Jan 4, 2012

'KITA MERUSUH'- MAHASISWA MALAYSIA DISAHKAN MATI!!







Salam Takziah buat keluarga seorang Mahasiswa yang menuntut di New Jersey telah disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya bersama 4 rakan yang lain.

Ianya disahkan melalui media terkemuka di New Jersey The Republic yang turut menjelaskan 4 rakan yang terlibat kini koma di Hospital.

Namun setakat ini tidak ada sebarang laporan yang mengesahkan nama mereka. Kematian ini sebenarnya memberi tauladan kepada kita terutamanya Mahasiswa di Negara ini.

Kematian itu bukan hanya menjadi penentu dan hukuman buat seseorang. Sudah pasti pelajar ini ada cita2 yang tinggi untuk mengecapi kejayaan dalam pengajian beliau di sana.

Akan tetapi, beberapa kerat mahasiswa di Negara ini sanggup memperdagangkan maruah seorang pelajar mementingkan politik peribadi seorang Pemimpin memperdagangkan akta AUKU.

Ingat. Ibu bapa kita mengorbankan tenaga dan wang untuk kita kecapi kejayaan cemerlang dalam pengajian. 

Jangan dibuang masa menjadi anjing2 menyalak memperdagangkan masa depan demi kepentingan politik sempit.

1 comments:

Anonymous said...

Apa yg kau letir nie... budak2 tu semua dah " fail" tak minat lagi dalam pelajaran...

Baik masuk politik sokong pembangkang dapat juga nama... he..he..

Powered by Blogger.