Jan 18, 2012

HADI AWANG T'LEPAS CAKAP - "ANWAR DURI DALAM DAGING PAS..!!"







Tulisan Ahmad Lufti Othman

Selepas sesi pembentangan kertas kerja Pertemuan Wartawan Nusantara II yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Melayu, 12 September 1992, seorang yang saya tidak kenali setelah mengetahui saya dari Harakah sewaktu minum teh, mengemukakan satu persoalan menarik: 

“Saudara yakin Anwar akan melaksanakan segala komitmennya terhadap perjuangan Islam jika dia berjaya jadi PM?”

Saya tidak terus menjawab, cuma ketawa kecil. Sebelum dari itu, kami bercakap mengenai pertemuan wartawan Nusantara yang langsung tidak mendapat liputan media utama, yang dikatakan dikuasai oleh kumpulan Anwar, kecuali RTM, walaupun yang merasmikannya ialah Ghafar Baba dan yang menutupnya Menteri Luar, Abdullah Ahmad Badawi.

“Saudara masih menaruh harapan kepada Anwar?”saya mengusiknya. Nampaknya beliau senang dengan usaha itu walaupun saya menjawab pertanyaannya juga dengan pertanyaan.


Sebenarnya Anwar merancang kemasukannya dalam Umno dengan begitu licin. Anwar sertai Umno ketika dia sudah pastikan ABIM tidak lagi mempunyai tokoh yang boleh mempersoalkan ”ijtihadnya”. 

Anwar sengaja mengarahkan Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin kanan ABIM yang lain sertai PAS sebelum itu bukan kerana dia rasakan waktu itu PAS satu jamaah Islam yang perlu didukung tetapi kerana dia mahu menjayakan cita-cita besarnya untuk masuk Umno ketika Dr Mahathir jadi Perdana Menteri” hujahnya.

“Takkan begitu sekali” sebenarnya saya ingin mendengar lebih lanjut keterangannya.

“Kalau Anwar yakin dengan perjuangan PAS sebagai sebuah gerakan Islam atau parti politik Islam, mengapa dia sendiri tidak menyertai PAS bersama Ustaz Fadzil? PAS amat memerlukan tokoh sepertinya ketika itu, ketika PAS kalah teruk di Kelantan. 

Dan Anwar sendiri yang mengarahkan kemasukan Ustaz Fadzil, Ustaz Abdul Hadi Awang, Ustaz Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim ke dalam PAS. Ini tentu ada muslihatnya.

Anwar memang merancang secara halus supaya bila tiba waktunya, ketika dia berhasrat menyertai Umno, ABIM tidak lagi mempunyai tokoh yang hebat yang berwibawa untuk menahannya.

“Cuba saudara bayangkan imej Anwar menyertai Umno dalam keadaan ABIM hebat menentangnya? Tetapi apa yang berlaku meskipun ABIM tidak merestuinya, ABIM seolah-olah tidak menghalangnya. 

Saya masih ingat, dalam ucapan dasar Presiden ABIM, Siddiq Fadil yang pertama selepas kemasukan Anwar ke dalam Umno, perkara itu tidak disentuh secara langsung. Itu satu kejayaan besar buat Anwar“. Begitu bersemangat beliau cuba meyakinkan saya.

“Tapi bagi saya, imej perjuangan Anwar sebenarnya lebih buruk lagi,” rakannya yang mulanya diam mula mencelah.

“Cuba bayangkan,” tambahnya, “semasa Anwar bersama-sama pemimpin PAS mengatur strategi Pilihanraya Umum 1982, dia telah pun bersedia menyertai Umno secara aktif. 

Maksud saya, sebenarnya Anwar sendiri mengakuinya. Beliau cuma mengumumkan secara rasmi bahawa dia aktif berjuang melalui Umno pada Mac 1982. Maknanya apa ini? Bukankah seperti ular berkepala dua.

“Begitu juga semasa Anwar mengetuai jawatankuasa khas yang membantah cadangan pindaan Akta Pertubuhan, yang mewakili 19 pertubuhan. Anwar sudah menjadi ahli Umno ketika itu tetapi berpura-pura bertindak sebagai jaguh memperjuangkan kebebasan dan keadilan,” nampaknya marah benar beliau terhadap Anwar.

“Semuanya sudah berlalu. Saya rasa tidak ada manfaatnya kita bincang masalah itu,” saya ingin melihat reaksinya.

“Itu pandangan saudara. Bagi saya, masih ramai orang PAS yang mengharapkan Anwar dapat berbuat sesuatu untuk kepentingan Islam dan tidak kurang yang beranggapan “Anwar orang kita dalam Umno”. Saya risau PAS akan tertipu dengan igauannya itu”.

“Saudara ada bukti?”

“Itu tidak penting dan kalau ada pun memang sukar hendak dibuktikan. Orang PAS tidak akan mengaku mereka masih mengharapkan Anwar tapi dalam hati mereka siapa tahu? 


 


Tengok sajalah isu kerugian Bank Negara hampir RM16,000 juta, mengapa PAS tidak manfaatkan isu itu dengan sebaik mungkin. Yang hendak saya timbulkan, Anwar memang sejak awal, sejak dilantik Presiden ABIM darah dagingnya disemangati Umno, bukannya PAS!”

“Bukankah Anwar tidak sertai PAS “kerana katanya” pemimpin PAS tidak dapat meyakinkan dirinya dalam banyak isu dasar dan PAS tidak mempunyai program untuk melayakkan parti itu memimpin negara?” Saya sendiri tidak pasti apakah Anwar pernah mendakwa begitu, Cuma Anwar difahamkan pernah berkata demikian.

“Itu alasan tidak masuk akal. Kenapa pula pemimpin PAS mesti membuktikan kepada Anwar? Siapa Anwar untuk menerima penghormatan sebesar itu? 

Dan sekiranya benar Anwar pemimpin berwibawa, Anwarlah yang merintis jalan menjulangkan PAS sebagai sebuah parti Islam yang memimpin ummah bukan menanti orang lain membuktikannya. 

Lagipun mengapa pula Anwar mengarahkan Ustaz Fadzil, Ustaz Abdul Hadi dan lain-lain masuk PAS. Sepatutnya Anwar sendiri bersama membuktikan kemampuan PAS itu”

Bila saya bertanyakan bagaimana dia tahu Anwar pernah mengarahkan Ustaz Fadzil dan pemimpin utama ABIM yang lain menyertai PAS, beliau menjawabnya juga dengan pertanyaan: 

“Takkan saudara tak baca Harakah. Ustaz Nakhaei jawab Siddiq Fadil mengenai sikap ABIM terhadap pembabitan ahlinya dalam politik. Saya rasa pertengahan tahun 1988″

“Masa itu, saya tidak bekerja dengan Harakah. Maksud saya, saya berhenti sekejap”

Baru saya teringat artikel berkenaan yang ditulis oleh Ustaz Nakhaie Haji Ahmad ketika itu Ketua Pengarang Harakah dan Naib Yang Dipertua PAS Pusat, menjelang kemasukannya dalam Umno!

Saya rasa cukup wajar tulisan tersebut dirakamkan sepenuhnya dipetik dari Harakah, 29 Julai 1988:

Saya ingin membetulkan salah satu fakta sejarah yang cuba diputarbelitkan untuk tujuan yang meragukan, memutarkan fakta sejarah adalah tidak wajar walaupun ini dilakukan oleh pemimpin pertubuhan Islam.

Dengan terlebih dahulu menyatakan hormat kepada Presiden ABIM, sahabat saya yang dikasihi Saudara Siddiq Fadil, saya ingin menjelaskan mengenai kenyataan beliau berhubung dengan pelepasan beberapa orang tokoh ABIM untuk menyertai parti politik.



Menurut beliau orang ABIM masuk bidang politik bukan satu yang ganjil. Sesiapa saja yang ingin aktif dalam politik harus meletakkan jawatan agar dengan itu ABIM tetap independent dan bebas dalam erti tidak dipengaruhi dan diseret dalam politik kepartian.

Seterusnya beliau berkata, ABIM memberi kebebasan kepada ahli-ahlinya untuk berperanan di mana mereka sesuai dan berkesan. Kalau seseorang itu fikir dia lebih berkesan berperanan dalam satu-satu bidang tertentu dan dia sudah bertekad untuk berperanan maka ABIM tidak menghalang. Tarbiyah ABIM tidak boleh disalahkan.

Gambaran yang diberikan oleh beliau mengenai penglibatan bekas tokoh-tokoh ABIM di dalam politik, seolah-olahnya ABIM langsung tidak mempunyai rencana dan langsung tidak mempunyai peranan di dalam melepaskan bekas tokoh-tokoh ABIM itu untuk menentukan parti politik mana yang harus disertai. 

 

Sikap lepas tangan dan melarikan diri dari tanggungjawab seperti yang digambarkan oleh Presiden ABIM itu mendukacitakan. Namun begitu, Presiden ABIM tetap mengatakan bahawa ABIM konsisten dari dahulu hingga sekarang.

Saya masih ingat lagi penyertaan Fadzil Noor, Syed Ibrahim, Haji Abdul Hadi Awang dan saya sendiri adalah perencanaan dan keputusan ABIM. Kami tidak mengambil keputusan bersendirian.

Keputusan itu bukanlah dari sikap ABIM memberikan kebebasan dan sikapnya menyerahkan keputusan kepada pilihan dan keputusan yang difikirkan sendiri oleh setiap orang daripada kami.

Penglibatan kami di dalam PAS ialah setelah berlaku kekalahan PAS di Kelantan. PAS di waktu yang sama terkeluar dari Barisan Nasional. Banyak kalangan pensyarah-pensyarah universiti yang menganggotai PAS terpaksa meletakkan jawatan kerana terikat dengan Akta Universiti.

Pak Natsir, tokoh Islam yang terkenal di Indonesia menulis surat kepada Presiden ABIM di waktu itu ialah Encik Anwar Ibrahim. 

Surat yang sama dikirimkan kepada Datuk Asri, Yang Dipertua Agung PAS. Kesimpulan surat itu, kalau tak salah ingatan saya menekankan mengenai kelumpuhan yang dialami oleh PAS dan perlunya wadah politik Islam itu dipertahankan.

Kerana Pak Natsir tahu kehancuran wadah politik Islam Indonesia meninggalkan akibat buruk kepada umat Islam di Indonesia, ia menekankan kepentingan peranan ABIM untuk menyelamatkan PAS. Istilah pemindahan darah adalah istilah yang digunakan oleh Pak Natsir.

Encik Anwar Ibrahim bersemangat untuk menyelamatkan PAS dan akur dengan pandangan Pak Natsir. Beliau dikatakan mendapat lampu hijau dari sahabat-sahabat dalam WAMY. 

Setelah pertemuan pemimpin pemimpin ABIM dengan Pak Natsir di Pejabat ABIM di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ketua-ketua ABIM Negeri, keputusan diambil untuk menghantar beberapa orang tokoh ABIM ke dalam PAS dalam semangat berkobar-kobar untuk mempertahankan wadah politik Islam.

Presiden ABIM tentu saja masih ingat pertanyaan saya yang tidak dijawab oleh pemimpin-pemimpin ABIM di waktu itu. 

Saya bertanya untuk ABIM melakukan pemindahan darah, apakah ABIM mempunyai cukup darah? Meskipun pertanyaan saya tidak dijawab, namun apabila keputusan untuk menyelamatkan wadah politik Islam itu ditugaskan kepada saya dengan perasaan tanggungjawab saya memikulnya.

Alhamdulillah, saya sedikit tidak kesal menerima tanggungjawab jamaah itu. Bahkan saya rasa mendapat satu penghormatan untuk menjadi salah seorang pemimpin pergerakan Islam yang penting di negara ini. 

Soalnya adakah pertanyaan kami di dalam PAS sama sekali terlepas dari tanggungjawab ABIM dan ABIM yang menentukan pilihan parti yang kami sertai iaitu PAS. Sekarang ini ABIM menyatakan bahawa penyertaan kami di dalam PAS adalah pilihan kami sendiri tanpa tanggungjawab ABIM dan bukan ABIM yang menentukan kami supaya menyertai PAS.

Hanya ada dua kemungkinan daripada kenyataan itu. Pertama ABIM menyesal dengan peranan dan keputusannya yang lalu untuk menghantar pemimpin-pemimpinnya ke dalam PAS lalu cuba menutup sejarah itu dengan memutarbelitkannya atau ABIM berubah sikapnya terhadap PAS dan tidak langsung seperti dahulu.

Kedua, ABIM menyusun kembali sikapnya terhadap parti-parti politik dan tidak lagi bersimpati dengan parti politik Islam. Dengan itu menjelaskan kebenaran kritik-kritik bahawa ABIM telah berubah sikap sekarang ini.

Akhbar The Straits Times Singapura, 3 September 1980 pernah melaporkan ramalan yang mengatakan bahawa “Mr. Anwar would be the logical successor as there was no PAS leader of sufficient stature to rebuild the shattered party after its dismal performance in Kelantan state..”




Di samping itu Pengerusi DAP Kebangsaan Dr. Chan Man Hen semasa persidangan wakil-wakil rakyat DAP, di mana Anwar hadir sebagai pembentang kertas kerja, Ogos 1980 juga meramalkan kemungkinan Anwar menjadi pemimpin PAS. Anwar sendiri ketika menjadi Presiden ABIM semasa ditanya tentang sikap ABIM mengenai politik menegaskan

“…tetapi sebagai pertubuhan dakwah yang berlandaskan Islam sudah tentulah ABIM menggalakkan ahli-ahlinya memilih corak partai yang jelas matlamat keislamannya”

Dalam buku Anwar Lawan Ghafar? Saya merakamkan laporan utama akhbar The Star, 30 Mac 1982, mengenai sebab Anwar menyertai Umno. Di sini saya salin semula tiga perenggan pertama laporan tersebut: 

Encik Anwar Ibrahim said today he had chosen to go into politics because of the changes wrought by the new Goverment leadership. He said his basic reason was this trust and confidence in Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad and the changes made since he became Prime Minister. “More importantly, we share the same beliefs and ideals…” These changes with which he agreed left him with no alternative but to give him, his party and his Government my full support, he said.
Akhbar itu juga memetik kenyataan Anwar yang menegaskan: 

I have not resigned my principles in entering politics through Umno. I didn’t discuss any specific terms before joining…we discussed general principles. My views on the Societies Act and the ISA are still there. I have always had a good personal relationship with Datuk Seri Dr Mahathir. He has been open to harsh criticism from me even when it was crudely expressed. ABIM leaders have accepted my decision that I should become active in politics for the sake of national unity and continue my struggle for Islam.

1 comments:

Adi Kencana said...

Nasib baik jadi duri dalam daging je.. Kalau jadi anu dlm dubur, mcm mana?

Kecaman tu kalau cakap "Najb perintah negara tak cukup baik".

Tapi bila cakap "Jom bom helikopter Najib!" Tu bkn kecaman, tu ancaman!! Bodoh punya Mahasiswa!!

Cuba kalau ada org kata jom bom kereta Anwar. mesti geng Mahasiswa bodoh ni tak cukup tanah melompat...

NURUL IZZAH SAH DITABAL SEBAGAI RATU CURI KREDIT!!! Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Powered by Blogger.