Jan 17, 2012

NFC - ZURAIDA NI KEMARUK SANGAT KE NAK PROJEK RM250 JUTA!!?






 Projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) menjelaskan bahawa kontrak bagi pinjaman mudah RM250 juta yang diterima daripada kerajaan ditandatangani pada 2007 dan sekali gus mempertikaikan dakwaan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bahawa syarikat itu menerima sejumlah wang sebelum kontrak dimeterai.

"Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) hari ini menjelaskan bahawa perjanjian pinjaman antara kerajaan yang diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Perbadanan Fidlot Kebangsaan Sdn Bhd telah ditandatangani pada 6 Disember, 2007 dan bukannya pada tahun 2010 seperti yang tersilap dilaporkan oleh sesetengah pihak.

"Pengeluaran pertama wang sebanyak RM7 juta dibuat pada Januari 2008. Ini mematuhi prosedur yang betul," kata NFC dalam satu kenyataan media hari ini melalui agensi syarikat perhubungan awamnya.

"Mulai tahun ini, NFCorp akan mula membayar balik pinjamannya seperti yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman," katanya.
 

2 comments:

Anonymous said...

Zuraidah lembu...

Samalah seperti pengikut pengikut melayu yang menyokong PR terutamanya PAS dan PKR.. kena tarik hidung bersama dengan pemimpin mereka oleh Pemimpin tertinggi PKR (Anwar and family) dan DAP.. Pikir dan sedarlah apa yang hendak di perjuangkan dalam hidup ini..

Anwar hendak kuasa sanggup menggadai apa sahaja... DAP dan yang bukan melayu pula sudah pasti tak akan sokong kerajaan BN sebab inilah kerajaan yang mempertahankan kedaulatan agama islam, orang melayu dan institusi diraja berasaskan perlembagaan.. Adalah anda ingat PKR dan DAP akan pertahankan semua ini.. Jangan bermimpilah.. PAS pula memang telah diperlembukan oleh dua kumpulan ini kerana kuasa atau kebodohan sendiri..

Adakah orang melayu merasakan mereka boleh hidup jika tidak dapat pertolongan dari kerajaan atas nama bumiputra.. Bolehkah anak anak melayu bersaing dengan anak cina untuk masuk uni berdasarkan merit... Bolehkan ahli ahli perniagaan melayu hidup jika tidak dapat bantuan dari kerajaan.. Adakah hak hak istimewa orang melayu akan terjaga di masa hadapan.. Itulah yang akan hilang jika kita tersalah pilih kerajaan...

Memang kerajaan BN dahulu ada banyak silap tetapi bukan kerana prinsipnya tetapi kerana beberapa kerat pemimpinnya.. Tak payahlah kita hendak bakar kelambu kerana dek pemimpin ni..

Jadi pikirlah apa yang kita mahu untuk masa depan anak cucu kita.. Dah terlambat jika kita hilang kuasa..

Anonymous said...

Peniaga melayu shah alam memang lembu..

Dulu sokong PR... Sekarang tak puas hati sebab sewa kedai kat kompleks PKNS dah naik.. Kini nak sokong BN pula..

Harap dapat buka kepala otak tu dan pikir dengan lebih panjang dan matang lagi.. Jangan lah pikirkan kepentingan diri sendiri pada ketika ini sahaja.. Pikirlah apa akan terjadi pada anak cucu kita pada masa hadapan jika kita telah hilang kuasa.. Jadi macam melayu singapore lah..

Powered by Blogger.