Jan 29, 2012

"PECATLAH SAYA KALAU PARASIT PAS BENAR2 JANTAN..!!" - MB KEDAH.








Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia dipecat berikutan tindakan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sehingga mencetuskan kontroversi dalam pakatan pembangkang






Azizan berkata, beliau tidak takut dan sesiapa yang mengkritiknya harus belajar undang-undang terlebih dahulu, lapor Berita Minggu.

Pemimpin PAS itu menjelaskan, AUKU masih terpakai di KUIN kerana institut pengajian tinggi itu tertakluk kepada peraturan Menteri Pengajian Tinggi, termasuk harus melaksanakan akta kontroversi itu.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat.

Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, termasuk NGO, kumpulan pelajar dan daripada dalam Pakatan Rakyat sendiri apabila Azizan didakwa mengetepikan persetujuan bersama dalam Buku Jingga yang mahu menghapuskan akta itu.



 CERAMAH HIMPUN DI SHAH ALAM MALAM ESOK. DATANG BERAMAI-RAMAI.



3 comments:

Anonymous said...

Putih rupanya MB Kedah ni, tapi sayangnya nampak kepala lutut la pulak.

Aku masih ingat dulu semasa hal aurat orang lelaki bagi pemain bola, maka pasukan bola Kelantan terpaksa memakai seluar yang agak longgar dan melepasi sedikit dari kepala lutut atau dengan memakai gurd di kepala lutut.

Kalau kerajaan Universiti lain yang memecat pelajar maka pihak pembangkang akan menyalahkan kerajaan BN, biasalah tu, tapi bila kena batang sendiri baru mereka tahu betapa pentingnya AUKU itu.

Warga Sebelum Merdeka

Anonymous said...

Hmmmm..baqu ada akai. bila dah kena dan qasa sendiqi, baqu tau pentingnya auku..walaupun aku ni prokerajaan, ada jugak tindakan yang tokjan buat aku sokong...ka tokjan sendiqi dah nak kena dengan paqasit dlm parti sendiqi???

Anonymous said...

salam DS MB, teruskan perjuangan ..Allah bersama orang benar.. Parasit manusia biasa.. yang benar tetap Allah akan memakbulkan..ameenn

Powered by Blogger.