Jan 20, 2012

PEGUAM AKHIRNYA FAIL RAYUAN KES LIWAT II - AZMIN RANCANG NAK JUMPA SAIFUL!!?








Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.

Rayuan itu difailkan pada jam 4.30 petang ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantunya.
   
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya, berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

Semalam, Saiful menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu.
   
Saiful menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com menulis bahawa surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.
   
Katanya, rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depannya.

Menurutnya, dia hanya menuntut haknya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan "di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi".
   


Katanya, jika dia berhak memfailkan rayuan itu sendiri, dia akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain.
   
Namun, katanya, kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan  Peguam Negara.

Ura2 mendakwa Timbalan Presiden PKR sedang mengatur pertemuan dengan beberapa individu yang didakwa mampu mempengaruhi keputusan Hakim agar tidak berganjak dengan keputusan asal yang membawa kemenangan Anwar Ibrahim.

Teruskan perjuanganmu Saiful. Jangan mudah mengalah.

2 comments:

Abdul Hayee said...

Saiful hanya menuntut haknya sebagai rakyat negara ini. Kenapa pulak nak disekat oleh Majlis Peguam. Kalau Anwar ditempat Saiful sudah pasti dia juga akan berbuat demikian.

Anwar tahu. Saiful juga tahu. DAN ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Yang HAK pasti BERDIRI dan yang BATIL pasti JATUH.

Anonymous said...

kan ke suka sama suka ape nak raaaaaaaaaayu raaaaaaaaaaaaaayu kata bishop karpak singh

Powered by Blogger.