Jan 19, 2012

KES LIWAT II SAPE ZALIM SKRG..!!? - SAIFUL BUKHARI DILAYAN MCM. SUNDAL!!







BERIKUT MERUPAKAN LAPORAN YANG DIKELUARKAN MELALUI LAMAN PORTAL PRO ANWAR MALAYSIAKINI.  IANYA  DISIARKAN SEBAGAI 'MESEJ' JELAS BUAT ANWAT YANG MERAIH SIMPATI MCM ORG GILA. ARTIKEL INI MENGGAMBARKAN RASA SIMPATI PORTAL TERSEBUT TERHADAP SAIFUL.

Dengan dua hari lagi sebelum tempoh mengemukakan rayuan kes liwat II berakhir, bapa pengadu kes berkenaan, Azlan Md Lazim bimbang kerana tidak ada sebarang tanda-tanda bahawa Pejabat Peguam Negara akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah.



 Dalam kenyataan akhbar yang disiarkan di blog anaknya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, beliau menyatakan harapan agar Peguam Negara akan memberi kelulusan untuk memfailkan notis rayuan tidak lama lagi.

“Saya sebagai bapa kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan berharap Tan Sri Peguam Negara sebagai pendakwa raya dapat memfailkan notis rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas

“Saya sebagai bapa merasa sedikit risau kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan notis rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi,” tulisnya.

Azlan menggesa kepada Peguam Negara agar hak beliau dan anaknya itu diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan.




“Saya juga mohon pihak Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan,” tulisnya lagi.

azlanWalaupun dalam kenyataan akhbar itu, Azlan menyatakan hanya tinggal dua hari untuk membuat rayuan, fakta sebenar ialah pihak pendakwaan mempunyai tempoh sehingga Rabu depan, 25 Januari untuk memfailkan rayuan.

Ini adalah kerana hari Isnin dan Selasa adalah cuti umum sempena Tahun Baru Cina dan pihak pendakwaan diberi tempoh 14 hari jika berhasrat mengemukakan rayuan berhubung penghakiman berkenaan.

Sehingga hari ini, belum ada keputusan muktmad sama ada pejabat Peguam Negara akan membuat rayuan dalam kes liwat II yang penuh kontroversi itu.
Sebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri) yang mengetuai perbicaraan kes itu berkata pihaknya telah mencadangkan supaya rayuan dibuat.



Ini kali kedua Azlan membuat rayuan - pada 11 Jan, dua hari selepas Anwar dibebaskan, beliau mengadakan sidang media di rumahnya menggesa pihak pendakwaan memfailkan rayuan bagi membela nama baik anaknya dan maruah keluarga mereka yang telah tercemar.

Sabtu lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak menjawap soalan daripada wartawan apabila diajukan sama ada pejabatnya akan mengemukakan rayuan.

2 comments:

Anonymous said...

rakyat msia tak sedar ke pada hari terakhir penggulongan hujah pendakwaraya kira2 sebulan drp 901 tarikh keputusan, dlm berita tv3 jam lapan, menunjukkan wakil dari setiausaha negara amerika dtg menemui PM selama 1 jam pertemuan itu dilaporkan tanpa isi pertemuan dinyatakan.

Kita semua adalah proxy zionis bang oi. Pemimpin lagila samada directly dicaturkan proxy secara sedar dan indirectly sedar tapi tak mampu utk melawan kuasa besar memikirkan betapa sayangnya pd rakyat, jawatan dan family. Bg pemimpin yg bodoh terikut rentak org lain w/pun jelas perjalanan parti itu boleh membuatkan zionis benci namun dek kebodohan pemimpin dan ketaksuban pengikut jadilah juga mereka2 ni proxy zionis.

Namun pemimpin negara yg tak tunduk pd perintah zionis mereka sudah ada musuh dlm negara yg bersedia utk bangkit atas nama freedom dgn sumbangan besar dr zionis spt Libya dn syria.

Itulah yg terjadi pd negara kita, kita tengokla sampai esok kalu AG tak kemukakan rayuan something wrong dgn negara kita.

Ingat nama negara Malaysia telah wujud sebelum abad ke 20 lagi,sapa yg tentukan kalu bukan illuminatti.Parti kat msia bukannya bebas dari percaturan zionis.Islam akan sentiasa dilemahkan, sekarang tindakan zionis dinegara Islam begitu aktif dan agressif walaupun regime lama adalah proxy zionis tapi masa utk menukar regime baru atau refreshment perlu dlm negara yg majoritinya Islam supaya penentang sebenar yg mampu mengalahkan zionis tak muncul dlm bentuk kuasa. Zionis sedar musuh sebenar mereka tetap muncul yg akan menghambat mereka tp mereka cuba menafikan kebenaran yg tertulis/termaktub dlm hadis rasul ttg kekalahan yahudi nanti.
Pastinya bukan pas yg mampu mengalahkan zionis.

Tungguuu....

Anonymous said...

Baru baca the star tadi pasal pembunuh student UUM 6 tahun lalu di tangkap di KLIA.. Dia di syaki membunuh sebab ada kesan DNA dia pada wanita tersebut.. Rasa rasa nya dia tentu boleh terlepas punya kalau karpal singh jadi lawyer dia.. Jangan suruh penguam cara negara sudahlah.. Mesti kena punya.. Macamana nak sabit kan kesalahan dia berdasarkan DNA sahaja kalau kes anwar yang dah terang terang siap dengan DNA pun boleh terlepas..

Powered by Blogger.