Jan 18, 2012

ZURAIDA HERDIK DR. MARIAH - "MULUT PUN BUSUK MCM LEMBU..!!"





 Tindakan Dr. Mariah beberapa hari lalu cuba membela Kumpulan Demonstrasi Parasit Muslimat PAS dikepalai Aiman Athira semasa hari keputusan Kes Liwat II Anwar sedikitpun tidak memberi respons positif buat Kepimpinan Wanita PKR.


Malah tindakan Dr. Mariah telah mengeluarkan satu lagi kenyataan yang menyebabkan Athira telah mula ragu2 dengan Timbalan Ketua Muslimat PAS itu kerana daripada jawapan balas mengenai teriakan Athira dan rakan2 parasit "Mampos UMNO" diperakui beliau sendiri telah melakukan satu kesilapan.

"Memang perbuatan mereka agak kasar sedikit dan tidak menggambarkan ciri2 seorang Muslimah. Akan tetapi ianya adalah satu kesilapan kecil jika dibandingkan dengan kesilapan2 yang telah diperlakukan UMNO."  - Dr. Mariah Mahmud -

Kesilapan jika diungkap melalui Agama Islam kita boleh mendatangkan dosa. Adakah Dr. Mariah mengakui tiada maruah jika kita melakukan sedikit dosa demi menumbangkan musuh parti?

 

Apa yang dilihat Dr. Mariah cuba membersihkan semula imej beliau setelah membuat kenyataan yang dilihat bercanggah dengan Mak Lampir Zuraida dan dilihat seolah2 bersimpati dengan Shahrizat yang telah diserang Zuraida sehingga mengaibkan peribadi Ketua Wanita UMNO tersebut.

Dr. Mariah sebelum ini telah membuat kenyataan yang turut dikeluarkan melalui lidah rasmi PAS Harakah mendakwa adalah tidak adil jika isu NFC ini menjadi platform untuk menyerang peribadi Shahrizat kerana ianya merupakan isu Nasional.

Sambil menghormati Shahrizat selaku Menteri Wanita, beliau turut meminta desakan dibuat terhadap TPM Muhyiddin Yassin berkenaan isu NFC ini.




Namun cubaan Dr. Mariah untuk membersihkan imej beliau tidak langsung diendahkan Zuraida malah Zuraida terus berdegil cuba menyanggah pandangan Dr. Mariah mengenai Shahrizat dengan membuat serangan peribadi seterusnya terhadap Shahrizat hari ini.


Adakah Zuraida bakal mengasak Parasit2 Muslimat PAS yang dikepalai Aiman Athira agar tidak lagi mencalonkan Dr. Mariah pada PRU 13 kelak?

0 comments:

Powered by Blogger.