil contoh Negara Islam Indonesia, apabila Penyanyi kelahiran Negara tersebut bernama Agnes Monica berkerut dahi seketika apabila beberapa wartawan Malaysia mendakwa ramai umat Islam di Malaysia mahu Agnes menarik semula beberapa kalimah Allah yang terdapat menerusi lirik lagu beliau berjudul 'ALLAH PEDULI'.

"Kenapa saya bisa mohon ampun? Allah itu kan Tuhan saya. Bukahkah ia juga Tuhan kamu juga. Hahaha." kata Agnes.

Namun atas nasihat beberapa pihak, beliau meminta maaf kepada masyarakat Malaysia kerana tidak mengetahui suasana di Negara ini. Kerana kalimah Allah di Indonesia membawa maksud Tuhan tanpa merujuk mana2 Agama.

Bayangkan... Astagfirullah. Inilah kesan jangka panjang apabila kalimah Allah boleh 'dikongsi' bersama Agama2 lain. Di mana nilai kesucian nama Tuhan kita? Allah 'Azzawajalla. Sehinggakan tatu dijadikan simbolik Agama Kristian sebagai hak mereka untuk pamer kononnya rasa cinta mereka pada Tuhan mereka.. Bernama 'Allah' juga.


Anwar Ibrahim yang merupakan bakal PM jika Pakatan menawan Putrajaya adalah Pemimpin Islam di Malaysia yang tegas berpendirian membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh Kristian.







"Biarlah. Jangan kacau hak mereka (Kristian). Kristian sudah lama guna kalimah ini. Yang kita nak sekat buat apa. Jangan dok sibuk cakap akidah. If confusing, give them education. Dakwah. Dah terang2 tulis kat kitab tu Bible. Apa masalahnya." ANWAR IBRAHIM.

Ini pandangan dan prinsip Anwar. Video di atas merupakan satu lagi kenyataan beliau menyokong Kalimah Allah dilafazkan, dipamerkan, dijadikan panduan dan memperkukuhkan pegangan Agama Kristian. Langsung tak kisah. Sebab apa?









Mungkin terlalu terkejut dengan kenyataan Anwar, Timbalan Mursyidul Am PAS Haron Din cuba bertegas menghalang kerana Haram menerima Agama lain menggunakan kalimah Allah pada tuhan mereka. Namun, sehingga hari ini, tiada jawapan rasmi dari PAS. Haron Din diberi amaran berdiam dari terus memecahbelahkan Pakatan. Kenapa? "Kita ke Putrajaya dulu, baru cerita."






Ini salah satu strategi paling berkesan yang dilaksanakan Anwar untuk mendapat sokongan lebih besar dari pengundi2 Bangsa dan Agama lain terutamanya Cina di Sarawak yang sebahagian besar beragama Kristian. Kerana Sarawak penting untuk beliau dan Pakatan menawan Putrajaya pada PRU13 kelak.







Anwar buat2 lupa Bible keluaran edisi berbahasa Melayu melabel 'AL KITAB'. Tidak menggunakan nama Bible bagi mendekati pengaruh Akidah Umat Melayu Islam. Give them education ye Anwar. Pandangan fasiq.







Dan jangan marah tatkala misalannya ditakdirkan  5 tahun Pakatan memerintah Negara ini (Nauzubiilahi Min Zaali'),   kita akan dapat melihat masyarakat Kristian di Malaysia bergaya memakai rantai berkalimah Allah. Kita akan lihat Orang Kristian menggayakan subang yang tertera kalimah Allah. Kita juga akan dipertontonkan masyarakat Kristian mempamerkan pelbagai 'seni' tatu di tubuh mereka yang tertera kalimah Allah.



Apa kita umat Islam nak buat masa itu? Tak boleh buat apa2. Kerana mereka juga akan berhujah Allah itu juga adalah kepercayaan dan hak milik mereka.


Ianya akan berlaku di Negara kita kerana PM pada ketika itu, walaupun beragama Islam,  akan membenarkan 100 Peratus penggunaan kalimah Allah buat Kristian atau mana2 fahaman yang lain.


FIKIR!! Bukan lagi benar buat Konsert. Terus benarkan guna Kalimah Allah. 







FIKIR!! Jangan mudah terperdaya. Kerana PAS sudah pasti akan menggunakan isu Erykah ini bagi mempamerkan sikap hipokrit parti ini seolah2 pejuang Islam sebenar. Walhal apabila sudah memerintah bersama Pakatan, mereka sendiri bukan sahaja berdiam diri, malah turut bersekongkol memperkuatkan hujah2 mengenai isu2 berkenaan Islam yang disekat sahabat PAS iaitu DAP. 
.
.Kerana apa? HUMAN RIGHTS!! Kerana apa? INDIVIDUAL FREEDOM!! 

Dan inilah bukti besar Anwar seorang Pemimpin Liberalisme dan pengamal kuat ajaran Pluralisme.


2 comments:

Anonymous said...

Apa kata kita suruh tv3 tayang cakap anwar dan harudin ni dalam berita utama.. Lepas tu kita tanya balik pemimpin PAS semula apa pandangan mereka.. Saya gerenti dah bertukar punya.. Boleh guna kalimah allah, tak salah..

Saya setuju dengan semua paparan dalam blog gelombang rakyat.. Mereka ini semua hendak mengelirukan umat islam yang kurang pegangan agamanya..

Alkitab...
Dengan nama allah yamg maha pemurah lagi maha mengasihi..
Dll..

Anonymous said...

melayu suka rosak kan islam. lagi haram lagi suka nak buat!

Powered by Blogger.