Jan 27, 2012

ISU NFC - SIAPA YG. UGUT NOH OMAR..!!? ZURAIDA PULA SELAK BAJU MORIAN..!!







Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya Menteri yang bertanggungjawab menberi kenyataan berkaitan penyelewengan NFC yang sekian lama menjadi bualan mulut masyarakat.

Sehinggakan menjadi senjata mudah buat Pemimpin Wanita yang memalukan dan tak pernahpun memperjuangkan wanita bernama Mak Lampir Zuraida mengambil kesempatan menyerang peribadi Shahrizat. 






Sampaikan ditegur Muslimat PAS yang mengakui amat menghormati dan agak selesa dengan prestasi hasil kerja Kementerian Pembangunan Wanita di bawah kepimpinan Shahrizat.


Sememangnya mungkin Noh Omar menunggu waktu dan ruang pada ketika ini, setelah Ketua Audit Negara membuat pendedahan sebelum ini berdasarkan laporan Audit Negara 2010.
Ianya pasti menyebabkan 3 ekor Lembu suruhan Anwar iaitu Zuraida, Rafizi dan Saifuddin tertelan air liur seketika dan terpaksa buka buku semula berbincang bagi memastikan mereka tidak 'kalah malu'.

Tak mengapa. Buat rakyat Malaysia bergelar ibu dan isteri, yang majoritinya menyokong Shahrizat, teruskan berdoa. Biarlah sebilangan pemimpin Politik yang tahu akan kebenaran mengambil sikap playsafe.






Biarlah sebilangan dari mereka bertindak kejam menggunaakan isu NFC mendesak dan terus mendesak Shahrizat sehingga tersepit bak Kaum Hawa yang tidak ada maruah dek agenda politik peribadi mengatasi suara rakyat.


Biarkan mereka menggunakan tuduhan Shahrizat sebagai jalan mudah mempromosi Kepimpinan Wanita pada diri sendiri walhal amat memalukan kerana Pemimpin sayap PKR ini tidak pernahpun memperjuangkan kaum hawa.

Hanya memperjuangkan seorang lelaki yang diri secara peribadi 'terpikat' dek kerana tampak kacak bergaya.




Benarlah dakwaan Timbalan Muslimat PAS Dr. Mariah Mahmud, "Tidak adil jika hanya menyerang Shahrizat sehingga mengaibkan beliau selaku wanita. Itu bukan prinsip Muslimat PAS. Ianya salah di sisi Agama. Ini isu nasional. Ada orang yang lebih 'layak' disoalsiasat berkenaan isu ini. Bukan Shahrizat seorang sahaja."




Buat kesemua wanita bergelar isteri dan ibu yang majoritinya menyokong Shahrizat, termasuklah dari kalangan Muslimat PAS dari akar umbi. Doa anda bakal mempamerkan kebenaran sebenar yang membunuh semula karier atas angin sebilangan Pemimpin2 seperti yang digambarkan di atas.

Buat Noh Omar, Syabas dan Jutaan Terima Kasih. Tanpa memikirkan risiko kerana kebenaran, beliau sekurang2 nya tampil memberi fakta.




BERIKUT MERUPAKAN KENYATAAN NOH OMAR SELAKU MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI.


 


Penjelasan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) membuktikan bahawa projek itu tidak gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
   
Ini kerana projek itu yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih, katanya.
   
"Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima yang layak di Bukit Belimbing di Kuala Selangor hari ini.


Noh berkata demikian ketika mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.
   
Ambrin dalam satu kenyataan berkata "perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN (Jabatan Audit Negara) tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.”
   
Ambrin dalam kenyataan itu juga menyebut pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
   
Beliau juga berkata pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.
   
Mengulas lanjut, Noh mengakui kelewatan berlaku pada pelaksanaan projek tersebut yang bermula ketika proses hendak membersihkan tapak seluas 5,000 hektar di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,500 hektar kepada NFCorp manakala 500 hektar diberikan kepada sebuah syarikat lain dan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat 3,000 hektar.


   


Beliau berkata pertikaian yang ditimbulkan oleh pembangkang bahawa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp sebelum perjanjian dimeterai sebenarnya jelas menunjukkan mereka keliru.
    
Ini kerana, katanya, terdapat dua perjanjian dimeterai antara syarikat swasta tersebut dengan kerajaan iaitu pertama pada 6 Disember 2007 dengan Kementerian Kewangan membabitkan pinjaman berkenaan.

Satu lagi perjanjian pula membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditandatangani pada 8 Mac 2010 iaitu ketika beliau menerajui kementerian tersebut, katanya.
   
"Jadi tidak mungkin perjanjian belum ditandatangani duit (pinjaman) sudah dikeluarkan, jadi pembangkang twist (putar belit) bahawa perjanjian dibuat pada 2010 sedangkan perjanjian sebelum itu tidak disebut," katanya.
   
Dalam pada itu, Noh berkata sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam projek berkenaan, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.
    
"Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian," katanya. Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Fakta bukan sesuatu penting bagi Pembangkang. Yang penting ialah lawan tetap lawan. Walaupun Karpal akui siapa Anwar sebenarnya tetapi otak rakyat mesti dirosakkan dengan menyatakan bahawa merekalah hakim ang bijak sana.

Pembangkang punya agenda untuk merosakkan imej pemimpin UMNO menjelang PRU ke 13. Caranya antara lain ialah serang dan aibkan pemimpin-pemimpin sayap dan pemimpin utama UMNO.

Sayap Wanita umpama injin BN. Rosak Wanita lemahlah BN. Musa3

Anonymous said...

Salah pengurusan dana rakyat? Anwar lagi salah guna dana rakyat Ini belum termasuk TPPT sebuah entiti yang dibentuk oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 90an atas arahab Anwar semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan di bawah penyelian Dato' Murad dimana fund-nya adalah RM 1 Billion.

Skandal pembelian tanah diseluruh Malaysia untuk projek rumah murah. Harga tanah dinaikkan nilahnya sehingga 10 kali ganda. Syarikat mengurus tadbir projek kebanyakan adalah kroni Anwar.

Bank Negara memberi pinjaman tanpa faedah dan bayarannya balik adalah "RM1 to RM1"

Harap kertas ini perlu dibuka semula dan dicungkil. Semua tu wang rakyat. Apasal PAS buat bodoh je?

Powered by Blogger.