Jan 9, 2012

EVOLUSI PRU13 - PERANG NAJIB VS ANWAR BARU BERMULA!!







Keputusan Kes Liwat II ini adalah satu petanda bahawa Najib selaku Pengerusi BN bakal berdepan secara langsung dengan bekas rakan karibnya 1 ketika dahulu Anwar Ibrahim.

Keputusan ini juga adalah bersaksikan jutaan rakyat Malaysia perang politik era baru yang memperlihatkan waimah apapun yang berlaku, mungkin takdir Allah menentukan bahawa perang Najib VS Anwar ini akan diharungi tanpa diselindungi mana2 pendinding sekalipun.

Mampukah Najib mengharungi cabaran ini? Apakah yang bermain di minda  masyarakat Malaysia setelah satu sejarah politik berlaku buat kali kedua ini?

Benarlah. Situasi kini berbeza. PRU13 adalah penentu sebenar jatuh bangun sesebuah Kerajaan. Anwar tidak akan melepaskan peluang beliau tatkala diberi peluang berdepan pada PRU sekali lagi.

Adakah UMNO bersedia? MCA? MIC? Jangan terlalu yakin. Anda yang pilih untuk menang. Dan anda juga yang pilih untuk tewas.

6 comments:

Adi Kencana said...

Bukti jelas kebebasan sistem kehakiman negara kita. Yang herannya macam mana pula Azmin kata keputusan ini kemenangan besar buat Pakatan? Pada aku, ini kemenangan besar, petanda ketelusan sistem pentadbiran negara bawah BN.

NURUL, SIAPA AGENT PROVOCATEUR?? Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Jangan biarkan Anwar sampai ke Putrajaya. Jahanam hak dan kepentingan Melayu di buatnya. Dia akan buat apa saja untuk mendapat kuasa. Ketuanan Rakyat yang tersemat di Kedudukan Istimewa Melayu di ketepikannya. Dia tak mahu sebut Ketuanan Melayu. Dia dan Azizah sebut Ketuanan Rakyat.

Pada hal ada Kedudukan Istimewa Melayu dan Bumupitera Sabah dan Sarawak. Dari situ lah Melayu bahru dapat 18% kekayaan korporat. Dari hanya 1% di tahun 1970 selepas pergaduhan kamum 13 Mei 1969.

Sekarang Melayu masih jauh di belakang dalam bidang professional. Kalau tidak di teruskan DEB dan laksanakan apa yang tertulis di Perkara 153 Perlembagaan, tak dapat lah Melayu bergerak maju ke arah sasaran DEB dulu. Jika Anwar di Putrajaya, tidak di pedulinya Kedudukan Istimewa Melayu dan agama Islam sebagai agama negara ini sebab dia nak melayan kepentingan DAP, kaum Kristian dll.

Anonymous said...

Apa khabar Pak Lah. Puas hati Anwar bebas ?????????????????????????????. Kalaupun Anwar masuk penjara nescaya Pak Lah akan ikhtiar jugak utk membebaskannya.

Anonymous said...

Klu ckp hak melayu akan hilang andai kate anuar jd pm.. Rssanye xtepat.. Skrang n pon dah bnyk tanah2 rizab melayu dah dpjakkan kat kaum lain salama 99 tahun.. Klu xpecaye g tnye pjabat tanah kat ipoh.. Hampir keseluruhan tanah dkaw. Kuala kgsar telah dpajakkan kat bngsa lain.. Siape yg memerintah??? Lu pikir la sndiri..

Anonymous said...

Bro tak payahlah cerita tanah... Semua pun macam tu.. Tengok tanah kat selangor sekarang ni... Siapa dah sapu kat Puncak Alam tu.. Cuma ingat pada masa depan melayu aje.. Nanti satu hari anak nak pergi uni pun tak mampu...

Anonymous said...

kalau nak hantar anak pegi uni tak mampu, kita pegi demo hari hari lah. demo kpd pr, tak kira diorang merintah ke tidak. diorang yang buat kacau kan kan kan.

Powered by Blogger.