Jan 25, 2012

CHECK LAPORAN AUDIT KAT INTERNET.. WARAN TANGKAP BUAT ZURAIDA!!







Selepas menerima banyak laporan negatif media sejak beberapa bulan ini, Perbadanan Fidlot Kebangsaan Sdn Bhd (NFC) hari ini bertegas bahawa Ketua Audit Negara (AG) tidak pernah mengatakan  bahawa ia dalam keadaan "kucar-kacir" dalam laporannya bagi 2010.
Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, pengarah eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Salleh berkata penggunaan istilah itu dalam laporan akhbar telah menimbulkan "kekeliruan persepsi" dan menyifatkannya sebagai "nakal".

Katanya, Ketua Audit Negara tidak pernah mengatakan di mana-mana atau pada bila-bila masa dalam laporan audit 2010 bahawa Perbadanan Fidlot Kebangsaan Sdn Bhd dalam 'keadaan kucar-kacir'.

Oleh itu, katanya, jelas sekali pengkritik yang mengatakan projek tersebut berada dalam keadaan 'kucar-kacir  adalah tidak tepat.

Dan memetik Ketua Audit Negara berkata demikian adalah satu dakwaan yang dibuat untuk mengelirukan secara palsu dan nakal, kata Izmir.

Izmir - anak kepada menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut dilanda bahang skandal NFC - turut meminta orang ramai supaya membaca Laporan Ketua Audit 2010 yang boleh diperolehi secara online.



Dalam laporan 2010 itu, Ketua Audit Negara mendapati projek Pusat Fidlot Kebangsaan gagal untuk memenuhi objektif 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 kerana tiga sebab, termasuk kegagalan NFC untuk menubuhkan Program Pembangunan Usahawan (EDP).

Berdasarkan perjanjian itu, NFC sepatutnya untuk menghasilkan 130 peladang satelit yang akan menerima lembu dan makanan untuk menggemukkan lembu, yang kemudiannya akan dibeli balik oleh NFC.

Bagaimanapun, kata laporan tersebut, sehingga 31 Disember, NFC belum menubuhkan EDP. Selain itu, draf prosedur operasi standard (untuk peladang) oleh NFC masih belum dimuktamadkan.

0 comments:

Powered by Blogger.