Sep 30, 2011

SIDANG MEDIA ESOK... NASHARUDDIN MAT ISA UMUM SERTAI UMNO!!?

Nampaknya kemunculan semula Ustaz Nasharuddin Mat Isa pada esok hari dikatakan memberi kejutan besar buat dunia politik tanah air. Setelah sekian lama dipulaukan Pimpinan Tertinggi PAS dan Pakatan dek kerana usaha beliau untuk berbincang dengan UMNO mengenai kemantapan Islam demi masa depan Negara. Tidak. Beliau tidak akan menyertai UMNO. Mungkin salah 1 sebab kerana terikat dengan Ba'iah yang telah disumpah, jikalau keluar dari PAS, maka jatuhlah talak ke atas Isteri atau Suami. Namun jauh di sudut hati, beliau masih setia pada perjuangan sebenar PAS. Yang kini kian terpesong akibat kehadiran Pemimpin2 Baru yang bakal mensekularkan parti tersebut. Esok Ustaz Nasha dijangka akan menghadiri dan bekerjasama dalam menjayakan Misi Bantuan Palestin yang dianjurkan oleh Yayasan Al Quds Malaysia pada esok (Sabtu) jam 2:45 petang di REST Ar Rawsya, Bulatan Kg. Pandan KL. Program yang dianjurkan sekian lama ini mengambil inspirasi Tun Mahathir yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Islam Palestin. Turut hadir pada program ini termasuklah Mukhriz Mahathir. Kehadiran berani Ustaz Nasha ini bakal mencetuskan kemarahan beberapa Pemimpin PAS yang melihat Ustaz Nasha lebih kepada Proksi UMNO. Istilah ini sebenarnya sengaja dibangkitkan beberapa puak Pemimpin PAS yang turut disertai Khalid Samad dan Mahfuz Omar bagi menjatuhkan kepimpinan Ulama' seperti Ustaz Nasharuddin, Dr. Hasan Ali dan yang terbaru, Ustaz Azizan Abdul Razak (MB Kedah). Puak2 ini akan menabur fitnah terhadap Kepimpinan Parti baik di peringkat Pusat mahupun Negeri2 bagi menggambarkan tindakan Ustaz Nasha yang ikhlas mahu turut serta dalam program amal ini sebagai tindakan retorik politik semata2. Semoga Allah melindungi Ustaz Nasharuddin dan diberikan kekuatan dalam meneruskan khidmat seorang Pemimpin. Inilah pengajarannya apabila bersekongkol dengan sebuah Parti yang menggunakan Islam sebagai senjata politik semata2, sehingga dijadikan alat mainan, demi merampas kuasa pemerintahan. Pemimpin yang jujur seperti Ustaz Nasha tidak akan bertahan lama. Yang tinggal adalah dajal2 yang bakal menjahanamkan perjuangan Islam. PS - Tiada salahnya pun jika Ustaz Nasha sertai UMNO. Tapi beliau masih memilih bersama Puak2 Pemimpin Penipu PAS.






MAT SABU KATA 'UMAR ABDUL AZIZ' LEBIH RELEVEN DARI SULTAN JOHOR!!?

Haa... Inilah dia Khalifah yang dijulang PAS.. Bercerita dok hina Johor sampaikan lupa bahawa Negeri itu berSultan. Dia ingat Johor macam Penang. Lim Guan Eng naik panik Sultan murka dengan kenyataan beliau. Sejak Pakatan memerintah beberapa Negeri, Sultan banyak kali campur tangan. Yang murka tu murka. Boikot program pun ada. Tak berani salahkan Sultan, disalahkan UMNO pula. Buka balik cerita lama sekitar akhir 1980an. Itu sahaja modal Pemimpin2 Pakatan yang sudah tak tahu apa lagi yang dipakat. Mat Sabu dok kerja lambung Lim Guan Eng yang katanya lebih Islam dari Pemimpin UMNO. Orang kalau sudah anti UMNO, sebelum mati sempat lagi ludah kat UMNO. Bangga dengan 'adik angkat' dia ' Si Umar versi Komunis ini. Target nak tawan Malaysia. Punya kemaruk nak tawan Malaysia sampai lupa prinsip masing2. Bila penyokong nak protes baru terpinga2 nak pertahankan prinsip. Sudahlah Guan Eng. Jagalah Penang tu elok2. Masjid di Negeri tersebut lepas ni nak mengaji tak boleh pakai speaker. Selang 2 3 tahun kalau kembali perintah azan dihadkan pula tidak melebihi 1 km agaknya. Akhirnya, tiada kedengaran azan terus. Tapi tak mengapa, elaun Bilal dan Imam tiap2 tahun dinaikkan. So, tak ada masalah kot setakat nak buang speaker. Tarak hal punya lah.







PAS NAK MUZAKARAH DGN UMNO.. HEY BAHLUL!! TAK PAYAH!!

Timbul balik isu muzakarah pula. Apa lagi hendak bicara soal Hudud kawan? Sudah ditentukan bahawa Pakatan tidak akan laksanakan Hukum Hudud. Drama apa lagi PAS hendak buat? Nak muzakarah pula dengan UMNO? Tak Payah. Dulu mereka yang ajak UMNO, UMNO cuba terima. Bukan sekali. Dah 3 4 kali. Kemudian, kawan2 PAS dia juga yang hina kita balik. Untuk apa lagi? Pergilah kamu bermuzakarah dengan DAP. Bukankah kamu bakal bina Kerajaan bersama DAP? Untuk apa muzakarah dengan UMNO? Kamu juga kata UMNO ini kafir. UMNO ini munafiq. UMNO ini sundal. Tidak terima Islam. Khianat Islam. Pergilah kamu berbicara tentang Hudud dengan DAP. Bukankah Pemimpin DAP itu mengamalkan kepimpinan Umar Abdul Aziz? Bukankah DAP berpegang pada Prinsip Amal Ma'ruf Nahi Mungkar. Pergilah berbicara dengan DAP soal Hudud. Berani? Tanpa Pelakon Utama Anwar Ibrahim? Confirm tak akan bertahan kerjasama kamu. Nak kuasa cakap sahaja nak kuasa. Nak main politik main jela. Tak payah dok nak bermain menghina Islam nak ajak balik berbincang dengan UMNO. Kamu pelawa kita. Kemudian kamu hina kita balik. Jangan kata Pemimpin2 UMNO angkuh. Kamu yang mempelawa sekian lama kita terima. Najib sendiri cakap dia terima. Kemudian, kamu juga yang ludah kita balik. Ini nak main lagi drama Islam kamu? Tak payah. Duduklah dengan DAP tu. Sampai kiamat kamu memang takkan laksana Hudud. Kamu akan diludah oleh Penyokong2 kamu. Kalau ada orang UMNO terima, aku orang pertama yang bantai dia. Dah la dia yang ludah, dijilat balik. Kemudian ludah balik. Ini semua mainan orang2 suruhan DAP dalam PAS. BAHLUL.. TOLOL.. TAK ADA MARUAH.. TAK ADA PRINSIP... Haaa.. Geram aku.







JOM TENGOK VIDEO 'UNDILAH'... AKSI PANAS KHALID SAMAD DGN. MODEL!!







Pada mulanya bila tonton Video ini, amat menarik. Anak2 muda mesti suka. Susunan lagu dan sikap keterbukaan menggambarkan Demokrasi Negara kita. Ada kepelbagaian wakil Ahli2 Parlimen dari BN dan Pembangkang.





Datuk Rosnah Ketua Puteri ada, Wee Ketua Pemuda MCA ada, Nik Nazmi, Tony Pua, Nurul Izzah pun ada. Tapi yang paling mengaibkan PAS, apabila Khalid Samad bukan sahaja turut terkinja2 mempamerkan watak liberalnya, akan tetapi turut bergandingan bersama seorang Artis Wanita dengan begitu mesra. Huh? Patutlah dia menentang perjuangan Hasan Ali.

Berbalik kepada cerita asal. Setelah diulang banyak kali, apakah kewajaran Ku Li mendakwa Negara kita ada macam2 masalah. Tak payah lah katakan. Kerana kita semua tahu masalah2 ini. 

 
 


Kenyataan beliau apabila didengar berulang kali seolah2 Kerajaan sedia ada sudah punyai banyak masalah. Kira nak kempen suruh tukar Kerajaanlah.

Eh? Kata video ini tak ada kepentingan politik? Ermm.. Tengok dan nilai sendiri. Tapi jika tanya Melayu CinDia. Video ini ok jika dineutralkan semula.




Tak perlulah sampai Ku Li nak sebut Negara ini ada masalah. Kata neutral. Dan Lagi 1. Adalah lebih baik gantikan tempat Ku Li kepada Tun M. Iyalah Video inikan tiada kaitan dengan kepentingan mana2 Parti Politik.


 


So, jikalau letak Tun M lebih sesuai. Bekas PM. Bekas Wakil Rakyat. Bekas Pemimpin. Lepas tu.. Letaklah pemimpin pembangkang lain tak ada masalahpun. Nak letak Hadi Awang dan Nik Aziz pun bolehhhhhhhhhhhhh. Bergandingan sepertimana yang dipamerkan Khalid Samad tu. PAS sekarang tak ada masalah setakat menari 'demi rakyat', bukan gitu?







Sep 29, 2011

HADI AWANG TANGGUNG DOSA SUBAHAT CANTAS HUKUM HUDUD.. PEMUDA PAS!!

Ramai di kalangan Ahli Dewan Pemuda PAS yang berang dengan tindakan Hadi Awang yang tidak langsung bertegas dalam hal perlaksanaan Hukum Hudud. Hadi Awang juga kata mereka tidak langsung memberi penjelasan kepada DAP mengenai Hukum ini yang sudah tiba masanya ianya dilaksanakan waimah secara berperingkat. Tindakan Hadi Awang menampakkan sikap beliau yang tidak bertanggungjawab membiarkan penyokong2 PAS yang selama ini mengundi PAS ditipu dengan janji2 Perlaksanaan Hukum Hudud. Hadi Awang selaku Presiden yang dahulunya tegas sewajarnya berperanan menerangkan secara jelas dan terang mengenai hukum ini dan amat mustahil bagi beliau tidak mampu melakukannnya kerana PAS bukan sahaja sudah 3 tahun bekerjasama dengan DAP malah pernah bersama DAP semasa Barisan Alternatif pada akhir 1990an. Tindakan Hadi Awang ini telah menyebabkan ramai di kalangan penyokong PAS mengugut akan bertindak protes terhadap Pakatan yang telah sekian lama ternanti2 janji PAS selama ini. Walhal ada di kalangan penyokong PAS tidak sanggup mengundi calon DAP di kawasan mereka pada masa yang sama mengetahui mereka penghalang utama perlaksanaan Hukum Hudud.






HUKUM HUDUD.. DR. ASRI KATA PAS BODOH!!

Hudud ini bukan gambaran sebuah Negara Islam. Ia hanya Hukum untuk atasi Jenayah. PAS patut bertegas dalam Hal ini sebab jenayah dapat diselesaikan melalui Hukum Hudud. Itu kata Bekas Mufti Perlis Dr. Asri mengenai reaksi beliau mendengar keputusan Pakatan yang sebulat suara tidak akan melaksanakan Hukum Hudud dan hanya sekadar mempertahankan Perlembagaan Negara. Beliau berkata PAS sewajarnya menggunakan kesempatan yang ada bagi membentangkan peranan Hukum Hudud yang sebenar bagi mengelakkan gambaran dan persepsi sebenar masyarakat mengenai Pembentukan Negara Islam. Namun begitu kecewa apabila Mesyuarat yang memakan masa beberapa jam itu memberi kata putus yang amat menghampakan kesemua masyarakat Islam yang menaruh harapan tinggi kepada PAS. Tengah Malam tadi Pakatan yang dibacakan Anwar telah memutuskan tidak akan melaksanakan Hukum Hudud seperti yang didesak PAS dan akan kekal menggunakan Dasar Buku Jingga dalam pembentukan sebuah Negara. Tindakan ini menunjukkan PAS KURANG BIJAK dan masih gagal dalam menerangkan dakwah mereka kepada DAP.






HUDUD.. STATEMENT FACEBOOK PEMUDA PAS UGUT UNDI PROTES!!


Facebook Wall yang dikeluarkan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi membuktikan pendirian Pemuda PAS bercanggah dengan keputusan Pakatan malam tadi. Pemuda PAS mendesak agar Hukum Hudud diikhtiraf dan tidak dipermainkan seolah2 ianya bukan sebagai salah satu mainan politik parti. Ianya membuktikan bahawa PAS tidak bersungguh2 malah menjadikan ianya mainan politik semata2. Apa pendirian Pakatan mengenai perlaksanaan tersebut? Jangan dok kata ianya pendirian PAS semata2. Anwar sendiri membuat kenyataan peribadi menyokong Dasar Perlaksanaan Hukum tersebut di Negeri Kelantan. Pakatan kelihatan tidak menghormati Pengundi di Kelantan yang majoritinya mengundi PAS kerana mahu Hukum ini dilaksanakan. Dikatakan Pemuda PAS sedang berkerah untuk mengugut Undi Protes terhadap Pakatan jika dasar perlaksanaan Hudud ini tidak direalisasikan di Negeri2 yang majoritinya merupakan Umat Islam dan dipegang Kerajaan Negeri PAS. Punah, Pecah, Terbalik. Dasar dan Prinsip apa sebenarnya yang dibawa Pakatan? Dok sibuk Buku Jingga. Buku Jingga itu juga adalah Dasar Sekular. Bukan merujuk Dasar Hukum Islam sebenar. Untuk apa PAS merujuk pada Buku Jingga? Bukankah PAS merujuk Al Qur'an dan Sunnah? Al Qur'an jadi mainan bisikan dan teriakan politik semata2. Teruskan Usaha Pemuda PAS. Undi Protes sahaja yang mampu mengajar pemimpin2 PAS yang bacul. Dok SIBUK hina dasar UMNO. Kita bercakap tentang Dasar mereka. Dasar UMNO pula yang dibicarakan untuk alih perhatian.







MESYUARAT HUDUD.. NASRUDIN TANTAWI HENTAK MEJA DEPAN ANWAR!!?

MESYUARAT Khas Pakatan berkenaan Dasar Hukum Hudud dilihat panas kerana ianya melibatkan beberapa tycho2 PAS terutamanya dari kalangan Pemuda yang diwakili Ketua Dewan Pemudanya iaitu Nasrudin Hassan. Dikatakan Nasrudin bertegang leher seketika membicarakan soal Hukum Hudud dan bertekak dengan Anwar yang mendesak Nasruddin berhenti dari berbicara soal ini dengan nada keras. Apa yang mengecewakan, Hadi Awang langsung tidak berperanan dalam soal ini dan diam membisu tidak berbicara. Hanya mengangguk dan bersetuju. Apa peranan orang tua ini dalam mempertahankan Dasar PAS? Akhirnya? Ditujukan pula pada UMNO. Apa salah UMNO pula? Perbincangan utama mengenai dasar dan prinsip Parti mereka? Inilah dia lakonan yang berakhir dengan tragis buat PAS? Namun adegan yang terpaksa ditapis, peluk memeluk Hadi Awang dan Lim Kit Siang. Agedan lucah kata Anwar.





Sep 28, 2011

DRAMA HUKUM HUDUD BAKAL TAMAT MALAM INI!!

Walaupun majlis pimpinan pembangkang akan bermesyuarat Rabu malam menentukan Konsensus isu hudud yang menyebabkan pertembungan PAS-DAP, sudah ramai dapat agak kesudahan episod terbaru hubungan parti pembangkang itu termasuk PKR. Sebelum ini, jika ada perbalahan sama ada babitkan tiga parti itu, penyelesaian mudah. Biasanya, mereka kata perselisihan pendapat dan itu biasa dalam mana-mana parti politik. Namun, paling kerap pembangkang akhirnya menunding jari kepada UMNO dan media yang kononnya berpihak kepada kerajaan. Pembangkang cukup pandai cover up atau main silap mata tutup pekung masing-masing. Cuma kali ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nampak macam betul-betul serius mahu hudud dilaksanakan malah sanggup ‘byr-bye’ kepada pembangkang jika terus menentang hasratnya itu. Paling pening nanti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meredakan panas DAP dan panas PAS dalam isu hudud. Ada juga yang bertanya apakah pemimpin yang berdepan isu moral ini boleh menangani perbalahan PAS dan DAP dalam isu tersebut. Bagaimanaupun, Anwar yang hebat dengan pujuk rayu dan kata-kata pasti dapat menurunkan suhu Nik Aziz dan pemimpin DAP yang sudah hilang sabar bila Meenteri Besar Kelantan itu main balik isu hudud. Bagi pemimpin UMNO, mereka sudah masak sandiwara pemimpin-pemimpin pembangkang bila mereka berlaga pendapat dan melihat kesudahannya macam lakonan sahaja. Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan mencabar DAP atau PAS keluar dari kumpulan permbangkang kerana jika tiada yang keluar, jelaslah mereka hanya bersandiwara. “ Hudud ini hanya hudud PAS sebab ( isu ini) muncul setiap kali pilihan raya. Ini hudud politik. PAS sudah diberikan peluang oleg rakyat lima kali (pilihan raya). Tahun 1990 janji nak buat tapi tak buat sama juga pada 1995, 1999, 2004 dan 2008 janji nak buat tapi tak buat,’ katanya. Menurutnya, rakyat Kelantan sudah ditipu Nik Aziz dan PAS dengan isu hudud. “Nabi pernah berkata, jangan dipatuk di lubang yang sama dua kali. Ini lima kali rakyat Kelantan ditipu permainan politik dan mencemarkan hudud,” katanya kepada Agendadaily. Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pula meminta rakyat melihat skrip-skrip yang sedang dimainkan pembangkang. “Ini semua drama yang dimainkan mereka, ini skrip-skrip drama. Lepas ini mereka akan duduk baik-baik. Ini skrip satu, skrip dua..drama tiga dan seterusnya,” ujar beliau. Menurutnya, ini memperlihatkan bagaimana berkuasanya DAP menentukan halu tuju PAS apa yang perlu mereka buat dan tidak. Artikel dari Agendadaily





LETUPAN DI SUBANG.. AL QAEDA KINI BERKAMPUNG DI MALAYSIA!!?

Letupan yang berlaku di Subang hari ini amat mengejutkan masyarakat Malaysia. Pihak polis yang setakat ini masih menyiasat punca letupan tersebut telah mengakibatkan penduduk sekitar ketakutan kerana ianya buat pertama kali berlaku di Subang. Malah amat jarang kita mendengar kejadian letupan seumpama itu berlaku di Negara kita. Ramai masyarakat telah mula membuat pelbagai spekulasi mengenai kejadian ini sehinggakan ada yang mendakwa ianya angkara Pengganas yang sudah mula bertapak di Malaysia. Ada yang menyebut AL Qaeda. Melayu CinDia menasihatkan agar tidak ada sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan tunggu sehingga laporan polis yang sedang menyiasat kejadian ini. Setakat ini dikenalpasti Empat orang, termasuk dua pengawal keselamatan, cedera ringan dalam satu kejadian letupan di kompleks membeli-belah Empire Gallery, Subang Jaya jam 3.45 awal pagi tadi.





"SAYA JIJIK DENGAR NAMA IBRAHIM LIBYA..." ANWAR IBRAHIM!!

Nak lihat sejauhmana ikhlasnya PAS dalam memperjuangkan Ibrahim Libya, sehingga sanggup menerima orang yang menggelar Pemimpin yang dikatakan PAS 'Mati Syahid' ini sebagai Penjenayah. Anwar Ibrahim individu yang mencerca Ibrahim Libya. Bukan ketika Ibrahim masih hidup tetapi setelah meninggal dunia. Fitnah? Terpulang. Jika tidak percaya, rujuk pada kenyataan2 beliau pada ketika itu. Tapi PAS tidak akan rujuk. Kerana ianya akan 'membunuh' penipuan mereka terhadap Rakyat. Tok sah sebut Anwar sahaja. Bagaimana PAS sanggup bekerjasama dengan Semangat 46 di mana salah seorang Pemimpin bekas Parti tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu Ibrahim Libya iaitu Musa Hitam? Politik mengatasi segala2 nya. PAS sanggup menuduh musuh politik sebagai Pembunuh demi kepentingan politik. Hari ini PAS mendakwa Najib sebagai individu yang bersekongkol dengan pembunuhan Altantuya. Bayangkan jika Najib secara tiba2 berniat untuk menyertai PAS. Bagaimana? Semua tuduhan tersebut mati begitu sahaja. Inikah keikhlasan PAS dalam membela manusia yang dikata mangsa kekejaman Kerajaan? Sesuka hati menuduh orang lain sebagai Pembunuh demi kepentingan politik sempit.






Sep 26, 2011

"PEMIMPIN PAS TAK SOKONG SAYA SILA MASUK DAP...!!" NIK AZIZ.

Perangai DIKTATOR Nik Aziz semakin menjadi2 setelah diberi laporan bahawa sokongan beliau di Kelantan semakin menurun dan bakal tewas pada PRU13. Nik Aziz yang diberitahu ada ramai Pemimpin PAS terutamanya Pro Edrogan berang dengan tindakan keras Nik Aziz secara tiba2 menimbulkan perpecahan Pakatan dibalas dengan nada bengang dari beliau. Nik Aziz mendesak mana2 Pemimpin PAS yang tidak menyokong tindakannya keluar dari Parti dan menyertai DAP. Dikatakan beberapa Pemimpin PAS mendakwa Nik Aziz kini tidak ikhlas dalam perjuangan Parti dan cakap tak serupa bikin. Sebelum ini Nik Aziz pernah memberi amaran kepada Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa agar tidak memberi kenyataan secara terbuka berkenaan masalah dan isu yang boleh menggugat hubungan sesama Pakatan. Namun kini Nik Aziz bukan sahaja menyebabkan hubungan Pakatan goncang, malah Nik Aziz penyebab DAP semakin berang dengan tindakan PAS yang murka Janji. Nik Aziz dikatakan cuba meyakinkan semula rakyat Kelantan ketegasan beliau dalam melaksanakan Hukum Hudud setelah mendapat laporan prestasi tenat PAS Kelantan.






PAS PRO ERDOGAN MAKI NIK AZIZ.. "OTAK MAKIN BERULAT..!!"

Kisah drama Hukum Hudud kelihatan makin bercelaru. Sidang Media telah berlangsung sebentar tadi melibat 3 orang Setiausaha Agung bagi 3 Parti iaitu PAS, DAP, PKR. Masing2 telah membuat kata putus tidak akan membangkitkan isu Hukum Hudud sehingga Mesyuarat Khas pada Rabu ini. Drama ini kian memuncak episodnya. PAS Pro Erdogan dilihat tidak bersetuju dengan drama ini kerana ianya boleh menghilangkan rasa keyakinan masyarakat bukan Islam terhadap PAS. Bagi mereka, Nik Aziz individu yang mesti dipersalahkan kerana bersifat melampau membuat kenyataan keras mengenai Hukum Hudud. Mereka juga mempertikaikan kenyataan Nik Aziz yang mahu setiap anggota Parti menjaga hubungan sesama Komponen Pakatan dan tidak membuat sebarang kenyataan terbuka berkenaan isu yang boleh mencetuskan hubungan sesama parti. Namun kini? Orang tua ini juga yang bertindak sedemikian. Hukum Hudud itu isu paling sensitif di dalam Pakatan. Akan tetapi, mereka mahu melihat sejauhmana Drama ini dapat mencapai jumlah rating sokongan berganda pada hari kemuncak Rabu ini.






GUAN ENG KATA.. UMAR ABDUL AZIZ FATWA 'HARAM' LAKSANA HUKUM HUDUD!!

Inilah Umar Abdul Aziz versi Pakatan. 'Umar Abdul Aziz' ini mengugut akan meletak jawatan dan keluar dari Pakatan jika Hukum Hudud dilaksanakan di Negara ini. WOW.... 'Umar Abdul Aziz' ini juga memberi amaran buat Anwar tidak sesekali mempunyai sebarang niat untuk meletakkan Perlaksanaan Hukum Hudud di dalam Perjanjian Pakatan. 'Bagus' nya 'Umar Abdul Aziz' ini. Siapa dia? Inilah dia manusia yang dipuja Mat Sabu di dalam setiap Sessi Jelajah Ceramah seluruh Negara sebagai Orang Kafir yang berjiwa Islam. Inilah dia manusia yang dilambung2 Anwar dalam setiap Ceramah seluruh Negara sebagai seorang yang lebih 'Islam' dari Orang Islam. Lim Guan Eng nama diberi. Kalau sudah jiwa tak terima nama Islam, tok sah dok kata Hukum Hudud, setiap inci Sistem Perundangan Syariah tidak akan diterima. Woooiii Lim, jika benar kamu menjadikan Umar Abdul Aziz sebagai inspirasi dalam perjuangan kamu, menang sahaja Pakatan di Pulau Pinang, esoknya kamu akan kemukakan usul Perlaksanaan Hukum Hudud. Kerana itulah rujukan Umar Abdul Aziz. Sekarang ni, 'Umar Abdul Aziz' versi baru nak buat 'fatwa' Hukum Hudud bukan sahaja tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini, malah tidak boleh digunapakai langsung. Hukum sampah. Ada ke orang UMNO cakap macam itu? Kamu bila ada masalah sesama Pakatan, masih mahu hina UMNO. Jangan hendak mengelak daripada jawapan dengan mengherdik UMNO semula, walhal kita sedang berbicara soal kamu dan kuncu2 kamu yang 'tidur beromen 1 bantal, tapi mimpi ingat pasangan yang lain.' Haaaaa.... Geram aku. JAWAB.. Jawab dan nyatakan pendirian sebenar kamu. Nak bicara soal Prinsip, Prinsip apa? Nak sebut nama Islam ok lagi. Bila bicara soal Perundangan Islam, takut. Pemimpin2 PAS pun ramai yang takut nak timbulkan isu ini. Bukan sahaja takut. Ada yang bantu DAP memberi amaran kepada mana2 Pemimpin Parti yang berani menyentuh soal itu. Bila Nik Aziz menyalak, diam menyelamatkan diri. Itupun setelah diberitahu rakyat Kelantan semakin ramai yang berpaling tadah tidak menyokong Kerajaan Negeri kerana semakin keliru dengan perjuangan PAS. 'Umar Abdul Aziz' jenis apa ini? Terang2 disebut dan dilaporkan di dalam kenyataannya melalui laman Portal yang Pemimpin Pakatan kata paling telus, Malaysia Insider, “Jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan". Takkan nak boikot Malaysian Insider pula selepas ini. Tiap kali melaporkan penentangan sebegini, dikata media perkakas UMNO. Pelik bebenor kalau Malaysian Insider dapat gelaran sebegitu. Perkakas UMNO ke perkakas DAP... Tettttttttttttttttttt!! Media yang katanya Pro Pakatan pun dah tak tahu nak cover mana dah. Tak terkawal dah. Nak bina Kerajaan Pusat kalau isu Perundangan yang menjadi Nadi pembinaan sebuah Kerajaan pun tidak sepakat. Inikan pula mahu bicara soal2 lain? Bak kata Anwar pada UMNO, BAHLUL!! Sekarang ini, siapa yang BAHLUL sebenarnya? Akhirnya? PAS berpeluk tubuhlah dengan DAP. Itu sahaja penyelesaiannya. Pendirian tersangkut. Tak tahu nak jawab macam mana. 'Tutup kes'. Kita tengok sahajalah drama hebat Rabu ini. Pengarah yang sangat hebat bernama Anwar Al Juburi.






MAMAT KHALID BALUN NASI LEMAK 2.0... "NAMEWEE BUDAK BANGSAT!!"

Pengarah Filem Hantu Kak Limah Mamat Khalid bertindak berani membalun Namewee setelah filem keluarannya Nasi Lemak 2.0 diluluskan malah menjadi publisiti yang meluas. Beliau agak pelik bagaimana seorang yang pernah merosakkan imej Negara dengan membuat penghinaan dengan mengubah lagu Negaraku boleh diikhtiraf. Jika Namewee mengakui kesilapannya itu tidak menjadi masalah. Ini beliau siap mempertahankan lagu yang diciptanya berjudul Negarakuku. Sambil tidak mempertikaikan keterbukaan sistem Demokrasi Negara, ada ramai lagi Pengarah2 Filem yang sewajarnya mendapat tempat, namun Namewee juga yang terus dijulang. Lebih memalukan, ada pula beberapa pihak yang berbangsa Melayu menyokong dan meminati Namewee walhal orang ini menghina bangsa Melayu. Khalid Mamat menganggap pihak Kerajaan sewajarnya masuk campur dan tidak sewenang2 nya meluluskan karya individu yang menyalahgunakan hasil kreatif untuk menghina Bangsa Melayu dan Negara. Jom kita layan penjelasan Mamat Khalid. Dia juga seorang Blogger rupanya. KLIK DI SINI untuk ke blog beliau. Apa2 pun, Melayu CinDia tetap meminati Afdlin Shauki dan Adibah Noor walaupun mereka memegang watak utama Filem ini. Tapi Afdlin tak perlu terima watak filem ni. Dia pengarah hebat. Aku salute Afdlin beb... :-)





Sep 25, 2011

PAS UMUM KELUAR DARI PAKATAN RABU INI!!?

Rabu ini 1 mesyuarat Khas Pakatan bagi mencari titik noktah berkenaan isu yang menjadi panas iaitu Hukum Hudud. Melayu CinDia teringat akan mesyuarat yang sama pernah diadakan pada tahun 2001 yang pada ketika itu ianya merupakan Mesyuarat Barisan Alternatif yang menggabungkan kerjasama DAP, PAS, PKN dan PRM. Isu yang sama. Hukum Hudud. Akhirnya selepas selesai mesyuarat, DAP mengisytiharkan keluar dari Barisan Alternatif. Bezanya kali ini, Anwar. Anwar ada peranan di dalam Pakatan. Bila ada Anwar, penuh dengan elemen2 Drama. Ulama' PAS pun boleh jadi rosak jika melayan otak Anwar. Adakah kali ini peristiwa yang sama bakal berulang? Atau PAS yang akan bertindak keluar dari Pakatan? Entah. Yang pasti, lakonan hebat bakal menyusul. Jika ending dia Hadi Awang dan Kit Siang berpeluk tubuh, itulah drama ending dia sebenarnya. Sudah dirancang. Untuk apa? Untuk memperkuatkan keyakinan masyarakat terhadap Pakatan. Tak ada maruah. Tak ada prinsip. Tapi persoalannya, adakah PAS juga bakal mengubah 'skrip drama' ini? Tunggu 'tayangan hebat' Rabu ini.





MAHATHIR HILANG SABAR.. DAKWA SOI LEK BAKAL BUNUH MCA!!

Akhirnya Mahathir hilang sabar dengan Presiden MCA Chua Soi Lek setelah memerhati tingkah laku beliau sejak terdedahnya Video Seks beliau. Pemimpin No. 1 Parti ini dilihat cuba merosakkan hala tuju Parti tersebut dengan bertindak memberontak atas kesilapan sendiri. MCA kata Mahathir tidak pernah bertindak di luar kawalan seperti yang diperlakukan Chua Soi Lek. Malah tidak melampau jika beliau mengatakan Chua Soi Lek cuba membawa MCA sebagai sebuah Parti yang mendekati perjuangan DAP. Isu Hudud yang cuba dibangkitkan Chua Soi Lek memperlihat tingkah laku 'DAP' beliau kerana tidak pernah sebelum ini mana2 Pemimpin MCA mempersoalkan isu yang tidak pernah dibangkitkan UMNO termasuklah Hudud. Ugutan sedemikian agar biadap bagi sebuah parti komponen yang sama2 berjuang untuk BN sekian lama. Apa motif ugutan tersebut walhal UMNO tidak pernah membangkitkan isu ini? Ini bukan soal MCA. Ini soal Chua Soi Lek yang cuba membawa budaya DAP meresap masuk ke minda penyokong2 beliau. Tidak malukah seorang Pemimpin Asia yang pernah melakukan aksi ranjang dan membuat pengakuan terbuka mempersoalkan prinsip yang tidak pernah dibangkitkan UMNO? Mahathir mendakwa tindakan Chua Soi Lek merupakan satu peperangan psywar paling bodoh dilakukannya kerana ianya menguntungkan DAP. Mahathir cuba memberi amaran kepada Chua Soi Lek agar tidak merosakkan MCA yang dipelihara kerjasama erat bersama komponen yang lain sejak era perjuangan memerdekakan Tanah Melayu. Namun jika itu prinsipn yang cuba dibawa Chua, Mahathir menyarankan MCA menolak mentah2 Chua Soi Lek dan mendesak bekas Menteri Kesihatan ini menyertai DAP. Ya memang Mahathir mengakui telah sekian lama bersara. Akan tetapi selagi beliau masih bernyawa, Mahathir tidak akan membiarkan sebuah Parti Komponen yang menghirup kekuatan aura sejak era Kemerdekaan dilepaskan sehingga lemah kritikal oleh seorang Pemimpin yang cuba menjahamkannya. MCA parti yang masih releven. Akan tetapi jangan biarkan ianya dicampak dan diludah masyarakat Cina dek kerana sikap Pemimpin No. 1 yang tak berkesudahan cuba merosakkan hubungan kekuatan komponen.





WOII ANWAR.. KAU DULU JURUCAKAP UMNO TOLAK HUKUM HUDUD!!




Anwar Oh Anwar. Pak Sheikh Anwar digelar semasa di dalam UMNO. Orang puja kamu Pemimpin berjiwa Islam dalam UMNO walaupun diperlekehkan PAS. Kau janganlah hendak madah berhelah mempertahankan Nik Aziz yang kononnya nak laksanakan Hukum Hudud. Sudahlah pula, dihina UMNO. Kaulah orang yang secara sukarela semasa memegang jawatan besar di dalam UMNO menjadi jurucakap Kerajaan memperjelaskan kepada Orang Melayu dan Cina mengenai Agenda PAS serta DAP. Apa yang kau cakap pasal Perjuangan Hudud PAS? Ulama' Trompah TAK LAYAK. Anwar pada ketika itu hasut orang Cina betapa ekstrim dan ganasnya perjuangan Islam PAS yang mahu melaksanakan Hukum Hudud. Malah engkau tambahkan lagi semangat ketakutan kepada masyarakat Cina bahayanya Hukum ini dilaksanakan. Engkau gambarkan kepada masyarakat Cina Hudud ini adalah Hukum yang menzalimi masyarakat bukan Islam. Apa pula yang engkau kata pada orang Melayu tentang DAP pada masa engkau gah berjawatan besar di dalam UMNO? Engkau pergi ke kampung2 api2 kan semarak perkauman, nyatakan pendirian DAP yang ekstrimis dalam menghancurkan semangat memertabatkan Bangsa Melayu dan Agama Islam sebagai landasan utama Negara. Engkau gambarkan betapa kejamnya DAP yang akan menghapuskan Sistem Perlembagaan Negara. Sekarang sudah berubah? Jangan dok kata kamu sudah insaf. Parti UMNO yang kau jilat kini kau ludah. Adakah Anwar akan memegang prinsip sedia ada jika kini berjawatan PM di dalam UMNO? Nak persoalkan prinsip orang. Prinsip kamu kucar kacir. Sejak dari ABIM ke UMNO kemudian ke PKR kamu ubah prinsip kamu untuk menaikkan karier politik murahan peribadi kamu sendiri. Nak kata kita fitnah? Apa fitnah? Video di atas sudah terang2 menggambarkan prinsip kamu. Jangan kata tu dulu. Sekarang dia sudah berubah. Kamu boleh maafkan Anwar walaupun kamu dakwa 1 ketika dahulu bersubahat dan bekerjasama dengan sebuah Parti yang membunuh Ulama' Pejuang khayalan kamu Ibrahim Libya. PAS pernah kata tidak akan memaafkan Anwar kerana memperkenalkan Akta AUKU yang menyekat mahasiswa. Malah PAS melalui Mat Sabu sendiri pernah secara sukarela sanggup bekerjasama dengan mana2 pihak untuk membuktikan perilaku liwat Anwar. Ini semua mainan politik. Hendak bermain sepak terajang politik lantak kamu. Tapi jangan persoal prinsip orang lain. Kerana prinsip kamu sendiri umpama perancangan dajal menyuntik masyarakat menjadi pengikut makhluk ini.







Sep 24, 2011

STATEMENT RASIS.. NIK AZIZ UGUT ORANG KAFIR SOKONG HUDUD!!

Terdesak nak tarik semua Pengundi Melayu dan Islam sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan di luar batasan sempadan perpaduan Negara. Itulah. Dok hina UMNO rasis, anti Cina dan macam2. Sekarang rasakan. Diktator PAS, Nik Aziz kelihatan semakin terdesak apabila membuat kenyataan yang mencemar imej Agama Islam dan berbentuk Diktator. MB Kelantan ini mencabar rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam menyatakan pendirian mengenai perlaksanaan Hukum Hudud di Negara ini. Nik Aziz katanya beliau tidak perlu mendengar tentangan dari mana2 Pemimpin Politik Cina waimah dari DAP, MCA ataupun Gerakan. Dengan nada tegas, Nik Aziz mendakwa sudah tiba masanya masyarakat Malaysia tanpa mengira latar belakang Agama menerima perlaksanaan Hukum Hudud jika benar bukan Islam menghormati kesucian Islam. WOW!! Kasar bunyi tiba2. Bukankah PAS sudah berjanji di dalam Perjanjian Pakatan yang telah dimeterai tidak akan sama sekali menimbulkan sebarang isu2 sensitif yang boleh menggugat masa depan Kerjasama ini. Pertahankan Perlembagaan, yang didakwa Pemimpin Sekular PAS Dr. Dzulkefly banyak kesilapan dan tidak sewajarnya dituruti secara keseluruhan. Kenapa kini Nik Aziz tiba2 menyalak mempertahankan Hudud sehingga memperlihatkan Islam itu sebuah Agama Diktator yang melakukan paksaan? Bercanggah dengan Anwar. Ke Nik Aziz sudah dapat 'alamat' Kelantan akan tumbang daripada pemerintahannya dan kembali aman bersama BN? Sebab apa sokongan PAS semakin berkurangan? Sebab Hudud lah.. Dulu siap ba'iah sanggup bermandikan darah menentang UMNO demi mempertahankan kedaulatan Perundangan Islam melalui Hukum Hudud. Bila sudah bekerjasama dengan DAP jadi sekular sekejap. Nah amek. 1 persatu perlaksanaan perundangan Islam ditentang DAP. Diterima dengan 'redha' pula PAS. Jangan kata aku fitnah. Di Kedah yang Kerajaan Negerinya dimonopoli 97% dari Parti PAS hanya mahu menutup seketika Pusat Hiburan pada bulan Puasa bagi menghormati Ramadhan Al Mubarak. DAP Kedah yang tiada kuasa di peringkat Kerajaan Negeri berang. Dibantah perlaksanaan tersebut. Yang mengejutkan Kerajaan Negeri ikut cakap DAP Kedah. Lusa tu terus Ustaz Azizan masuk IJN. Ini belum cerita kes Kerajaan Negeri Selangor. Kedah 97% PAS pegang tak boleh buat juga. DAP mengamuk cerita tentang Perundangan Islam. Apatah lagi Hudud. Yelah, naikkan gaji bilal dan Imam macam di Penang. Lepas tu? Diharamkan menggunakan Speaker untuk memutar ayat2 suci Al Qur'an. Terhad untuk azan semata2. Bilal dan Imam di Penang nak kata apa? Elaun dah dinaikkan. 2 kali ganda pula tu. Guna wang.. Bukan rasuah tu? Tak. Kebajikan. Itulah. Dok hina UMNO kafir lakhanat sundal munafiq fasiq macam2. Pendirian UMNO tentang Hudud macam Najib sebut. Kita tidak akan laksanakannya selagi ianya mendatangkan kemudaratan. Itu pesanan Ulama'2 bertauliah kepada Najib. Ala, cakap Ulama' pun bila kerja dengan Kerajaan Pusat dikata Ulama' UMNO. Bak kata Anwar jijik tengok Ulama' UMNO. Kutuk lagi Hina lagi. Orang cakap kalau melampau sangat ambil tindakan saman. Tak perlulah saman. Apa yang mereka dok hina dekat UMNO kini berbalik pada mereka semula. Sudahlah PAS. Kamu toksah bersandiwara menghina Islam sebagai alat politik berkepentingan kamu. SOMBONG BODOH!!






HUKUM HUDUD... NAJIB BALUN PAS UMPAMA KETAGIH GANJA!!?

Akhirnya terdengar suara PM Datuk Seri Najib Tun Razak memperjelaskan mengenai Perlaksanaan Hukum Hudud di Negara ini. Najib bertanya semula kepada PAS hukum perlaksanaan Hudud dalam sesebuah Negara yang berbilang kaum di Malaysia. PM kata UMNO tak pernah tolak Hudud. Akan tetapi, tidak perlulah hendak mencanang 1 dunia berikrar 1 ketika dahulu sanggup bermandikan darah semata2 nak laksana Hudud. Najib mengungkap pandangan beberapa Ulama' mengenai perihal Hukum Hudud sejak beliau memegang jawatan di dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia lagi. Para Ulama' memperjelaskan kepada Najib bahawa tidak dibenarkan Hukum Hudud itu dilaksanakan dalam situasi paksaan yang boleh menggugat keselamatan ummah. Malah Malaysia yang mengamalkan keseimbangan dalam membentuk perpaduan Agama dan Kaum tidak membenarkan lagi ianya dilaksanakan. Najib juga menganggap tindakan PAS secara drastik kembali mempertahankan perlaksanaan Hukum Hudud sebagai 1 tindakan aneh. Walhal PAS sendiri memaklumkan bahawa soal2 lain seperti Hudud boleh diketepikan terlebih dahulu demi membunuh Kerajaan UMNO dan BN. Najib kata beliau menganggap tindakan PAS yang secara tidak menentu kembali membakar semangat tentang Hukum Hudud sebagai langkah terdesak kerana ketagihkan Undi kaum Melayu yang semakin hilang keyakinan terhadap PAS. Jika benar hendak melaksanakannya, PAS Kelantan sejak menang pada 1990 telah memulakan perlaksanaan tersebut melalui Enakmen Undang2 Syariah lagi yang termaktub di bawah Kerajaan Negeri. Akan tetapi ianya tidak berlaku.. Maka terpaksalah berkeras seketika yang akhirnya akan berbaik semula dengan DAP. Ini drama PAS dan DAP alaf baru. Bravo Najib... Penjelasan yang sangat mengagumkan Melayu CinDia.






OPEN HOUSE UMNO.. MCA WANGSA MAJU MINTA SEDIAKAN 'RED CARPET'!!?

 

JEMPUTAN PADA MALAM INI... Kesemua rakyat Malaysia terutamanya penduduk Wangsa Maju khasnya dan penduduk sekitar Lembah Klang dan Selangor amnya dijemput untuk hadir ke Rumah Terbuka UMNO dan BN Bahagian Wangsa Maju.

Majlis santai ini akan berlangsung di SEKOLAH KEBANGSAAN Danau Kota berhampiran dengan UPTOWN Danau Kota. Ini Pengerusi BN Wangsa Maju, Dato' Shafei Abdullah sendiri yang beritahu, Cakap jangan jemput orang Wangsa Maju je.

Jemput 1Malaysia kalau boleh. Ini Rumah Terbuka. Hari Raya. Semua orang boleh datang. Rasa2 nya majoriti masyarakat di Lembah Klang tahu akan lokasi UPTOWN Danau ni kot. Sekolah tersebut betul2 bersebelahan dengan Pusat Perniagaan ini.

Datang.. Dapat menikmati makanan Hari Raya.. Dapat berkenalan dengan rakan2 baru dan Pemimpin2 Negara. Beberapa barisan Menteri Kabinet dijangka hadir. Entah2 Pemimpin PAS dan PKR pun hadir. Opppsss...

Tapi kalau Pemimpin kedua2 parti ini tak hadir, kita fahamlah. Tapi bila Pemimpin2 MCA Wangsa Maju tak hadir, itu sangat kekok sedikit. Sepanjang UMNO dan BN Wangsa Maju di bawah pimpinan Dato' Shafei Abdullah menganjurkan Rumah Terbuka, tidak pernah kelihatan Pengerusi MCA yang juga merupakan Mantan Ahli Parlimen Wangsa Maju Yew Teong Lock (YTL) hadir walaupun diberi jemputan.

Jangan kata Jemputan melalui Kad, dari mulut bertentang mata dijemput. Tidak juga hadir. Wakil AJK? Mungkin ada. Tapi bagusnya AJK2 MCA Cawangan dan ahli2 biasa MCA sendiri hadir. Siap jumpa Dato' Shafei ucap Selamat Hari Raya.

Kadang2 tengok macam sudah jadi Pembangkang Pengerusi MCA Wangsa Maju ini yang seolah2 tidak seteru dengan UMNO Wangsa Maju. Macam jelah..Tak tahu 'betul' ke 'tak'. Malah Wee Choo Keong yang menghentam Dato' Shafei Abdullah nyaris2 ke lubang cacing pun kini boleh berjabat tangan dan menerima undangan beberapa Majlis.

Kenapa ye? Agaknya tarikh tersebut 'tak sesuai' kot. 'Kebetulan' tarikh itu Yew Teong Lock ada 'program' lain. Lebih 'penting'. Tiap2 tahun 'kebetulan' pulak program 'penting' Yew Teong Lock bertembung dengan Rumah Terbuka ini ye.

 Tak mengapalah. Jangan ingat artikel ini ingat saya balun MCA Wangsa Maju pula. Ini artikel 1 'penghormatan' tau. Jemput YTL hadir sebagai 'tetamu kehormat'. OK lah tu. Nak bagi pesanan sikit.. Pesanan seorang rakyat ni.

SUDAH BANYAK TAHUN DAH UMNO TOLONG MCA DI WANGSA MAJU.. SELEPAS INI, MCA TOLONGLAH UMNO PULA YE.. PRU13 DAH NAK DEKAT.. ORANG UMNO DULU SAMPAI PANJAT POKOK GANTUNG POSTER YTL.. 

LEPAS NI GILIRAN MCA WANGSA MAJU PULA YE.. PANJAT POKOK.. BARU NAMANYA SEMANGAT UKHUWAH.. SEMANGAT 1 MALAYSIA... :-)



CERITA 2 PELACUR THAI B'SAMA ANWAR DISAHKAN JOHARI ABDUL!!?



VIDEO pendedahan terbaru yang mencabar status moral Anwar melalui aksi hubungan seks beliau bersama 2 wanita thailand diceritakan bekas sahabat Anwar Dato' Eskay. Ini didedahkan oleh blogger RBF dan disokong oleh beberapa otai blogger.

Apa yang pasti tarikh 12 dan 13 Januari 2011 menjadi misteri dan tanda tanya buat beberapa individu yang hampir dengan Anwar termasuklah isteri beliau sendiri Wan Azizah.

Sebenarnya pihak yang diberi amanah untuk mendedahkan perilaku sebenar moral Anwar ini memberi peluang kepada Ketua Pembangkang tersebut untuk mengatur strategi agar menampakkan kekeliruan status lokasi Anwar sebenar pada 2 hari tersebut.

Ini kerana Video itu hanya sekadar dipamerkan dalam beberapa saat selepas pendedahan Anwar bersama Dato' Eskay dilihat memasuki lif sebelum tiba di bilik tempat Anwar dikatakan melakukan aksi seks bersama China Doll.

Anwar dan beberapa kuncu2 beliau yang semakin berkurangan ini sedang bersungguh2 memperjelaskan kepada rakyat lokasi sebenar beliau pada 2 tarikh ini agar ianya dilihat bercanggah dengan waktu dan tarikh Video Seks ini didedahkan.

Mungkin perana Johari Abdul bakal dicantas orang lain. Kerana strategi Video Seks pertama yang cuba dipesongkan Johari, memakan diri.

Persoalannya, adakah rakyat masih percaya? Atau tidak percaya? Atau tidak mengambil tahu langsung hal ini? Ingat, Anwar sendiri kata Moral seseorang Pemimpin amat penting untuk dijulang sebagai Ketua Negara. Anwar tidak akan memberi contoh buruk beliau. Akan tetapi Najib dijadikan sasaran.

Tanpa sebarang bukti jelas, Anwar di setiap sessi ceramah beliau sejak Kempen PRU12 cuba memperjelaskan perilaku Najib yang katanya amak jelak. Anwar mengatur ayat yang amat 'cantik' mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya.

Apa buktinya? Gambar. Namun sehingga kini tiada gambar didedahkan Najib bersama Altantuya. Kenapa masih ada yang percaya walaupun semakin berkurangan?

Kerana orang yang menyebut itu adalah Anwar Ibrahim. "Everytime you're say it;s just like a gold come out from your mouth." Namun, bagi mereka yang dahulu mendakwa Anwar sedemikian, kini memakan diri.

Apabila Video ini didedahkan, sekurang2 nya ianya bukan didedahkan Najib. Akan tetapi daripada sahabat karibnya sendiri yang dinafikan beliau.

Sekurang2 nya, ada Video bukti yang mengiyakan dakwaan Dato' Eskay walaupun cuba dinafikan status individu di dalam Video tersebut. Anwar?

Ya, Anwar bijak berbicara. Anwar bijak memukau penonton sehingga ternganga melihat pemidato handalannya. Anwar bijak bercakap.

Namun, bak kata PAS terhadap Anwar 1 ketika dahulu, Setiap percakapan Anwar, setiap janji Anwar, merupakan Malapetaka?






VIDEO SEKS.. PEGAWAI KASTAM UGUT BUNUH DIRI!!?

Pendedahan Blog The Unspinner berkenaan Video Seks seorang Pegawai Kastam dilihat sesetengah pihak agak merbahaya. Ramai yang teringat akan pertuduhan rasuah seorang Pegawai Kastam sebelum ini yang akhirnya memilih untuk membunuh diri akibat tekanan. Adakah ianya sebagai 1 penyelesaian? Sewajarnya ianya dijadikan pengajaran buat individu yang memilih satu pekerjaan yang menjadi perhatian orang ramai. Kerjaya yang dipikul hendak sentiasa muhasabah diri dan bersihkan diri terlebih dahulu dan tidak bertindak melampaui batas. Kerana sehebat mana sekalipun kita dengan kedudukan, jawatan, waimah status kemewahan hasil gaji yang diberikan, ianya begitu mudah ditarik semula. Kerana rezeki yang halal datangnya dari Allah. Yang haram kini tidak perlu dihasut syaitan. Kerana ada manusia yang bersikap lebih 'songsang' dari syaitan. KLIK DI SINI untuk paparan Video pendedahan tersebut.





Sep 23, 2011

"MALAYSIA & SINGAPURA B'GABUNG SEMULA!!?..NO WAY!!" - KUAN YEW.

Kenyataan terbaru Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew itu dibuat ketika disoal oleh seorang warganegara Malaysia yang menyertai program bersama beliau di Pulau Temasik itu. Kuan Yew menyebut beliau tidak nampak ada apa2 kepentingan tentang penggabungan ini kerana pada era 1960an telah menampakkan ketidakserasian kedua2 Negara itu bergabung di bawah sebuah Negara. Namun, Kuan Yew tidak menafikan, langkah Malaysia menjaga dan memelihara hubungan diplomatik terutamanya dalam sektor ekonomi menampakkan kesungguhan untuk memelihara hubungan kedua2 belah pihak. Nampak gaya Kuan Yew ini dengan lagak sombong menolak penggabungan itu seolah2 Malaysia merayu dengan Singapura untuk bergabung. Kita tidak pernahpun mengajak untuk bergabung. Tak tahulah jika Lim Guan Eng dari Penang ada membincangkan hal ini. Namun bagi pihak Kerajaan Pusat, tidak lapar kami untuk bergabung dengan Negara yang tak sedar diuntung. Singapura mesti ingat, kamu tidak akan dapat hidup dengan sergah seperti sekarang tanpa Malaysia. Jangan cuba memberi jawapan yang agak sombong sebegitu rupa. Kamu hanya mantan. Mantan yang tiada ada apa2 kuasa lagi. Janganlah pula cuba mencetuskan polemik yang boleh menggugat hubungan kedua2 Negara yang masih dalam kategori stabil.






Sep 22, 2011

MAHATHIR WARNING LAGI.. JIJIK DGN. WAKIL RAKYAT BN!!?

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir hari ini memberi amaran kepada Wakil2 Rakyat Negara ini bahawa rakyat amat jelak dan jijik melihat kemewahan melampau Wakil2 Rakyat mereka sedangkan ada masyarakat di kawasan Wakil Rakyat tersebut yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Beliau menjelaskan, faktor tersebut merupakan salah satu sebab BN merekodkan prestasi buruk pada 2008. "Golongan muda pandang parti komponen sebagai korup dan mereka tidak ingin sokong. Walau tak ramai yang tak sokong, sikit-sikit tak dapat undi, kita akan kalah," Tun M berkata demikian ketika merasmikan Program Permukiman 171 ADUN BN di Kuala Selangor petang tadi. Tun M turut dengan nada sinis mendakwa jika hendak berkereta mewah tunggu sehingga sudah pencen seperti beliau kerana beliau bukan lagi Pemimpin Negara akan tetapi bekas Pemimpin Negara. Wakil Rakyat kata beliau harus hidup secara sederhana agar tidak berlaku sebarang jurang dengan rakyat biasa. Di harap teguran Tun M ini dijadikan panduan buat wakil2 rakyat di Negara ini. Biarlah Wakil2 Rakyat PAS memilih untuk bergaya mewah pada ketika ini. Di Kelantan sahaja setiap Exco bergaya diberikan kereta Mewah Mercedes sebagai salah satu peruntukan Kerajaan Negeri. Itu dikata Negeri miskin. Jika ada wakil2 BN bersikap sedemikian, jangalah dipilih lagi orang ini sebagai calon bagi PRU13 kelak.





DEDAH.. DR. DZULKEFLY SUSUN STRATEGI HAPUS HUKUM HUDUD!! - ULAMA' PAS.

Dr. Dzulkefly Ahmad... Ahli Parlimen Kuala Selangor. Baru mula belajar berperang dalam politik dan individu yang sebenarnya bakal 'mereformasikan' PAS untuk jauhkan parti tersebut daripada terus memperjuangkan Sistem Perundangan Islam. Apatah lagi hendak perjuangkan perlaksanaan Hukum Hudud yang menjadi mainan politik PAS semata2. Baru masuk dunia politik sudah hentam Otai UMNO Mahathir. Hey DR.!! Kamu toksah sibuk hendak hentam orang tua ni. Dia lebih kenal siapa PAS. Dia jauh lebih berpengalaman dan tahu intipati PAS itu sendiri yang penuh dengan sandiwara. Bukankah benar kata Mahathir? Dahulu PAS dok sibuk cerca Mahathir, dikata penghalang utama perlaksanaan Hukum Hudud. Kini, siapa Mahathir? Mantan.. Sudah jadi Mantan PM. Buatlah? Nak tutup Pusat Hiburan bulan Puasa di Kedah pun sudah kena maki dengan DAP. Inikan pula hendak laksana Sistem Perundangan Hudud. Jangan dok marah orang UMNO. Minta izin terlebih dahulu dengan DAP samada boleh atau tidak. Apa sudah jadi pada Kedah? 98% ditunjangi PAS. Nak tutup Pusat Hiburan pun tak boleh. Kena maki dengan DAP Kedah. Padahal DAP bukan ada apa2 portfolio pun di peringkat Kerajaan Negeri tersebut. Jangan dok pusing cerita hendak cari kesalahan prinsip UMNO. Kita bicara soal prinsip kamu. Hudud tidak diperjuangkan. Mat Indera pula kini dipertahankan. Sanggup ke penjara semata2 hendak pertahankan orang yang pernah bekerjasama dengan Komunis. Kalau rela ke penjara demi perjuangan Hudud bermaruah la juga. Apa yang PAS dok merepek pertahankan sekarang. Dr. Dzulkefly inilah antara Pemimpin PAS alaf baru yang bakal menghapuskan perjuangan asal PAS. Inilah dia 'suara baru' PAS yang dibawa dari luar, bersekongkol dan bercium molot dengan Anwar untuk menghapuskan perjuangan PAS. Sekarang ni kalau nak pertahankan Islam dikata Proksi UMNO. Macam Hasan Ali. Sahabat karib Dr. Dzulkely iaitu Khalid Samad lah yang menjadi tulang belakang melancarkan fitnah2 terhadap Hasan Ali bagi menjatuhkannya. Termasuklah berkenaan isu Hasan Ali bakal sertai UMNO. Hey, mana boleh keluar PAS. Sudah Ba'iah dah. Siapa keluar PAS maka jatuhlah talak ke atas isteri mereka. Dr. Dzul, kamu lebih baik berdiam diri. Kamu punya agenda jahat. Sekali kamu bersuara, habis Ulama' PAS akan bogelkan kamu. Kamu tahu Ulama' PAS sememangnya tidak berpuas hati dengan kamu. Ya, kamu boleh nafi dimulut kamu. Akan tetapi, hakikatnya, realitinya, ini yang sedang berlaku. Good Luck PAS with your 'New Vision'.






HUKUM HUDUD.. ANWAR KATA PAS TOLOL KENA TIPU!!




Anwar sekali lagi bersandiwara dengan membuat kenyataan bersifat peribadi kononnya menyokong perlaksanaan Hukum Hudud dilaksanakan di Kelantan. Kononnya Anwar turut bersimpati dengan perjuangan PAS Kelantan yang mahu melaksanakan hukum propaganda parti tersebut. Kenapa tidak bantu Nik Aziz melaksanakan Hukum itu semasa memegang jawatan besar dalam Kerajaan 1 ketika dahulu? Salahkan Mahathir. Segala tindakan Negatif yang Anwar lakukan ketika memegang jawatan No. 2 dalam Kerajaan adalah salah Mahathir. Ini nak bercakap soal prinsip? Prinsip apa? Kamu berjanji pada DAP tidak akan membangkitkan isu ini. Lalu semata2 untuk raih undi Melayu, kamu buat kenyataan peribadi menyokong perlaksanaan Hukum ini di Kelantan. Sandiwara kamu semakin terdesak Anwar. Beberapa Pemimpin DAP berang dengan kenyataan peribadi beliau. Namun beberapa Pemimpin tertinggi DAP telahpun diberitahu sebelum Anwar mengeluarkan kenyataan itu. Ianya merupakan strategi menarik dan meyakinkan sokongan Pengundi Melayu semata2 dan memberi jaminan ianya tidak akan dilaksanakan waimah Pakatan memerintah Kerajaan Pusat 1 hari nanti. Namun ia sememangnya menyukarkan DAP untuk memperjelaskan kepada Pemimpin di peringkat akar umbi yang terkejut dan berang dengan propaganda Anwar tersebut. Sudahlah. Jangan dipercayai kenyataan Anwar ini. Prinsip apa yang manusia berjiwa songsang ini pegang. Apa yang diperlakukan Anwar sejak dari ABIM sehingga hari ini membuktikan prinsip beliau tidak sekata. Boleh ditukar mengikut momentum perkembangan politik peribadi beliau. Anwarlah manusia pertama yang menentang Hudud dilaksanakan di Kelantan semasa di dalam UMNO. Anwar yang memperjelaskan kepada umat Islam tentang prinsip perundangan Islam yang dibawa PAS songsang sewaktu megah memegang jawatan di dalam UMNO. Kini hendak pula menyokong secara peribadi. Walhal sudah berulang kali Anwar ada menjelaskan malah di peringkat Antarangsa, semasa kempen PRU 12, Anwar berjanji tidak akan laksanakan Hukum ini. Video di atas sudah membuktikan kenyataan Anwar. Kamu jangan berbicara prinsip parti yang pernah kamu jilat dan julang 1 ketika dahulu iaitu UMNO. Kini boleh boleh kata UMNO anti Islam, UMNO Pengkhianat Islam, UMNO Munafik, UMNO Kafirun wal Munafikun. Itu soal lain. Soal sekarang ini, kita bercakap soal prinsip kamu. Prinsip yang kamu bawa sejak membuka gerbang politik yang kamu bina sejak awal kemunculan kamu, sehingga hari ini. Apa prinsip kamu? Bercakap karut hanya rakus hendak mentah kedarah kuasa semata2. MUSANG BERBULU AYAM!! Melayu CinDia menyeru sahabat2 sekalian KLIK DI SINI dan sertai Laman Facebook Page 'TakNAK Anwar Ibrahim.'






GERAKAN UBAH SEJARAH BESAR2 AN.. TUNKU JUAL NEGARA PADA BRITISH!!

Ini sebenarnya realiti yang sedang digerakkan. Tanam minda.. Racun minda.. Kelirukan.. Kemudian bawa 'Sejarah Baru' jenama Pembangkang. UMNO bukan sahaja mengkhianat rakyat pada masa kini. Malah mereka mendakwa Pemimpin2 UMNO seperti Tunku menjual Tanah Melayu pada British demi Kemerdekaan. Dikatakan kemerdekaan Negara yang dikecapi ini tiada maruah kerana ianya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman. Ini yang sedang digerakkan secara halus kepada anak2 Muda terutamanya di peringkat IPTA dan IPTS. Diracun minda mereka bahawa Pemimpin2 berhaluan kiri termasuklah Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Gelaran pengkhianat Negara terhadap beberapa Pemimpin Komunis juga disanggah dan ditarik semula seperti Chin Peng kerana kata mereka golongan ini juga ada jasa pada Negara dan bersama2 menentang British. Cubaan jahat. Ini yang kamu kata bukan cara komunis? Umat tidak bersyukur. Harta yang kamu miliki ini tidak akan menjadi milik kamu jika Negara ini terus dijajah. Apa bezanya Tunku dan Mat Indera? Ya.. Pemimpin2 berhaluan kiri sanggup dipenjara kerana menentang British. Hendakkan merdeka. Kenapa dipenjara? Kerana guna cara provokasi dan kekerasan. Seolah2 British menzalimi mereka seperti puak2 komunis yang pada ketika itu menyebelahi dan bersama dgn. mereka. Adakah cara puak haluan kiri ini akan dapat menggenggam kemerdekaan Negara? Malah lebih jelak tindakan puak2 haluan kiri pada masa itu bersama2 beberapa Pemimpin komunis untuk sama2 berjuang menentang British. Hendakkan kemerdekaan yang lebih sengsara. Siapa lebih kejam? Komunis atau British? Peperangan yang kamu laksanakan yang bakal menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. Siapa menjadi mangsa? Anak Isteri yang tidak berdosa. Walhal ada cara yang lebih tersusun dan bijak boleh digunakan bagi menghalau British dari Tanah Melayu. Perundingan... Tunku menggunakan cara perundingan agar tanah bumi bertuah yang kita julang ini merdeka dengan aman tanpa pertumpahan darah. Bukankah perundingan ini juga merupakan amalan yang dijulang Agama kita Islam 'Azzawajalla? Dan perundingan ini jugalah menyebabkan pihak British menghormati Agama dan Bangsa kita yang tidak lekang dengan budi pekerti, kaya dengan adab sopan dan sikap saling hormat menghormati. Puak2 berhaluan kiri berperang dbersekongkol dengan beberapa Pemimpin yang bersama komunis termasuk Mat Indera. Jangan sesekali nafi Mat Indera pernah bersekongkol dengan Komunis. Bukan soal keahlian PKM yang Mat Sabu dan kuncu2 nya cuba bongkar. Beliau pernah bersekongkol dengan Komunis. Jangan putar belit Sejarah Negara. Apa baiknya komunis? Mereka Membakar Masjid. Membunuh kanak2 dan wanita. Rakus menceroboh dan merampas wang hasil titik peluh masyarakat pada ketika itu. Ini dikata pejuang kemerdekaan? Jangan kata komunis. Mana2 individu yang cuba bersubahat dengan komunis jijik diberi gelaran Pejuang Negara. Dan Ingat. Sejarah tidak pernah menafikan peranan kecil puak berhaluan kiri seperti Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam yang pernah seketika bersama UMNO. Ya. Tak dinafikan. Perjuangan mereka benar. Mahukan kemerdekaan. Akan tetapi perlaksanaan yang mereka lancarkan tidak bijak malah tidak akan mencapai matlamat perjuangan Negara untuk merdeka. Malah apa yang bakal berlaku pertumpahan darah yang akhirnya menjadi sebuah Negara yang tiada tamadun dan merdeka dalam sengsara sepertimana yang berlaku di beberapa Negara lain pada masa kini. Ingat. Jangan cuba mengubah Sejarah Negara melampaui batas. Kamu mahu menang Pilihanraya. Lakukan strategi kamu. Perang politik berdepan dengan perang politik. Akan tetapi, mengubah Sejarah Negara yang merupakan nilai paling tinggi yang menjadi maruah Negara jangan sesekali diperkotak katikkan. Ingat. Negara Kita Tanggungjawab Kita. Jangan biarkan ianya lebih sengsara. Jangan biarkan ianya lebih menderita. Jangan terlebih bijak pandai berfikir sehingga membawa kesesatan. Seperti orang yang mengkaji Al Qur'an tanpa berguru, akhirnya mengaku dirinya Utusan Allah. Jadi Gila. Pembangkang hanya melancarkan serangan balas dendam politik. Dendam kesumat terhadap Kerajaan sedia ada. Ingat. Genggam dan Pelihara Sejarah Negara. Kerana ianya adalah karamah buat renungan anak cucu kita.






DAP SELESA MENANTI KUASA.. PAS CAMPAK PERUNDANGAN ISLAM KE LONGKANG!!

Fikir sejenak tindakan Mat Sabu yang sanggup bermati2 an mempertahankan perjuangan Mat Indera yang jelas di dalam Sejarah pernah bekerjasama dengan Komunis. Apa istimewanya perjuangan Mat Indera di dalam PAS? Kenapa Mat Sabu tidak memilih untuk mengangkat darjat perjuangan Burhanuddin Al Helmi yang sememangnya Pemimpin Pertama yang memimpin PAS? Kenapa Mat Indera? Dan kita tidak sedar, DAP langsung tidak bersuara. Malah adik angkat beliau, Lim Guan Eng turut diam membisu. Kenapa? Kerana mereka tidak perlu bersuara. Mereka hanya mengarahkan Mat Sabu dan beberapa Pemimpin PAS melancarkan Gerakan Pengikhtirafan Pemimpin2 yang pernah bertindak mengkhianat Negara kerana bekerjasama dengan Komunis. Mat Indera sasaran pertama kerana dia berbangsa Melayu. Selepas ini? Akan secara halus mendesak Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air. Inikah perjuangan sebenar PAS yang dibawa Timbalan Presiden PAS ini? Adalah lebih bermaruah jika mempertahankan Hudud yang dibawa PAS daripada mempertahankan individu dan menyesatkan fakta Sejarah Negara. Mana Ulama'2 PAS? Di mana peranan anda? Diam dan terus diam membisu dok sibuk mengumpul bekalan akhirat masing2. Mana tanggungjawab yang kamu ba'iah kepada parti untuk pelihara dan memperjuangkan Sistem Perundangan Islam. Tok sah cakap Hudud lah nanti DAP marah. Mat Indera ini perjuangan apa? Dok sibuk mempertahankan individu yang bukan sahaja tidak pernah berjuang memertabatkan Perjuangan Parti, malah membantah agenda parti anda sendiri. Walhal banyak strategi dan agenda perjuangan anda yang dibawa sejak parti ini ditubuhkan masih tertangguh walaupun telah memegang kuasa beberapa Negeri. Nak hina UMNO suka hati kamulah. Tapi ini soal parti kamu. Kamu juga kata UMNO tidak akan laksana dasar perundangan Islam. Jadi? Laksanakanlah. Perjuangkanlah habis2 an di Negeri2 yang kamu perintah. Itu sasaran utama PAS. Dan sepatutnya ianya lebih mudah dilaksanakan kerana musuh kamu UMNO dok kamu hina caci baling taik kata Anti Perundangan Islam. Bukan dok merepek mengangkat dan menjulang pemimpin yang tak pernah ambil tahu tentang perjuangan parti kamu. Burhanuddin Helmi terus tenggelam jua. Aku cabar Ulama' PAS. Jika benarlah ini bukan perjuangan PAS, mereka mesti bersuara menghentikan semua propaganda politik jijik ini. Kerana matlamat asal perjuangan parti kamu jauh dicampak ke longkang. Perjuangan apa yang dicampak itu? FIKIR!! Melayu CinDia menyeru pembaca KLIK DI SINI untuk Sertai Laman Facebook Page "DESAK PAS PRO ULAMA' KELUAR PARTI."





SALAM TAKZIAH.. BEKAS PENENTANG HADI AWANG MENINGGAL DUNIA!!

AL FATIHAH.. Sedih mendengar pemergian bekas Ahli Parlimen Dungun Datuk Awang Jabar yang meninggal dunia kelmarin akibat kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan ke Program TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin. Arwah pernah menewaskan Presiden PAS Hadi Awang di Parlimen Dungun ketika Pilihanraya tahun 1982. Beliau yang juga pernah memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan Datuk Awang Jabar dikatakan sangat aktif walaupun sekian lama tidak berjawatan tinggi. Namun semangat juang beliau tidak pernah luncur. Melayu CinDia mengucapkan Salam Takziah buat keluarga Arwah. Semoga roh beliau ditempatkan golongan2 Mujahidin. Amin.






Sep 21, 2011

DAP PULA GELAR DR. ASRI BAPAK SETAN.. BERANG BANGKIT ISU HUDUD!!

Maaf. Bukan Melayu CinDia yang gelar Dr. Asri bapak setan. Dr. Badrul Amin dari PKR yang cakap. Namun gelaran tersebut akhirnya ditujukan juga oleh beberapa Pemimpin DAP khas buat Dr. Asri. Semalam bekas Mufti Perlis ini telah membangkitkan berkenaaan perlaksanaan Hukum Hudud di peringkat Pusat. Beliau memberi idea yang membuktikan tiada alasan bagi mana2 pihak yang memperjuangkan Hukum ini untuk melaksanakannya waimah pada era serba moden masa kini. Namun pandangan Dr. Asri ini telah menyebabkan DAP kembali menyalak dan berang. Umum mengetahui DAP tidak akan sama sekali melaksanakan apa jua sistem perjuangan yang tertumpu kepada Agama Islam semata2. Beberapa Pemimpin DAP peringkat akar umbi di Wilayah mendesak agar Dr. Asri menarik semula kenyataan mengenai idea perlaksanaan Hukum tersebut. Dr. Asri juga telah membuat satu bentuk hasutan terhadap masyarakat agar membuat desakan Hukum tersebut dilaksanakan. Mereka memberi amaran kepada PAS agar tidak mengambilkira pandangan Dr. Asri kerana ianya tidak termaktub di dalam perjanjian bersama Pakatan bersama PKR. Dr. Asri yang setakat ini tidak menyertai mana2 Parti Politik pernah diasak menyertai PAS agar dapat membantu membawa 1 era pembentukan Islam alaf baru. Beberapa Pemimpin DAP ini akan menemui Penasihat Parti, Lim Kit Siang agar mendesak Anwar mengarahkan Dr. Asri menarik semula kenyataan tersebut. Apa yang marah sangat DAP? Dr. Asri bukan tokoh politk. Beliau berhak memberi pandangan beliau. Apa yang DAP terlalu gusar mendengar perkataan Hudud? Jangan khuatir, PAS takkan laksanakan Hukum tersebut. Kerana itu semua mainan politik PAS sejak dahulu untuk memperlihatkan kekuatan pegangan Agama. Selagi PAS bersama Parti kamu, mereka bukan sahaja tidak akan melaksanakan Hukum Hudud, malah mana2 usul untuk menggubal ke arah perundangan Islam tidak akan menjadi kenyataan. Kalau ada pemimpin PAS cuba mengatur strategi melaksanakannya, maka akan jadilah seperti Hasan Ali dan Ustaz Azizan Abdul Razak. Ditahan, disekat dan ditekan. "Insyaallah", DAP tidak perlu khuatir. Tak percaya tanya Hadi Awang? Kan?






SIDANG MEDIA PETANG INI.. ANWAR AJAK PAPAGOMO BERUNDING!!?

Sidang Media tergempar Anwar Ibrahim bersama Hadi Awang dan Kit Siang petang ini dikatakan mengejutkan ramai pihak. Jangkaan Sidang Media ini yang dikatakan berhubung Video Seks terbaru yang didedahkan jika diikutkan meleset sama sekali. Anwar sendiri mendakwa tidak akan melayan sebarang soalan atau penjelasan mengenai Video tersebut. Namun, tidakkah Anwar akan terus berdiam diri setelah pendedahan tersebut telah membongkar status moral beliau yang sebenar? Anwar buat pertama kalinya menyebut nama blogger yang mendedahkan Video Seks tersebut dijangka bakal membuat pengumuman pada petang ini. Adakah Anwar bakal menyaman blogger Papa Gomo? Anwar tidak akan meludah kata2 nya. Kerana Anwar mendakwa Blogger Pro Kerajaan tidak mampu membayar saman beliau. Anwar dijangka akan mengatur strategi memastikan bahawa status moral beliau kembali bersih walaupun masih menafikan beliau merupakan individu di dalam video terbabit dek kerana isu perut semata2. Terbaru, isu sandal yang dipakai Anwar di dalam Video tersebut pula dipertikai. Adakah Hadi Awang masih mampu bertahan melakonkan watak pembela Anwar? Presiden PAS itu dilihat tidak sabar2 menanti keputusan Kes Liwat Anwar yang dijangka tidak memihak kepada beliau seterusnya melaksanakan strategi yang telah dijanjikan Mat Sabu. Mat Sabu telah bersumpah dengan Presiden PAS tersebut akan melaksanakan 1 strategi yang akan menguntungkan Hadi Awang secara peribadi seterusnya parti PAS itu sendiri secara am dengan syarat tidak meneruskan niatnya untuk mengadakan sebarang kerjasama dengan UMNO waimah isu yang tidak berkaitan politik. Hadi Awang tidak lagi akan hadir ke Sambutan Maal Hijrah, Maulidul Rasul atau2 mana2 program anjuran Kerajaan Pusat seperti sebelum ini ditemani Ustaz Nasharuddin. Persoalannya, adakah Mat Sabu berjaya melaksanakan cita2 Hadi Awang? Adakah benar Anwar akan meneruskan perancangan untuk bertemu blogger Papa Gomo? Atau Anwar sendiri bakal menjilat ludahnya kembali bertindak menyaman blogger tersebut? Pusinglah ke mana jua hendak dipusing. Kerana bumi ini bulat. Lari 1pusingan, akan kembali ke tempat asal Anwar.






IMEJ TOK GURU JADI BUSUK.. KAUT TANAH BEKALAN 'MB IN WAITING'!!

Husam Musa kembali raih populariti murahan. Beliau selesai beberapan saman propaganda yang cuba dibangkitkan sebelum ini, bekas blogger belaan beliau sendiri hendak disaman pula. Sebab apa? Berkenaan 3 artikel yang didedahkan blogger ini. Kickdefella telah mengeluarkan pendedahan yang antara salah satu dari artikel tersebut mendedahkan kerugian besar Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak RM 50 Juta akibat daripada tindakan rakus Husam merampas tapak tanah yang yang menempatkan Arked Uda bagi membangunkan premis perniagaan sebagai usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi peniaga kecil di lokasi tersebut. Peniaga2 ini dipindahkan sementara ke Bazaar Tok Guru. Pada mulanya, Husam dilihat kononnya berusaha untuk menyelesaikan masalah peniaga2 kecil ini, akan tetapi, peniaga2 ini hilang mata pencarian dek kerana Bazar Tok Guru menjadi Lubang Kubur ini mengakibatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri seolah-olah ia tidak berkesudahan. Pendedahan Kickdefella ini mencacatkan imej beliau yang dikatakan bakal menggantikan Nik Aziz bagi jawatan MB Kelantan. Pengumuman saman RM 5 Juta dilihat 1 ugutan jahat bagi memastikan lelaki belaan beliau 1 ketika dahulu ini tidak lagi membogelkan imej buruk beliau. Adakah dengan cara ini Husam dapat membersihkan imejnya bagi melayakkan dirinya menggantikan Nik Aziz? Imej beliau tidak pernah bersih. Rahsia kesemuanya ada di tangan blogger ini. Jangan kata ini semua fitnah. Kamu yang melantik Kick sebagai satu2 nya blogger bagi menaikkan imej kamu, dan menumbangkan Kerajaan BN. Sehingga sanggup membayar jutaan ringgit kepada blogger ini demi memastikan imej kamu dilihat bersih. Kenapa Kick meninggalkan kamu Husam? Kamu tahu jawapannya. Perilaku kamu ini bakal menjahanamkan Kerajaan Negeri Kelantan. Husam kelihatan terlalu panik sehinggakan mengeluarkan kenyataan terbuka pengisytiharan saman terhadap Kickdefella, walhal writ saman tidak lagi diberikan secara rasmi. Adakah ini semua sekadar propaganda kamu bagi menutup keaiban sendiri? Ingat, Kickdefella sedikitpun tidak gusar berhadapan dengan kamu. Kerana dia tahu siapa sebenarnya Husam Musa. Kick sanggup berdepan demi membuka mata masyarakat Kelantan pelan strategi Husam mengaut harta kekayaan hasil harta Kerajaan Negeri. KLIK DI SINI untuk melihat paparan antara artikel yang dibongkar Kickdefella yang menyebabkan Husam bertindak menyaman beliau.






"ANWAR KAWAN MAKAN KAWAN.. SAMPAI BILA2 PAS TAKKAN LUPA!!" - DEWAN ULAMA'.

Orang yang kenal Anwar dari pelajar UM lagi memang tahu dia jenis manusia yang tak boleh dipercayai. Cakap memang cekap. Pidato memang memakau. Tapi hanya mulut sahaja bisa berbicara. Mana ada buat apa2. Guna populariti orang sahaja. Masa Demonstrasi Ops Baling dulu, dia bukan tulang belakang. Tak terlibat pun dalam mengatur strategi. Tahu2 je bila demo, dia dijulang seolah2 pejuang Ops Baling. Kawan2 dia tahu lah perangai dia ni. Masuk ABIM pun, semua penyokong yang kena pukau dengan dia cakap dia antara pengasas ABIM. Siapa cakap dia? Mana ada. Dia tahu ABIM mampu tarik orang Muda Melayu masa tu. Sebab tu dia target nak pegang jawatan Presiden. Tengok ABIM makin runtuh. Dia nak masuk PAS belum tentu dapat jadi PM. Orang cakap dia deal dengan Mahathir. Bukan.. Ada la orang yang sampai sekarang tak puas hati dengan Mahathir bawa Anwar, perkenalkan kepada Mahathir. Terus masuk UMNO. Padahal malam sebelum umum masuk UMNO, bersumpah dengan sahabat2 PAS dia, takkan masuk UMNO. Sumpah makan sumpah, terus kena tipu. Tanyalah Mat Sabu. 10 tahun dapat jadi TPM. Tok sah tanya macam mana boleh cepat dapat jawatan. Dia otak kalau strategi nak pegang kuasa memang geliga. Nak cantas orang memang bijak. Tapi bila orang bongkar kisah dia, dia panik. Cari kawan2. Tapi sampai bila kawan2 nak tolong dia. Dia sendiri tipu kawan2. Tipu orang2 bawah dia. Tapi Tuhan Maha Kaya. Dia tak dapat juga jadi PM. Moral janganlah nak kelentong. Masa nak kawin dengan Wan Azizah dulu tanya Ustaz Awang dgn. Mufti Perak Harussani. Macam mana dia bawa lari anak dara orang. Itu dok kata moral tinggi. Tapi kemahiran berpidato menjadi penyebab dia mudah diberi perhatian. Tapi sampai bila sangat. Dia ingat PAS sokong dia. Dia lupa dendam orang2 PAS, bekas2 sahabat dia yang memang taknak dia ke depan. Silap2 masuk penjara pun PAS tak heran. Anwar mana ada tolong masa Ibrahim Libya Mati? Anwar mana ada tolong masa Pemimpin2 PAS ditahan ISA? Anwar tak pernah tolong. Sokong lagi. Kini tiba masa PAS balas dendam. PAS nak rompak idea dia. Bila dah rampas Kerajaan Pusat jangan harap kau jadi PM Anwar. Dalam PAS ramai musuh ketat dia. Lebih ketat dari musuh dia dalam UMNO. Kenyataan salah seorang Pemimpin PAS yang mengenali Anwar era akhir 1960an. Siapa? Tanya Mat Sabu.. Sekadar renungan buat mereka yang masih memuja Anwar. Dan buat penyokong PAS yang menganggap PAS berjiwa Islamiah. Walhal mereka semasa mereka penuh dengan dendam. DAP? Tak ambil kisah. Kerana Anwar dan PAS terkedu tak terkata kerana mereka memegang kuasa Pakatan. Akhirnya? Tiada lagi kuasa Islam. Tiada lagi kuasa Melayu. DAP bertindak seperti Penjajah British.





Sep 20, 2011

"ANWAR.. JGN. RASUAH PEMIMPIN KAMI, PKR KINI MUSUH KAMI!!" - DAP JOHOR.

Nampaknya ada pemimpin atasan PKR cuba mempolitikkan isu ini bagi mengadakan 1 lakonan hebat keretakan hubungan DAP dan PKR Negeri Johor. Oleh itu, beberapa pemimpin DAP Negeri memberi amaran tidak akan merestui mana2 Sidang Akhbar yang dikatakan bakal berlangsung selepas ini bagi memulihkan hubungan kedua2 parti tersebut. "Jika ada, itu semua propaganda politik. Hakikatnya kami memang tidak akan berhubung dengan PKR Negeri mahupun Pusat sama sekali. PKR tidak sedar diuntung." Itu reaksi beberapa kumpulan yang juga disertai beberapa AJK Bahagian DAP peringkat Bahagian. DAP yang kini sedang bertelagah dengan PKR berkenaan isu perebutan pembahagian kerusi jawatan DUN dan Parlimen menjelang PRU13. Anwar kini dikatakan sedang berunding bersama Guan Eng bagi mengatur 1 lakonan melalui Sidang Akhbar bagi menunjukkan kepada umum bahawa pergelutan tersebut telah selesai secara muafakat di masa akan datang. DAP Johor turut memberi amaran kepada Chua Jui Meng selaku orang No. 1 PKR Johor agar tidak bersikap angkuh dan membiarkan Anwar yang semakin gila kuasa mengerah tenaga melaksanakan propaganda sedemikian kerana ianya akan membangkitkan lagi kemarahan kesemua DAP di peringkat akar umbi. Malah dijangka ada seorang Pemimpin DAP Negeri bakal dibayar dengan sejumlah wang besar oleh Anwar bagi mengepalai Sidang Media Propaganda tersebut. DAP Johor akan menentang habis2 an PKR Negeri waimah apa jua jalan sekalipun. Belum bentuk Kerajaan sudah bertengkar? Propaganda adalah nadi politik Anwar. Undilah Pakatan? Undi jika mahu lihat Negeri Johor bergelut.





PAKAR DNA AKHIRNYA MENGAKU ANWAR LIWAT SAIFUL!!

Hari ini terciptalah sejarah setelah Pakar DNA yang didakwa Anwar mampu menyanggah tuduhan liwat beliau memperakui air mani boleh diperiksa atau dikenalpasti lebih dari 100 jam. Peguambela Anwar sebelum ini cuba memutarbelit fakta bahawa adalah tidak logik air mani yang ada di dalam dubur Saiful Bukhari boleh dikenalpasti pemiliknya jika melebihi 48 jam. Namun kenyataan Pakar DNA dari Australia iaitu Brian Mc Donald menafikan pandangan dan hujah Peguambela Ketua Pembangkang tersebut. Akan tetapi, Brian dikatakan terpinga2 apabila diasak soalan berkenaan pemilik DNA tersebut sehingga menyebabkan pihak peguambela cuba mencelah kerana gusar sasaran kebenaran pemilik air mani tersebut dibongkar. Tapi biasalah, pemimpin2 yang jilat tapak kaki Anwar akan terus memutarbelit. Paling teruk pun dikata Najib bayar. Itu sahaja hujah yang mampu diberikan. Terpulang. Kerana kebenaran pasti akan terserlah. Semoga Allah memberi kebenaran kepada Saiful Bukhari.





Sep 19, 2011

SAYA AKAN KEKALKAN ISA UNTUK NAJIB.. ANWAR IBRAHIM!!?

Anwar ni masih tak berpuas hati dengan tindakan Najib memansuhkan ISA dan menggantikan ia dgn. 2 Akta baru. Sewajarnya berterima kasihlah pada orang yang pernah mengangkat kamu sebagai Timbalan Presiden UMNO suatu ketika dahulu ini (Pemilihan UMNO 1993). Ini Anwar menghentam pula dengan mendakwa tindakan Najib menggantikan 2 akta lain tiada gunanya. Najib telah mengambil 1 tindakan berani mati memansuhkan Akta ini tatkala beberapa Pemimpin NGO mengkritik dan menganggap Najib menurut perintah Pembangkang. Lalu tiada pula dari kalangan Pemimpin Pembangkang yang mahu mengucapkan Syabas waimah terima kasih sekalipun. Siapa yang bongkak sekarang Anwar? Siapa yang bodoh sombong wahai sang watak video seks? Tetapi tidak mengapa, rakyat yang selama ini menunggu janji2 palsu dan bohong kamu telah kembali bersama Najib. Berdoalah agar pembohongan mereka membawa kekalahan Pakatan pada PRU 13.






DR. RANI DEDAH FITNAH HASAN ALI ANGKARA KHALID SAMAD!!

Polemik fitnah untuk menjatuhkan Exco Selangor, Hasan Ali akhirnya dijawab Orang No. 1 PAS Selangor, Dr. Rani. Dr. Rani akhirnya bertindak membela Exco Selangor itu setelah sekian lama berdiam diri membiarkan Timbalannya, Khalid Samad mencapai matlamat Gila kuasa. Dr. Rani sebenarnya menyedari hakikat sebenar fitnah2 yang dilemparkan ke atas Hasan Ali merupakan salah 1 strategi Khalid Samad menjatuhkan beliau. Keadaan dan niat busuk Khalid Samad yang semakin tidak terkawal mungkin disedari kesemua Penyokong PAS Selangor. Mereka semakin terkeliru dengan tindakan 2 Pemimpin ini. Siapakah sebenarnya di pihak yang benar dalam hal ini. Jika benar Hasan Ali berada di pihak yang benar, kenapa dicantas Pemimpin ini? Jika Khalid Samad di pihak sebaliknya, kenapa pula beliau diterima kembali memegang jawatan asal? Puak PAS semakin terkeliru memilih pemimpin yang benar2 mampu membawa jihad perjuangan parti ke arah pembawakan daulah Islamiah. Hasan Ali dituduh proksi UMNO manakala Khalid Samad dikatakan pembawa ajaran sekular, Politik cantas mencantas semakin mekar di dalam PAS. Selangor menjadi penentu sebenar kekuatan PAS. Mampukah Penyokong2 PAS Selangor memilih pihak yang benar dan yang sebaliknya? Adakah dengan memilih dari 2 pemimpin ini menjanjikan syurga sepertimana yang disebut pemimpin2 mereka. Atau undi protes jalan penyelesaian pada PRU13?






Sep 17, 2011

ANAK ANWAR TUNJUK KEBENARAN.. AKIBAT HINA MORAL ORG. LAIN!!

Video paparan terbaru kisah moral Anwar telahpun dikeluarkan beberapa blog Politik. Blog Pro Pembangkang juga tidak ketinggalan berkongsi cerita yang sama. Persoalan demi persoalan timbul. Adakah kisah moral Anwar ini wajar dibicarakan? Adakalanya kita mesti buktikan bahawa seorang Pemimpin yang acap kali menghina moral Pemimpin Negara juga lebih buruk dari yang disangka. Kesemua Pemimpin yang Anwar hina merupakan rakan karib beliau di dalam UMNO. Video pendedahan Anwar dan Eskay di dalam lif ini merupakan salah satu pendedahan kecil. Persoalannya, adakah Anwar akan terus menghina mereka jika masih di dalam UMNO, waimah diangkat sebagai PM? Najib menjadi sasaran Anwar, tatkala masih tidak penat menghina pemimpin sebelum ini iaitu Tun Mahathir. Kini apabila didedahkan kisah moral Ketua Pembangkang, dikatakan pula ianya fitnah belaka. Terpulang, jika ini pemimpin yang rendah moral, wajarkah diambil idea dan konsepnya sebagai wadah perjuangan politik? Agaknya sebab itu Anwar tidak berani bersumpah mengikut perundangan Islam. Kerana Anwar sendiri berkata "Orang yang bersumpah mesti bebas daripada Maksiat." Anak putera Anwar iaitu Ehsan pernah memberontak dengan masalah moral bapanya. Inikah bakal PM? Inikah individu yang bakal diangkat konsep politiknya? Paparan VIDEO - KLIK DI SINI.





Link
Powered by Blogger.