Jan 28, 2012

BADI ANWAR HAMPIRI DAJAL - SELANGOR BAKAL DITELAN SUMPAH MAHSURI!!








Kenyataan yang dikeluarkan Tun M ini wajar diperhalusi demi masa depan Negara. 

Anwar sebelum ini tidak putus2 menjaja pengalaman 7 tahun beliau sebagai Menteri Kewangan yang didakwa melayakkannya memegang takhta PM. Pengalaman Menteri Kewangan sahaja yang dijaja.




Kenapa tidak dijaja juga pengalaman beliau memegang jawatan2 Kementerian yang lain seperti Menteri Pendidikan? Mungkin ianya dilihat liabiliti kerana ada kaitan dengan isu AUKU.

Namun Anwar tidak mampu menandingi pengalaman Mahathir yang telah bersama Kabinet Kerajaan Malaysia lebih dari 30 tahun.

Jangan ambil mudah kritikan dan analisis Pemimpin sebegini. Kelak menyesal di kemudian hari.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata prestasi pembangkang di negeri-negeri yang ditadbir mereka jauh daripada apa yang boleh diharapkan.
   
"Mereka sudahpun diberi banyak peluang. Kita bagi di Perak, di Pulau Pinang; banyak perkara yang mendukacitakan berlaku di Pulau Pinang, sama (dengan apa yang berlaku) di Selangor. 
   
"Dah bagi dah. Nak try (cuba) apa lagi. Kalau bagi sampai dah hancur, nak pulih balik susah lah," katanya kepada Bernama di Bangkok.
   
Beliau ditanya mengenai strategi pembangkang yang meminta pengundi memberi satu peluang kepada mereka untuk memerintah Malaysia dan bahawa mereka boleh ditukar jika gagal.
   
Menjawab soalan lain, Dr Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga 2003, berkata pandangan di peringkat akar umbi juga perlu diambil kira dalam pemilihan calon BN yang boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika mereka tidak sokong calon yang boleh menang, calon yang boleh menang itu tidak boleh menang," kata Dr Mahathir.
   
Beliau berkata anggota komponen BN juga perlu bersedia menyokong calon-calon yang dipilih tanpa mengira siapa calon itu.
   
Dr Mahathir juga menolak dakwaan bahawa proses pilihan raya Malaysia tidak adil.
   
"Di Malaysia, sepanjang sejarah pilihan raya kita, tak pernah yang pembangkang tak boleh menang. Mereka menang sehingga dapat menawan negeri-negeri.
   
"Banyak negeri jatuh ke tangan pembangkang. Kalaulah ada manipulasi, mana mereka boleh menang," katanya.

0 comments:

Powered by Blogger.