Jan 5, 2012

TUN M DEDAH AGENDA ANWAR SONGSANG KEPUTUSAN KES LIWAT!!







Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para penyokongnya perlu menghormati undang-undang dan tidak perlu mengugut mahkamah dengan cadangan mengadakan demonstrasi di ibu negara pada 9 Jan ini.

Beliau berkata demonstrasi yang dicadangkan oleh PKR itu adalah satu cara mengugut proses mahkamah dan meletakkan mereka yang terbabit dalam proses perundangan dalam keadaan tertekan.

"Kita tidak harus mempengaruhi mahkamah dengan cara ugutan, umpamanya apabila mahkamah buat keputusan yang untung bagi mereka, mereka tidak ada demonstrasi,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama kepada lebih 150 bekas pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir berkata jika ahli politik pembangkang percaya kepada demokrasi, mereka perlu menunjukkan rasa hormat kepada undang-undang dalam negara dan tidak cuma pandai bercakap tentang pelbagai peraturan yang kerajaan perlu patuhi.

"Negara ini sebenarnya mempunyai peraturan dan undang-undang tetapi pembangkang menganggapnya sebagai satu konspirasi dan mereka tidak perlu ikut.

"Mereka kata perhimpunan yang dianjurkan ini mempunyai kaitan dengan hak bersuara yang diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi sebenarnya amat jelas bahawa tujuan mereka adalah untuk mengugut mahkamah,” kata Dr Mahathir.

Dalam ucap utamanya yang berjudul “Malaysia kini dan peranan yang boleh dimainkan oleh pegawai-pegawai tentera yang bersara hari ini”, beliau berkata Malaysia sangat bertuah berbanding negara-negara yang merdeka pada zaman penjajahan British dahulu.

Untuk menilai kejayaan Malaysia, katanya, rakyat negara ini harus melihat negara ini dari luar di mana selepas lebih 50 tahun, kestabilan berjaya diwujudkan.

9 comments:

mabha said...

Apa yang benar tetap benar.

Anonymous said...

Mahkahmah kini dalam keadaan tertekan untuk buat keputusan yang tidak menyebelahi anwar... Oleh sebab itu jike keputusan tidak memihak kepada saiful maka kita boleh buat andaian yang mahkamah di malaysia ni sebenarnya takut hendak membuat keputusan...

Anonymous said...

Memang opposition ni cakap aje lebih tentang demokrasi dll.. Mereka ni tak pernah hendak mengikut peraturan.. Macam budak budak.. Enough is enough... Muak dah dengan diaorg ni..

Anonymous said...

Aku nak tengok orang macamana yang pegi perhimpunan 901 ni.. Yang paling depan mesti org dari Malaysian Seksuality.. Tah apa yang dia orang nak tunjuk perasaan.. Bukan kah kes ni kes mahkahmah yang Mr Karpal Singh jadi chief lawyer bagi anwar... Buat apa sibuk sibuk masuk mahkahmah kalau tak boleh terima keputusan mahkahmah.. What is your comment Mr Karpal Singh..

Rasanya all lawyers yang involved dalam perhimpunan ini perlu diambil tindakan bukan kerana involve dalam perhimpunan ini tetapi sebab tidak respect keputusan mahkahmah.. What is the comment from the Lawyers Association..

Sebuah Perjuangan said...

salam 1 malaysia, saya ingin memohon jasa baik saudara semua untuk linkkan blog saya kepada blog saudara semua, saya pasti akan linkkan semula blog saudara semua
laman blog saya lamanizzs.blogspot.com
tq

Anonymous said...

correct..correct..correct..

Anonymous said...

correct..correct..correct..

Anonymous said...

correct..correct..correct..

dinturtle said...

salam tuan, saya tak jumpa emel tuan, mohon kirimkan ke saya ya dinturtle@hotmail.com

Powered by Blogger.