Nov 30, 2011

DIN PUDU BALACI ANWAR.. HINA TUN ABDUL RAZAK!!

Salahuddin Ayub atau pernah dikenali dengan gelaran Din Pudu hari ini mengherdik ucapan Muhyiddin Yassin. Biasalah. Sudah kata Naib Presiden PAS. Kenalah protect parti sendiri. 

Akan tetapi statement yang beliau berikan dan dilaporkan dari beberapa Media Portal termasuklah dari Malaysia Insider dan KL POS mendakwa Parti tersebut tidak pernah percaya akan UMNO sejak penubuhannya pada 1951 mencerminkan kebodohan seorang Pemimpin tertinggi terhadap fakta sejarah Parti sendiri.

Beliau lupa atau terlupa atau buat2 lupa bahawa PAS pernah bersama UMNO melalui gabungan BN pada era kepimpinan Tun Abdul Razak. Masa tu Nik Aziz sendiri lambung UMNO. Bukan sahaja percaya, malah jilat UMNO sampai lumat. Nak kuasa punya pasal.

Bagaimana seorang yang kini menjadi 'jurucakap' Anwar di dalam PAS boleh terlupa akan sejarah ini? Dan Din Pudu terlupa juga bahawa PAS pernah buat kenyataan melalui Ucapan Mat SABU tidak akan percaya akan Anwar. Bukan sekadar tak percaya, nak salam pun rasa jijik. Sekarang? JILAT ANWAR!!

Din Pudu tak usahlah menyalak kononnya jaguh Parti. Kamu jangan sampai dilabel balaci Anwar dalam PAS macam Khalid Samad sudah. Nak majukan PAS sehingga cemar maruah parti.

"SAYA TAK TAKUTLAH DENGAN HANTU MAK LAMPIR..!!" - SHAHRIZAT.

Cayalah Kak Jat. Terkencing Zuraida. Wanita UMNO pantang dicabar. Berdepan dengan Shahrizat kalau berani Zuraida. Ucapan paling HOT Tahun ini.

"UCAPAN SHAHRIZAT HEBAT.. ZURAIDA CEMAR MARUAH WANITA PAKATAN!!" - MUSLIMAH PAS.


Ucapan yang disampaikan Ketua Wanita UMNO Shahrizat Abdul Jalil pada Persidangan Wanita UMNO sebentar tadi turut mendapat respons positif dari kalangan beberapa anggota Muslimat PAS.

Salah seorang anggota Muslimat PAS Kawasan Gombak menganggap Ucapan Shahrizat memperlihatkan beliau berdepan dan membalas serangan musuh sebagai seorang ahli politik yang berhemah. Tidak ada serangan baas berbentuk peribadi terhadap Zuraida.

Walaupun agak sedikit kecewa kerana mengaitkan Wan Azizah, akan tetapi desakan tersebut sememangnya lebih releven jika dibandingkan dengan kerahan Zuraida mendesak Shahrizat berundur.


"Benar, jika bercakap di dalam perang Politik, ramai lagi dari kalangan Muslimat PAS yang lebih layak memimpin Kementerian (Pembangunan Wanita) berbanding Shahrizat. Akan tetapi kalau nak minta cadangan Kerajaan pada masa kini, saya rasa tak ada yang lebih layak memimpin kementerian tersebut melainkan Shahrizat."

"Zuraida tak patut menyerang Shahrizat bertubi2 tanpa mempamerkan bukti jelas bagi setiap pertuduhan yang dilemparkan. Dia kalau profesional jumpa Shahrizat tanya. Shahrizat seorang yang amat peramah dan sentiasa menerima kritikan. Ini sudah dikira mengaibkan wanita lain walhal kita (Wanita Pakatan) canang pada rakyat menyelar dan mengutuk perbuatan serangan yang mengaibkan seperti ini."

Shahrizat pada Ucapan Dasarnya pagi tadi menganggap Zuraida biadap kerana mempamerkan tuduhan yang tidak releven dan agak memalukan apabila terlalu obses dan 'teruja' mengaibkan beliau seolah-olah tidak punyai adab da sopan.

Wanita punyai daya pembawakan anjakan politik yang berbeza. Lantas jangan jadi seolah2 kita lupa akan maruah Kaum Hawa yang kita selaku pemimpin mesti lindungi.


MUHYIDDIN YASSIN ISYTIHAR LAWAN NAJIB.. HINA 1MALAYSIA!!?


Ucapan pembuka tirai 3 Sayap parti UMNO paling mengagumkan dari seorang Pemimpin UMNO. Timb. Presiden Parti, Muhyiddin Yassin mengejutkan Perhimpunan Agung UMNO dengan menyerang DAP, PKR malah PAS sendiri sebagai gabungan komponen paling hodoh dalam sejarah Politik tanah air.

Ia sememangnya tepat pada waktunya tatkala Lim Guan Eng membuat kenyataan mendakwa Perjuangan Menguatkan Bangsa Melayu selaku Bangsa Peribumi dan Kebangsaan umpama Hitler. Sememangnya kenyataan biadap Lim Guan Eng menampakkan jelas beliau amat benci akan kekuatan kaum Melayu di Negara ini.

DAP agak berang dengan Muhyiddin yang secara terbuka membongkar agenda jahat parti tersebut. 

Namun berhati2 dengan pihak lawan. Mereka akan menuduh Timbalan Perdana Menteri ini mengingkar perjuangan Najib yang membawa semangat 1Malaysia. Jangan mudah terpengaruh. 1Malaysia adalah Nadi kekuatan Nasional. 1Malaysia membicarakan soal Perpaduan Kaum di Negara ini yang menjadi Nadi Kekuatan Negara.

1Malaysia tidak mempersoalkan keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan. Kerana ianya telah termaktub sejak sekian lama tanpa perlu ada sebarang pertikaian sepertimana yang DAP sedang perjuangkan. 1Malaysia sebenarnya turut menghapuskan prinsip DAP yang mahu memusnahkan kekuatan bangsa lain iaitu Bangsa Melayu dalam arena pentadbiran Negara.

Serang DAP bermakna kita menentang psychologi serangan perkauman yang dirancang DAP.

Siapa RASIS?


Nov 29, 2011

GUAN ENG GELAR UMAT MELAYU PERANGAI BUSUK MACAM HITLER!!


"PERANGAI MACAM HITLER!!" Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menghina tindakan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan yang menasihatkan agar Masyarakat Melayu bersatu bergabung tenaga membina kekuatan Negara dianggap melampau. Malah ianya mencerminkan rasa sakit hati SU DAP Kebangsaan terhadap kekuatan Melayu yang sekian lama dipupuk di Negara ini.

Masyarakat Malaysia 1 ketika dahulu tanpa mengira Bangsa dan Agama tidak pernah mempertikai isu Kekuatan dan Perpaduan Melayu kini bukan sahaja diherdik Bangsa lain, malah dimulakan pula dari seorang Pemimpin Cina.
Jangan sesekali bercakap soal Rasis di sini. Isu Melayu dan Islam itu amat jelas. Kekuatan politik itu adalah kekuatan pentadbiran Kerajaan Malaysia. Kenapa mesti mempertikaikannya masa kini? 

Tok sah dok kata memperkaya Melayu kroni. Kita tak pernah sentuh soal aktiviti dan kegiatan ekonomi Pemimpin2 Cina seperti kamu Guan Eng. Kamu sebagai Pemimpin Cina tak layak bergelar Pemimpin Malaysia kerana berang dengan seruan dari seorang Pemimpin Melayu yang mahu bangsanya utuh dan kebal.

Bangsa2 Cina yang kini berjaya dalam segenap aktiviti ekonomi. Siapa yang bantu kalau bukan Pemimpin2 Melayu. Tidak pernah dicuit sedikitpun. Apa yang kamu sumbangkan kepada kaum kamu waimah Masyarakat Malaysia secara amnya? Dok jaja diri mempopularkan diri semata2. Penang tetap tidak berubah malah semakin ramai masyarakat Cina di Negeri kamu pimpin berang dengan omong2 kosong kamu.

Mulut itu biar beradap sedikit bila berkata. Jangan dek kerana kejayaan PRU12 yang kamu perolehi kamu fikir kamu mampu menghina bangsa Melayu.

Ya.. Kamu kata Melayu UMNO. Bukan Melau luar. Tapi kamu lupa ahli UMNO lebih dari 2juta di Negara kita.


ZURAIDA BAWAK LEMBU - WANITA PKR BERDEMO DEPAN PWTC MALAM INI!!?

 
Zuraida nampaknya tidak senang duduk menanti bermulanya aura Wanita UMNO pimpinan Shahrizat yang bakal bersidang bermula malam ini. Terkial2 menanti serangan berbisa Shahrizat dan barisan Barisan Wanita UMNO. 

Wanita UMNO yang sebelum ini tidak pernah terkena serangan peribadi paling dahsyat akhirnya dicuit sedikit oleh seorang Pemimpin lawan yang tidak bermaruah, menggunakan serangan keluarga sebagai batu loncatan menaikkan populariti beliau.

Wanita UMNO sememangnya tangkas. Namun sememangnya pelan strategi asal yang dirancang Zuraida adalah untuk mengerah sekumpulan Wanita yang diupah untuk berdemonstrasi mendesak Shahrizat meletak jawatan pada malam Perasmian WANITA UMNO. Sepatutnya ia berlaku malam ini.


Namun Zuraida pengecut. Dia tahu setangkas dan sekebal mana Wanita UMNO jika hendak dibandingkan dengan Wanita PKR. Mungkin kita akan rasa sakit sedikit apabila digigit semut. Namun, apabila diliat dengan jari kelinking sahaja, mati dan terburai 1 badan.

Apa persediaan Zuraida? Kita cabar Zuraida. Jikalau benar hendak membuat kecoh di PWTC, ayuh teruskan. Mahu lihat aura Wanita UMNO? Cuba kalau berani. 
PS : Jangan lupa bawa lembu Zuraida kalau jadi. Kalau jadilah nak berdemo malam ini.


ULAMA' PAS DEDAH - DEMO 500 MAJLIS PEGUAM TUNTUT MANSUH UNDANG2 SYARIAH!!


Majlis Peguam yang dipimpin Ambiga hari ini berdemonstrasi menuntut 'keadilan' membantah penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011 kononnya melanggar hak demokrasi rakyat Malaysia.

Laporan Malaysiakini menyebut 500 Peguam berkumpul berdemonstrasi di Kelab Taman Perdana Diraja. Malaysiakini cuba menggambarkan kebangkitan Peguam2 di Negara ini membantah Akta terbabit. Siapa 500 peguam yng terlibat? Kesemuanya adalah lahir dari Bar Council Malaysia. Tiada seorang pun dari Peguam Syarie. Oh lupa. Mereka kata Peguam Syarie 'Rasis'.

Ingat semula apa tuntutan mereka selama ini yang katanya bakal membawa kebebasan demokrasi di Negara ini?

Sebelum ini Bar Council pernah menuntut hak kebebasan beragama dengan membenarkan Individu beragama Islam menukar Agama lain. Dalam erti kata lain, dibenarkan Murtad. Begitu 'demokrasi' tuntutan mereka.

   
Apa lagi? Bar Council juga menuntut agar kaum yang terjebak dengan gejala Gay dan Lesbian diberi ruang dan kebebasan untuk menggunakan platform mahkamah bagi membela nasib mereka agar tidak dihina dan tersisih. 1 lagi Sistem 'Demokrasi' yang benar2 memberi 'kebebasan' kepada rakyat.


Bar Council juga yang menuntut agar penggunaan nama ALLAH dibenarkan sebagai nama tema bagi Tuhan mewakili Agama2 lain yang ditentang hebat oleh Timbalan Mursyidul AM PAS Dr. Harun Din dan MP PAS Baling Ustaz Taib Azamuddin seperti Video di atas.
Inilah dia barisan Peguam2 yang bakal dinobatkan sebagai pencetus 'kebebasan suara rakyat' jika Pakatan menang kelak pada PRU13. Inilah dia barisan Peguam2 yang secara sukarela membela nasib Anwar yang terlibat di dalam pertuduhan meliwat Saiful Bukhari, walaupun yang berani tampil hanya 1% daripada kesemua peguam yang ada.


Pemimpin yang memperjuangkan apa yang disebut 'BERSIH' Pilihanraya turut lahir dari Bar Council iaitu Ambiga. Yang PAS dok kata hanya sokong beliau memimpin BERSIH tapi tak sokong tindakan beliau membantu perjuangan hak kebebasan Gay / Lesbian. Oh?

Inilah Peguam yang bakal membarisi Pimpinan Undang2 di Negara ini jika Pakatan diberi peluang menakluk Kerajaan Pusat.

'Pakej' yang terbaik. 'Syabas'. Maka akan lahirlah Malaysia sebuah Negara 'BEBAS'. Syabas terutamanya buat Barisan Ulama' PAS.

PS : Confirm artikel ini akan dituduh rasis dari pihak mereka. Huh. Ini bukan rasis. Ini adalah hak demokrasi berpaksikan Agama Rasmi Negara, Islam. Mungkin bab itu semakin dilupakan.


NAJIB AKUI UMNO DAH MAKIN LUNYAI - SIAP SEDIA KALAH PRU13!!?


Macam2 Isu yang cuba direka dan diperhangatkan. Kuncu2 Anwar semakin liar membuat 1 demi 1 pertuduhan terhadap Pimpinan PM Najib Tun Razak dan pemimpin2 kanan beliau. Beliau sempat jawab isu A, dituduh isu B. Kemudian C, D, E. Kalau boleh nak sampai UMNO lunyai.

Jika diperhatikan setiap isu yang dipaparkan, tiada 1 pun bukti kukuh yang memperlihatkan relevennya dakwaan2 yang dilemparkan. Strategi menyerang sampai Mati yang diilhamkan Anwar semakin lama semakin melampaui batas.

Dari kisah Sejarah Negara, sehinggakan isu Lembu pun mereka cuba serang.

Isu NFC adalah yang terbaru. Sehingga kini hanya pertuduhan yang diberikan. Mana bukti penyelewengan? Tiada. Hanya membuat Sidang Media hampir setiap hari membuat pertuduhan2 baru.

Belum sempat selesai isu NFC, diserang pula pindaan RUU Perhimpunan Aman. Dikata tak demokrasi. Bodoh sungguh pertuduhan itu. Sebuah Negara seperti Malaysia yang bukan sahaja membenarkan demonstrasi, siap diumumkan kaedah2 efektif untuk melaksanakan amukan syaitan di jalanan. Jikalau Negara2 lain, sudah dihumban ke dalam laut.

Apa yang tak betul lagi. Nasib baik PM Najib membenarkan demonstrasi. Jikalau benarlah anakanda Tun Abdul Razak ini diktator dan tidak demokrasi, jangan haraplah bapak2 dan ibu2 syaitan belaan Anwar dapat menyalak di jalanan, menggunakan dewan2 di Negeri2 pemerintahan BN, malah dibenarkan pula menganjur Kongres PKR di Negeri kubu kuat BN di Johor.

Rakyat bijak Anwar. Kalau benar sekalipun hendak melaksanakan strategi perang politik, jangan overdose sangat. Rakyat makin lama makin bosan dengan pertuduhan2 liar yang diberikan. Makin lama makin menjadi pula. Pembangkang ni dah tak ada kerja lain, lupakah mereka tanggungjawab terhadap rakyat dibeberapa Negeri Jajahan mereka? Asyik dok serang politik je.

UMNO juga tak perlulah memainkan peranan lapuk menjawab kesemua isu2 yang dituduh. Makin dijawab, makin banyak pula pertuduhan. Sudah tiba masanya UMNO menyerang. Serang pemerintahan kuku besi Negeri2 yang dijajah mereka. Isu Gaji Pengurus Besar PKNS RM40 Ribu sebulan. Jangan dibiar gantung tak bertali. 

Rakyat bakal dipertontonkan dengan Ucapan setiap Perwakilan bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO 2011 yan bermula hari ini. Apa yang berbisa? Jangan sama sahaja seperti tahun2 sebelum ini sudah.

Blogger Pro Kerajaan akan teruskan perjuangan menyerang Pembangkang yang semakin rakus hendakkan kuasa.

PS : Muslimat PAS masih terus simpati dengan Shahrizat, seorang Pemimpin Penyayang yang terus diserang Lembu Betina Zuraida. Adakah ianya aset buat PKR, atau Liabiliti.?


BLOGGER PRO PAS UGUT PAMER GAMBAR SEKS ANAK HASAN ALI!!?


Tindakan sebuah Blog yang dilihat Pro kepada PAS menyiarkan gambar aksi seksi kononnya anak kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr. Hasan Ali adalah 1 propaganda yang pada asalnya dilihat bagi meriuhkan suasana di kalangan penggemar Blog.

Sememangnya remaja wanita yang dipamerkan bukanlah merupakan anak kepada Exco terbabit. Akan tetapi secara kebetulan nama bapa kepada wanita ini sama dengan beliau Namun kenapa sebuah blog Pro PAS boleh menggunakan nama Hasan Ali, seorang Pemimpin PAS berpengaruh di Selangor sebagaai trademark dengan tajuk artikel mengaibkan? Bukankah ianya mencemar nama beliau?

Walaupun ianya 1 pancingan bagi mendedahkan isu lain, adakah tindakan Blogger PAS ini direstui perjuangan PAS, sebuah Parti berpaksikan Islam? Katanya.. Jika Blogger UMNO digelar Blogger Munafiq dek kerana menyiarkan Video Seks Perilaku Moral Anwar, adakah blogger Pro PAS ini dengan bangga mempamerkan Gambar Nik Aziz boleh dikecualikan?

Nama Hasan Ali juga dijadikan bahan lucah. Nampak jelas Hasan Ali tidak lagi dihormati walaupun telah memertabatkan Islam di Negeri Selangor yang kian terhakis.

KLIK DI SINI untuk paparan Artikel tersebut.



Nov 28, 2011

FITNAH NFC - SHAHRIZAT BAKAL DEDAH ADA PEMIMPIN WANITA UMNO T'LIBAT!!?

Akhirnya, empunya badan yang berhadapan dengan fitnah NFC iaitu Shahrizat Abdul Jalil tampil memberi kenyataan penafian. Mungkin secara kebetulan dengan Perhimpunan Agung UMNO bermula esok, ia sememangnya kena pada masa dan ketika Wanita inspirasi ini tampil menyatakan pendirian beliau.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan Bernama, beliau tidak banyak memberi komen berkenaan isu ini akan tetapi, bakal memberi amanat penting berkenaan serangan paling dahsyat buat karier politik beliau melalui ucapannya Esok hari. Amanat NFC khas buat Wanita UMNO. Kenapa Wanita UMNO?

Zuraida yang sebelum ini senang hati dengan tindakan Shahrizat yang berdiam diri pada ketika ini mengilau2 bak Hantu Kak Limah ketakutan dengan jampi serapah yang bakal menghalau hantu yang berkeliaran mengganggu hidup Shahrizat sekeluarga.



Mungkin Zuraida telah diberi ruang sepenuhnya untuk membunuh karier Shahrizat sebelum ini, di samping mendakwa tindakan hampir kesemua Exco Wanita UMNO yang berdiam diri dijadikan cerita kononnya mengiyakan pertuduhan beliau bersama 2 lagi ekor lembu jantan belaan Anwar iaitu Saifuddin Nasution dan Rafizi.

Akan tetapi esok gambaran dan andaian tersebut bakal ditikam semula. Tidak mungkin Wanita UMNO menderhaka pada Ketuanya. Kerana waimah apa jua krisis yang berlaku, Wanita UMNO sejak sekian lama telah terbukti amat cemerlang dalam melaksanakan perang Politik pihak lawan secara berpasukan.


Bersiap sedialah wahai hantu Zuraida. Teringat akan kata2 Hikmah Shahrizat semasa ceramah beliau di Kerdau, "Jangan disangka Wanita UMNO ini lemah. Warna merah mungkin sekadar hiasan luaran. Namun, bara semangat yang ditanam di dalam jiwa Wanita UMNO bak api yang membakar mengatasi Gelombang Merah."

Nov 27, 2011

CALON PRU13 - KAK WAN HENTAK MEJA.. GADUH BESAR DGN. ANWAR!!

Akhirnya, PKR mengaku secara terbuka ahli Parlimen dan ADUNnya kurang berkhidmat kepada rakyat. Bagi yang baca akhbar baik arus perdana atau alternatif, kerja ADUN dan MP PKR ini tak ada lain buat sidang media burukkan UMNO dan BN saja.

Masalah kawasan masing-masing jarang sangat nak buat sidang media. Presiden PKR Datin Seri Dr wan Azizah Wan Ismail pada Sabtu mengaku dan akur dengan kelemahan tersebut. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional parti itu di Pulai Johor.

Menurutnya, berikutan pelbagai masalah itu, PKR akan memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang benar-benar berkelayakan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan akan dirundingkan terlebih dahulu dengan cabang dan akar umbi.

"Harus di kalangan yang berkelayakan dan diyakini punyai prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh...kita harus lega mereka bertindak keluar dan tersisih daripada perjuangan," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Dr Wan Azizah berkata PKR hanya akan memilih calon yang komited sahaja untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Pada pilihan raya umum 2008 kita kekurangan calon dan kita ada lebih ramai calon untuk pilihan raya akan datang," katanya. Artikel Terbaik Agenda News

Nov 26, 2011

'APA SALAHNYA JIKA GUAN ENG PM KETUJUH..!!?' - ANWAR.

Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila membuat kenyataan tidak mengikhtiraf peruntukan Perlembagaan yang hanya memberi ruang kepada Orang Melayu sahaja bagi memegang jawatan PM.


Beliau yang juga merupakan Ketua Umum Pakatan tidak menolak sebarang kemungkinan memberi jawatan PM kepada Ketua Menteri Penang jika Pakatan menang pada PRU13 kelak.


Anwar yang merasmikan Kongres PKR hari ini mendakwa Guan Eng terbukti layak memegang jawatan tersebut berdasarkan prestasi kecemerlangan beliau memerintah negeri Penang.

KONGRES PKR - KAK WAN BERI AMARAN PADA ANWAR!!

Wan Azizah melalui Ucapan Dasar beliau pada Kongres PKR pagi dikejutkan dengan nada perli akan memilih calon yang benar2 telus dan bersih pada PRU13.


Kenyataan Wan Azizah menafikan dakwaan Anwar pada PRU12 yang lalu bahawa PKR tidak pernah meletakkan calon yang korup dan kotor sepertimana yang berlaku setelah PKR mencapai kemenangan yang lalu. Adakah jaminan Wan Azizah boleh diterima dan dipercayai?


Wan Azizah juga memberi 'amaran' kepada Anwar agar tidak memilih kroni2 beliau semata2 demi kepentingan diri.

Nov 25, 2011

KONGRES PKR - AZMIN ALI ISYTIHAR KEMPEN 'UNDUR KHALID GAGAP!!'



Tatkala Azmin Ali merasmikan Kongres Sayap Parti PKR AMK dan Wanita, sempat juga 'mengipas' Anwar untuk menaikkan imej beliau dan memperlihat sokongan palsu beliau terhadap Ketua Pembangkang itu. Lalu sekali lagi Azmin mengumumkan Anwar selaku PM ketujuh Kerajaan Malaysia dan begitu yakin dengan kejayaan Parti membolosi PRU13 walaupun kajian menunjukkan parti ini paling lemah pada ketika ini.

Namun, cerita di sebalik tabir kongres mendakwa Azmin telah mengerahkan tenaga 'kroni2' beliau dengan melancarkan secara sulit Kempen Menolak Khalid Ibrahim memimpin Kerajaan Negeri Selangor. Kempen Tolak Khalid Gagap sedang digerakkan secara agresif agar beliau tidak dipilih semula memimpin Kerajaan Negeri Selangor jika Pakatan kembali memerintah Negeri tersebut.

Sumber dalaman mendakwa Azmin juga telah berjaya mendapat sokongan kuat dari AMK dan ianya dikhuatiri Anwar yang masih mahu Khalid terus memimpin Selangor sebagai perancangan membolosi wang Kerajaan Negeri.

Malah, Azmin didakwa antara puak yang membongkar gaji yang diperolehi Pengurus Besar PKNS yang juga merupakan kroni Khalid Gagap berjumlah RM40 Ribu sebulan.

TERKINI - UCAPAN ANWAR SERU INDONESIA 'PERANG' DGN. MALAYSIA!!


Kebenciaan beberapa puak rakyat Indonesia terhadap Negara kita tidak perlu dipersoalkan lagi. Layanan kelas Ketiga pasukan2 Negara yang terlibat dengan Sukan SEA di Negara Seberang baru2 ini memperlihat membuktikan sifat hasad dengki puak2 Indonesia terhadap Malaysia. Persoalannya, bagaimana timbulnya perasaan tersebut?

Ucapan2 Anwar yang menimbulkan perasaan kebenciaan rakyat Indonesia terhadap Malaysia adalah salah satu faktor utama berlakunya semua ini. Anwar terbukti mengkhianati Negara dengan menaikkan semangat benci dan mengaibkan Negara dengan pelbagai tohmahan jahat mengenai layanan Malaysia terhadap golongan2 kelas Atasan Indonesia yang datang melawat Negara ini.

Bohong. Lihat bagaimana artis2 Indonesia diberi layanan VVIP sehingga puluhan syarikat dari Negara kita sanggup memberi sumbangan dalam menjayakan konsert buat mereka.

Begitu juga layanan yang diberikan terhadap Pemimpin2 Politik, Atlet2 dan Pasukan Bola Sepak dari Negara mereka melampaui batasan. Bagaimana mereka boleh mendakwa layanan yang diberikan kita bersifat kelas Ketiga?

Anwar telah mengapi2 kan masyarakat di Negara tersebut dengan mengherdik dan merendah2 kan mertabat Kerajaan Malaysia seterusnya masyarakat2 yang menyokong Kerajaan Pusat. Semua ini dek kerana mahukan kuasa dan sokongan di peringkat Asia waimah Antarabangsa.

Inikah yang dinafikan seorang Pengkhianat Negara?


AZIZ BARI CABAR SULTAN SELANGOR.. DAKWA SELEWENG WANG JAIS!!?

Tindakan kesal Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di Negeri tersebut terhadap tuduhan Prof. Aziz Bari mengenai Laporan Audit Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperlihat kebiadaban pensyarah UIAM tanpa mengeluarkan sebarang bukti.


Yang lebih menghairankan tiada sebarang siasatan mahupun tindakan diambil terhadap tuduhan tanpa bukti Prof. Aziz Basi ini kerana jelas ianya tuduhan melulu yang tidak mengikut prosedur Undang2 dalam membuat sebarang pertuduhan terhadap sesebuah Jabatan di bawah kuasa mutlak Sultan.


Adakah ini 1 konspirasi jahat tatkala Kerajaan Negeri Selangor berhadapan dgn pembongkaran jumlah gaji luar biasa Pengurus Besar PKNS iaitu RM40 ribu?


Sampai bilakah kita harus mengikut selera Anwar dan kuncu2 nya sehinggakan bukan sahaja maruah Kerajaan Pusat digugat, malah krelibiliti Sultan Selangor sendiri cuba diruntuhkan.

Nov 24, 2011

KERJASAMA PAS & UMNO - MAHFUZ OMAR KATA PRO ULAMA' SUNDAL MARUAH PARTI!!


Tindakan PAS Pro Ulama' Kedah yang pertimbang untuk bekerjasama dengan UMNO mengenai isu perpaduan Islam menyebabkan Mahfuz Omar berang lalu mengeluarkan nada kesat terhadap Kumpulan tersebut tersebut. 

Mahfuz Omar dalam kenyataan beliau mendakwa PAS Pusat tetap akan bersama DAP dan PKR malah mendakwa Haram bersama UMNO walaupun bersetuju melaksanakan Hukum Hudud di Negeri terbabit. Ini menyebabkan ramai di kalangan mereka yang juga merupakan Penyokong MB Kedah Ustaz Azizan naik berang dan terkejut dengan kenyataan terbaru Mahfuz itu.

Mahfuz yang sebelum ini sedang merancang untuk menjatuhkan Ustaz Azizan mendakwa, visi PAS pada masa kini lebih meluas dan tidak terikat dalam melaksanakan Hukum Hudud, berbeza dengan pandangan PAS sebelum ini yang ikrar sedia bekerjasama dengan UMNO dengan syarat Parti tersebut bersetuju untuk melaksanakan hukum terbabit di Negeri2 yang dikuasai PAS.

Rata2 PAS Pro Ulama' mendakwa tiada gunanya lagi bekerjasama dengan DAP kerana parti tersebut secara terang2 an tidak akan sama sekali menerima Hukum Hudud sepertimana pendirian yang mereka pertahankan sekian lama..

Malah dakwa mereka, PAS sudah hilang arah tujuan dan hanya bergantung kepada undi Cina kerana mengetahui Parti ini tidak mampu mempertahankan Perlembagaan sedia ada yang memberi keistimewaan kepada Masyarakat ISLAM dan Melayu.


ANWAR IBRAHIM HINA TUN ABDUL RAZAK - DAKWA BAPA KORUP MALAYSIA!!


Agak jijik melihat Anwar Ibrahim secara tiba2 menjadi jaguh memutarbelit kenyataan Bekas PM Tun Abdul Razak mengenai isu Royalti Minyak Kelantan. Beliau menjadi Sang Wira mempertahankan bapa kepada PM Najib Tun Razak Siapa Anwar Ibrahim pada era kepimpinan Tun Abdul Razak 1 ketika dahulu?

Anwar bukan sahaja menggelar Tun Abdul Razak pengamal rasuah, malah puak penentang utama yang menyatukan PAS dan UMNO di bawah naungan Barisan Nasional.

Anwar mempertikai beberapa menteri kabinet yang dilantik Tun Razak sehinggakan mendakwa ada agenda sulit pembunuhan melibatkan Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu.

Lalu beliau menarik semula dan menyalahkan PAS pula setelah  bertindak menyertai UMNO dan memuja kepimpinan Tun Mahathir pada era 1980an.

Ini semua mainan busuk Anwar dalam menaikkan imej beliau sebagai dan seterusnya memastikan beliau dilihat hero dalam era penentangan beliau terhadap kerajaan. Dasar manusia pengkhianat.


Nov 23, 2011

SUKAN SEA - PELAJAR MALAYSIA DI INDONESIA TERIMA UGUTAN BUNUH!!


Susulan kemenangan Tempat Pertama bagi acara bola sepak Sukan SEA baru2 ini, beberapa pelajar Malaysia yang menuntut pengajian Universiti di Indonesia dilaporkan menerima ugutan bunuh daripada penyokong2 mereka.

Tindakan ini mencerminkan tindakan tidak profesional penyokong2 mereka yang tidak dapat menerima kekalahan pasukan Indonesia.

Pihak Kementerian yang bertanggungjawab sewajarnya berhubung dengan Kerajaan Indonesia bagi memaklumkan hal ini di samping memastikan tidak berlakunya insiden2 sedemikian yang boleh meragut nyawa anak2 Malaysia yang sedang menuntut di Negara Seberang.

Jangan sampai dah berlaku insiden2 sedemikian, baru hendak bertindak.


PRU13 - DAP KATA PAS KARUT.. TAK LAYAK TAMBAH KERUSI PARLIMEN!!


Tindakan PAS yang mahu menambah kerusi Parlimen pada PRU13 seolah2 PAS tidak sedar akan kelemahan parti itu sendiri.

Rata2 Pemimpin DAP mendakwa, PAS sewajarnya sedar akan jumlah kerusi yang mereka perolehi pada PRU yang lalu yang merupakan jumlah terendah di dalam komponen Pakatan.

Sewajarnya, adalah lebih layak DAP dan PKR yang mendapat kerusi yang lebih tinggi pada PRU kali berdasarkan jumlah kerusi yang mereka perolehi jauh lebih tinggi seterusnya membantu kemenangan Pembangkang.

Dijangka Mesyuarat Pakatan akan diadakan petang ini bagi membincangkan hal tersebut.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


Nov 22, 2011

BANK ISRAEL.. MUSLIMAT PAS DAKWA NURUL IZZAH JADI 'MANGSA' ANWAR!!


Kenyataan Nurul Izzah yang mendakwa dirinya difitnah sepertimana yang berlaku pada Tun Mahathir mwmbuktikan bahawa beliau mengakui bapa beliau telah melakukan fitnah jahat terhadap mantan PM tersebut.

Nurul Izzah telah membuat 1 kenyataan yang mengejutkan tatkala totok2 Anwar mempertahankan segala tuduhan yang dilemparkan beliau thadap Tun M.

Malah beberapa ahli Muslimat PAS Pro Ulama' mendakwa Anwar telah menggunakan Puteri Sulungnya itu sebagai 'alat' untuk menyelamatkan dirinya sebagai agenda sulit kerjasama dgn Barat.

Fitnah? Semua didakwa fitnah. Tak ada yang betul, hanya yang baik sahaja milik mereka.

Tipu lagi. Tuhan Maha Kaya.


HANTU ZURAIDA BERI FATWA SHAHRIZAT MURTAD KAFIR BUAT UMRAH DI MEKAH!!


3 ekor lembu belaan Anwar semalam mencetuskan propaganda terbaru dgn mempamerkan gambaran penyelewengan terhadap Syarikat NFC.

Dakwaan penggunaan dana Kerajaan sebagai batu loncatan kepada Keluarga Ketua Wanita UMNO Shahrizat Abdul Jalil untuk mengerjakan Ibadah Umrah merupakan 1 tuduhan paling bodoh pernah dikeluarkan.

Fakta dan sumber yang sahih menjelaskan Datuk Mohamad Salleh telah ke tanah suci Mekah bagi menjalankan urusniaga NFC bersama peniaga feedlot di sana. Anak lelaki beliau sekadar menemani bersama. Ianya sebagai salah satu langkah mengembangkan sayap perniagaan yang Negara Arab Saudi.

Adakah ianya menjadi satu kesalahan beliau untuk mengerjakan ibadah Umrah setelah bagi mendapat keberkatan berurusniaga di tanah suci Kota Mekah?

Apa jenis fitnah ini? Jikalau kamu berurusniaga di Makkatul Mukarramah, tergamakkah kamu terus meninggalkan tempat suci tersebut tanpa ada rasa niat untuk berkunjung dan singgah di Masjidil Haram mengerjakan umrah? Mungkin Anwar sahaja yang akan menjawab 'Ya'.

Hendak memfitnah sekalipun, jangan menjahanamkan akidah ummah. Sudahlah kamu bersekongkol dgn puak yang menyokong seks songsang (Ambiga), janganlah pula menyebarkan dan memutarbelit kepada masyarakat dek kerana kemaruk mahukan kuasa.

Fitnah BODOH!!

TERKINI - PENYOKONG INDONESIA BERKUMPUL MERUSUH SERANG PASUKAN MALAYSIA!!?


Tangisan kegembiraan VS tangisan hampa. Mungkin ada hikmah di sebalik layanan kelas ketiga yang diberikan kepada pasukan Malaysia. Menjadi peransang utk capai kemenangan.

Buat pasukan garuda, anda tidak perlu kecewa. Nasihatkan penyokong2 anda dan pihak penganjur agar lebih 'beradap' dgn wira2 Negara kita.

Malam ini juga pasukan Malaysia bakal pulang ke tanah air. Ada ura2 yang mendakwa penyokong2 Indonesia bakal berkumpul di Lapangan Terbang utk. merusuh dan bertindak ganas. Mohon keselamatan Kementerian Belia dan Sukan dapat memantau pasukan kita.

Dendam mereka tidak pernah terpadam. Entah apa yg dibenci thdp Malaysia. Sebab hasutan Anwar?

Syabas Malaysia. Aura Mokhtar Dahari kini kembali. Terus MARA.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Nov 21, 2011

GOLLLLLLLLLLL - 1 SAMA MALAYSIA VS INDONESIA!!

 
Kedudukan Terkini Malaysia berjaya menjaringkan 1 gol sebentar tadi. Indonesia pula membuat serangan gol pertama. Mampukah pasukan Harimau Malaya mara menewaskan pasukan Garuda?

Menang atau tewas bukan persoalannya, Maruah Negara mesti dipegang semula. Setelah pasukan Harimau diberi layanan kelas ketiga sepanjang berkampung di Negara Sebeang tersebut.

Doakan kemenangan di pihak kita. Amukan Harimau Belang menyerang garuda yang bacul.


KULI DEDAH NAJIB DAN MUHYIDDIN GADUH BESAR!!?

Masalah dalaman UMNO sepertimana yang dikatakan TPM Muhyiddin Yassin sememangnya tlh berlaku sekian lama.

Masalah ini dikatakan berlaku akibat sikap sekumpulan kecil peringkat akar umbi yang bersikap terlalu taksub menyokong Pemimpin mengatasi perjuangan parti.

Budaya berpuak2 ini bermula ketika Tengku Razaleigh Hamzah memilih utk. berentap dgn Tun Mahathir pada era akhir 80an merebut jawatan Presiden Parti.

Perpecahan besar UMNO juga tlh berlaku setelah Ku Li menubuhkan Parti Semangat 46 yang menjadi punca PAS terus berkuasa di Kelantan sehingga hari ini.

TPM mendakwa sepertimana yg dimanipulasi Malaysiakini dan Malaysia Insider akui UMNO bdpn dgn masalah dalaman.

Siapa sebenarnya yg mbawa budaya tersebut menusuk ke dalam akar umbi parlti?

Buat ahli2 UMNO, bersatulah. Jangan biarkan parasit2 UMNO seperti Ku Li dan Anwar 1 ketika dahulu terus membiak di dalam parti.

Kerana parasit2 ini akan melakukan apa jua cara bagi memastikan UMNO tewas ke tangan Pembangkang.

MURTAD - PENYOKONG HASAN ALI SERANG DR. ASRI OTAK KAFIR!!

 
Rata2 ramai di kalangan ahli PAS di Selangor berang dengan tindakan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri yang memperlekeh niat murni Hasan Ali dalam membenteras gejala Murtad di Negeri ini.

Melalui kajian dari beberapa sumber dalaman parti, ahli2 di peringkat akar umbi menganggap tindakan Dr. Asri itu sebenarnya yang menghina Islam kerana mengambil perkara mudah di dalam Isu yang melibatkan akidah umat Islam.

Dr. Asri kata didakwa tidak wajar menyerang Hasan Ali yang sebenarnya lebih arif tentang kedudukan Islam di Negeri tersebut berbanding beliau yang bukan sahaja tidak disambung kontrak sebagai Mufti Negeri, malah dengan sesuka hati memberi pandangan yang berbau fahaman yang mengelirukan Islam..

Minggu lalu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin melahirkan pendirian bahawa kenyataan Exco PAS Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Hasan Ali bahawa umat Islam di Malaysia boleh murtad disebabkan sebaran agama Kristian menggunakan kitab Injil berteknologi canggih adalah satu penghinaan ke atas Muslim.


PRU13 - AZMIN ALI MINTA KATA PUTUS MAHU KHALID GAGAP LETAK JAWATAN!!

Sumber Artikel  - Agenda News

Sebelum ini pembangkang beria-ia mahu pilihan raya awal. Macam tak sabar-sabar nak ambil alih Putrajaya selepas kegagalan pelan 16 Sept  2008. Agaknya, mereka fikir rakyat mahu menyokong mereka sepenuhnya. Sebab itu juga ramai pemimpin pembangkang congak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bubar parlimen 11 November lalu -kerana 11 nombor favouritenya - bagi adakan pilihan raya umum ke 13.

Bagaimanapun, dalam dok gempak nak pilihan raya umum awal, rasa gementar pembangkang sukar disorok. Sebab itu mereka desak supaya peraturan baru proses pilihan raya yang sedang dikaji Jawatankuasa  Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya diluluskan terlebih dahulu sebelum adakan PRU ke 13.

Hakikatnya kuasa penentu tarikh pilihanraya peringkat nasional,tak kira siapa yang berkuasa, adalah prerogratif Perdana Menteri.

Pembangkang sengaja mahu ‘mengikat’ tarikh pilihan raya supaya tidak diadakan dalam tempoh terdekat kerana mereka rasa tidak boleh mengulangi tsunami PRU ke 12 pada kali ini.

Sentimen yang terasa ialah ramai  sudah celik dan muak dengan gelagat politik pembangkang yang keterlaluan dengan pelbagai ‘ drama’ mereka termasuk demo Bersih.

Sudahlah janji-janji PRK ke 12 tidak dikota, mereka janji macam-macam lagi termasuk menerusi Buku Jingga yang tidak praktikal itu.

Kalau kita rajin pasang telinga sebenarnya kalangan pimpinan PKR,DAP dan PAS makin gabra kerana mendapat signal suasana politik ketika ini tidak memihak kepada mereka.
Populariti kerajaan BN dan Najib sendiri terus meningkat dan Bajet 2012 pada awal bulan lalu, ibarat paku yang menutup keranda pembangkang.

Atas sebab kebimbangan itu pembangkang antara lain galak  mengecam pemberian RM100 kepada murid dan pelajar sekolah dengan cerita kononnya wang itu bukan dari sumber betul kerana kerajaan tidak boleh beri duit sebab Bajet 2012 belum lulus lagi.

Beberapa ahli parlimen pembangkang sanggup bertegang leher di Parlimen pada petang Rabu lalu mengkritik sumber wang digunakan kerajaan lebih RM53 juta bagi membantu murid-murid dan semula pelajar yang mula menerima bantuan minggu ini.

Sepatutnuya pembangkang tidak perlu politikkan isu ini kerana anak sesiapa sahaja layak terima RM100 termasuk anak wakil rakyat parti pembangkang.

Tetapi kerana sudah kering modal, itu pun nak dijadikan isu.

Berbalik soal pilihan raya, kerana takut juga maka Kerajaan PKR Selangor  sudah umum tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri (DUN)  jika PRU ke 13 diadakan sebelum Jun tahun depan.

Ini semua taktik pembangkang kerana fikir kerajaan BN takut nak bubar parlimen awal sebelum PSC selesai memastikan sistem pilihan raya baru digunapakai dalam pilihan raya umum nanti.

Pembangkang bukan sahaja di Selangor malah Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang mungkin ikut cara sama untuk paksa Najib tidak bubar parlimen sebelum sistem atau peraturan baru pilihan raya itu siap.

Ada juga yang beritahu Agendadaily pembangkang sengaja nak lewatkan PRU ke 13 kerana jangka ekonomi negara terjejas selepas Jun tahun depan kerana kesan ekonomi dunia ketika ini.

Jangkaan mereka bila ekonomi terjejas, harga barangan dan cukai akan naik.

Bila semua naik, mereka ingat rakyat akan marah. Bila rakyat marah, mereka akan undi pembangkang macam 2008.

Betul juga kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar bahawa tindakan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang itu jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan di Selangor.

"Bila tiada pilihan raya tahun ini, mereka canang tidak akan bubar DUN tahun depan. Jika sampai pertengahan tahun depan masih tidak berlaku pilihan raya, mereka akan kata pula tidak akan bubar (DUN) sampai lima tahun.

"Kalau nak buat dua kali pilihan raya, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi,” katanya seperti dilaporkan Bernama Jumaat.

Pembangkang tak perlu nak atur Najib bila patut bubarkan Parlimen.

Jika Selangor tidak mahu bubar DUN, begitu juga Kedah,Kelantan dan Pulau Pinang, mungkin Perdana Menteri boleh timbang adakan pilihan raya Parlimen sahaja atau di negeri di kuasai BN.

Andai kata pilihan raya itu dilaksanakan dan BN kekal menguasai  kerajaan dengan majoriti lebih besar atau menguasai dua pertiga, pembangkang boleh terus bermimpi nak tawan Putrajaya.

Tidak ada makna juga kalau mereka lewat bubarkan DUN kerana cita-cita pembangkang hanya mahu jadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri yang boleh dicapai melalui pilihan raya Palimen bukan DUN.
aaKalau emas sudah di jari, apa guna lagi cincin suasa!

Kita tengoklah nanti retak kerajaan PKR Selangor yang cuba  acah-acah saja tak mahu bubar DUN.

Kalau berani, sama-samalah masuk gelanggang biar sama rata.

Jangan nanti sudah kalah, salahkan padang kononnya tak rata.

Nov 20, 2011

ANWAR JUMPA SCRA. SULIT - ZULKIFLI NORDIN BAKAL KEMBALI BERSAMA PKR!!?

Bekas pejuang Reformasi yang juga merupakan bekas Peguambela Anwar, YB Zulkifli Nordin mengherdik tindakan Dr. Syed Husin Ali sanggup menjadi kambing hitam Anwar dalam membalas serangan beliau.

Malah Zulkifli juga mendakwa, Anwar sebenarnya gentar dan tidak pernah berdepan dengannnya setelah dipecat daripada parti tersebut.

Zulkifli berkata kesanggupan beliau untuk terus bersama PKR kerana beliau antara yang bersama2 berjuang mengasaskan parti itu. Malah Dr. Syed Husin Ali sewajarnya malu dengan tindakannya yang terlalu tamak dengan kuasa sehingga sanggup membubarkan parti yang jauh lebih lama dan membawa perjuangan Sosialis ke dalam PKR.

Syed Husin Ali dengan sesuka hati menjadi suara sumbang Anwar walhal beberapa Pemimpin parti yang beliau kepalai 1 ketika dahulu telahpun mendedahkan tawaran jumlah wang besar yang beliau sendiri terima sebelum bertindak diktator membubarkan Parti Rakyat Malaysia tanpa merujuk pada akar umbi.

Dr. Syed Husin Ali yang telah menulis melalui bukunya yang terbaru “Memoir Perjuangan Politik” telah mendakwa bahawa MP Kulim Bandar Baharu Zulkifli Nordin telah meminta dengan jumlah wang sebanyak RM60 Ribu sebagai Pra Syarat bagi mengosongkan kerusi Parlimen beliau dan memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.


NIK AZIZ ARAH KUATKUASA LARANG PAMER GAMBAR SULTAN ISMAIL!!

Jawatankuasa Pemantauan, Keistimewaan dan Keselamatan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra melarang semua media massa menyiarkan sebarang bentuk gambar baginda berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, merangkap pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata jawatankuasa berpendapat pada masa ini adalah tidak sesuai bagi media massa iaitu televisyen, akhbar-akhbar dan mana-mana penerbitan termasuk secara maya menyiarkan sebarang bentuk gambar-gambar baginda.

“Oleh itu, semua penyiaran sebarang bentuk gambar-gambar baginda adalah dilarang sama sekali dan arahan itu diperkenankan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya pada sidang media di sini.

Dipetik Bernama Online, beliau bagaimanapun berkata larangan itu tidak melibatkan berita-berita mengenai baginda yang dianggap boleh memberi kesan positif serta tidak bercanggah dengan etika kewartawanan.

Difahamkan sebelum ini beberapa akhbar tempatan menyiarkan gambar Sultan Ismail Putra yang masih gering di majlis santapan makan malam sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Jumaat lalu.

Zainuddin berkata jawatankuasa itu menerima maklum bahawa pada masa ini Sultan Ismail Putra masih lagi menerima rawatan berterusan dan menunjukkan sedikit peningkatan kepada status kesihatan baginda.


JINGGAY 13 BOIKOT ANWAR!!? - AMBIGA MAHU JUMPA LELAKI JAM OMEGA!!?

Tindakan berani OTAI Blogger Papa Gomo membongkar agenda tersembunyi Pemimpin2 Pembangkang yang mendesak agar penggunaan dakwat kekal diaplikasi pada PRU13 sewajarnya diberi perhatian serius.

Apa yang pasti, mereka kini tidak senang duduk dan tidak selesa dengan penyebaran video ini yang sudah pasti menghilangkan rasa keyakinan pengundi terhadap apa yang didakwa perlaksanaan yang paling telus jika ianya menjadi realiti.

Apa jawapan yang bakal mereka canangkan pada sessi Ceramah2 akan datang? Setakat ini mereka mengambil langkah strategi 'diam diri' sebagai pelan terakhir jika isu ini tidak dapat dijawab. Dan senjata 'fitnah jahat' digunakan sepertimana yang berlaku pada kes Video Seks Anwar.
Sampai bila mereka hendak nafi segala kebenaran jahat mereka? Sampai bila hendak mendakwa ianya fitnah jahat? Mereka tidak pernah pamerkan bukti bagi setiap pertuduhan? Mereka hanya nafi, kemudian membuat pertuduhan lain ke atas kita untuk memperbetulkan keadaan.

JAWAB VIDEO INI.. PENYOKONG2 KAMU SEMAKIN DIPERBODOHKAN OLEH KAMU ANWAR DAN TOTOK2 BELIAU.


LAGI WANITA JADI 'MANGSA' ADUN PERUPOK!!

Sebelum ini Otai blogger Papa Gomo ada mendedahkan kisah skandal yang melibatkan salah seorang ADUN PAS Kelantan kroni Husam Musa iaitu ADUN Perupok dgn seorang wanita yang telah mempunyai suami.

Mungkin akibat 'kelalaian' beliau yg merasakan tindakan beliau pada mulanya merasakan terselamat dek kerana 'terlindung' di sebuah Negeri 'Serambi Mekah', akan tetapi akhirnya ianya terbongkar jua.
Apa yang lebih mengejutkan, kelalaian beliau ini teljah memberi kesan terhadap penduduk di kawasan Perupok.

Kelantan yang kini dok asyik mengejar pembangunan di kawasan Kota Bharu bagi membuktikan pembangunan Negeri tersebut mampu dilakukan lebih baik dari Pusat.

Akan tetapi, Kerajaan pimpinan Nik Aziz terlupa akan pembangunan yang wajar disalurkan ke kawasan luar Bandar apatah lagi di kawasan yang meletakkan seorang ADUN yang rendah Moral sebegini.

Lebih mengejutkan lagi, Seorang Wanita lagi menjadi mangsa 'ADUN Perupok'. Paparan lanjut di http://gelombangkick.blogspot.com

Nov 19, 2011

RASUAH RM6 JUTA TABUNG AMANAH SERAMBI MEKAH ANGKARA HUSAM MUSA!!?

 
Tabung Amanah Serambi Mekah didakwa tidak pernah melaporkan jumlah wang yang telah diaudit sepanjang penubuhannya sejak 21 tahun yang lalu.

Ini merupakan satu pendedahan yang mengejutkan tatkala tabung ini yang diilhamkan oleh Tok Goku Nik Aziz berani membuat kenyataan yang bercanggah melabel tabung ini dengan nama 'Serambi Mekah'. 

Rasa kasihan buat kesemua mereka yang menderma wang kepada Tabung ini. Sewajarnya Tabung ini disalurkan kepada pihak yang memerlukan. Ya. Ada disalurkan kepada pihak yang layak. Akan tetapi ianya tidak setimpal dengan jumlah wang yang diperolehi. 

KLIK DI SINI!! Paparan ini mungkin ada jawapan yang tersendiri. Tapi biasalah. Pemimpin2 PAS akan nafi dan dakwa ianya fitnah semata2. Berilah bukti dalam apa jua bentuk. Fail, gambar waimah Video sekalipun, ianya tetap didakwa fitnah. Tapi jawapan 'fitnah jahat' itulah sebenarnya senjata kemenangan mereka. Dengan cara yang paling kotor pernah dilakukan.

Terbaru, pengunaan dakwat kekal. Blogger Papa GOMO telah memaparkan realiti jahat di sebalik penggunaan dakwat kekal yang ternyata ada agenda tersembunyi. 

Lihat... Dan Lihat sekali lagi VIDEO di bawah.



SUKAN SEA - INDONESIA LAYAN MALAYSIA MACAM HAMBA ABDI!!

Sukan SEA yang kini sedang b'langsung di Indonesia pada tahun ini menyaksikan pencapaian Negara kita yang amat memberansangkan.

Akan tetapi, layanan pihak penganjur terhadap pasukan Malaysia memperlihatkan sikap tidak profesional malah semakin melampau.

Pasukan Bola Sepak misalannya diberikan Kereta Kebal bagi sebagai pengangkutan utama  dari tempat penginapan ke lokasi perlawanan. Apabila diselidik, ianya tidak berlaku pada pasukan2 lain.

Belum lagi diambilkira caci maki dan herdikan yang diberikan penyokong2 Negara tersebut malah dari pihak masyarakat sendiri.

Bukankah ianya mencerminkan penghinaan terhadap Negara kita? Puak2 ekstrim sememangnya tidak bersyukur dgn bantuan paling besar yang diberikan Malaysia terutamanya dalamm meningkatkan Ekonomi negara terbabit.

Industri Muzik dan Perfileman sahaja jikalau tiada pasaran di Malaysia, tidak ke mana industri mereka. Malah sehinggakan Artis2 Negara kita tidak ada peluang untuk mendapat layanan seperti mereka.

Malah banyak produk2 makanan juga Malaysia membuka laluan pada 1 tahap yang tinggi buat mereka.

Jangan biadap. Pihak penganjur Sukan SEA mesti memantau dan jangan melampau. Sampai bila hendak kita playsafe dalam isu ini?

SERANG DI MALAYSIA - BUSH HINA MAHATHIR KRONI SADDAM HUSSEIN!!?

PERBICARAAN terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair di Kuala Lumpur esok, atas tuduhan melakukan perbuatan jenayah dalam peperangan Iraq adalah sesuatu yang amat menarik untuk diikuti.

Jarang sekali kita dengar ada negara sanggup melakukannya. Bush dan Blair adalah dua pemimpin Barat yang bertanggungjawab mengetuai serangan di Iraq atas alasan ia memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD). Pemimpin Iraq, Saddam Hussein ditangkap dan kemudian dikenakan hukuman mati.

⁠Dalam serangan terhadap negara terbabit, ramai rakyat Iraq yang tidak berdosa menjadi korban. Esok, apabila perbicaraan itu dimulakan, Bush dan Blair mungkin sedang bersantai di sebuah resort peranginan yang indah di Eropah atau Amerika. Mereka tidak ada di negara ini. Pasukan pendakwa mereka ada, peguam bela pun ada. Hakim juga hadir untuk mengadili kes berkenaan.

Walaupun ini hanya perbicaraan simbolik, ia mempunyai makna amat besar kepada dunia. Jika mereka didapati bersalah selepas dibicarakan, yang mereka menikmati kekebalan sebelum ini, dunia akan tahu bahawa Bush dan Blair adalah petualang sebenar. Ketika itu nama mereka akan dimasukkan ke dalam daftar pelaku jenayah peperangan.

Berita Harian melaporkan, perbicaraan simbolik berkenaan dikendalikan Yayasan Tribunal Jenayah Peperangan Kuala Lumpur, salah satu sayap Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) yang dipengerusikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perbicaraan empat hari bermula esok hingga Selasa itu akan berjalan seperti prosiding biasa mahkamah. Ia akan diadakan dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Bangunan Yayasan Al-Bukhari, Jalan Perdana (hadapan Masjid Negara), Kuala Lumpur. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai.

⁠Ia akan mengadili sama ada Bush dan Blair melakukan jenayah mencabuli keamanan dan melanggar undang-undang antarabangsa dalam serangan di Iraq, kata Setiausaha Tribunal Kuala Lumpur itu, Datuk Dr Yaacob Hussain Merican.

Katanya: "Oleh kerana kedua-dua mereka kebal daripada pendakwaan, kami ingin membicarakan mereka dalam forum ini bagi membuktikan mereka melakukan jenayah kemanusiaan itu."

Francis Boyle, seorang profesor undang-undang antarabangsa Amerika di Illinois, antara pendakwa pada perbicaraan itu.

Usaha berkenaan dipadankan daripada sebuah panel jenayah peperangan Vietnam 1967 yang dianjurkan di Sweden dan Denmark oleh ahli falsafah, Bertrand Russell dan Jean-Paul Sartre. Tribunal itu mengesahkan tindakan Amerika melanggar Vietnam dan mengebom penduduk awam tetapi tidak diendahkan oleh negara terbabit.

Selain perbicaraan terhadap Bush dan Blair, Tribunal Kuala Lumpur ini akan juga mengadakan perbicaraan berasingan tahun depan terhadap bekas pegawai Amerika seperti Naib Presiden, Dick Cheney, Setiausaha Negara, Donald Rumsfeld dan Peguam Negara, Alberto Gonzales, kata Dr Yaacob.

Sementara itu, hari ini satu persidangan bertemakan The Arab Uprising atau 'Kebangkitan Penentangan Arab' akan berlangsung di Muzium Kesenian Islam di sebelah Bangunan Yayasan Al-Bukhary.

Selain itu satu pameran bertajuk 'Peperangan adalah Jenayah' diadakan di Tingkat 1, Bangunan Yayasan Al-Bukhary dan dirasmikan oleh Dr Mahathir. Seperti perbicaraan Bush dan Blair, persidangan dan pameran berkenaan juga dibuka kepada orang ramai.

Dr Mahathir juga akan menyampaikan ucapan pembukaan pada persidangan itu hari ini. Enam pembentang kertas kerja akan menyampaikan pandangan mengenai isu berkaitan pada sidang sehari itu.

Bekas calon presiden dan anggota Kongres Amerika Syarikat, Cynthia McKinney akan berucap mengenai NATO dan Kebangkitan Arab di Libya, manakala bekas Penolong Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Denis J Halliday akan menyampaikan kertas kerja bertajuk 'Melakukan Perubahan Tanpa Keganasan – Israel dan Kebangkitan Arab'.

Mungkin ramai rakyat Malaysia sebelum ini pernah mendengar nama Dr Ang Swee Chai, seorang pakar otopedik yang banyak menyumbang tenaga di bumi Palestin yang juga dikenali menerusi buku penulisannya, From Beirut to Jerusalem. Pada persidangan itu beliau akan menyampaikan pandangannya atas tajuk 'Di manakah Kebangkitan Palestin?'

Dua lagi penyampai kertas kerja lain terdiri daripada Dirk Adriaensens dari Tribunal Brussels yang menyentuh tajuk 'Iraq dan Kebangkitan Arab', manakala Prof Michel Chossudovsky dari Universiti Ottawa akan bercakap mengenai 'Peperangan terhadap Libya dan agenda lebih meluas tentera Nato dan AS: Ke arah senario perang dunia ketiga'.

Forum berkenaan sudah tentunya memberi peluang kepada orang ramai termasuk pengkaji sejarah dan pelajar memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai kebangkitan penentangan di dunia Arab itu serta campur tangan kuasa Barat, khususnya Amerika dan Britain.

Justeru kita berharap persidangan, pameran dan perbicaraan simbolik anjuran PGPF dan Yayasan Tribunal Jenayah Peperangan Kuala Lumpur, akan membuka mata dunia terhadap sikap berat sebelah pemimpin Barat ke atas Asia Barat.

ARTIKEL Hebat Nukilan Agenda News.

Nov 18, 2011

BELA LEMBU VS BELA PENGURUS PKNS - WANITA PKR PULA BALUN ZURAIDA!!

Hari ini kesemua pertuduhan 3 ekor lembu belaan Anwar iaitu Rafizi, Zuraida dan Saifuddin Nasution terhadap NFC telah dijawab secara lisan.

Beberapa paparan dari Media2 Elektronik tidak kurang hebatnya juga dari pihak Media Maya menyebabkan ketiga2 nya hentak dahi kerana tidak menyangka jawapan terhadap kesemua persoalan mampu dijawab dgn memuaskan.

Malah jawapan ini ditegaskan sendiri melalui Sidang Media dari pihak Pengerusi NFC, Datuk Datuk Dr. Salleh Ismail.

Isu pembelian kondominium di Bangsar melibatkan Syarikat NFC juga dijawab dgn penuh etika kebijaksanaan seorang Ahli Perniagaan Industri Ternakan.

Beliau mendakwa ianya 1 pelaburan yg bukan sahaja bakal menjana keseimbangan terhadap Syarikat, malah turut bakal menjana ekonomi Negara..

Dikatakan beberapa Pemimpin Wanita PKR Cabang di Selangor semakin khuatir dgn tindakan keterlaluan Zuraida menyerang Shahrizat sekeluarga berkenaan isu ini kerana bakal memberi liabiliti terhadap pengaruh masyarakat kaum hawa ini terhadap PKR.

Zuraida dan 2 ekor lembu jantan ini sewajarnya mendesak SPRM menyiasat status elaun dan komisyen yajg diterima oleh diberikan Kerajaan berjumlah RM40 ribu.

NFC sudah pasti punyai Objektif dalam mencapai keuntungan Maksimum. Akan tetapi, di manakah rasional seorang Pengurus sebuah perbadanan Negeri boleh memperolehi gaji sebesar itu?

AGENDA SULIT B'SAMA PAKATAN - KULI UGUT NAJIB HARAMKAN UMNO!!?

Badan Bukan Kerajaan yang diilhamkan Tengku Razalegh Hamzah atau Ku Li iaitu AMANAH sebelum ini m'buat kenyataan tidak akan mengambil langkah campur tangan dalam sebarang agenda politik.

Namun hari ini ianya bercanggah dgn. kenyataan tersebut.

AMANAH dalam kenyataan media yang dibacakan Timb. Pengerusinya Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendesak agar Kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Tun Razak membubarkan Parlimen dgn segera seterusnya menyerahkan Badan2 Bukan Kerajaan mengambil alih tampuk Pemerintahan 'Kerajaan Sementara' selama 3 bulan.

AMANAH dakwa beliau amat menitikberatkan soal keadilan di dalam Sistem Pilihanraya agar lebih adil dan bersikap lebih terbuka dalam memberi penekanan dari pihak Parti Kerajaan iaitu BN dan Pembangkang.

Dalam tempoh 3 bulan itu, Kerajaan Sementara ini akan mengambilalih kuasa Kerajaan sebelum PRU13.

AMANAH juga tidak punyai masalah untuk melantik Ku Li bagi memimpin Kerajaan Sementara tersebut.

Huh? Itu motifnya sebenarnya. Mahu Ku Li pimpin Kerajaan. Tak habis2 gila dan tamak mahu merebut jawatan No. 1 Negara.

Apa bezanya Kerajaan Sementara itu dilihat adil, walhal pada masa yang sama melantik Ku Li selaku PM sementara. Bukankah bekas Presiden Semangat 46 ini seorang ahli Politik?

Melayu CinDia sendiri tlh membuat ulasan bahawa terdapat pelan rampasan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Ku Li dan melibatkan beberapa MP Pakatan.

Malah Melayu CinDia telah pun mendedahkannya sebelum Syed Husin Ali memperakui akan usaha tersebut.

Hmmm.. Selalu bikin kecoh Tengku oh Tengku.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

MURTAD - ULAMA' SOKONG DAP.. SELAR HASAN ALI MCM. SETAN!!

Kelihatan Ucapan Exco Agama Dr. Hasan Ali pada Sidang DUN Selangor semalam mendapat reaksi Negatif dari seorang yang 1 ketika dahulu pernah bergelar Mufti.

Dr. Asri mencetuskan kemarahan atas ucapan Hasan Ali mengenai pengaruh Bible yang menggunakan teknologi moden melalui Kitab Injil Tenaga Solar dalam menyebarkan Agama Kristian.

Tokoh Agama yg diperakui beberapa pengikutnya memegang fahaman Wahabi itu berkata, tindakan Hasan Ali yang terlalu menekankan isu Murtad dan penyebaran Agama Kristian itu disifatkan beliau menghina Islam.

"Orang Islam sekarang dengar Bible dah tak kisah."

Itu antara kenyataan beliau yang beranggapan Hasan Ali tidak mengambilkira sensitivi Agama2 lain dan cuba menggambarkan Umat Islam pada masa kini jahil dlm membezakan dgn Agama2 lain.

"Al Qur'an dan Bible mana boleh sama. Orang tahu. Dia saja tak tahu."

Kenyataan Dr. Asri dilihat senada dengan beberapa ADUN DAP semalam yg turut menyelar t sikap Hasan Ali yang tidak mengambil peduli dan menghormati ADUN2 beragama Kristian di dalam Sidang DUN tersebut.

Dr. Asri sememangnya sentiasa membuat kenyataan yang mengelirukan umat Islam di Negara ini.

Beliau yang pernah dilabelkan salah seorang Pemimpin PKR Dr. Badrul Amin sbg bapak Setan kini bertindak lebih ke arah perjuangan DAP dan PKR setelah meninggalkan jawatan sebagai Muflis Perlis.

Mungkin Dr. Asri yg juga merupakan teman karib Marina Mahathir ini bakal dinobatkan Mufti Selangor yg baru oleh Kerajaan Pakatan.?

ANTARA NFC DAN PKNS - MANA 1 YANG SELEWENG WANG RAKYAT!!?

3 serangkai penjilat Zuraida, Rafizi dan Saifuddin Nasution tapak kaki Anwar bakal mendapat komisyen yang tinggi dari Anwar jika isu Fidlot NFC berjaya dipaparkan situasi Negatif dari sudut pandangan masyarakat Malaysia amnya.

Mereka dilihat berebut2 untuk menyerang 1 demi persatu rekaan persepsi buruk kononnya Syarikat ini bukan sahaja tidak menjana ekonomi Negara malah membazir wang rakyat.
Apa yang dibazir? Kononnya wang peruntukan bagi melaksanakan projek ini menggunakan dana Kerajaan. Zuraida yang cakap. Bukti tidak dipamerkan. Adakah dia pasti dengan kenyataan ini?

Jika dibandingkan isu NFC yang masih mereka tidak dapat pamerkan bukti kukuh mengenai penggunaan dana wang Kerajaan, bagaimana pula dgn status gaji Pengurus Besar PKNS yang diberi RM40 Ribu sebulan termasuklah pakej2 elaun istimewa yang menjangkaui batas?

Apa beza NFC dan PKNS? NFC jelas merupakan syarikat swasta yang diusahakan bagi membekalkan lembu2 fidlot kepada beberapa Syarikat yang mengeluarkan barangan pasar dan restoren manakala PKNS?

Khalid Gagap sempat menyebut Pengurus Besar layak menerima gaji sebesar itu b'dasarkan prestasi PKNS, sebuah perbadanan milik Kerajaan Negeri Selangor. Negeri maju, kroni kena maju juga.

Toksah cerita bab UMNO. Sebab Anwar sendiri kata Pemimpin2 Pakatan ni bersih. Kita saja yang jahat. Fikir sejenak.

Mana satu yang sewajarnya secara logik di akal yang benar2 mendekati ke arah penyelewengan wang Kerajaan dan Rakyat? NFC atau PKNS?

Tahulah nak dekat PRU13. Tapi jangan 'gelojoh' sangat melemparkan tuduhan terhadap kerjaya orang lain. Tengok dulu 'dalam poket' sahabat2 seteru kamu terlebih dahulu. Wang kita atau wang Rakyat.

Kalau kita bongkar kebenaran sebenar, malu nanti. Tapi Pemimpin2 PKR muka sanggup bebal asalkan dapat jajah Kerajaan Malaysia.

Nak dibongkar tak? Nanti. Perlahan2. Bagi peluang mereka fitnah dulu. Coming Soon.

Nov 17, 2011

PEMIMPIN GERAKAN DEDAHBUKTI HUBUNGAN SULIT GUAN ENG DAN TSU KOON!!

Guan Eng hari ini tampil membela Koh Tsu Koon sambil menyelar tindakan UMNO kononnya penyebab utama Tsu Koon berundur.
Kenyataan Guan Eng ini dilihat dari 2 sudut yg berbeza. Dari pihak Pemimpin Gerakan mereka mendakwa pengumuman Tsu Koon ini tlh menyukarkan Guan Eng untuk mempertahankan kekuatan beliau yg semakin lemah.
Guan Eng bukan sahaja semakin hilang sokongan di peringkat Negeri malah turut diserang DAP Negeri dek kerana terlalu mengejar populariti akan tetapi enggan melaksanakan janji2 yg dipaparkan semasa Kempen PRU12.
Guan Eng dilihat lebih byk mendapat dari pihak masyarakat luar Penang.
Oleh itu, beliau menggunakan platform berbaik2 dgn Tsu Koon agar memberi kata putus bertujuan melemahkan Parti Gerakan Negeri tersebut.
Kini tiada lagi senjata buat Guan Eng. Apa lagi? Pelawa sahaja Tsu Koon masuk DAP.

KHALID SAMAD BERI ARAHAN - AHLI PAS SOKONG HASAN ALI DIANGGAP MUNAFIQ!!

 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dilihat semakin berang dengan ketiadaan tindakan susulan yang dibuat pihak PAS Pusat terhadap perilaku Hasan Ali yang mencurigakan dan memberi liabiliti terhadap Parti dan Pakatan.

Malah tiada sebarang respons diberikan dari pihak Pesuruhjaya PAS Negeri sekalipun walaupun isu ini telah dibangkitkan berulangkali menerusi Mesyuarat Parti peringkat Negeri yang dakwanya disokong beberapa AJK.

Siapa AJK yang menyokong beliau? Sudah pasti yang turut merupakan puak Pro Sekular bersama beliau. Malah beliau turut menyebut pihak yang menyokong Hasan Ali adalah Munafiq terhadap parti.

Fatwa puak Pro Sekular PAS yang kini boleh digunapakai demi perpaduan Pakatan. Setakat ini dikatakan Hasan Ali masih mendapat sokongan dari pihak Akar Umbi parti dan Khalid Samad bakal memastikan musuhnya itu tidak dipilih semula bertanding di mana2 DUN di Selangor pada PRU13.

BANGKIT ISU MURTAD - ADUN DAP DESAK KHALID GAGAP PECAT HASAN ALI!!

 
Tindakan Hasan Ali membangkitkan isu murtad di dalam Sidang DUN dilihat agak keterlaluan kerana merendahkan mertabat dan maruah Agama lain. Itu reaksi beberapa ADUN DAP Selangor.

Mereka mendakwa Hasan Ali tidal sensitif dalam mbangkitkan isu tersebut dan tidak berbincang dgn exco2 yang lain.

Ia juga dakwa mereka jelas membuktikan Hasan Ali adalah agen UMNO yg diupah bagi membangkotkan kemarahan Pakatan terutamanya DAP.

Hasan Ali dalam ucapan SIDANG DUN pagi tadi telah menjelaslan akan bekerjasama dgn pihak JAIS dlm menangani gejala Murtad di Negeri ini.

Beliau turut menyebut punca utama gejala tersebut berleluasa adalah kerana keruntuhan akhlak di samping tarikan mereka terhadap 'dakwah' yang beroperasi senyap silit dari beberapa wakil gereja dgn cara memberi bantuan kebajikan kepada umat Islam di Negeri ini.
Published with Blogger-droid v1.7.4

KOH TSU KOON LANTIK KRONI KETUAI PARTI GERAKAN PENANG!!?

Bekas KM Pulau Pinang Koh Tsu Koon hari ini dijangka bakal mengumumkan pengganti beliau bagi mengepalai Parti Gerakan di Negeri tersebut.

Mungkin ramai yg beranggapan pengumuman ini bakal menyelesaikan masalah status kepercayaan rakyat Penang terhadap Parti Gerakan. Ianya tidak semudah itu.

Siapakah yang bakal m'gantikan beliau? Itu jawapan penentu sebenarnya.

Sumber dalaman ada menyebut bahawa Tsu Koon bakal melantik Ong Thean Lye yg juga merupakan Setiausaha Politik beliau. Adakah ianya menampakkan perbezaan kepimpinan apabila melantik orang ini?

Jikalau benar, ia tiada bezanya. Tsu Koon dan kroni2 beliau wajar berundur jika mahu Penang kembali di tangan BN. Itu pendirian rakyat Negeri Pulau Mutiara.

Powered by Blogger.