Jan 1, 2012

KAK WAN AKUI - SITI HASMAH KATA AZMIN ALI DENDAM DGN. ANWAR!!?








Kelihatan PKR semakin memberontak tidak dapat menerima dan sedih apabila Anwar bakal dipenjarakan pada 9 Januari ini. Memang diperakui Anwar beliau akan bersalah. Bersalah bukan benar2 bersalah. Akan tetapi bersalah kerana konspirasi Politik. Kata Anwarlah.

Namun individu yang dilihat menangis di luar akan tetapi tersenyum di dalam sanubari adalah Azmin Ali. Matlamat utama untuk menggapai jawatan Presiden PKR semakin memuncak. Azmin dilihat diam akan tetapi diisi dengan tarikan sokongan melalui kempen belakang tabir bagi memastikan Presiden Wan Azizah tidak lagi dipilih sekali lagi. Azmin akan memastikan Kak Wan melepaskan jawatan Presiden atas desakan dari akar umbi.

Dan sudah pasti Azmin tidak akan membiarkan Nurul Izzah diangkat dan dijulang kerana beliau sendiri mengetahui Nurul Izzah tidak suka akan perilaku beliau. Ini dapat dilihat melalui kenyataan2 Pemimpin PKR di mana Azmin tidak pernah sama sekali memuji Nurul Izzah sebagai seorang yang berkaliber sebagai Pemimpin Negara.




Mungkin Azmin dapat mencapai matlamat ini. Kerana akhirnya setiap akar umbi mesti mengakui, kepimpinan Negara tidak akan stabil jika dikepalai seorang wanita. Ini fakta asas yang kukuh malah terkandung di dalam Syariah.

Hakikatnya manusia yang berada di sekeliling Anwar tidak pernah jujur dalam perjuangan. Mereka ada agenda tersembunyi masing2. Yang jujur pada era kebangkitan reformasi 1998 kini telahpun meninggalkan parti kerana tidak sanggup berpura2. Ada yang berdiam diri, ada yang menghabiskan sisa2 hidup di ambang kematian, dan ada yang menyertai parti lawan.

Apa yang pasti, kesemuanya didakwa dibeli UMNO. Itu skrip yang mesti digunakan setiap kali ada yang keluar parti, waimah jika ianya berlaku ke atas Wan Azizah ataupun Nurul Izzah.


Bagaimana relevennya sikap Azmin ini? Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Wan Azizah pernah bertemu isteri Tun, Tun Siti Hasmah merayu agar dapat memujuk Tun M menyingkirkan Azmin daripada memegang sebarang jawatan kanan suaminya, Anwar Ibrahim. Pada ketika itu Anwar memegang jawatan TPM.




Ke mana akhirnya Anwar selepas ini. Mungkin ada rasa sedikit insaf kerana 'kantoi' sekali lagi. Kerana Ulama'2 PAS seperti Harun Din telah melihat Anwar kembali ke perangai lamanya ketika berjaya menawan 82 kerusi Parlimen dan membuat propaganda 16 September.

Itu sifat Anwar yang juga disokong Pemimpin PAS Perak Ustaz Ahmad Awang. Bongkak ketika kuasa di kemuncak. Lupa pada pegangan agama. Lupa pada sahabat2 yang berjuang bersamanya.




Jikalau dahulu Harun Din dan Ahmad Awang mendakwa berlaku ketika Anwar berjawatan besar di dalam Kerajaan, ianya berlaku sekali lagi ketika Anwar merancang merampas Kerajaan 16 September. Sahabat2 yang meninggalkan PKR kesemuanya hampa dengan sikap bongkak beliau. Sebab itulah Ulama' PAS tidak pernah percaya dengan Anwar. Kerana manusia yang bersikap sedemikian seringkali mensia2 kan peluang yang Allah berikan kepadanya untuk terus ke jalan yang sebaiknya.

Hakikatnya konspirasi yang dicanang Anwar itu berlaku di kalangan orang2 nya sendiri. Kerana apa? Kerana tidak mampu mengawal perasaan atas penipuan2 Anwar.



Artikel Berkaitan (klik pada tajuk di bawah) :-


1.  KAK WAN TEKAD AKAN BERDEPAN TUN SITI HASMAH!!


2 comments:

Anonymous said...

banyaklah "airmata buaya" Azmin nanti bila abg Nuar dah masuk asrama Sg.Buloh

zahari1950 said...

Mahu dilawan ibarat kata seperti melanggar dinding batu. Hati jantan mana tak sakit. Bos balun bini sampai dapat anak. Zuriat tu weh.

Tambah pula ada hasrat dan tujuan lain. Mulut cakap lain.. dalam hati siapa tahu.

Berbagai cara manusia dalam dunia ni nak cari kuasa. Sanggup membiarkan kemaluan dan lendir jantan lain masuk ke dalam .... bini dia hingga jadi anak.

Powered by Blogger.