Jan 27, 2012

KUASA KETIGA HASAN ALI.. KHALID SAMAD MULA UGUT PIMPINAN PAS SELANGOR!!






Mulanya dikata tidak gentar. Mulanya dikatakan tidak takut. Dan ketika disoal sebelum ini beliau sendiri kata PAS tidak perlu melayan segala 'tuduhan' Hasan Ali.

Alih2 di pagi Jumaat hari ini Pemimpin yang menjadi dalang menjatuhkan ADUN Gombak Setia itu menyalak tidak tentu arah. Khalid Samad menjawab bagi memperlihatkan kekuatan PAS Selangor di bawah tampuk pemerintahan beliau mengalahkan Pesuruhjayanya sendiri Dr. Rani.

Walhal jika diperhatikan setiap jawapan beliau sebenarnya gentar akan pengumuman Hassan Ali yang bakal membawa kuasa ketiga Politik tanah air menjelang PRU13.

Seperti biasa, tak ada modal cerita UMNO juga diserang Khalid. Walhal masalah dalaman ini berpunca daripada beliau sendiri yang kemarukkan kuasa.


 


Cuba hendak yakinkan masyarakat pengaruh Hassan dalam PAS telah sekian lama hilang. Diambil contoh kemenangan tipis Hassan bagi jawatan AJK PAS Pusat kedua terendah jika dibandingkan Pemilihan PAS sebelum ini.


 


Mungkin Khalid Samad lupa.. Hassan Ali menang dengan mudah tanpa sebarang kempen diadakan pada Muktamar kali ini. Beliau tidak langsung menonjolkan diri memastikan kemenangan bagi jawatan tersebut sepertimana yang dilakukan Khalid Samad. 

 Malah Hassan sendiri ada mengkhabarkan kepada beberapa perwakilan agar tidak mengundi beliau pada masa itu kerana ingin fokus kepada jawatan yang lebih besar iaitu Exco Kerajaan Negeri. Itupun Hassan tetap menang juga.

Bayangkan jika Hassan berkempen hebat bagi merebut jawatan AJK PAS Pusat? Sudah pasti beliau antara yang paling tinggi.




Tapi itu semua cerita yang telah berlalu. Khalid Samad kini telah mengarahkan 'budak2 suruhan' nya memantau setiap pergerakan pimpinan PAS Kawasan yang secara senyap menyertai sessi Ceramah HIMPUN, dan menyatakan sokongan terhadap Hassan. 

Kalau nak dibicara soal sokongan secara senyap, rasa2 nya banyak juga PAS Kawasan di Negeri Selangor ini bakal dibubarkan. Jangan cabar mereka Khalid Samad.

0 comments:

Powered by Blogger.