Dec 31, 2011

PELAN SULIT - HARUN DIN TUBUH PARTI BARU GANTI PAS!!?




9 Januari ini bakal menjadi penentu masa depan Anwar yang terlalu gelojoh untuk memerintah Negara sehinggakan sanggup mempamerkan rasa simpati terhadap kes liwatnya itu. 

Jika kita benar2 mengkaji secara sahih maklumat yang diperolehi pihak mahkamah, Anwar sememangnya bersalah dalam kes ini. Hanya mereka yang taksub pada Diktator PKR itu sahaja yang mudah tertipu dengan kata2 dusta beliau.

Persoalannya, mampukah Pakatan bertahan jika Anwar didapati bersalah dan kembali ke Penjara Sungai Buloh dengan anggota 3 parti DAP, PKR dan PAS? Mungkin kita lupa akan sejarah gabungan parti2 pembangkang ini.

Jika diingatkan semula kisah 13 tahun dahulu Gabungan Barisan Alternatif (BA) yang dianggotai PAS, PKN, DAP dan PRM telah menghadapi masalah besar dengan pegangan prinsip DAP tidak dapat menerima perjuangan PAS. Pada ketika itu Anwar masih dipenjara dan dibicarakan di Mahkamah.

PAS pada ketika itu dipimpin oleh Arwah Dato' Fadzil Noor selaku Presiden bersama Timbalannya Hadi Awang. PAS berpegang teguh kepada prinsip akan melaksanakan Hukum Hudud jika berjaya menawan Malaysia kelak.

DAP cuba mengugut pada ketika itu untuk keluar dari BA jika Hudud dilaksanakan dengan harapan PAS dapat menarik balik kenyataan tersebut. Akan tetapi PAS melalui kenyataan Fadzil Noor tetap akan melaksanakan kerana ianya beliau berpegang kepada asas Hukum Allah yang menjadi tanggungjawab bagi beliau dan setiap muslim untuk melaksanakannya.


Akhirnya pada tahun 2001 DAP bertindak keluar dari BA. Prinsip DAP amat teguh dalam perjuangannya sehingga hari ini. Akan tetapi, PAS kini tidak lagi berpegang kepada prinsip Fadzil Noor malah mencantas mana2 individu yang berkeras memegang kesinambungan prinsip bekas Presiden PAS tersebut.

PKR berdolak dalik dengan isu ini kerana mereka tidak ada sebarang prinsip perjuangan demi Rakyat. Akan tetapi sekadar mahu membantu menaikkan Anwar sebagai PM. Pada tahun 2001, PKR telah mengambil keputusan untuk bersama PAS di bawah BA kerana Parti itu dilihat punyai kekuatan dengna jumlah tertinggi 27 kerusi Parlimen berbanding DAP yang hanya memperolehi 18 kerusi dengan kekalahan Lim Kit Siang dan Karpal Singh selaku pimpinan tertinggi DAP.

Namun kini, jikalau benar PAS benar2 mempertahankan Hukum Hudud dengan mengambilkira suara akar umbi yang semakin memberontak, adakah DAP bakal keluar dari Pakatan? Atau PAS yang bakal ditendang dari gabungan tersebut?



Kenyataan2 bercanggah dan tidak mengambil peduli isu2 yang dibangkitkan PKR dari pihak PAS benar2 menunjukkan rasa pemberontakan mereka. 

Isu NFC misalnya telah menyebabkan Muslimat PAS berang dengan tindakan Zuraida mengambil kesempatan menyerang peribadi Shahrizat walhal Ketua Wanita UMNO ini menjalankan tanggungjawab selaku Menteri Wanita dengan baik sekali. Malah beberapa laman portal yang dilihat cenderung kepada Pakatan turut mengambil kenyataan Dr. Mariah ini termasuklah Harakahdaily sendiri dan KL POS.

Kenyataan Dr. Mariah dilihat agak berlapik kerana tidak mahu disyaki ada bantahan keras Muslimat PAS di peringkat akar umbi. Antara artikel pembongkaran isu ini :-

MUSLIMAT PAS SOKONG SHAHRIZAT SAMAN MAK LAMPIR!! - "ZURAIDA TAK SIUMAN!!"

Begitu juga dengan Pemuda PAS yang dilihat tidak seteru dengan AMK dan Sosialis DAP yang pada awalnya dapat dikesan melalui PRK DUN Merlimau. Tantawi telah bertikam lidah dibelakang tabir menentang Shamsul Iskandar bagi merebut calon masing2 di DUN tersebut.



Pemuda PAS juga dilihat dengan selamba mengeluarkan video berkenaan penjelasan Hukum Hudud sebagai salah 1 kempen parti walhal sayap parti ini telah diperjelaskan bagi memfokuskan kepada Buku Jingga Pakatan yang tidak ada kena mengena dengan Hukum tersebut. 

Dikatakan Tony Pua sedang memantau penyebaran Video tersebut dan bakal mengadakan Sidang Media mem bantah kempen Hudud melalui Video ini setelah didakwa pihak Pemuda PAS bakal mengeluarkan video tersebut untuk bahagian kedua. Untuk lihat video promosi Hukum Hudud yang dibantah DAP, KLIK DI SINI.

Bagi 2 sayap parti ini sudah tiada punya masa lagi untuk menumpang isu2 yang dibangkitkan PKR apatah lagi ianya berbentuk tuduhan liar. Isu Anwar juga tidak sama sekali releven. Mereka merasakan sudah tiba masanya PAS fokus terhadap penyebaran Perjuangan Parti dengan lebih efisyen kerana mereka telah ketahui, PAS akan menjadi penumpang sementara di dalam Pakatan selama2 nya.

Banyak sebenarnya kemungkinan bakal terjadi. Politik tiada yang mustahil. Akan tetapi, 1 hari nanti, PAS akan sedar, siapa sebenarnya dalang yang memecahbelahkan parti mereka. Akibat tuduhan jahat yang mereka tujukan terhadap UMNO.


Artikel Berkaitan (klik pada tajuk di bawah) : -


1.  VIDEO PANAZZ KHALID SAMAD DEDAH BUKTI HASAN ALI AGEN UMNO!!
  
2.  KAJIAN DUNIA - VIDEO SEKS ANWAR & HASAN ALI SENARAI PALING B'PENGARUH!!

VIDEO PANAZZ KHALID SAMAD DEDAH BUKTI HASAN ALI AGEN UMNO!!





Inilah Video yang menyebabkan Hassan Ali bertindak. Kita percaya ramai yang tidak melihat video ini dengan jelas. 

Kerana ada di kalangan kita yang diracuni Pemimpin2 Pembangkang agar tidak membawa, melihat atau mengambiltahu langsung penjelasan dari pihak UMNO. Kerana telah disetkan minda mereka apa yang diperkatakan UMNO semuanya tipu.




Jika ini asas yang mengiyakan tindakan Hassan Ali selaku Exco Agama Negeri Selangor, apa yang menyebabkan Hadi Awang dan pimpinan PAS Pusat perlu ragu sehingga mahu masuk campur urusan portfolio Hassan Ali? Malah yang akhirnya Khalid Ibrahim selaku MB menafikan ada unsur2 murtad.



Kenapa mesti Khalid Samad menghalang tindakan Hassan Ali hanya kerana mahu menjaga kepentingan DAP? Apakah Islam sanggup dicalar hanya kerana mahukan Pakatan bersatu untuk memerintah Negara.

Tak perlu menentang usaha Hassan Ali jika benar ada bukti seperti yang dipapar Video di atas. Ini didakwa putar belit UMNO?


Putar belit apa semua ini? Ini fakta yang jelas. Lihat dan tengok sendiri Video tersebut. Jangan begitu mudah mengiyakan segala yang diperkatakan Anwar hanya kerana bersimpati dengan pertuduhan beliau.


Kenapa mesti mempertahan suara Anwar yang sekadar mencanang menafikan pertuduhan beliau? Walhal beliau tidak mengemukakan bukti? Pamerkan bukti anda. Bukankah PAS 1 ketika dahulu paling dahsyat mengugut Anwar untuk membongkar masalah moral beliau ketika memegang jawatan TPM sebelum ini?




Dan jikalau Anwar kini masih di dalam UMNO, adakah PAS dan DAP akan mempertahankan seperti ini? Karpal Singh yang kini merupakan Peguambela Anwar pernah mengugut beliau di dalam parlimen untuk mendedahkan perilaku liwat Anwar semasa memegang Menteri Kewangan.

Malah Mat Sabu telahpun menggelar Anwar Lebih Bahaya dari Mahathir merujuk kepada isu Liwat beliau dan hubungan rapat dengan Pemimpin2 Asing. Adakah semua ini bermula dari UMNO? Siapa yang mulakannya? Tanyalah wartawan terkenal Harakah Luthfi Othman. Dia tahu agenda menumbangkan Anwar yang dirancang Mat Sabu.




Rasuah dan Korupsi jadi benteng mereka memburukan UMNO. Adakah mereka benar2 tidak mengamalkan rasuah? Jikalau komisyen RM 40 ribu sebulan diberikan kepada Pengurus Besar MPSA, adakah itu telus? Mereka tidak siasat. Malah mereka pertahankan lagi jumlah komisyen yang diberikan.

Tak ada manusia yang sempurna. Maka pilih yang terbaik. Lebih 50 tahun BN memerintah. Manusia mana yang tak pernah berhadapan dengan luka parah. Akan tetapi luka parah sekalipun masih boleh dirawat. Boleh sembuh dengan baik. Untuk apa memilih Pakatan yang bijak menghina orang lain, akan tetapi realitinya merekalah virus2 menambahkan lagi luka tersebut sehingga bernanah.

FIKIR.. Minta buka hati dan minda. Akidah dan Akhlak bukan isu yang boleh dianggap remeh. Jika isu harga barang, isu rasuah dan korupsi ditekan dan diasak Pakatan, Apa yang mereka hasilkan kini bakal melarat sehingga tidak dapat dibendung.


 


Bila isu murtad dibangkitkan blogger2 Pro BN, dikata terus Hassan Ali Agen UMNO. Kita pertahankan tindakan Hassan bukan kerana dia Agen UMNO. Kita pertahankan tindakan dia kerana apa yang dia buat adalah telus. Dan persoalannya, kenapa mesti menuduh Hassan Ali agen UMNO jika benar fakta yang diberikan Hassan Ali itu benar? Ustaz Nasharuddin yang menyokong pun diserang Agen UMNO juga.

Kita bukan seperti Pakatan. Yang betul dilambung tinggi, yang salah disorok hingga ke lubang cacing. Kemudian menyelongkar kesalahan2 BN. Asalkan pemimpin itu masih membawa suara Pakatan. Kita isu2 penyelewengan yang Pakatan bangkitkan sekalipun, kita dengan dan bawa ke Mahkamah.

Ini bukan isu menaikkan rasa benci terhadap bukan Islam seperti yang didakwa Anwar terhadap UMNO. Rakyat Malaysia adalah keluarga kita. Ini isu Agama yang jelas tidak membenarkan Murtad terus berleluasa. 




Dan Kerajaan Pusat tidak pernah dalam sejarah merobohkan Kuil2 India sesuka hati sehingga menyebabkan ada orang India membakar dirinya dek kerana protes tindakan tersebut. Sepertimana yang berlaku di Selangor di bawah Kerajaan Pakatan.

BN lebih 50 tahun memerintah Negara ini. Apa yang zalim sangat sehingga wajar menukar Kerajaan yang telah terbukti rekod buruk yang tidak menjamin keamanan hanya diberi kuasa sebuah Negeri. BN telah berhadapan dengan pelbagai isu dan terbukti mampu diselesaikan dengan lebih efisyen.  Sampaikan isu Peristiwa berdarah 13 Mei sekalipun BN mampu bertahan dan berakhir dengan baik. 

FIKIRLAH.. Fikir... 


KAJIAN DUNIA - VIDEO SEKS ANWAR & HASAN ALI SENARAI PALING B'PENGARUH!!



Cara dan tindakan Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali diiktiraf oleh portal berita antarabangsa, Yahoo! sebagai antara tokoh paling panas bagi tahun 2011.

Dalam 10 tangga teratas, beliau menduduki tangga ke 6 dan merupakan dua individu, bersama bekas perdana menteri Itali Silvio Berlusconi, yang dinamakan sebagai berita politik terhangat 2011, manakala lapan yang lain ialah insiden, peristiwa kontroversi ataupun janji-janji pemimpin.

Dalam huraiannya, Yahoo! Malaysia menyifatkan Hasan sebagai seorang yang boleh menulis manual atau cara untuk “membuat musuh dan menyakitkan hati orang”.

“Ini adalah orang yang menyakitkan hati banyak pihak, dan beliau layak menduduki tempat ini berdasarkan tindak-tanduknya sendiri,” tambah laporan itu.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu turut disebut sebagai individu yang sering menjadi berita muka depan akhbar pada 2011, terutamanya dalam isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke gereja Methodist Damansara Utama dan penggunaan kuasa solar talking-Bible untuk memurtadkan orang Islam.

“Beliau mengakhiri tahun 2011 dengan bergaduh dengan pemimpin PAS kerana ingin mewujudkan kembali isu perpaduan antara PAS dan Umno, dan memastikan bahawa beliau memasuki tahun baru ini tanpa dilupakan orang awam,” tambah laporan itu lagi.

Dalam carta Yahoo!, isu video seks merupai Datuk Seri Anwar Ibrahim di tangga ke 9.

Mengenai skandal video tersebut, Yahoo! berkata walaupun para penyokong Anwar menyatakan bahawa isu tersebut tidak merosakkan nama baik ketua umumnya, namun persoalan yang lebih besar perlu dijawab ialah adalah isu tersebut telah mengoyahkan keyakinan dan kepercayaan kepada para pengikut yang dekat dengan Anwar yang diibaratkan sebagai “God-sent leader”.

Tangga ke 8 pula diduduki oleh peristiwa Amerika Syarikat berundur daripada Iraq, diikuti kematian Kim Jong-iI di tangga ke 7, Perhimpunan Agong Umno di tangga ke 5 dan diikuti skandal seks Silvio Berlusconi di tangga ke 4.

Dec 30, 2011

PART 2 - WARTAWAN HARAKAH TERIMA UGUTAN DARI PIMPINAN PAS!!


Mungkin sebelum ini ramai graduan penganggur yang ada prinsip kerohanian dan sahsiah yang mendalami ilmu Islam terutamanya wanita, dan meminati bidang kewartawanan akan merebut peluang keemasan ini untuk dipilih sebagai salah seorang warga wartawan Media Rasmi PAS Harakahdaily. 
Bagi mereka, panduan dari aspek etika pemakaian dan pergerakan yang ditetapkan amat serasi buat mereka terutamanya yang telah sekian lama berpakaian Muslimat yang berjubah dan bertudung labuh. Begitulah kesederhanaan wartawan yang mereka inginkan.

Tapi hakikatnya, benarlah pandangan sesetengah pihak. Dalam mengecapi era serba moden ini, cabaran ini sememangnya benar2 sakit untuk ditempuh. Apabila pandangan zahir yang mencerminkan keperibadian seorang wanita Muslim dilacurkan dengan pengisian2 yang kotor.

Mungkin itu yang sedang membelenggu beberapa wartawan Wanita Harakahdaily. Idea mereka disekat. Panduan 'dalam kain' yang tidak didedahkan pada awal permohonan pekerjaan sememangnya mengejutkan mereka.

Beberapa arahan pihak2 tertentu menyekat kebebasan media tidak diduga menjadi prinsip sebuah akhbar milik Parti Islam yang zahirnya terkandung ayat2 suci Al Qur'an. Dipandang hebat sehinggakan akhbar ini tercatat penghormatan pengisiannya.

Akan tetapi, pameran2 Al Qur'an itu adalah kubu pertahanan menyunttik elemen2 fitnah dan putar belit demi kepentingan politik kotor Kumpulan berhaluan kiri.

Semua ini disedari beberapa bulan sebelum menjelangnya Muktamar PAS Pusat tahun ini. Mereka telah diarahkan dari pelbagai pihak yang tiada kaitan langsung dalam penerbitan Harakah. Beberapa nama disenaraikan sebagai rujukan mereka. Senarai nama itu dilarang sama sekali dijadikan bahan utama bagi setiap helaian akhbar ini.

Nama Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin adalah antara yang terawal. 2 tokoh ini diboikot sebagai amaran peringkat pertama kerana kedua2 nya telah difitnah dengan memberi pelbagai gelaran seperti Agen UMNO, perintis Kerajaan Perpaduan, Penyelewengan malah lebih dahsyat, disogok beberapa Pemimpin UMNO bagi menjahanamkan parti. 

Mungkin pada awalnya tidak diambil serius Wartawan2 ini akan tetapi kepincangan penyelewengan Media semakin kemuncak apabila Muktamar PAS semakin hampir. Pada masa ini mereka diberikan pelbagai arahan yang semakin membosankan. 

Minat yang telus dan ibadah kerja yang mereka akad semakin dilacurkan. Beberapa Pemimpin dengan bongkak mengarahkan setiap program yang dihadiri mereka dipaparkan dalam helaian utama. 



Pendedahan laporan 16 September telah memperkuatkan rasa syak wasangka mereka. Buat pertama kalinya, kesemua cetakan akhbar Harakah ditarik balik oleh pemilik syarikat sendiri setelah diludah caci maki Diktator PAS Nik Aziz.

Tajuk utama 16 September itu merujuk kenyataan Mustafa Ali yang didakwa pengasas sebenar pembentukan Kerajaan Perpaduan. Namun entah bagaimana, kini Mustafa Ali dilihat berubah secara total. Mungkin telah disuntik racun Erdogan.


Malah apa yang lebih menyedihkan, ada wartawan terserempak dengan Hassan Ali lalu kesempatan peluang itu digunakan bagi menceritakan perkembangan terkini portfolio beliau selaku Exco Agama di Negeri Selangor.

Namun, ketika pembentangan akhir sebelum dipaparkan ke dalam portal, Wartawan itu telah dicaci maki kerana bersengkongkol dengan insan yang didakwa AGEN UMNO. Malah diugut dengan gelaran ahli Neraka kerana bersengkongkol dengan Pemimpin yang dikaitkan dengan perkataaan "PEMIMPIN Jijik".

Hassan Ali dan Ustaz Nasha terus dipinggir. Tiada  wartawan Harakah berani tampl mahu merakamkan beberapa kenyataan dalam parti. Malah lebih terkejut, wartawan2 Harakah menolak sebarang jemputan untuk hadir membuat liputan program kemasyarakatan Hassan Ali di DUN Gombak Setia.

HARAKAHDAILY kini lebih advance dari UTUSAN MELOYA. Oh ya, jika Utusan dipamerkan laporan2 yang meloyakan, Harakah pula kini tidak lagi Halal. Akan tetapi HARAMKAH!!

Ada lagi pendedahan lebih panas selepas ini. Kisah WARTAWAN Wanita Harakah nyaris kena tampar dengan Mahfuz OMAR. Nantikan sambungan PART 3.


Artikel Berkaitan : -


 

POTRET PALING HOT - PEMIMPIN TAWADDUK DIRASUK BISIKAN SYAITAN!!



Bisikan ini telah menghakis sedikit demi sedikit prinsip utama Perjuangan PAS. Hakikat sebenar yang lebih berisiko besar untuk PAS melaksanakan Hukum Hudud apabila bersama DAP. Itu fakta yang amat jelas. Adakah benar PAS mahukan perjuangan yang dipimpin Burhanuddin Al Helmy? Hendak tapi TAK Mahu. Kerana PAS sendiri tidak mampu melakukannya.




Kini dicanang pula NEGARA Berkebajikan sebagai perlindungan janji2 PAS sejak ditubuhkan pada tahun 1951 agar dilihat lebih MODEN. Akan tetapi, adakah Video di atas adalah hasil keberkesanan Negara Berkebajika di Selangor?




Dan mereka juga mendakwa Negara Berkebajikan ini jugalah di bawah gandingan bersama PKR dan DAP mampu melahirkan masyarakat berbilang kaum yang harmoni. Bijak membina ayat yang cantik apabila dibaca, akan tetapi Video 2 di atas adalah Mukadimah kesan konsep Pakatan. Bayangkan bagaimana jika ianya mencapai Klimaks.

Hanya BARISAN NASIONAL sahaja terbukti utuh. Apa jua cabaran, akan diakhiri dengan keamanan. Malah Peristiwa Berdarah 13 Mei sekalipun mampu diselesaikan dengan keamanan sehingga hari ini hasil kerjasama ini.


Dec 29, 2011

KULI KATA TUN M BODOH - "SAYALAH YG. BIMBING ANWAR BUNUH UMNO..!!"



Sebelum ini ada pihak menegur Melayu CinDia selaku empunya blog Gelombang Rakyat ini agar tidak mengkritik secara terbuka beberapa Pemimpin UMNO. Apatah lagi menjelang PRU13 kerana mahu fokus ke arah kemenangan. Ok. Boleh terima. Memang blog ini agak jarang mengkritik Pemimpin2 Kerajaan jika dibandingkan dengan sahabat Blog2 lain.

Namun, jawapan TIDAK diberikan jika Pemimpin itu bernama Tengku Razaleigh Hamzah aka. KULI. Adakah beliau benar2 pemimpin Kerajaan? Atau insan yang punyai rasa dendam kesumat sanggup menggadaikan Parti demi menggapai impian, tatkala umur yang sudah semakin lanjut?




Ya. Memang KULI adalah kambing hitam yang ada agenda jahat sejak sekian lama. Dendam terhadap Tun M dan kuncu2 beliau masih belum dibalas. Sifat dendam KULI terhadap Tun M bermula sejak Almarhum Tun Abdul Razak mempelawa Bekas PM ini menyertai UMNO lagi. Bagi KULI, tindakan Tun Abdul Razak itu amat 'mengganggu' usahanya untuk menggenggam jawatan No. 1 Negara.




Menjelang tarikh keputusan Kes Liwat Anwar, Penyakit lama KULI yang cuba dihapuskan sedikit demi sedikit kini bertambah parah. KULI telah memulakan isyarat menggantikan tempat Anwar dengan memulakan serangan pertama menghina kepimpinan PM Najib Tun Razak.

KULI secara terbuka menggunakan skrip yang sama membalun Najib sebagai Pemimpin yang tidak berdedikasi dan bakal menghancurkan pengaruh UMNO. Huh? Adakah beliau selama ini banyak mempengaruhi UMNO? KULI lah manusia durjana yang menjadi penyebab UMNO diharamkan.




KULI juga mendakwa beliau tidak terkejut dengan pemerintahan Najib kerana manusia ini telah dibela dan dididik insan bernam Mahathir. "Ternyata Mahathir agak kurang cerdik atau dalam nada kasarnya BODOH dalam politik sebenarnya". Huh? KULI sudah mula berperang rupa2 nya.

Kenyataan KULI yang terbaru ini lebih memperlihatkan secara jelas, isyarat Anwar telahpu memberi isyarat kepada beliau untuk 'bertindak'. 

Lalu KULI melalui kenyataan beliau baru2 ini cuba mendapatkan pengaruh rakyat menentang Kerajaan dengan mendakwa Anwar tidak sewajarnya dipenjarakan kerana bakal mengundang simpati kepada masyarakat. Anwar juga sewajarnya dibebaskan daripada pertuduhan Liwat dan mencabar Kerajaan berdepan dengan realiti.

Woooo... Dengan selamba pula diasak Anwar dibebaskan. Terlalu berterus terang kamu KULI? Mengembalikan semula zaman era pemberontakan kamu akhir 80an 1 ketika dahulu?

Bagaimana KULI boleh membuat kenyataan yang bukan sahaja senada dengan Anwar dan kuncu2 nya, malah secara terbuka mencabul maruah Institusi Kehakiman yang disanjung meresap melalui Perlembagaan Negara? Bagaimana KULI boleh membuat keputusan mendahului Hakim yang mengendalikan kes ini?


Jangan melampau KULI. Jikalau kamu jijik pada Perjuangan parti UMNO ini, KELUAR!!!. KELUAR kamu dari parti ini. Nak kebenaran... UMNO inilah juga yang kamu canang 1 Malaya mengheret menjadikan Tunku Abdul Rahman sebagai alat mainan untuk meraih sokongan murahan. UMNO inilah juga yang kamu kata tidak diikhtiraf kerana ianya dibentuk semula oleh Tun M, setelah kamu sendiri menjadi penyebabnya mengheret ke mahkamah dek kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Pemilihan UMNO bertanding menentang Mahathir merebut jawatan Presiden 1 ketika dahulu. 

Kenapa mesti kamu harus menjilat semula parti yang kamu bilang JIJIK ini? Kenapa mesti kamu jilat semula Ludah kamu sehinggakan sanggup membubarkan Semangat 46 yang kamu dakwa Parti UMNO sebenar? Sebab menyesal?

Ini manusia tidak punyai prinsip. Jiwa kentalnya sudah sekian lama bersatu dengan Anwar. Agenda jahat membunuh TUN M memang agenda jangka panjang. Takkan dipisahkan melainkan jasadnya ditanam di lubang kubur.




Untuk pengetahuan semua, KULI lah perancang sebenar watak ANWAR di dalam UMNO. KULI lah perancang di sebalik tabir menggunakan Anwar, mencantas seorang demi seorang di dalam UMNO, termasuklah Tun Ghabar BABA.

Namun, Mahathir yang dikatakan beliau BODOH DALAM POLITIK bukan sahaja kekal dengan jawatan beliau, malah berjaya mematahkan pelan sulit KULI membunuh karier politik beliau.



Untuk apa semua ini KULI? Untuk Keadilan Rakyat? Bodoh. Buat pengetahuan semua, salah 1 sebab utama KULI bengang dengan tindakan Tun Abdul Razak membawa semula Mahathir ke dalam UMNO adalah kerana Mahathir ini adalah 'Golongan Kebanyakan' yang tidak setaraf dengan dirinya dan pimpinan UMNO pada masa itu, yang rata2 adalah berketurunan BANGSAWAN. Itu Pemimpin berjiwa Rakyat?

Ini baru serpihan pembongkaran. Belum dirabak kisah agenda tersembunyi KULI menjahanamkan Bangsa lagi. Jangan sampai Melayu CinDia bongkar semua.

KULI!! AKU CABAR!! KELUAR KAU DARI UMNO SEGERA!! Pergilah ambil alih semula perancangan yang kamu beri beban kepada ANWAR....BERAMBOS KAU KULI!!


RUMAH DIROMPAK CURI BUKTI VIDEO SEKS - ANWAR PECAT JOHARI ABDUL!!


Status dendam Anwar terhadap Ahli Parlimen PKR pertama merangkap Ahli Parlimen Malaysia Pertama  yang menonton video seks beliau itu telah terjawab. MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul diumumkan secara rasmi digugurkan dari memegang jawatan Pengerusi PKR Kedah. Ianya diumumkan sendiri dari Diktator PKR itu.

Apa sebab? Apa alasan? Tidak jelas. Ada yang kata nakkan muka baru. Ada yang kata mahu Johari Abdul fokus pada Jentera peringkat Pusat. Ada juga yang kata pemecatan ini gara2 insiden Video Seks Anwar. Kenapa pula? Bukankah kes Video Seks itu bak kata Anwar telah sekian lama selesai kerana ianya fitnah jahat semata2?



Entahlah. Ada pihak yang melarang blogger2 Pro Kerajaan membangkitkan isu moral kerana ianya akan menaikkan simpati masyarakat. Simpati? Jika kita sendiri takut dek kerana simpati, maknanya kita sendiri tidak percaya akan perilaku negatif Anwar.

Tugas kita adalah meyakinkan rakyat siapa sebenarnya Anwar. Moral yang beliau tonjol menipu rakyat sebagai seorang yang kuat agama. Itu tidak boleh diterima. Kerana realitinya, itu bukan Sifat Anwar sebenar.

Tapi tidak pada Melayu CinDia. Ingatlah. Jangan dipandang zahir yang bersih walhal ianya disimpan di dalam Batin. Hanya orang2 seperti Johari Abdul sahaja yang telah ketahui perilaku sebenar Anwar.

Kenapa Johari Abdul sukarela untuk menonton Video Seks tersebut? Kerana beliau suda mensyaki Lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar. Akan tetapi, mahu melihat dengan lebih dekat agar beliau dapat mengetahui bagaimana Kamera tersebut berjaya merakamkan insiden ini agar membolehkan beliau menerangkan kepada Anwar.




Alih2, 1 video yang sememangnya membuat Anwar berang dengan Johari. Emmm.. Malas nak cerita lebih2. Macam ni sahajalah. Lihat video di atas. Lihatlah bagaimana aksi Johari Abdul yang merupakan salah seorang Pemimpin yang Anwar gilap dan didakwa punya potensi memimpin Negeri Kedah apabila menonton video terbabit?

Tok sah hendak memandai2 memuji dan belas kasihan pada individu yang hanya dikenali melalui kaca televisyen dan ceramah2 tertentu. Walhal Johari Abdul adalah individu yang bersama Anwar sejak di dalam UMNO lagi, bersama Saifuddin Nasution. Tonton dan lihatlah sendiri sekali lagi video di atas.

Sebelum ini Anwar didakwa tidak berani mencantas Johari dek kerana bukti status lelaki di dalam video seks tersebut berada ditangannya. Mungkin Anwar telah 'berjaya' menggunakan ruang yang ada merampas bukti tersebut lalu memecat Johari.

Sia2 sahaja cita2 Johari. Mengiringi, merangkak, ada kalanya meniarap bersama2 Anwar, lalu dicantas. Apabila hendak bertindak awal2 keluar parti, skrip biasa digunakan. Lompat parti dibayar Najib,



Apa yang pasti, barisan kepimpinan baru Pengerusi PKR Peringkat Negeri dikenalpasti kesemuanya puak pro Azmin Ali.. :-) Syabas Azmin.


Artikel Berkaitan (KLIK pada tajuk di bawah) :-


1.  JOHARI ABDUL AKUI PERNAH TENGOK ANWAR BERBOGEL!!

2.  CERITA 2 PELACUR THAI B'SAMA ANWAR DISAHKAN JOHARI ABDUL!!?

LAGI REMAJA INDIA HINA KALIMAH ALLAH..!!



Jika semalam paparan ini dikeluarkan dengan menunjukkan tanda isyarat F*CK di kalimah Allah yang dijadikan perhiasan dinding. Namun kali ini, dijulur lidah pula pada kalimah Yang Maha Berkuasa.

Akan tetapi sedikit berita yang melegakan kita semua. Daripada kajian maklumat beberapa sahabat blogger dan facebooker, remaja ini bukanlah warganegara Malaysia. Akan tetapi dia merupakan seorang remaja India beragama Kristian yang lahir dan menginap di Singapura.

Masyarakat Malaysia di luar sana yang tidak ada sebarang kepentingan tidak akan sama sekali mengamalkan budaya sebegini. Malaysia mengamalkan budaya keluarga. Jikalau remaja ini beragama Islam dan menghina agama Hindu sekalipun, kita mesti bersatu dan menyelar perilaku jahat sebegini.

Alhamdulillah, sekurang2 nya dia bukan mewakili beberapa kumpulan remaja bukan Islam di Negara ini. Namun begitu, gambar2 sebegini mampu mempengaruhi minda anak2 Malaysia jika dibiarkan terus menjadi paparan di facebook.


Beberapa langkah membenteras gejala ini mesti diperkasa. Kerajaan Malaysia sewajarnya meminta agar Kerajaan Singapura menyiasat remaja India ini agar dikenakan tindakan sewajarnya.

Ini kerana perilaku sundal dia akan turut mempengaruhi masyarakat sekeliling apatah lagi jarak Negara kita dan Singapura sangat hampir.
Ini bukan soal Islam semata2. Ingat, di Malaysia, mana2 Agama sekalipun dilarang sama sekali menghina Agama lain.

Jangan biarkan unsur2 perilaku sebegini mempengaruhi anak2 Malaysia. Akan tetapi, jikalau ada mana2 individu, kumpulan ataupun organisasi yang ada niat mahu melakukan provokasi Agama seperti ini, SILA TINGGALKAN MALAYSIA dengan segera.

Sebagai permulaan, ayuh rakyat  Malaysia. Tanpa mengira Agama, kita selar tindakan remaja Sundal ini. KLIK DI SINI untuk terus ke Laman Sosial MY SPACE remaja ini. Nyatakan bantahan dan tindakan jijik dia.




LATEST - ELIZABETH WONG DIPECAT JAWATAN EXCO..!!? KENAPA!!?



Kelihatan Elizabeth Wong kini menjadi bualan negatif beberapa Pemimpin DAP dan sebilangan dari rakan dalam parti sendiri iaitu PKR gara2 'membantu' sebuah parti yang didakwa kononnya menjadi punca utama Anwar dihumban ke penjara. 

Malah Anwar selaku diktator PKR bakal mengarahkan Eli mengadap beliau sebelum ke penjara bagi meluahkan rasa kekecewaan terhadap tindakan Eli yang dianggap mengkhianati Parti. Anwar mungkin sedang terfikir untuk mengarahkan Khalid Gagap selaku MB mengambil tindakan terhadap Eli. Kenapa semua ini berlaku?





Semua ini gara2 tindakan Elizabeth Wong terlepas pandang membiarkan pihak yang bertanggungjawab termasuklah Kerajaan Negeri diwakili beliau selaku Exco Pelancongan, meluluskan permit melalui MBSA bagi Barisan Nasional Selangor  menganjurkan sebuah Karnival secara besar2 an.




Karnival Sayangi Selangor yang telahpun berlangsung dan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Noh Omar sebentar tadi memberi ruang kepada masyarakat Negeri menikmati aktiviti2 keluarga secara sederhana akan tetapi yang secara kebetulan dapat menyambut Tahun Baru 2012 pada kemuncak malam terakhir 31 Disember ini.


 


Hari ini sahaja petang tadi baru selesai pertandingan fesyen Wanita Muslimah yang menampilkan pakaian2 Islam mengikut peredaran fesyen terkini. Lokasi Tarikh dan Acara Program ada tertera seperti di gambar2 yang dipaparkan.



Banyak aktiviti2 dan pertandingan2 unik yang mengikuti citarasa segenap lapisan masyarakat menjangkau ruang sedia ada. Sebuah aktiviti yang sederhana dan tidak melampaui batasan, jauh sekali jika dibandingkan dengan Sambutan Tahun Baru yang lalu anjuran Kerajaan Negeri. 




Sambutan tersebut didakwa nyata tidak menghormati masyarakat Islam yang turut serta dengan mempersembahkan tarian menjolok mata masyarakat Cina. Gambar di atas ini adalah salah seorang urusetia yang berpakaian tidak sopan semasa sambutan Tahun Baru 2010 Peringkat Kerjaaan Negeri Selangor. Adakah sesuai ditampilkan pakaian sebegini untuk sebuah karnival keluarga?

YB. Eli nampaknya akan 'dibelasah' Anwar kerana tidak memantau pengajur bagi program Karnival ini dan dengan mudah BN Selangor mendapat permit untuk menganjur sebuah Program Besar2 an untuk rakyat.

Dan selepas ini, mungkinkah Eli bakal menerima nasib yang sama seperti Hasan Ali? Mungkin pihak penganjur Karnival patut menjemput YB. Eli. Mungkin kesedihan beliau terubat sedikit apabila turut serta bersama warga BN?


Dec 28, 2011

PAS WARNING ANWAR PENIPU - NIK AZIZ ISI BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA!!



Jika Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa Wang bantuan yang diberikan Kerajaan melalui Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M merupakan wang rasuah, namun kenyataan tersebut bercanggah pula dengan Diktator PAS Nik Aziz.

Nik Aziz hari ini menyeru kesemua rakyat Kelantan mengambil wang yang diberikan hasil sumbangan Kerajaan Pusat pimpinan Najib Tun Razak itu. Nik Aziz turut mendakwa wang itu tidak haram malah ianya 1 penghormatan Najib kepada rakyat Pelik? Lupa disscuss ke sebelum keluar kenyataan. Nanti Anwar marah kang Tok Goku.

Nik Aziz sendiri akan membuat permohonan untuk mendapatkan wang tersebut kerana merasakan dirinya juga merupakan rakyat Malaysia yang layak menerima wang bantuan itu. Adoi.

Bukan sahaja fatwa Nik Aziz bercanggah dengan Anwar,  sempat lagi menumpang bantuan Kerajaan dengan mengadakan Kempen Parti PAS merayu kesemua penerima wang tersebut di Kelantan agar kekal memangkah BULAN pada PRU13.

Siapa sebenarnya yang menggunakan platform politik sebagai medium menggunakan wang sumbangan Kerajaan Pusat?

Anwar sebelum ini giat berkempen mendesak penyokong2 beliau dan rakyat Malaysia tidak mengambil wang tersebut kerana ianya berbentuk rasuah. Abis tu jikalau Nik Aziz ambil wang itu bagaimana? Mungkin terpaksa berbincang semula dan meminda 'fatwa' terbaru pula.


KHALID GAGAP SOGOK WANG WARGA EMAS TERPILIH UMPAMA PELACUR!!





Jelas kelihatan Program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dilihat bukan sahaja satu bentuk sogokan yang menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor, akan tetapi ianya juga memperlihatkan jumlah tanggungan hutang yang amat besar terpaksa dipikul iaitu RM2,038,200.

Bukan itu sahaja, warga2 emas yang berdaftar kini telah ditipu Kerajaan Negeri Selangor apabila janji awal untuk memberikan Skim Program ini kepada kesemua 160 ribu warga emas kini tidak menjadi kenyataan. 



Walaupun jumlah yang diperuntukkan melalui Bajet 2012 Kerajaan Negeri Selangor bagi Skim ini tidak berubah, apa yang memusykilkan secara tiba2 Kerajaan Negeri mendakwa kopun yang menjadi didaftar hanya separuh daripada jumlah 160 ribu warga emas yang berdaftar.

Alasan? Tidak diberi. Kenapa. Ia jelas bercanggah dengan janji pimpuinan Pakatan yang mendakwa setiap warga emas akan pasti menerima pakej Jom Shopping melalui pemberian kopun tersebut.

Malah dikatakan ada beberapa pasaraya yang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk skim ini bakal menarik diri kerana berang dengan tindakan Kerajaan Negeri yang masih belum menjelaskan wang kepada syarikat pasaraya seperti yang dimetarai.

PENIPU!!

GAMBAR REMAJA INDIA TUNJUK ISYARAT TANGAN F*CK PADA TULISAN ALLAH!!


Gambar ini telah disebarkan di dalam FB. Apa yang boleh kita umat Islam lakukan? Tengok sajalah. Tengok dan kutuk. Kata macam2. Sampai ada yang dok kata kalau jumpa budak ni aku rejam sampai mati. Tapi hakikatnya, kita hanya mampu lihat sahaja. Lihat dan beri komen. Lepas tu, senyap. Kemudian muncul lagi gambar menghina Allah sebegini dari orang lain pula. 

Nak bicara dalam politik, bergaduh sesama sendiri. Tanya PAS mampos disalahkan Kerajaan sajalah. Bila hendak ambil tindakan DAP marah. PAS pun kena ikut saja la. Kalau menentang akan dicantas dalam parti.

Minta tolong.. Rayu.. Bekerjasamalah. PAS dan UMNO. Ini kesan apabila Pemimpin Islam tidak bersatu. Betelagah sesama sendiri. Cakap soal rasuah, cakap soal korup. Tuduh sesama sendiri. Dok sibuk nak selesai rasuah kononnya, sampai lupa nak tengok anak2 muda sekeliling yang hina Agama Islam. Yang diajar mahasiswa berdemo tunjuk perasaan hina Kerajaan. Kan lebih baik diajar anak2 Muda menghormati Agama lain.

Remaja di gambar di atas belum tentu lagi status agama dia. Kalau bukan Islam 1 hal. Macam mana jika dikenalpasti remaja ini beragama Islam. Ternganga. Jangan pula dah sampai tahap macam ni, Hassan Ali hendak bertindak ditahan pula. Nak kaji pula gambar ini super impose atau gambar benar. Dah terbiasa diajar selepas Video SEKS Anwar dikeluarkan. Tak boleh percaya dah lepas ni. Memang bodohlah kalau inipun disekat.

Akhirnya anak2 muda makin berani. Yang bukan Islam menghina. Yang Islam pula anggap perkara biasa. Pemimpin dok sibuk nak rampas Kerajaan. Serang politik semata2.



Apa nasib Islam di Malaysia di masa hadapan?


Artikel berkaitan Hina Allah : -

AMANAT TUNKU ABDUL RAHMAN - "DAP BAKAL JADI PARTI P'BELA MELAYU!!?"


Gambar di atas dirakamkan ketika Tunku bersama Parti Melayu Semangat 46 akibat termakan hasutan dan bisikan jahat Ku Li pada ketika itu. Pada masa itu ramai yang menganggap agak mustahil Tunku dapat menerima DAP selaku rakan seperjuangan politik. Akan tetapi, ianya telahpun berlaku. Kenapa? Hanya kerana mahu menentang pemerintahan Tun Mahathir. 

Di bawah Gagasan Rakyat, Semangat 46 telah bekerjasama DAP menentang BN dan dalam pada masa yang sama, bergabung tenaga dengan PAS atas platform gabungan berbeza iaitu Angkatan Perpaduan Ummah. Kita akan lihat pada ketika itu Pemimpin2 PAS dan DAP begitu menyanjung Tunku sebagai jaguh dan pahlawan kemerdekaan Negara. Malah menggunakan namanya sebagai alat membelasah pemerintahan Tun Mahathir yang didakwa derhaka pada bapa kemerdekaan Negara.



Namun manusia tidak pernah sempurna. Kesilapan Tunku itu akhirnya beliau sendiri kesali lalu sempat kembali bersama UMNO pimpinan Mahathir sebelum menemui ajal. Maka DAP dan PAS kembali menghina Tunku yang didakwa mereka bukan memerdekakan Negara, akan tetapi menjadi pencacai menjual Negara.

Jikalau dahulu gambar seperti di atas ini agak mustahil berlaku, kini 1 perkara yang lebih mustahil jika direnungkan 1 ketika dahulu, telahpun terjadi. Pemimpin Veteran UMNO bertindak keluar parti, dan menerima penyertaan keahlian membarisi Pimpinan DAP. Mustahil?



Semuanya bakal terjawab pada 1 masa yang terdekat kelak, setelah bekas Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Aspan Alias, kini sedang memikirkan tawaran untuk menyertai DAP.
Malah parti pimpinan Karpal Singh itu menawarkan beliau sebagai salah seorang calon untuk bertanding pada PRU13 kelak. Selain beliau, turut sedang memikirkan tawaran tersebut seorang lagi bekas  UMNO Pulau Pinang, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.

Kita seringkali berbicara politik mempertahankan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara. Kita acapkali berbicara politik dalam mempertahankan Rukun Negara yang terkandung salah satu daripadanya Perlembagaan Negara. 153 itu angka keramat kononnya.
Namun bagi pemimpin2 UMNO seperti Aspan Alias dan Datuk Ariff ini, politik itu adalah kuasa sekadar platform politik memajukan diri semata2. Jaga periuk nasi sendiri lebih baik.


Jangan pula beliau menggunakan alasan yang pernah digunakan Anwar ketika menyertai UMNO 1 ketika dahulu, "Hendak mengIslamkan UMNO." Setelah Hadi Awang menfatwa bahawa setiap ahli UMNO itu kafir. Islam di dalam UMNO telah sekian lama ditanam malah semakin kuat utuh dari semasa ke semasa, alih2 Anwar pula didakwa PAS bersikap seperti orang kafir.

Adakah Datuk Ariff ada tujuan yang hampir serupa? Hendak 'memelayukan' DAP pula? Jika merujuk pengalaman Anwar, Datuk Ariff  dan Aspan bakal dimurtadkan bangsanya sendiri.


Artikel berkaitan (klik pada tajuk di bawah) :-

VIDEO SULIT - PRA PERANG ISLAM VS KRISTIAN BAKAL T'CETUS DI MALAYSIA!!?





Video di atas merupakan sebuah Negara yang mewakili beberapa Negara di Dunia yang berhadapan dengan perang melibatkan puak beragama Islam VS Kristian yang tidak berkesudahan. Baru2 ini PERKASA sendiri yang dilihat ekstrim Melayu membongkar adanya ucapan daripada salah seorang Paderi yang menggunakan pentas tersebut mempertikaikan Artikel Perlembagaan 153. 

Benar atau tidak? Di harap pihak yang didakwa iaitu seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Rev. Dr Eu Hong Eng tampil memberi penjelasan. Jika benar, maka Dr. Eu mesti meminta maaf bukan sahaja kepada umat Melayu di Malaysia, akan tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia secara amnya. Jika PERKASA yang bersalah, pihak PERKASA juga mesti melakukan hal yang sama.

Isu2 sebegini amat menakutkan masyarakat. Melayu CinDia selaku blogger Gelombang Rakyat sendiri amat pasti, jauh di sudut hati masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan tidak ambil tahu akan situasi politik semasa (atas pagar) tidak suka mempertikaikan isu2 sebegini. Kerana ini adalah Negara Malaysia. 

Jikalau benar Paderi tersebut melakukan hal yang disebut PERKASA, dia bukan bercakap mewakili majoriti rakyat beragama Kristian di Negara ini. Begitu juga sebaliknya bagi pihak PERKASA. Kerana rakyat Malaysia secara amnya di luar sana mahu Negara ini aman. Kekalkan pada yang ada dan jalanilah kehidupan yang lebih harmoni.

Tanam di jiwa semangat 'KEKAL'. Jangan ada rasa 'PERTIKAI' mahupun 'PERTAHAN'.  Kerana semangat 'Kekal' itu benteng keharmonian diri kita, keluarga kita dan anak cucu kita. 


Jikalau Tun Abdul Razak masih hidup, inilah semangat yang beliau akan seru kembali di Negara ini.  Jangan dipertikai Pemimpin ini, beliau punyai 1 jasa yang takkan dapat dibalas sampai bila2. Pencetus keharmonian dan sifat kasih sayang, setelah melihat depan mata kepala sendiri peristiwa berdarah 13 Mei. Siapa berani nafi? Nafi jikalau berani. Orang itulah pencetus sebenar mencabul keharmonian Negara.

Insiden Video tersebut jangan sesekali berlaku di Malaysia. Kerana bila ianya bermula, ianya takkan berakhir sehingga berdepan Hari Kiamat.




TOK HIM AKUI CEMBURU SAKIT HATI HASAN ALI DIGELAR GADUH MELAYU!!?


Sempat juga wartawan Portal Malaysiakini bertemu Ibrahim Ali selepas sidang Media petang tadi. Agaknya soalan yang hendak ditujukan agak menarik. Rupa2 nya komen beliau mengenali propulariti Hassan Ali yang semakin melonjak sebagai pejuang Agama dan Bangsa. 

Satu usaha wartawan untuk menggunakan cara psychology melihat feedback Ibrahim Ali kerana sebelum ini beliau dilihat sebagai jaguh Melayu. Akan tetapi sepertinya gelaran itu bakal diberikan kepada Hassan Ali dan menenggelamkannya.

Akan tetapi tidak. Di sini kita dapat lihat sejauhmana seorang pemimpin itu jujur memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara. Ibrahim Ali berterus terang mendakwa setiap individu yang terlibat dalam kancah politik Negara mesti berhati2 menyokong seseorang Pemimpin. Kerana realitinya, masyarakat diluar sana tidak tahu akan hati dan jiwa seseorang.

Nasib Hassan Ali dakwa beliau bergantung kepada Qada' dan Qadar. Kerana beliau tidak tahu apakah sebenarnya permainan politik samada dari kalangan PAS mahupun Pemimpin2 tertentu di dalam parti tersebut termasuklah Hassan Ali sendiri.


Jika Hassan Ali berpegang teguh kepada perjuangan beliau, maka Ibrahim Ali mendakwa waimah apa jua keputusan walaupun kembali redha seperti sedia kala, Hassan Ali tidak sama sekali akan menarik semula asas yang disebutnya iaitu Islam, Melayu dan Raja2.

Akan tetapi, jika sebaliknya, ini jawapan Ibrahim Ali.. "Esok-esok benda itu selesai. Dia boleh bertanding balik dalam PAS. Mungkin dia seronok. Mungkin pada masa itu, orang akan tahu colour (warna) dia. Saya berterus terang. Pada masa itu, orang tahu colour dia," katanya.


Siapa sangka Ibrahim Ali satu ketika dahulu adalah puak penentang Tun M dengan memilih bersama Ku Li di dalam Semangat 46, kini Ibrahim Alilah individu yang mempertahan bekas PM itu. Namun yang pasti, apa jua tindakan Tok Him 1 perkara yang tidak sama sekali beliau cuba lenyaapkan dan ditanam sebagai prinsip "Pertahankan Agama Islam, Pertingkatkan Keutuhan Bangsa Melayu dan Memperkasa Jiwa Patriotik Negara Malaysia."


Mungkin perjalanan beliau dilihat bercelaru dalam politik. Melayu CinDia sendiri selaku pemilik blog ini tidak banyak bersetuju pendirian politik beliau. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, alih2 memilih jalan tengah pula. Tapi tak semestinya orang yang kita kurang suka tidak ada kebaikan. Setiap manusia ada kebaikan yang boleh dijadikan salah 1 prinsip hidup.

Hari ini beliau boleh berbangga kerana perjalanan beliau yang dihina seperti 'katak' itu tidak menggoncang jiwa dan kekuatannya. Kerana ke mana sahaja beliau pergi, ada 1 prinsip yang beliau tidak pernah sama sekali akan tinggalkan. Iaitu Demi Allah untuk Agama, Bangsa dan Negara.


PERINTAH MALAYSIA - DAP & PAS BAKAL MULAKAN PERANG AGAMA!!



Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan, komponen Pakatan Rakyat, PAS dan DAP akan menghadapi masalah untuk memimpin negara secara bersama ekoran terdapatnya perbezaan ideologi dalam kedua-dua parti berkenaan.

“PAS dan DAP akan menghadapi masalah membentuk kerajaan bersama sekiranya mereka memerintah, mereka perlu menyelesaikan masalah perbezaan ideologi sebelum menjadi pemerintah,” katanya di sini.

Ibrahim berkata demikian selepas ditanya pemberita berkenaan pandangannya terhadap manifesto yang akan dikeluarkan Pakatan Rakyat pada 14 Januari depan.


“Perkasa akan melihat siapa penganjur dan pemimpinnya sebelum menyokong manifesto berkenaan, kami tidak mahu ambil risiko, semua orang boleh berjanji, tapi masalahnya adalah menunaikan janji berkenaan,” katanya ketika sidang media di sini.

Menurut Ibrahim, sebarang perubahan terhadap dasar negara ini memerlukan pendekatan yang berhati-hati kerana banyak negara luar yang mengalami perubahan menjadi semakin buruk.

“Kita lihat kes Dataran Tahrir, Mesir bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi bertambah buruk,” katanya lagi.

“Evolusi negara ini bukan perkara mudah, ia memakan masa dan perlu lebih berhati-hati, pendirian Perkasa jelas, kami akan melihat sejauh mana mereka betul-betul ikhlas, kemudian baru kami akan bat keputusan,” jelasnya.

Dec 27, 2011

JGN. HINA NEGARA - 901 ANGKA BAKAL ISYTIHAR MALAYSIA DARURAT!!



Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menganggap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan rakyat demi kepentingan diri dalam kes perbicaraan tuduhan liwatnya terhadap Saiful Bahari.

Menurut Presiden Perkasa ini lagi, ketua pembangkang itu seolah-olah memperlekehkan sistem perundangan negara dengan melancarkan perhimpunan pada 9 Januari ini-ketika keputusan kes perbicaraan tuduhannya meliwat Saiful akan diumumkan mahkamah.

“Ini kerja menghasut ... menghina sistem kehakiman dan perundangan negara, dan mencabar keluhuran Perlembagaan Negara, Anwar (gambar) ingat dia bersih?,” tegasnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perkasa di Kampung Bharu di sini.

“Keputusan belum dibuat, tetapi mereka sudah merancang untuk bertindak seolah-olah hukuman sudah dijatuhkan atas nama kuasa rakyat, mereka akan gerakkan perhimpunan besar-besaran itu,” tambahnya lagi.

Menurut Ibrahim, perbicaraan kes liwat tersebut sudah dijalankan secara terbuka dengan memanggil pakar-pakar daripada luar negara, namun pembangkang masih menuduh terdapat konspirasi dalam perbicaraan berkenaan.

“Mereka nak macam mana lagi, mereka katakan itu adalah konspirasi, pelbagai tuduhan mereka lemparkan kepada sistem perundangan negara,” katanya dan menyifatkan tindakan menganjurkan perhimpunan tersebut merupakan penghinaan terhadap sistem kehakiman negara dan akan merugikan banyak pihak.

“Justeru, Perkasa mendesak kerajaan dan pihak keselamatan menggerakkan seluruh tenaga bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini daripada berlaku dalam perhimpunan yang dirancang mereka.

“Mereka hanya tahu menghuru-harakan negara, peniaga-peniaga akan mengalami kerugian, akan berlaku kerosakan harta benda awamdan kecedaraan dalam perhimpunan tersebut,” jelasnya lagi dan menganggap tujuan mereka itu hanya ingin memburukkan nama negara di mata dunia.

Pihaknya turut mendesak penganjur menunggu dan memberi peluang untuk badan kehakiman negara menjalankan tugas mereka daripada terus menghukum dan menimbulkan kekacauan.

“Perkasa dengan ini menyeru kepada semua pihak agar tidak menyertai perhimpunan yang dicadangkan terbabit sekiranya mereka cintakan tanah air ini, dan cintakan keamanan negara yang wujud sejak merdeka ini,” katanya lagi.
Powered by Blogger.