Jan 21, 2012

BUKTI JELAS - MEDIA BARAT GELAR ANWAR IKON REFORMASI GAY GLOBAL!!






Semalam Anwar telah menfailkan Saman bernilai RM50 Juta terhadap akhbar Utusan berkaitan pandangan 'profesional' beliau berkenaan Mereformasi persepsi Masyarakat Dunia mengenai Gay dari sudut perundangan.

Walhal Anwar tidak bertindak sama dengan Media2 Barat yang jauh lebih teruja menyiarkan pandangan yang lebih mendalam tentang kenyataan beliau. Utusan sekadar menterjemah penulisan dan pandangan mereka.
Strategi memperkayakan populariti diri yang mahu dijulang Pemimpin Global haruslah bijak. Pandangan dalam Negara dan Dunia mestilah bercanggah mengikut mood dan situasi, bukan begitu Anwar?
Sebelum Anwar diumumkan tidak bersalah melibatkan kes liwat II nya itu, Anwar telah melancarkan serangan 1Malaysia mengherdik dan menghina Insitusi Kehakiman Malaysia. Gambaran penghinaan Anwar terhadap satu2 nya integriti pengadilan Negara ini seolah2 semakin kritikal.

Menerusi road show beliau jelajah Malaysia, Anwar mendakwa Mahkamah telah dikawal oleh PM Najib Razak sendiri sebagai senjata membunuh karier beliau dalam politik. Elemen paling penting yang menjadi strategi beliau agar dilihat Pemimpin Hebat yang amat digeruni.




Anwar dengan penuh emosi memberi keyakinan kepada penyokong2 beliau dengan rasa sedih dan simpati mendakwa beliau mendapat maklumat dari sumber2 dalaman bahawa Najib telahpun mengarahkan pihak Hakim memutuskan dirinya bersalah.

Elemen2 yang digunapakai tidak banyak berubah sejak beliau memimpin pelajar sekitar tahun 70an lagi. 'Resepi' tetap sama cuma 'bahan2' yang digunapakai sedikit berbeza. Elemen simpati wajib diselitkan sehingga membuatkan penyokong beliau menitiskan air mata. 

Lantas kemuncaknya, diapi2 kan pula menaikkan perasaan dendam dan benci memperlihatkan kezaliman pimpinan Najib umpama Pimpinan Zionis. 

Bayangkan elemen2 yang dimainkan. Menggelegak dengan beraneka emosi. Tidak hairanlah jika penyokong2 Anwar bagaikan hilang akal melakukan pemberontakan setiap kali hendak menganjurkan demonstrasi.

Namun reaksi Anwar menghadapi situasi di antara gembira dan gentar apabila pihak Mahkamah mengumumkan Anwar tidak bersalah.

Malah sehingga hari ini Anwar tidak memberi sebarang reaksi balas terhadap percanggahan tuduhan beliau dengan keputusan yang dibuat pihak Hakim. 

Hanya Azmin Ali sahaja tampil memberi reaksi balas. Bukan mengucapkan Syabas kepada pihak Hakim, akan tetapi mempertahankan tuduhan Anwar tanpa mengemukakan alasan yang kukuh. Jawapan 'meracun' minda semata2.


 


Beberapa hari selepas keputusan, Anwar ke Mumbai dan sekali lagi mengherdik institusi Undang2 Negara menerusi temuramah bersama Media Barat.

Sudahlah dihina Undang2 tunggak Perlembagaan Negara, isu yang diketengahkan dan disoal pula berkaitan Perlaksanaan Perundangan antara Pembelaan dan Penindasan Golongan yang mengamalkan budaya Gay.

 


Rasa malu dan jijik apabila wartawan antabangsa menjadikan isu tersebut sebagai soalan utama ditujukan kepada individu yang bakal dijulang seorang Perdana Menteri Malaysia kelak.

Akan tetapi, jika difikirkan sejenak, bukan jawapan Anwar terhadap wartawan barat itu yang kita harus persoalkan. 

Isu pokok yang wajar diutarakan, dalam banyak2 isu demokrasi dan kebebasan Dunia, kenapa Perundangan GAY menjadi soalan utama media barat itu kepada Anwar? 

Malah susulan daripada temuramah ini, ramai penulis2 dari beberapa Media Barat menampilkan Anwar selaku pemimpin yang mampu MEREFORMASI Sistem Perundangan yang lebih adil dan telus bagi mengubah persepsi buruk masyarakat dunia terhadap golongan Gay ini. 


 

Agak Malu apabila dunia melihat individu tersebut adalah Anwar Ibrahim, yang merupakan pemimpin berhaluan kiri dari Malaysia.

Apa2 pun, tanyalah apa jua isu kepada Anwar, alih2 Sistem Perundangan Negara yang beliau julang selama 16 tahun satu ketika dahulu dipersalahkan. 

Tidak kira dari kesemua aspek bermula dari Perundangan Syariah, Perundangan Sivil, waimah Perlembagaan Negara sekalipun beliau mampu memutar hingga terbelit membuatkan orang ternganga tidak sempat berfikir panjang.



Semalam Saiful Bukhari berjaya mengemukakan rayuan. Maka tak perlulah Anwar pening kepala. Anwar hanya perlu mengguna pakai semula 'skrip' lama beliau sebelum ini.

Lama2 penyokong dia sendiri boleh naik gila melayan karenah Anwar berpuluh2 tahun. Namun setakat ini rakan karib Anwar paling lama bertahan adalah S.Nalakaruppan. Yang telahpun meninggalkan beliau. 

Agaknya nak tunggu Kak Wan naik gila baru hendak bertaubat kot.

5 comments:

Anonymous said...

Hidup Hasan Ali...

Jangan sokong anwar dan PAS..

Exco agama hampir terlepas dari ulama ke parasite... Tapi PELESIT yang dapat?.

Bersedialah Selangor untuk operasi besar besaran meluluskan permit perjudian, kedai botol, rumah urut dan pelacuran... Juga operasi memurtadkan orang islam..

Harap kerajaan Selangor dapat ditawan oleh BN semula.. Dan hapuskan dan tutuplah semua ini..

Nyonya nyoya cina perlu sokong bn kalau tak mahu laki dan anak anak dia terjebak dalam angkara sebegini...

Anonymous said...

jika anwar berjaya jadi PM Malaysia maka Malaysia bukan hanya menjadi Hub Halal, bahkan menghalalkan segalanya yang haram! umat Islam harus berwaspada!

Anonymous said...

cuba taip 'liwat' kat google/images .. gambar siapa yg paling banyak keluar?? he he!!

Centurion said...

Anwar ni walaupun dia menafikan dia penyokong gay, tetapi dalam masa yang sama secara tak sedar dia telah mengaku dia menyokong gay.

misalnya dalam temuramah di Mumbai, dia sendiri mengaku dia nak hapuskan undang undang anti gay. dan laporan gay antarabangsa sendiri memberi sokongan kepada dia.

untuk apa golongan gay menyokong dia kalau dia sendiri bukan gay? sendiri fikirlah wahai rakyat Malaysia.

gombakharapan said...

Salam Tuan , harap dapat tuan link kan blog sy ke blog hebat tuan , blog tuan tlh sy link kan ke blog saya http://gombakharapan.blogspot.com

Powered by Blogger.