Feb 2, 2012

ANWAR AKAN ASAK MELAYU TERIMA CALON DAP BAKAL MB PERAK!!







Benarlah bahawa di Perak dikebanyakkan kawasan di negeri ini undi Cina adalah faktor penentu kepada kemenangan mana-mana parti dalam PRU ke13 kelak.

Menyedari peri penting pengaruh dan  undi dari kaum Cina maka pembangkang sejak kebelakangan ini menggunakan semua helah yang ada dalam buku untuk meraih sokongan kumpulan ini.

Bagi Dap mereka membolot hampir 80 peratus  undi Cina dalam PRU ke12 sedangkan sebelum ini masyarakat Cina di Perak bukannya suka sangat pada mereka bahkan pernah menolak parti itu.

Sejak beberapa dekad kebelakangan ini, MCA dan Gerakan adalah parti pilihan masyarakat Cina di negeri ini.

Justeru mereka menyokong dan memberi undi kepada kedua-dua parti komponen ini meskipun mereka menyedari Dap tidak pernah patah semangat untuk “menangguk di air keruh.”

Dap yang sinonim chauvinis Cina tidak dipedulikan kerana masyarakat Cina di Perak merasakan MCA dan Gerakan adalah parti orang-orang Cina yang berjaya memperjuangkan nasib mereka.

Perubahan tektik Dap untuk menarik undi pengundi-pengundi Melayu adalah dengan berbaik-baik dengan PAS.

Salah satu cara ialah membawa Anwar dalam “roadshow” di kawasan yang mereka merasa tidak selamat.

Harapan mereka ialah di kawasan-kawasan ini, pengaruh Anwar boleh membasuh dan membersih daki-daki mereka agar parti itu berbau harum di hidung orang-orang Melayu.

Dap cuba mengusung Anwar Ibrahim ke Perak sebagai bakal Perdana Menteri dengan harapan pengundi-pengundi Cina teruja dengan kehadiran dan karisma tokoh dari Ceruk Tok Kun ini.

Namun kerana imejnya yang tercalar sejak kebelakangan ini ekoran pelbagai isu membabitkan isu moral, Anwar sudah mula dicemuh oleh masyarakat Cina sebagai “orang politik yang hidup di dua alam.”

Anwar didakwa bercakap berlainan bila berdepan dengan Dap dan pengundi-pengundi Cina manakala ketika berdepan Pas, hujah diubah kepada perjuangan mendalulatkan lslam.

“Orang begini merbahaya . . .”bekas Timbalan Presiden PKR Dr.Chandra Muzaffar pernah membuat remark. Kata-kata ini diluahkan sejak tahun 1998 lagi.

Dap dan Pas khususnya PKR  mengusung Anwar ke pentas-pentas politik anjuran mereka namun sejak kebelakangan “crowd” yang hadir jauh merosot dari anggaran awal.

Dap menyedari Anwar sudah tidak ada umphh dikalangan pengundi-pengundi Cina tapi cuba mempertahankan Ketua Pembangkang dari semua aspek kerana “pembangkang tidak ada tokoh yang boleh menyaingi Anwar.”

Sama ada suka ataupun tidak masa depan mereka diletak di atas bahu Anwar.

Dap kini dilihat memikul Anwar sebagai juara rakyat  sekaligus mewarisi bebanan PKR yang pada anggapan umum tak ubah macam kata peribahasa “memikul biawak hidup.” 

Di pihak BN, lawatan Najib ke Perak menjadi rutin sehingga dalam tempoh sebulan, Perdana Menteri telah datang dua kali ke negeri ini.

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir mengakui lawatan Perdana Menteri membuahkan hasil kerana  masyarakat Cina mulai memberikan sokongan dan perhatian semula kepada BN negeri.

Sejak menjadi Perdana Menteri, Najib mengubah persepsi masyarakat Cina apabila selain memperkenalkan konsep 1Malaysia, pendekatan Najib berbanding dengan Anwar jauh berbeza.

Najib turun ke padang sebagai “kawan” kepada masyarakat Cina manakala Anwar pula hadir dalam program anjuran Dap semata-mata. Anwar dilihat lebih kepada kawan Dap daripada kawan masyarakat Cina.

Serentak dengan Program sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Penerangan dan Komunikasi dan kerajaan negeri Perak di Sitiawan Sabtu lalu, Dap juga menyainginya dengan menganjurkan program sama di Gopeng.

Tetamu utama mereka dalam program raya cina itu Anwar. Tapi “crowd”nya tidaklah mengkagumkan.

Seperti umum ketahui “crowd” sambutan hari raya cina anjuran BN menjangkau 60,000 orang. Ini tentu saja satu rekod buat penganjur.

Justeru di kaca mata masyarakat Cina, aura Najib jauh mengatasi aura yang dimiliki Anwar.

Ibarat dalam permainan dam ular pembangkang pernah “naik tangga” hingga berkuasa 11 bulan namun mereka jatuh merudum bila terkena kepala ular.

Bagi mengembalikan semangat setelah terkena kepala ular, Anwar dalam ceramah di Gopeng Sabtu lalu, sekadar dihadiri 2,000 orang, membayangkan idaman Pakatan Rakyat untuk merampas semula Perak.

Untuk rekod, program Dato’ Seri Dr. Hassan Ali di Bukit Gantang Ahad berjaya menghimpun kira-kira7,000 orang. Ramai juga ahli-ahli PAS dan penyokong parti itu hadir.

Kerana kata Anwar Perak sebagai landasan penting dalam matlamat mereka untuk menawan Putrajaya.

Anwar juga yakin Perak akan kembali ke tangan Pakatan Rakyat dalam PRUke13 kelak.

“Perak penting, bila kita tawan Peral kita boleh tembus ke Johor ke Sabah, Sarawak dan tawan Putrajaya,’’ katanya.

Mantan Timbalan Perdana Menteri percaya peluang PR untuk menang lebih cerah jika PRU ke13 diadakan segera.

“Sekiranya bulan Mac ini pilihanraya diadakan saya  optimis PR menang besar dan  Najib  bakal menjadi ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia,”katanya..

Seperti sedar Anwar mencanang semula ide merampas Perak, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berpendapat kehadiran Najib di majlis tahun baru Cina MCA Perak (Ahad) meningkatkan lagi keyakinan BN mengekalkan kuasa di Perak.

Katanya MCA Perak teruja dengan Najib menghadiri rumah terbuka MCA negeri dan merupakan kali pertama Perdana Menteri berbuat demikian.

Najib pada mula dijadual pulang ke KL setelah tamat program di Sitiawan namun membuat keputusan tidor di Ipoh dan menghadiri program MCA ini keesokanya ( Ahad).

Terdahulu dari itu Setiausaha Agong MCA Dato’ Seri Kong Cho Ha membayangkan Ngo-Ngo Cina di Perak kini sudah mula kembali memberi sokongan kepada parti itu.

Soi Lek juga yakin rakyat menyokong pemimpin yang turun ke bawah bagi memahami masalah rakyat serta menyelesainya.



 Manakala  Dr. Zambry memberitahu media hari ini (Selasa) selepas majlis bertemu pelanggan di Ipoh, tahap sokongan masyarakat Cina terhadap kepimpinan BN dilihat semakin meningkat.

Beliau akui sokongan ini dapat dilihat kebelakangan ini walaupun terdapat cubaan pihak tertentu yang mahu mengganggu gugat dan menghasut rakyat membenci kerajaan.

 Semasa lawatan Perdana Menteri minggu lalu sempena majlis Terbuka Tahun Baru Cina di Sitiawan, beliau dapat melihat sokongan masyarakat ini berdasarkan bahasa badan yang ditunjukkan.

“Selain itu, sokongan juga diterima daripada masyarakat Melayu dan India dan tidak dinafikan sokongan ketiga-tiga kaum utama ini sangat penting untuk memastikan BN memenangi pilihanraya umum akan datang,” katanya.

Bagaimanapun pendapat Anwar bahawa Perak bakal milik mereka disanggah oleh para pemerhati politik yang menganggap “ayam yang dikejar tak dapat” merujuk kepada Perak,”manakala tangan pula berlumuran najis.”

Justeru Anwar yang yakin Perak jatuh semula ke PR sekadar menjerat angin di awan lalu.- OLEH Wartawan Agenda News YUSOF HARUN

0 comments:

Powered by Blogger.