Jan 20, 2012

SAMAN RM100 JUTA - ZURAIDA CABAR PECAT MUSLIMAT PAS SOKONG SHAHRIZAT!!







Cakap berapi. Tapi jantung Zuraida agak panik berdegup tak berhenti. Silap2 boleh masuk IJN. Sebelum ini Zuraida mungkin selesa puas hati apabila individu yang sekian lama hendak beliau tumbangkan iaitu Shahrizat. 

Gelak jahat wanita yang mendapat gelaran 'mesra' Mak Lampir ini melihat menonton, mendengar dan mendapat khabar berita secara terbuka musuh beliau Shahrizat diejek dengan pelbagai cemuhan. Tidak terfikir di kepala otak tanpa akal beliau itu tindakan saman bakal diambil Ketua Wanita UMNO Malaysia terhadapnya.

Malah sejak tindakan balas Shahrizat menebus maruah beliau menyaman Zuraida semalam,tidak ada seorang pun wakil  Wanita PKR tampil membantu beliau membalas tindakan Shahrizat secara peribadi membawa ke muka pengadilan.

Mungkin Zuraida tidak mengharapkan simpati mana2 sayap Parti Anwar itu kerana ianya tidak memberi kesan langsung. Kerana populariti dikuasai beliau sendiri. AJK2 beliau hanya diperlukan pada masa demonstrasi provokasi. 

Namun apa yang pasti, suara Muslimat PAS terus suram. Sejak bermulanya serangan pertama. Jika adapun komen yang menyakitkan telinga Zuraida dari Timbalan Muslimat PAS Dr. Mariah.





Setelah diberi amaran diam terpaku mungkin ketakutan MP Kota Raja itu. Beberapa kenyataan susulan Dr. Mariah yang dilihat cuba memperbetulkan keadaan dilihat semakin bercelaru. Mungkin Dr. Mariah khuatir bakal menerima munibah yang sama seperti Hassan Ali.

Lantas Dr. Mariah membiarkan sahaja Zuraida terus dibelenggu dosa dendam kesumat beliau terhadap seorang Wanita yang sentiasa memperjuangkan maruah kaum Hawa di Negara ini.

Lalu jiwa Zuraida memberontak. Semakin 'panas' dengan sikap 'playsafe' semua pihak angkara Muslimat PAS. Zuraida mungkin melakukan 'skill' yang sama digunapakai Azmin Ali. 

Zuraida sedang mencari jalan agar memperlihatkan relevennya arahan beliau mengarahkan PAS Pusat memecat mana2 Pemimpin dari sayap Parti berjenama Islam itu yang secara terbuka mahupun tertutup menyokong dan bersimpati dengan Shahrizat.

Pemimpin Parasit Muslimat PAS, Aiman Athira adalah antara yang diberi tugasan mengenalpasti individu yang secara senyap2 menghubungi atau bertemu Shahrizat atas dasar simpati. Huh?

Shahrizat mengambil langkah bijak tampil secara peribadi mengheret Zuraida ke muka pengadilan tanpa mewakili mana2 pihak. Waimah NFC dan suaminya sendiri. Kerana tiada bukti sehingga hari ini Shahrizat terlibat dalam syarikat suaminya itu, apakan pula mencampuri urusan syarikat tersebut.

Beliau hadir kerana bukti jelas Zuraida sememangnya menyalahgunakan isu ini menyerang Shahrizat sehingga mencabuli maruah kaum Hawa. 

"Shahrizat Lembu Betina." "Wanita Otak Lembu." "Lembu2 kat Malaysia suka Shahrizat selak kain." dan macam lagi gelaran yang keluar dari mulut Pemimpin seperti Zuraida. Relevenkah cercaan2 tersebut jika benar Zuraida ikhlas mahu membela nasib rakyat?



Zuraida semakin tertekan mengikut gaya politik Al Qur'an dan Sunnah yang sekian lama dibawa serpihan2 penyokong Kepimpinan Ulama' Muslimat PAS. 

Malah beliau semakin rimas dengan prinsip mereka yang semakin lapuk. Prinsip mahmudah yang diamalkan Muslimat PAS agak 'lembab' untuk membawa beliau dan sekutu2 Anwar ke Putrajaya.

Mungkin prinsip Zuraida agak mudah. "Serang dulu. Dosa tak mengapa kita tanggung. Aku lebih rela tanggung dosa demi menawan Putrajaya."



Hakikanya, sudah tiba masanya bekas Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh tampil menegur kesemua percaturan politik kotor ini. Sanggupkah Nuridah hendak melihat budaya politik kotor yang semakin bermaharajalela terus menerus menguasai pengurusan PAS? 

Tak payahlah nak bandingkan dengan UMNO. Sebab kita bercakap tentang PAS ketika ini.

Dan tidak perlu gentar. Yakin kerana Allah. Sebagaimana yang dilakukan Hassan Ali pada ketika ini. Dari kalangan Pimpinan tertinggi PAS dihina umpama Bangkai Anjing.




Akan tetapi, hinaan2 sedemikian memakan diri mereka kerana semakin ramai ahli PAS di peringkat akar umbi bersama Hassan Ali.

Zuraida mungkin mampu mencemar peribadi ketokohan Shahrizat dengan menggunakan suami dan anak2 Menteri Pembangunan Wanita ini. 

 

Akan tetapi Zuraida tewas dari aspek gerak kerja dan perjuangan Shahrizat sekian lama dalam memperkukuh maruah kaum Wanita dengan perlaksanaan berprinsip tidak mencalar kaum Hawa. Sebab tiada apapun sumbangan Zuraida pada kaum Hawa melainkan melacurkan diri membela nasib Anwar.


 


Hinalah Shahrizat. Teruskan. Tapi janganlah dipertikai jika Shahrizat semakin mendapat sokongan dari seluruh perusuk mereka yang bergelar isteri dan ibu di Negara ini. Kerana semakin lantang kamu hina, semakin ramai menyokong Shahrizat.


Kesemua yang menjolok sarang tebuan terhadap Shahrizat ada kepentingan politik peribadi masing. Tidak kira dari Zuraida sendiri, mahupun dari kalangan Pemimpin UMNO yang senada dengan Zuraida. INI Fakta. Jangan terasa pula ye.

3 comments:

Anonymous said...

Dia org ni apa pun kelulusan, hanya layak goreng kerepek kat rumah dan jual di warong2. Tua2 pun bodoh. Tal layak di panggil isteri, ibu atau nenek.

Anonymous said...

akal sejengkal ada hati menduga lautan... ni lah dinamakan 'MATI KATAK'

Anonymous said...

Inilah mentaliti puak-puak PAS,kalau tak sebulu pecat. Kalau betul memperjuangkan Islam,berlandaskan syariat maka kejadian seumpama ini tak akan berlaku. Sudah sampai masanya Dr. Mariah menilai semula, apakah dosa UMNO kepada Dr. Mariah sehinggakan membenci UMNO lantas berjuang di atas platform PAS. Agaknya Dr. Mariah dah lupa diri bahawa Dr. Mariah sekarang menjadi insaniah bergelar Doktor adalah dengan jasa kerajaan pimpinan Doktor. Ayuh Dr. Mariah,kalau PAS dah mula menunjukkan kebencian dan cuba mengawal Dr. maka sekaranglah masanya untuk membuat keputusan. Jangan jadi semagaiman Dr. Hassan Ali dipecat kerana sudah tidak sealiran dengan PAS.

Hj. Razman.

Powered by Blogger.