Jan 26, 2012

SIMBOL MELAMPAU.. AKIBAT GELAR RASULLULLAH 'IKON SEKS...!!'







Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak (JAIPk) semalam menyerbu forum anjuran Kelab Isteri Taat (KTS) yang dikatakan untuk mempromosikan "seks suci".

Menurut laporan Berita Harian, jabatan itu menyerbu sebuah banglo mewah di Ipoh, tempat kelab itu menganjurkan forum kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam".

Lima puluh hadirin dari KTS dan Global Ikhwan Sdn Bhd, yang diasaskan oleh bekas ahli kumpulan al-Arqam yang diharamkan, dilaporkan tergamam apabila sepasukan 10 anggota penguatkuasa JAIPk menyerbu forum tersebut di Persiaran Harimau.

Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin mengesahkan serbuan itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Sementara itu, Presiden KTS, Fauziah Ariffin, bagaimanapun, menegaskan kempen tersebut tidak salah kerana menurutnya, setiap aspek kehidupan Nabi Muhammad SAW perlu dicontohi oleh semua pasangan Islam.

"Kehidupan Rasul perlu dicontohi, termasuk mengenai seks... Islam membenarkan seks, tetapi hubungan seks suci di antara suami dan isteri...," katanya dalam laporan Berita Harian.

Ini turut disokong oleh pemimpin KTS di Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu, lapor akhbar itu lagi.

Serbuan itu juga dilaporkan oleh akhbar Inggeris The Star dan New Straits Times, yang memetik Mufti Selangor, Mohd Tayes Abdul Wahid sebagai berkata kempen itu boleh merendahkan martabat  Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Tamyes Mohd berkata, kempen yang amat pelik itu bagi meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 5 Februari, adalah tidak wajar kerana Rasulullah "tidak hanya berkahwin untuk seks".

Sebaliknya, kata beliau, Rasulullah berkahwin dengan wanita dari suku kaum yang berbeza untuk menyatukan orang Arab dan menyebarkan Islam," katanya, sambil menegaskan supaya digunakan cara yang lebih bijaksana untuk membanteras seks haram.

6 comments:

Anonymous said...

ahli kelab ni kalau gila & kuat seks sekalipun jgn lah sampai melabelkan ngan tokoh agung rasulullah, itu boleh merendahkan martabat baginda tu..sepatutnya idola yg sesuai ialah "bang non tokoh seks serba boleh...depan belakang sama saja , dua dua sedap"....hu..hu..

Anonymous said...

Abg non kan masih kuat

Anonymous said...

Ya memang mereka ni gila seks..tak da benda lain..sangat memalukan pakaian bertudung lingkup cerita seks..dalam kalangan mereka ni pasti bila berjumpa cerita tentang seks ja yang dijaja..agama dijadikan pelindung..tak heran byk yang berserban kahwin ramai...

biskut said...

Apa la bodoh saja tentang hal hal sex begini ,boleh bagi ceramah tapi jangan lah sebut nama nabi djadikan tajuk,,,,,
Saya rasa tidak patut kelab taat suami wujud .....nampak bodoh saja peranannya jika mereka sayang kan suami cuba suruh kawin sampai empat

Anonymous said...

memang dah dasar gila seks...seolah2 ingin menghalal kan sesuatu yang yang tak sepatutnya dibincangkan secara umun siap dengan melibatkan nabi sebagai sokongan.....kelab nie takda kerja lain lagi ka??? kan lebih baik buat kerja yang lebih berfaedah seperti membantu ibu tunggal,orang kurang upaya,orang miskin dan macam2 lagi. Atau tak pun bantu golongan pesakit2 Aids supaya lebih insaf.. Apa punya kelab dari dulu sampai sekarang asyik fikir pasal seks jer

Anonymous said...

Itulah isteri pemimpin al arqam ni memang tengah mengeyam dan miang.. Dah lama tak dapat.. Laki dah tak ada.. Lepas ni boleh share suami org ramai ramai...

Powered by Blogger.