Jan 20, 2012

KAJISELIDIK UNIVERSITI MALAYA - "NAJIB LEBIH LAYAK JADI PM BANDING ANWAR!!"







Satu kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Malaya akhir tahun lalu, menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pilihan berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun sebahagian besar daripada 2,559 responden kajiselidik itu yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (Umcedel) di seluruh negara, "tidak pasti", tetapi Najib mendahului dalam beberapa kategori.

Berbanding dengan Anwar, lebih ramai yang berpendapat Najib merupakan seorang pemimpin yang lebih berkemampuan dari segi pengurusan ekonomi negara, dengan sejumlah 40 peratus responden bersetuju bahawa perdana menteri adalah lebih baik.

Sebaliknya, hanya 33 peratus daripada responden kajiselidik itu - yang dijalan dari bulan Oktober hingga Disember 2011 - bersetuju Anwar lebih berkemampuan dalam menguruskan ekonomi negara.

Sejumlah 46 peratus responden yang berusia 22-30 tahun bersetuju Najib mendahului, manakala Anwar ketinggalan 3 peratus di belakang.

Najib sekali lagi mendahului Anwar dari segi persepsi terhadap hubungan dengan rakyat.
 
Kira-kira 47 peratus responden bersetuju perdana menteri mempunyai hubungan yang baik dengan rakyat, manakala Anwar ketinggalan tujuh peratus di belakang.

Kecenderungan tersebut dilihat pada kedua-dua responden muda dan yang tua.

0 comments:

Powered by Blogger.