Feb 15, 2012

AL FATIHAH - VETERAN UMNO MENINGGAL DUNIA.








Veteran UMNO yang juga merupakan BAPA kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak (gambar) meninggal dunia hari ini.

Allahyarham , Syed Zain Syed Ali, yang merupakan veteran UMNO Kedah meninggal dunia pada usia 92 tahun akibat sakit tua di kediaman keluarganya di Taman Bunga Raya dekat Jitra kira-kira pukul 1.15 tengah hari tadi.

Beliau meninggalkan empat orang anak manakala isterinya telah meninggal dunia kira-kira lima tahun lepas.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Kubang Rotan di Kuala Kedah dekat sini selepas solat Isyak malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah bagi pihak kerajaan pusat kepada keluarga Syed Razak melalui panggilan telefon.

1 comments:

Anonymous said...

fadzil Baling- Alfatihah-Salam Takziah untuk keluarga beliau-moga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.Amin.

Powered by Blogger.