Jan 31, 2012

"BUKU JINGGA RETORIK POLITIK ANWAR..!!" - USTAZ AZIZAN.





Kisah 'rancangan realiti' Politik PAS arahan Anwar Ibrahim yang kini merupakan siri 'Ustaz Azizan' membuatkan para 'penonton' tidak sabar2 untuk melihat klimaks siri Box Office ini.

Ustaz Azizan kini semakin lantang mempertahankan tindakan beliau setelah sekian lama bersabar dan beralah dalam melaksanakan agenda sebenar yang dibawa PAS. 

Sebelum ini terdapat beberapa perlaksanaan yang hendak dilakukan Kerajaan Negeri PAS Kedah yang akhirnya gagal kerana tentangan dari pihak rakan Pakatan iaitu DAP dan PKR. Antaranya termasuklah penutupan Pusat Hiburan sepanjang bulan Ramadhan bagi menghormati Umat Islam yang sedang menunaikan Ibadah Puasa.

Buku Jingga menjadi satu 'peraturan' wajib bagi setiap parti termasuklah PAS untuk mentaatinya.  Setiap yang berpendirian bercanggah dengan Buku Jingga bakal menerima nasib yang sama seperti Hasan Ali. Ustaz Azizan mungkin meniti hari episod yang sama. Akan tetapi, momentum sokongan Hasan Ali menyebabkan ianya ditangguhkan seketika.

MB Kedah ini semakin lantang menentang Buku Jingga dengan mendakwa ianya tidak sewajarnya dituruti sepenuhnya. PAS bagi beliau harus berpendirian tegas mempertahankan prinsip berlandaskan Piagam Parti mengatasi yang lain.
Dalam tindakan mengambil tindakan terhadap 5 pelajar KUIN berlandaskan AUKU, pada hemat Ustaz Azizan ianya releven kerana mereka sememangnya melakukan kesalahan yang tidak menggugat reputasi akademik mahasiswa.

"Jika ada pelajar membuat kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam, kita perlu halang." Itu ulasan beliau mempertahan pendirian tegasnya walaupun diherdik Pemimpin2 Pakatan.
Ustz Azizan juga memperakui pandangan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Tantawi bahawa terdapat musuh politik dalaman PAS yang cuba menghalang usaha kumpulan2 yang berpendirian seperti beliau merealisasi pemerintahan berdasarkan piagam Parti tersebut.

“Biasalah… dalam politik ada musuh ada kawan. Pasti ada cubaan untuk jatuhkan mana-mana pemimpin. Saya tidak kisah berdepan dengan situasi seperti itu.” 
Akan tetapi beliau mengakhiri temubual bersama Sinar Harian itu dengan mempersoalkan kuasa 'khas' yang diberikan kepada Prof. Aziz Bari sehingga mampu membuat kenyataan sedemikian walaupun bukan seorang Ahli PAS.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari sebelum ini mendesak PAS mengambil tindakan displin terhadap Ustaz Azizan kerana membuat perlaksanaan menentang dasar Pakatan. Beliau juga menyelar serta mencadangkan Ustaz Azizan untuk menyertai BN sekiranya terus pendirian pro-AUKU.

4 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah ustaz..tegakkan kebenaaran dan tegakkan akidah islam..jangan takut dengan anwar kerana allah lebih mengetahui...ayuh tolak pkr dan dap...

Anonymous said...

PAS kini berkiblatkan BUKU JINGGA dan bukan Alquran dan hadith.. Baguslah tu.. Sama sama lah ahli PAS yang taksub berkongsi 'pahala' dengan PKR dan DAP..

Anonymous said...

Nanti bila ditanya apakah pegangan kitab mu.. Maka jawablah ahli ahli PAS yang taksub tu 'BUKU JINGGA'..

Anonymous said...

Buku jingga, otak pun otal jingga..

Powered by Blogger.