Jan 19, 2012

DR. MARIAH SUJUD SYUKUR - KAK JAT SAMAN MALU MAK LAMPIR ZURAIDA RM100 JUTA!!






Setelah Zuraida terus menerus menyerang Shahrizat sehinggakan mengaibkan maruah Ketua Wanita UMNO itu, hari ini beliau secara peribadi telah menfailkan saman malu terhadap MP Ampang itu berjumlah RM100 Juta.

Saman yang dikeluarkan itu diwakili Peguam Shahrizat yang menfailkan saman malu itu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta KL.


Saman ini juga tidak ada sebarang kaitan dengan NFC akan tetapi ianya merupakan satu mesej jelas buat Ketua Wanita PKR itu agar tidak mengambil kesempatan terhadap isu2 yang tidak disertakan bukti yang jelas dengan mengaibkan dirinya kerana dilihat pesaing paling utama menjelang PRU13.


Zuraida sememangnya terus berdegil seolah2 gila moriyan menyerang Shahrizat walaupun telah dinasihatkan beberapa anggota Muslimat PAS tertinggi. Ini terbukti melalui kenyataan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat Dr. Mariah Mahmood yang tidak bersetuju serangan NFC ini dijadikan platform untuk menyerang peribadi Shahrizat.




1 comments:

Zulkiflee Mohd Sake said...

Memfitnah, mengumpat dan mengatakan sesuatu yang tidak pasti akan kesalahannya. Ia adalah suatu perlakuan yang disengajakan untuk memfitnah dan mengumpat seseorang. Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela. Tidakah mereka fikir dan merasa takut akan dimasukan ke neraka Humazah kelak. Muslim yang baik adalah orang lain merasa aman dan selamat dari mulut dan tangannya. Walahualam.

Powered by Blogger.