Jan 30, 2012

BADI NIZAR SUKA 'COLI' - 10 RIBU PARASIT PAS PERAK SERBU CERAMAH HASAN ALI!!








Sambutan semakin panas. Dari pelusuk Semenanjung. Lokasi 'terjah' Hassan Ali bertempat di Dataran Bukit Gantang, Perak malam tadi menyaksikan kehadiran luar biasa. Ianya sememangnya 'menakutkan' PAS Perak. Keadaan yang semakin tenat tatkala terdesaknya PAS mahukan kuasa menatah Putrajaya. Akhirnya memakan diri.





10 RIBU masyarakat Islam membanjiri Dataran tersebut. Lebih perit lagi kerana lokasi Dataran ini merupakan Parlimen Bukit Gantang yang diwakili bekas MB Perak Nizar Jamaluddin.




Gambar yang sempat dirakamkan Blogger Sungai Rapat Online ini menjadi antara fakta yang tidak boleh dicanggah PAS sendiri. Dataran Bukit Gantang bukan sahaja sesak, malah melimpah sehingga di kawasan luar berdekatan lokasi.




Malah lebih mengejutkan, terdapat ramai dari kalangan jentera PKR turut serta menyokong perjuangan Hassan Ali. Setakat ini, lokasi Perak merupakan antara rating paling tinggi dari aspek kehadiran dan sokongan terhadap sessi jelajah Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.



 


Siapa lagi yang mengisi ruang di antara 10 RIBU ini? Sudah pasti selain ahli PAS dan PKR, mereka yang hadir adalah umat Islam yang bersama2 menyahut perjuangan Hassan Ali yang dicantas dan disepak terajang Pimpinan Pro Erdogan atau Parasit PAS yang menguasai Jawatankuasa Pusat.
Mungkin hampir kesemua pimpinan Pro Erdogan PAS yang kini digelar Parasit PAS tertanya2, apakah punca perancangan mereka menghasut ahli PAS ini membawa kegagalan?



 



Jikalau seorang Pemimpin yang lahir dari sebuah Parti yang tertera asas matlamat perjuangannya membina sebuah Negara berlandaskan Al Qur'an dan Sunnah, adakah layak baginya menghina dan mengeluarkan kata lucah mengaibkan wanita dengan mempersoalkan jumlah harga 'COLI' yang dibelinya?

Kenyataan ini merujuk kepada ucapan Nizar yang mengkritik NFC dengan mengaitkan penggunaan wang dana pinjaman Kerajaan yang digunakan Shahrizat untuk membeli pakaian dalam berjumlah RM26 Ribu. Statement gila.

Ini belum disebut tentang 'bantuan' ikhlas Nizar memperdagangkan perjuangan DAP dikepalai Nga Kor Meng, seorang Pemimpin Cina yang merupakan anak saudara kepada Pejuang Komunis Chin Peng.

Laporan yang sama seperti sebelum ini diberikan. Majoriti yang hadir menyambut seruan takbir mendengar Ceramah Hassan Ali adalah dari kalangan ahli dan Pimpinan akar umbi PAS sendiri.





 Malam ini bakal dibuktikan sekali lagi. Ayuh Umat Islam. Kita hadir menyahut cabaran dan suara perjuangan menentang sebarang usaha penghalang perjuangan Syiar Islam yang dibawa Hassan Ali ini.

Ayuh semua, panggil kesemua sahabat yang menggelar diri ini beragama Islam berakidahkan Al Qur'an dan Sunnah.

Kita hadir ke Sessi seterusnya menggegar bumi Selangor di kawasan yang Ahli Parlimennya merupakan dalang 'ternakan' Parasit PAS Selangor di Shah Alam bernama Khalid Samad.

Ceramah malam ini bakal berlangsung seperti yang tertera di Banner di atas. Di Dewan Rukun Tetangga Kelompok Seksyen 17 Shah Alam pada jam 9 malam ini.

Lihat Koleksi Kronologi Perjalanan Hassan Ali bermula dari PAS hingga ke saat ini. KLIK DI SINI.


3 comments:

Anonymous said...

niccky azzezz leh jadi gila babi!

Anonymous said...

pilihan ditangan anda...

pilahna anda menentukan nasib negara malaysia.. selamat berpolitik..

http://liveradio.super-resources.com <-- lepas berpolitik layan tv dabn radio kat sini lak..

Anonymous said...

Betul ke gambar ni ? Tak nampak pun muka Hassan Ali ... Ntah-2 ceramah Mat Sabu kot

Krizalid'9999

Powered by Blogger.