Jan 15, 2012

HIMPUN - HASAN ALI BAKAL TUBUH PARTI BARU!!?







Selepas sah digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan dipecat dari PAS...tanda tanya kini ke mana arah tuju Ah;i Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali.

Ibarat malang bertimpa, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu hanya tinggal satu peluang untuk bersama-sama PAS dengan merayu hukuman pemecatan pada Ahad lalu kepada Majlis Syura, parti.

Namun, setakat ini, belum ada khabar berita sama ada Dr Hasan akan berbuat demikian.

Bagaimanapun, ambil kira pengguguran beliau daripada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, beliau kemungkinan tidak perlu merayu kepada badan tertinggi parti PAS itu.

Lagipun, sebahagian anggota Majlis Syura adalah ahli jawatan kuasa PAS Pusat yang sebelum ini mengundi memecatnya atas alasan perbuatan menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Ibarat hati sudah luka kerana perjuangan selama 15 tahun menaikkan nama PAS di Selangor dibalas sebegitu rupa, Dr Hasan kemungkinan memilih jadi wakil rakyat Bebas sama seperti ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah yang meninggalkan PKR  tahun lalu.

Bekas pakar motivasi itu juga seperti digambarkan sebelum ini, akan menjadikan NGO untuk meneruskan perjuangan.

Beliau dijangka bergerak bersama NGO Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN).  Dr Hasan sudah tiga kali menyertai gerakan HIMPUN di Shah Alam, di Ipoh dan terbaru di Seremban.

Menariknya sudah ada ura-ura beliau mungkin dilantik mengetuai HIMPUN. Jangkaan ini memandangkan beliau tidak mungkin menyertai UMNO.

Juga ingin diketahui ramai, adakah Dr Hasan akan lebih lantang mengkritik PAS yang dianggapnya sudah keluar daripada landasan perjuangan asal selepas meninggalkan parti itu?

Adakah juga Dr Hasan akan mendedahkan lebih banyak tembelang PKR dan DAP selepas mengakui pemecatannya kerana mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semua ini bakal dijawab beliau yang dijangka mengadakan sidang media sama ada Isnin ini atau hari berikut.

Sementara itu, pemecatan dan pengguguran Dr Hasan pasti menggembirakan pemimpin PAS Selangor yang dilihat lebih menyanyangi PKR dan DAP serta Anwar.

Tumpuan juga kepada siapa bakal dipilih menggantikan Dr Hasan sebagai Exco mewakili kuota parti itu.

Setakat ini, nama pesuruhjaya PAS Negeri Dr Abdul Rani Osman, ADUN Meru  paling atas dan dilihat mendapat sokongan penuh timbalan beliau, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad juga pemimpin PKR dan DAP Selangor.

Sebenarnya, pemimpin PAS lain yang dianggap lebih layak adalah Dr Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi, tokoh akademik dan juga pernah menyandang wakil rakyat lebih lama berbanding Dr Rani.

Mengikut hirarki, Dr Shafie mungkin lebih layak berbanding Pesurhjaya PAS itu tetapi Dr Rani lebih beruntung kerana jawatan itu dan sokongan PKR dan DAP memastikan kerusi Exco bakal miliknya.

ADUN lain dalam PAS Selangor adalah Saari Sungib (Hulu Klang), Khazim Abdul Aziz (Lembah Jaya) dan Dr Ahamad Yunus Hairi (Sijangkang).

Dua ADUN  lagi yang dilantik Exco adalah Iskandar Samad dan Dr Halimah Ali.

Menarik juga untuk ditunggu samada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akan merombak barisan exconya dengan pengguguran Dr Hasan atau menyerahkan portfolio penting itu kepada orang lain.

Khalid yang sudah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka mengumumkan nama Exco baru itu pada 18 Januari ini selepas mendapat senarai daripada PAS Pusat. OLEH ROSLAN BIAN.

4 comments:

Anonymous said...

kalau kes rayuan smua akan trbongkar trmasuk bicara tertutup kah kah rakyat akan tahu semua yang tertutup kah kah ayuh truskan rayuan saiful

BERITA GEMPAR...TERBARU

strategi anwar memang jauh sedang menguasai PAS mnggunakan orang kuat dan membeli seramai pemimpin PAS mengikuti arahanya...tujuan akhir adalah mengabungkan Parti PKR dan PAS menjadi satu Parti Baru dengan prinsip islam sekular...ujian awal mereka brjaya bersatu menlenyapkan PRM bila bergabung dengan PKR..pada ahlul bangang PAS melayu memang mudah lupa

Anonymous said...

Memang bangsa kita perlu wira dalam agama Islam... Nak harap PAS tak payah lar... Kalu pembangkang ambil alih putrajaya, lagi punah negara dan umat Islam...

Anonymous said...

Yammmmm Sengggggggg!!!!
Fuy yoh...!!! Tak sangka kita raya awal tahun ini ya...!
Apa taknya, PAS dah berjaya kita perbodohkan. "Batu" penghadang dah kita robohkan. Selangor milik kita sekarang. Ayuh kita sambung bina Nite Club/rumah urut/pusat judi banyak-banyak. Ayuh semua "KITA ENJOY"!!!
Tanah-tanah org melayu kat selangor kita rampas dan jual mcm Penang buat. Untung kita bagi samarata antara kita.
Jangan takut, Melayu Selangor takkan perasan sebab dia org tau selama ni pun UMNO yg curi harta dan kekayaan dia orang....
Pigi mampus lah lu melayu selangor...BERTAMBAH MEREMPATLAH LU...Hu..hu..YAMMMMMMMMM SEENNNNGGGG!!!

yatimbaginda said...

tooksah lah tubuh parti baru...ayuh org melayu kita bersatu kita dok dalm umno kita bersatu kita lawan dap dan pakatan haram...kita pertahankan islam,kita perjuangkan melayu dan kita martabatkan raja2 melayu...halau je pengkhianat.

Powered by Blogger.