Jan 25, 2012

AKTIVIS PKR KELUAR PARTI LEPAS TGK. VIDEO SEKS ANWAR!!







Penyokong tegar PKR Osman Ishak berhenti daripada menyokong parti tersebut selepas menonton video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membuat kesimpulan bahawa ada asas individu terbabit boleh melakukan perkara yang lebih menjijikkan.

Penyokong tegar Anwar sejak di bangku sekolah dan pernah menjadi Ketua Perhubungan PKR Pahang, manakala anaknya, Rahimi pernah bertugas dengan Anwar sebagai setiausaha sulit itu berkata, video seks yang didedahkan oleh ‘Datuk T’ dan kemudian disiarkan menerusi blog juga menukar pendiriannya terhadap Anwar.

“Akal saya tidak dapat mencari satu ciri pun si pelaku itu bukan orang yang diperkatakan. Semua yang saya saksikan, dari segi fizikal dan gerak gerinya semua sangat menyamai seorang individu... itulah kesimpulan saya,” katanya dalam temuramah yang disiarkan sebuah akhbar Mingguan Malaysia, kelmarin.

“Tambahan pula apabila melihat dolak-dalih mereka sekeluarga dalam isu jam tangan yang tidak meyakinkan, kelihatan mereka sangat gelabah. Rasa kemungkinan besar betul, mungkin ada merit untuk kes terdahulu.

"Video itu mendorong saya tinggalkan PKR dan hilang kepercayaan terhadap ketuanya. Saya boleh tengok sendiri berbanding sebelum ini yang hanya mendengar dari cerita orang saja,” katanya yang dipetik oleh akhbar berkenaan.

Osman berkata, taksub terhadap Anwar menyebabkan beliau pernah berbalah dengan anaknya, Rahimi, yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar selepas anaknya menceritakan perilaku ketuanya.

“Bila Rahimi beritahu dia meninggalkan Anwar (meletakkan jawatan), saya sangat terkejut, apatah lagi alasannya adalah sama seperti apa yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu yang saya anggap konspirasi dan perbuatan zalim, kini kena pula kepada kawan Rahimi.

“Kebetulan selepas Rahimi menceritakan sebab (mengapa dia berhenti), dia membawa ke satu perjumpaan yang mendedahkan banyak cerita mengenai individu sama. Dari detik itu, hati saya berubah 99 peratus dan meninggalkan PKR serta pembangkang.

“Keputusan mahkamah, baru-baru ini semakin melegakan saya kerana kini kesimpulan yang saya buat adalah betul. Ini kerana sejak hari pertama hingga penghujung kes, teori konspirasi ini dicanangkan bagi mengaburi mata rakyat, tetapi keputusan mahkamah sebaliknya.

“Bagi orang yang berfikir, sudah tentu mereka memahami apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang sebenarnya berkonspirasi. Ini persepsi saya, tapi selepas keputusan mahkamah, saya menolak 100 peratus PKR dan pembangkang,” katanya.

Rahimi sebelum ini turut menggemparkan PKR apabila mendedahkan dia dipaksa untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar berhubung kes liwat.

7 comments:

Anonymous said...

ALLAH telah membuka matahati encik osman...

penjilat tegar yg lain apa macam???

mesti korang kata al jubur punya bengkok manis...
sebab tu la korang sayang sangat...

pendekar laut...

Anonymous said...

Ini kes anwar..

Macamana dengan kes rosmah dan shahrizat..

Sorang suka bershopping sampai tak ingat yang org dok memerhati dan sorang lagi dikaitkan dengan NFC..

Harap Rosmah dapat buktikan yang beliau tak bershopping sakan kat Australia tu.. Saman aje majalah tu atau kedai tu kalau tak betul... Mesti ada pakai credit card ke masa beli barang tu tak... Juga harap kes NFC tu dapat diselesaikan dengan segera.. Letak jawatan sahaja kalau ada salahguna kuasa dalam hal ini...

Bukan apa.. Tak guna Najib dan yang lain lain cuba ambil hati rakyat dengan berbagai program tetapi akhirnya orang menolak BN kerana dua perempuan ini.. Jangan nanti tumbangnya BN kerana 2 Wanita..

Harap dapat diperbetulkan dengan kadar segera.. Jangan dok syok sendiri aje dengan menafikan dengan air liur tanpa hard evidence.. Kamu bukan Anugerah Tuhan spt Anwar..

Anonymous said...

Liability pak lah ialah dirinya dan KJ..

Liability Najib ialah Rosmah dan Shahrizat..

Harap dapat diperbetulkan pandangan rakyat sebelum PRU13.. Insyallah akan menang jika tiada faktor Rosmah dan Shahrizat..

Anonymous said...

NFC IS IN "MESS"..

Ini bukan kenyataan auditor general tetapi kenyataan dari akhbar the "Star". Kalau diperhatikan akhbar ni memang macam gunting dalam selimut.. Banyak laporan nya adalah anti Ruling government walaupun ianya adalah suratkhabar mainstream...

jamesbrodomarina said...

hohoho.dh kantui mcm nih pn depa nk ikut lagi?bodo.anwar al-juburi

Anonymous said...

Orang cakap pasal ANWAR aka BABI la bodoh , bukan pasal Rosmah , sharizat. dorang ada bukti menepis segala tohmahan kepada mereka. tapi ANWAR BABI sampai sekarang masih menyondol-nyondol macam BABI nak lari tanpa memberi bukti.

Anonymous said...

aku ada sorg kwn...kalau hal seks no. 1...kalau hal kelentong org, buat cerita dongeng ttg org..mmg no. 1..so berhati-hati dgn org mcm nie...die mmg tak kesah...janji dapat melampiaskan nafsu..herannya, ada jugak org percaya n terpesona dgn org mcm nie...

Powered by Blogger.