Jan 2, 2012

HIMPUNAN 10RIBU PRO SHAHRIZAT - MUSLIMAT PAS HADIR MAHU PERANG ZURAIDA!!?





 

Memang pada mulanya kita merasakan Shahrizat bakal tersungkur dalam politik setelah diserang hendap Mak Lampir Zuraida yang bak kata Muslimat PAS 'tidak bermoral mengambil kesempatan menghina peribadi Shahrizat'. 




Namun ternyata ianya silap sama sekali. Dewan Perkarangan Wangsa Maju yang berlangsung petang tadi dikejutkan dengan kehadiran Ribuan Ummat manusia hadir bagi mendengar ceramah Shahrizat seterusnya memberi sokongan penuh kepada beliau.


 

Majlis yang pada asalnya hanya sekadar perhimpunan Ketua Wanita UMNO bersama jentera Wangsa Maju bertukar menjadi 1 perhimpunan ala2 Reformasi 98, yang diidamkan berlaku pada program yang sedang dijalankan Anwar pada sessi Road Show beliau menjaja simpati.



Ianya bukan sahaja melibatkan Wanita UMNO semata2, malah turut disertai masyarakat wanita biasa bergelar Ibu memberi peransang dan kekuatan untuk terus berkhidmat memertabatkan Wanita. Usah ditanya jumlahnya kerana tidak terkawal mengiranya. Gambar2 yang dipamerkan ini sudah pasti ada jawapannya.

Apa yang mampu Shahrizat perkatakan? Benarlah kata Anwar, apabila kita dianiaya, kita akan mendapat sokongan maha ajaib. Benarlah kata Anwar, jikalau kita sabar dan tidak menghina balas terhadap orang yang berbuat perbuatan terkutuk ke atas kita, kita akan dibantu Allah.




Itu kata2 Hikmah Anwar sewaktu era Reformasi 98. Anwar cuba mendapatkan sokongan semula. Menganjurkan Road Show menagih simpati ala2 Reformasi 13 Tahun lalu. Namun, aura tersebut kini menjadi milik Shahrizat. Bezanya apa? 

Bezanya Shahrizat tetap tidak membalas mengaibkan Zuraida dan sememangnya itu pendekatan politik beliau yang disenangi kaum Hawa di Negara ini termasuklah dari kalangan Muslimat PAS di peringkat akar umbi.


Isu NFC secara jelas hanyalah serangan politik menjatuhkan imej Peribadi Shahrizat semata2. Bak kata Muslimat PAS, "Wanita PKR iaitu Zuraida mengambil kesempatan berlebih2 an menyerang Shahrizat sehingga menjatuhkan maruah wanita. Adakah itu prinsip seorang wanita Muslim?" Bukan orang UMNO kata, Muslimat PAS yang kata.

Apa lagi kata Muslimat PAS?

"Selidik betul2 siapa yang sepatutnya menjadi punca penyelewengan NFC. Ini tidak. Hanya disebabkan suami Shahrizat Pengerusi NFC, terus Shahrizat dianggap bersalah. Ini sudah dikira serangan politik peribadi."


 


"Muslimat PAS tidak dapat menerima sebarang bentuk serangan sehingga mengaibkan kaum Hawa yang lain. Walaupun dari pihak parti lawan. Itu bukan prinsip wanita Muslimah. Ingat, kita ada asas pegangan Agama. Jikalau ada fakta dan bukti, sila ikut saluran. Kenalpasti apa punca yang berlaku."




"Shahrizat sebelum ini walaupun dari pihak Wanita UMNO, tak pernah serang peribadi Anwar. Tak pernah serang Kak Wan. Siap jumpa di parlimen hormat dia. Jangan kita serang peribadi dia dek kerana dendam kesumat dengan UMNO."

"Sekarang bila ramai wanita luar sana simpati marahkan kami pulak. Bukan Muslimah PAS sahaja. Ramai lagi di kalangan wanita2 di luar sana tak dapat terima serangan Zuraida."

Amek kau Muslimat PAS Pro Ulama' mengamuk.

9 comments:

Aurafaz said...

Kak Jat jgn bermain api, mahal harganya kalau BN tumbang kerana kes Kak Jat. Cukup2lah berkeras kepala, bersabar dan berilah laluan kepada org lain. Berkorbanlah demi kesetian kepada Parti. buktikan kpd kami

Anonymous said...

Kak Jat..., sertailah saja PAS tu, supaya boleh berjuang bersama2 muslihat eh...eh.. muslimat PAS tuh. Lagi pun Lembah Pantai dah kalah dulu. If Tok Jib letak juga Kak Jat dimana-mana kawasan maka hilanglah satu kerusi Parlimen untuk BN. The writing is on the wall. Definitely Kak Jat is not a winnable candidate. Bagi wanita UMNO, insaflah! pemimpin boleh datang dan pergi. Macam Kak Pidah dulu juga. Pelapis kepimpinan wanita masih ramai lagi.

Anonymous said...

Eh? Kalau tengok gambar ramai macam ni tak payah letak jawatan la. Ramai sokong.

Yang suruh resign tu owang2 politik berkepentingan sahaja. Tak kira la dari PKR ke, UMNO ke. SUME yang suh letak jawatan tu ada agenda poltik.

Anonymous said...

Suruh je KJ and Father in Law letak jawatan, diorang yang makan besar orang lain kena najis.

Anonymous said...

Walaupun saya dari golongan lelaki..tetapi tetap berterima kasih dengan tok Jat...sememangnya tak boleh sangkal kerja kuat tok jat yang sentiasa prihatin dengar permasalahan dan selesaikannya.

Orang yang kuat bekerja kita tak boleh nafikan dia.

personally saya sokong tok jat!

Adik Sayang said...

mcm budak2 jer nak berperang..
buat malu jer jadi ibu :-)

Adik Sayang said...

(( Azam Tahun 2012 )) - 'Sumpah, Saya Mahu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7!'

http://www.youtube.com/watch?v=MuzXGijU-Yo
http://www.youtube.com/watch?v=ZzJu-rbaeyk
http://www.youtube.com/watch?v=8DINrETryqc
http://www.youtube.com/watch?v=NDqgi3BtZ6M
http://www.youtube.com/watch?v=h4WhMjwio1c
http://www.youtube.com/watch?v=0CA1NbRSjfk
http://www.youtube.com/watch?v=weDQbnJrvNo
http://www.youtube.com/watch?v=67xAH1GtbXM
http://www.youtube.com/watch?v=FwBAVDN5CdU
http://www.youtube.com/watch?v=7Ty4GsbxgUI
http://www.youtube.com/watch?v=B5pHUI-wMG8


Dengan Nama Tuhan yang Maha Esa, saya bersumpah tidak akan mengundi Barisan Nasional (termasuk UMNO, MIC, MCA dan parti-parti komponen yang lain)selagi transformasi besar kepada generasi muda tidak berjaya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional secara jelas dan nyata.

Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, jika saya mengundi Barisan Nasional sebelum transformasi besar kepada generasi muda betul-betul terjadi sebelum PRU ke-13, saya telah mengkhianati generasi baru secara jelas lagi nyata.

Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, saya tetap akan mengundi Pakatan Rakyat (PAS,PKR dan DAP) jika transformasi besar kepada generasi muda tidak pernah terjadi.

Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, saya tidak akan berjuang untuk generasi muda, generasi baru, parti mahupun negara jika Barisan Nasional tidak terkubur selepas PRU-13 kerana transformasi besar kepada generasi muda tidak pernah terjadi.
Saya bersumpah atas Nama Tuhan yang Maha Esa, saya tidak sama sekali menarik kembali sumpah saya kini dan selamanya..

-----
Sumpah!! Saya sokong Dato' Seri Abdul Hadi Awang jadi Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia selepas PRU-13..

Tapi, betulkah generasi muda dan generasi baru berpuas hati?
Tak mungkin... Sudah tentu mereka mahu 'orang mereka' yang diangkat.... (( jangan nak tipu, mereka bukan bodoh ))



Ok fine... fine... KAMU tentu bodoh sombong kan?
OK.... Saya STOP setakat ni je.. Saya tak mahu buat apa2 lagi.. Saya tak mahu ambil kisah apa2 lagi..
Disebabkan KAMU bodoh sombong, KAMU teruskan buat 'benda2' bodoh ni semua sendiri sampai generasi baru betul2 lingkup jelas depan mata KAMU sendiri..
Mulai saat ini, saya hanya mahu fokus kepada diri sendiri, keluarga dan kerja2 saya sahaja..

Bye..bye....



Perrrgghhh!!! Memang Terrrbaaekkkk laaaa

Terima kasih sangat2 korang memang terbaekk!! Terharu aku~ huhuhuhu

SAYA SAYANG KAWAN SAYA

Anonymous said...

adik sayang..

ko suruh anwar tu bersumpah dulu..baru boleh cite hal sumpah ko tu..hampeh betul..

Dlu PR..kini Bn..

Anonymous said...

ADIK SAYANG....KAU BERSUMPAH ATAS NAMA TUHAN...ADA BANYAK TUHAN......
KAU PILIH TUHAN YANG MANA SATU...
AKU HANYA ADA ALLAH YANG SATU......

Powered by Blogger.