Jan 29, 2012

HADI AWANG 'DIPECAT' - TANGISAN IRINGI DOA RIBUAN AHLI PAS PENANG SOKONG HASAN ALI!!









 Biarpun semakin dihalang, disekat dan disabotaj Kerajaan Negeri Selangor, semakin kental sokongan Umat Islam bangkit mendokong Jihad Hasan Ali mempertahankan akidah yang sedang dipesongkan. Gema Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) : Selamatkan Akidah di Selangor kini disambut dengan laungan takbir di Pulau Pinang.



 



Menurut laporan beberapa Media yang membuat liputan di Program tersebut, ribuan umat Islam yang hadir ke Sessi Jelajah HIMPUN Peringkat Pulau Pinang yang telahpun berlangsung malam tadi merupakan anggota PAS sendiri terdiri daripada jentera Parti Peringkat Negeri. Malah kelihatan juga beberapa Pimpinan PAS Kawasan hadir memberi sokongan terhadap usaha murni Hasan Ali itu.





Kehadiran bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ke Pulau Pinang disambut ribuan Umat Islam bagi mendengar sendiri penjelasan beliau teguh mempertahankan prinsipnya sehingga sanggup dibuang tanpa rela dari Parti Islam itu. 



Realitinya keretakan Politik PAS yang kemaruk dahagakan kuasa semata2 telah membawa padah apabila beberapa individu yang dianggap rakan parti sendiri secara halus telah memulakan 'dakwah' memesongkan akidah umat Islam di Negara ini yang membawa Murtad.





Kesemua yang hadir tekun mendengar penjelasan Hasan Ali dan berkongsi isu yang semakin parah yang sewajarnya mendapat sokongan padu dari PAS. Malah PAS semestinya turut menyumbang tenaga bagi merealisasi jihad menentang Murtad ini.


 


Akan tetapi agak janggal akan tetapi itulah realiti yang kini berlaku. Beliau dipecat PAS kerana berjuang ke arah itu. Bukan itu sahaja, beliau dipecat kerana tidak mahu berjuang menyokong Diktator Pakatan Anwar. Kerana itu sahaja, Hasan disepak terajang dan dicerca parasit2 PAS.

Apa yang pasti, ikrar Hasan Ali membangkitkan semangat hadirin memulakan jihad menentang Murtad disambut dengan Takbir.




Malah doa yang dibacakan Hasan diiringi tangisan hampir kesemua pendukung kuat PAS Negeri yang hadir. Sebak dan rasa insaf. 


 


Sedih dengan perjuangan parti yang mereka pertahankan telah kian terpesong akibat anasir2 Parasit. Ke mana arah tuju mereka? 


 


Adakah terpaksa melihat sendiri percaturan politik kotor yang semakin rancak merebak di dalam PAS? Sehinggakan sanggup mencantas mana2 usaha Pro Ulama' PAS yang bangkit mengembalikan perjuangan mempertahankan Akidah ummah yang semakin parah hanya kerana aspirasi menguasai Putrajaya secara rakus?

Rata2 ari kalangan mereka bersyukur HIMPUN menjadi alternatif buat mereka meneruskan perjuangan. Ikrar tekad mereka yang hadir untuk sebar, sokong dan bersama perjuangan Hasan Ali.





Menyokong Mat Sabu jauh sama sekali. Kerana beliau dalang merancang idea kepada Guan Eng memperbodohkan umat Islam di Penang dengan pelbagai sogokan wang ringgit dan bantuan luar biasa sebagai senjata.

Senjata pelan jangka panjang agar misi utama DAP Sistem Perundangan dan Enakmen Undang2 Islam dihakis sedikit demi sedikit sehingga lenyap tanpa sebarang bantahan.


 


Lebih perit melihat percaturan semakin kotor yang dibawa Mat Sabu menghampiri kejayaan menggengam jawatan Presiden PAS semakin hampir. Dek kerana pengumuman mengejut Hadi Awang semalam yang mendakwa akan berundur dari meneruskan perjuangan PAS dan tidak mahu bertanding pada PRU13. BUKTI Penjelasan Hadi Awang? KLIK DI SINI. 


HIMPUN DI SHAH ALAM ISNIN INI.. DATANG BERAMAI-RAMAI.



14 comments:

Anonymous said...

Umat Islam di Malaysia sahajalah
benteng terakhir Islam Ahlil
Sunnah Wal Jamaah. Satu di antara
perpecahan 72 golongan Umat Islam.

Kesemua Mazhab Imam Syafie,Hanafi,
Maliki dan Hambali berada di dalam
fahaman Ahlil Sunnah Wal Jamaah.

Islam Apa itu ?
Islam yg berteraskan Al Quran dan
Sunnah Rasulollah SAW.
Islam yg Mentauhidkan Allah SWT.

Bukan Parti Islam, NGO Islam, dll
golongan yg taksub lagi menyesatkan.

Apakah Aqidah Ulung yg harus ada
pada semua ? Pembuktian :
1. Kewujudan Allah SWT dan ZatNya.
2. Sifat2 Allah SWT.
3. Af'al atau semua ini di atas
perbuatan Allah SWT.
4. Bahawa Nabi Muhammad adalah
Rasulollah yg Terakhir.

Marilah kita berusaha menegakkan
Aqidah diri sendiri,keluarga kita,
dan sahabat seAgama kita, dan seluruh
Umat Manusia. Aminn..

Centurion said...

PAS sekarang dah jauh tersesat. PRU nanti pengundi PAS sendiri akan memboikot PAS

Anonymous said...

sedih , hiba dan kecewa ! PAS yg selama ini dengan egonya mendabik dada konon parti pejuang islam , kini hanya jadi pecacai kuda tunggangan DAP , tak ada apa2 lagi , yg ada tinggal nama dan impian silam !

sedih hampa dan kecewa !
melayu tanpa sedar diperbodohkan , maruah agama dilelong , maruah bangsa terlelong , maruah negara tanah tumpah darah ini dengan sukanya digadai dan ingin digadai kepada bangsa pendatang !
oelh siapa ? oleh melayu sendiri yang diperbodohkan oleh DAP !

hampa dan kecewa , umat islam kini terpecah 3 , islam pas kafirkan islam umno , islam PKR dihujung jari telunjuk DAP , islam pas puja kafir , islam umno buat cara sendiri , islam pas atau islam umno , melayu pas dan melayu umno ..sama sahaja !! melayu PKR jangan cakaplah , memang dah hancur!

apakah kita menunggu malaysia umpaba negara Arab dan bangsa Arab ? tidakkah kita melihat dan belajar dari kesilapan negara lain sebagai panduan ?

Jijah Tertipu said...

..adakah PAS (Parasit Akidah Se Malaysia) masih boleh diharap untuk membela Islam di Malaysia..??? Kini PAS hanya layak jadi barua DAP dan penjilat Anuuwar.

Anonymous said...

Apa yang sedang berlaku ini hanya permulaan sahaja. Begini lah akibat nya jika mendabek dada yang konon nya mereka ini lebeh islam dari orang2 islam yang lain. Ingat lah bahawasa nya islam sa2 orang itu kerana ...kurnia, rahmat, hidayat, petunjok serta izin Dia.

Nok said...

mari lah sama2 kita mendoakan supaya nik aziz ,mat sabo, Mr Bean dan lain2 pemimpin PAS supaya panjang umur...untuk memperjuangkan isle...versi Pas pis pus....ingat pas ingat nabi pasang siap .....ingat anuar ingat imam mahadi........hancur negara.....

Anonymous said...

SATU SOALAN NAK TANYA HAMPA SEMUA...

SAPA MEMERINTAH TANAH MELAYU SELAMA LEBIH 50 TAHUN?

DAP ATAU PKR ATAU PAS KA?

KALAU BUKAN MEREKA, SAPA?

KENAPA MEREKA YANG BERKUASA SEKIAN LAMA INI, HANGPA SEMUA TAK PERSOALKAN TINDAKAN DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA UNTUK MENTARBIYAHKAN ANAK2 MELAYU SEJAK BERDEKAD LAMANYA?

KENAPA HANGPA MENUDUH PARTI YANG TIADA KUASA INI BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEMURTADAN UMAT ISLAM. APA MEREKA BOLEH BUAT UNTUK GUBAL UNDANG2

MANA PERGINYA PEMIMPIN MELAYU UMNO YANG MENGANGKAT KERIS MEMPERJUANGKAN ISLAM? ANGKAT KERIS PERJUANG ISLAM??? SILAP.. MEMPERJUANGKAN MELAYU?

KENAPA HANGPA YANG NAMPAK 'CERDIK' INI TAK BERHIMPUN DEPAN RUMAH NAJIB MENGANGKAT KAIN, MEMIKUL CANGKUL MENDESAK NAJIB YANG BERKUASA INI MELAKUKAN TRANSFORMASU TERHADAP SISTEM PEMERINTAHAN YANG ADA SEKARANG KPD LEBIH ISLAMIC?

MALANG HANGPA SEMUA INI..... BERTINDAK TANPA BERFIKIR?

Anonymous said...

anon kat atas ni, SALAH KE KALAU DAH TIMBUL KESEDARAN DIHATI MASING2 DALAM MENYEDARKAN MASYARAKAT, SALAH KE ORANG NAK BUAT BENDA YANG BETUL? KENAPA PERLU DIPERSOALKAN BENDA YANG ELOK NI? KENAPA PERLU BERSANGKA BURUK TERHADAP SATU USAHA YANG MURNI YANG DILAKUKAN PEMIMPIN SKRG, JANGAN LA SAUDARA TERLALU IKUTKAN HATI KOMEN BERLANDASKAN NAFSU POLITIK SEMATA-MATA.

PERANGI MURTAD!!!

Chek Mat Chek Mod said...

pada anon January 31 tu,

Lebih baik jadi Islam yg bersederhana dari jadi islam PAS yang mula menjurus kepada MURTAD!!!

Apa yg kurang dlm pemerintahan BN selama 50 tahun??? jangan pandai sebut saja... cuba bagi tau..

Kita hidup dlom keadaan aman damai dan makmur.. kemiskinan serba sedikit di sana sini tidak menggambarkan pemerintahan yg gagal... gagalkah AMERIKA sebab masih wujud kemiskinan di sana sini di negara mereka...

Berjaya ke PAS dengan 'kekayaan' semua rakyat negeri Kelantan?? kalau Kelantan aman makmur mengapa rakyat Kelantan keluar utk bekerja di negeri lain...

Mamkmur kah rakyat di P.Pinang bila DAP berkuasa..? memang makmur utk Cina... tapi pergi masuk Penang dan tanya kaum melayu di sana...Mereka dah tau mereka dah rasa... akibat nak 'mencuba' kerajaan baru... mereka dah bertaubat dan bertekad...kesilapan tidak akan diulang lagi...!!!

Anonymous said...

Cik anon yg pendek akal org kedepan dia nak asyek kebalakang..org dah nampak hang dok salahkan org lain..org2 hampeh cam hanglah yang membantutkan proses islamisasi..penat dok melayan otak kecik hang.. Pikirlah sikit krjaan terpaksa jaga hati semua ..ini negara multiracial..nak harap hang pi berjuang untuk bangsa dak lah..bangsa2 lin dok berkokok hang campoq sama, org bersih hang bersih otak kosong..nampak jahat org je..
Walaupun Malaysia belum menjalankan hudud ...1. Usaha 1 agama rasmi kita adalah negara islam
2. Dlm i/c terang nyata agama dan bangsa..tenguk indone sia semua sama mesti bertutur dan nama dlm bahasa indonesia..haru biru islam yg fanatik extremist yang bagus sama dengan yg bingung tak tau agama apa, islam tapi macam tak islam, kalu org kafir nak attack senang2 je sebab tak dak batasan perbezaan ..islam kawin dengan kristian..anak pilih kt suka..tu yang si Barcouncil Ambiga kesayangan hang dok fight for..
3. Walau hudud tak buat lagi..tengok ada universiti Islam,
Institusi yang membuat kajian pembangunan islam.. tp prof aziz makan gaji dgn kerajaan intead of doing thier humble work for islam dok sebok msuk politik..nak famous nak confusekan org yg naif macam hang...islam...kerajaan dokbuat senyap2 menarik rambut jgn putus. Hang kalot tak cukup semua..

Habis tu apa jasa hang selain dari berkokok sana sini cakap pasai buroq orang..kjn Pas berpuluh taun nik ajis pegang ada hang tanya..dia buat apa..ada buat BOOdooo..danmembodokan org..Kerajaan baik..dia kutuk2 tak buat hudud..kena gertak Karpal..over my dead Body..dak tak jadi buat..apa cerita sekarangpasbukan parti Islam hang pun sedar tapi laloq..Dia parti Kebajikan..cuba jadi Cerdik boleh..kalau buta pergi operation or..Shut Up..

4. Islamic Banking, insurance..yg best org bukan islam pun suka ..

Anonymous said...

aku suka anon 1 feb ni bagi ulasan panjang lebar kat anon yg kononnya nak perjuangkan islam.. Hidup Islam mampuskan Murtad!!!!

Anonymous said...

Tumpang cedok ayat hang ek? Cheq nak jawab...

"KENAPA MEREKA YANG BERKUASA SEKIAN LAMA INI, HANGPA SEMUA TAK PERSOALKAN TINDAKAN DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA UNTUK MENTARBIYAHKAN ANAK2 MELAYU SEJAK BERDEKAD LAMANYA?"

ni jawapan dari aku...

'kenapa mereka yang kononnya perjuangkan islam sekian lama ni tak nak mulakan tindakan dan tanggungjawab sebagai parti islam untuk tarbiyahkan anak2 melayu sejad berdekad lamanya? walaupun bukan parti yang memerintah, pas boleh je kalo nak buat, kerajaan tak larang.. silap2 kalo la berabad dulu dah buat sure ramai ikut PAS.. silap2, aku pun join PAS.. tapi, sebab nak dapat kuasa dulu, baru nak buat kot.. harem....'

"KENAPA HANGPA MENUDUH PARTI YANG TIADA KUASA INI BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEMURTADAN UMAT ISLAM. APA MEREKA BOLEH BUAT UNTUK GUBAL UNDANG2"

ni jawapan dari aku...

'Mana tak tuduh, dah pi sokong ambiga buat bersih tu buat apa...? bukan kah hangpa PAS yang dulu pi nak jihad depan pejabat AMbiga.. tup2, dah pulak join bersih setuju plak dengan AMbiga.. isu apa? isu murtad la yang ambiga mintak... hangpa ni julin ka buta??? pasal undang2 tu, hangpa buat dulu kat negeri jajahan hangpa.. mana tau berjaya, mungkin bleh dijadikan contoh, tapi hangpa gagai..


MANA PERGINYA PEMIMPIN MELAYU UMNO YANG MENGANGKAT KERIS MEMPERJUANGKAN ISLAM? ANGKAT KERIS PERJUANG ISLAM??? SILAP.. MEMPERJUANGKAN MELAYU?

ni jawapan aku..

'tak yah la duk sibuk org angkat keris ka tak?, mana ulamak hangpa yang pegang hadis n sunnah n quran untuk bimbing anak2 muda islam? ni dak.. pi ajaq depa benci kerajaan, kata kerajaan kafir la, apa la.. suh ngaji pondok, tapi hangpa serapkan ilmu fitnah memfitnah n bukan nak perjuankan islam n perangi murtad... patut PAS kena la jadi contoh yang boleh membuka mata kerajaan.. ni dak..'

Sendiri pikiaq la.. akai ada ka???

Anonymous said...

cakap lah apa pun yang pasti Allah SWT telah menghina pas sedekian rupa...tak ada cara lain orang islam perlu bersatu dan berpadu benteras murtad...beri sokongan penuh kepada parti tunjang yang memerintah negara bertuah ini kerana walau macam mana sekali pun pemerintah kita adalah kalangan orang islam...dan mereka tak pernah menyuruh atau mengarahkan kita menyekutukan Allah SWT....

Anonymous said...

apa2 pun ... marilah kita sokong PAS..

Powered by Blogger.