Feb 14, 2012

ANWAR KATA SURAT UGUTAN - PAS BAKAL KELUAR DARI PAKATAN!!?








Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa,  serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.

Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman
ini.

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. 


Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Dato Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433 H

8 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah .... akhirnya pok nik bersuara .... alhamdulillah

Anonymous said...

bersuara rela dalam paksa atau terpaksa dalam rela boleh caya ke mangkok ayun tua bangsat ni

hangkedee said...

Parti isle dah bergocoh weh.celako...celako...celako.ambo mabuk budu weh.

Hanan said...

dah lambat...rasa lebih atas perkiraan politik dan bukannya berasaskan isle kenyataan nie dibuat...nak dekat PRU.....

Anonymous said...

demo lo ni tok sropo muloooo

Anonymous said...

Suara tidak ikhlas dari nik aziz.terpaksa buat kerana sambutan ahli pas terhadap hasan ali amat membimbangkan parti Pas.ini dinamakankerana terpaksa.rasanya dah terlambat kerana kepercayaan ahli terhadap perjuangan pemimpin Pas sudah hilang.

Anonymous said...

Dah terlambat.Aku saorang ahli Pas pun dah menyampah dan telah buat keputusan tinggalkan Pas

Anonymous said...

Hidup PAS.. A vote to PAS is a vote to DAP and Anwar Ibrahim. Also a vote for PAS is a vote for ISRAEL..

Powered by Blogger.