Jan 31, 2012

KHALID SAMAD JUMPA ANWAR - HASAN ALI UMUM B'TANDING DI PARLIMEN SHAH ALAM!!







Ceramah di lokasi Hasan Ali pada malam tadi paling mencabar buat beliau kerana ianya terletak di sebuah kawasan Parlimen yang wakil rakyatnya merupakan individu yang merupakan Baka Asal Parasit yang menular di dalam PAS Selangor. 

Individu yang bertanggungjawab mengaibkan usaha beliau melaksanakan dasar Syariah di Selangor 1 ketika dahulu.

Tipulah jika tidak terlintas di fikiran Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ini mengenai kelancaran sepanjang sessi Ceramah ini bakal berlangsung di Shah Alam. Kerana Ceramah ini sebagai bukti sokongan beliau secara amnya di Selangor, yang didakwa Ahli Parlimennya Khalid Samad semakin pudar.

Jika sebelum ini mungkin beliau masih berasa selesa dan selamat setelah mendapat laporan ribuan Ahli PAS hadir di Ceramah Hasan Ali di kawasan yang diwakili Bosnya di Meru. (Ceramah Meru KLIK DI SINI)





Akan tetapi Khalid Samad ternyata silap dalam percaturan politik kotornya yang dibawa ke dalam budaya PAS pada masa kini. Mungkin situasi Khalid Samad pada malam tadi tidak keruan sehingga hari ini. Tidak menjawab sebarang panggilan telefon kerana kegelisahan mendapat laporan jumlah luar biasa Ahli PAS yang hadir di Ceramah Hasan Ali di Shah Alam.




Gambar yang sempat dirakamkan Otai Blogger Gerakan Anti PKR (GAP) ini memberi jawapan sebenar yang nyata bercanggah dengan kenyataan Khalid Samad. Lebih dari 7000 ahli PAS hadir sesak bagi menyatakan sokongan terhadap Hasan Ali.

Kehadiran mereka tanpa diduga sehinggakan melimpah di luar lokasi Ceramah. Ada yang sehingga membawa kerusi sendiri dari rumah kerana dikhuatiri tidak mendapat tempat. Khemah yang disediakan seperti yang dilihat di paparan gambar  sewajarnya ditambah 5 kali ganda dari jumlah sedia ada. 





Inikah bukti Hasan Ali 'syok sendiri' dalam membawa perjuangan menentang pemesongan Akidah Ummah?

Mungkin ada releven juga idea dan pandangan beberapa ahli PAS yang hadir yang mencadangkan Hasan Ali bertanding menentang Khalid Samad bagi Parlimen Shah Alam pada PRU13.

11 comments:

Anonymous said...

peluang menang untuk tuan hasan ali tinggi sebab nak menentang parasit pas yg akan bertanding untuk parti pas ialah pengampu paderi yg akan memohon maaf dgn pantas kalau jab agama islam serbu gereja haram...

pejuang hamas...

Anonymous said...

YB Dato Hassan ...kami akan sokong YB jika YB lawan Khalid Samad tu kat P. Shah Alam...kita kasi KO Khalid nie...

usin said...

habis aku kali ini. aku ingatkan hasan ni main2. rupanya dia betul2. jahanam....jahanam......

Anonymous said...

kami akan sokong hassan ali habis habisan jika beliau bertanding di kawasan s.alam..parasit inilah duri dalam daging yg patut ditumbangkan nanti..

Anonymous said...

Kalau betul Hassan Ali nak bertanding di Shah Alam... minta BN jgn letak calon kat situ... kita mahu Hassan Ali menang mudah dan dapat bersuara di Dewan nanti...

Anonymous said...

Anonymous says: Tuesday, January 31, 2012

Aku sokong kau punya idea.

Anonymous said...

Congrate hassan ali.. Next time kena tambah umph lagi.. Bawa lebih banyak penceramah dari PAS spt Ustaz Hassan Bani dll untuk memberi lebih banyak penerangan apa yang berlaku dalam PAS sekarang ni... One of the best ceramah from PAS (ex) leader..

Anonymous said...

Korang geng BN jgn perasan ... Hassan Ali sepanjang buat road show sana sini termasuk dlm TV tak sebut pun pasal BN/UMNO ... dia asyik ckp pasal kuasa ketiga ... maknanya BN tetap musuh ... korang UMNO kalau sokong Hassan Ali nanti akan menyesal seperti mana PAS menyesal sokong Ibrahim Ali dulu ... dua-2 anak pak Ali ...

Krizalid'9999

Anonymous said...

Kita sokong Hassan Ali kerana dia hendak tegakkan akidah umat islam.. Halang gejala memurtadkan umat islam, kaki botol, kaki jubur (gay, lesbian and bisexual), kaki maksiat di rumah rumah urut dsbnya.. Ini semua disokong oleh geng anwar ibrahim, PKR dan parasit dalam PAS.. Apa nak jadi pun tak tahu.. Cukuplah berpolitik tu.. Insaflah dan fikirlah apa keuntungan yang kita dapat jika kita menolak semua itu..

Anonymous said...

Aku percaya ulama PAS lebih rela bersama saudara ISLAM di dalam UMNO jika dibanding dengan saudara kapir DAP yang terang terang menolak perjuangan dan negara islam di malaysia.. Over my dead body dek kata Karpal Singh.. Tapi ini akan tercapai hanya jika parasit dalam PAS disingkirkan dan PAS kembali ke kepimpinan ulama..

Anonymous said...

Melayu yang ada akal akan berfikir seperti ibrahim ali dan hassan ali.. Ini negara tanah melayu dimana perlembagaan telah memberi jaminan bahawa hak rakyat melayu yang 99.99% adalah beragama islam mesti dihormati dan di jaga dibawah perlembagaan.. Rasanya semua pemimpin umno berpersaan seperti ini cuma tak tunjuk macam dua anak ali ni dimana ibrahim ali lebih ekstrim... Yang bodohnya orang melayu yang tamak kuasa sanggup bekerjasama dengan DAP untuk menghakis hak melayu sendiri.. Nanti bila dah hilang kuasa baru menyesal.. Ingat bangsa lain tu bodoh ke nak hapus kan hak melayu terang terang.. Mereka nak kuasa lepas tu satu persatu hak melayu akan di hapuskan.. Berfikirlah dan bertindaklah sebelum terlambat..

Powered by Blogger.