Jun 30, 2011

PRU 13.. ANWAR PERNAH KATA OTAK MELAYU MACAM BERUK!!?

BERSIH 2.0 merupakan satu platform ekspress buat Pembangkang untuk memperbodohkan totok2 mereka yang selama ini dok terpukau dengan suara2 sumbang di setiap ceramah haram yang dianjurkan Pemimpin Atasan mereka. Salah satu perkara yang memperlihatkan cubaan Anwar dan kuncu2 beliau memperlakukan rakyat umpama beruk adalah Isu dakwat kekal yang diamalkan di Negara2 yang mempunyai jumlah kapitisi pengundi melebihi 100 Juta. Malah, ketidaktelusan masih berleluasa walhal semakin tenat. Mengambil contoh penggunaan dakwat kekal yang diamalkan di Thailand, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Datuk Wan Ahmad menjelaskan SPR telahpun meluluskan 1 sistem yang lebih telus iaitu Sistem Biometrik yang menggunakan pengesan Cap Jari. Namun ianya bukan sahaja tidak diulas dari pihak Pembangkang, malah provokasi dakwat kekal terus dicanang. Sistem Biometrik lebih efisyen dilaksanakan bagi setiap Pengundi sebagai langkah memperkasa teknologi sedia ada di samping membuktikan ketelusan yang lebih kukuh. Kenapa BERSIH menolak sistem ini? Atau Pemimpin2 mereka menggelabah tatkala SPR mempunyai idea yang lebih bernas dan memperlihatkan mereka berbohong kepada rakyat? Adakah kesemua 8 Tuntutan akan dilaksanakan jika mereka berjaya merampas kuasa Kerajaan Pusat kelak? Anwar sememangnya memperbodohkan penyokong2 beliau. Apa yang lebih menyedihkan, kesemua yang percaya akan penipuan tersebut berbangsa Melayu. Anwar sememangnya menghina krelibiliti minda masyarakat Melayu dengan memperbodohkan orang2 kampung dengan mendakwa ketidaktelusan akan semakin kritikal jika 8 tuntutan yang disuarakan BERSIH tidak dilaksanakan. Tak mengapa. SPR bakal turun padang. Menerangkan yang hak dan kebenaran. Sistem Biometrik dilihat membunuh karier Anwar. Kenapa? Kerana beliau lah Pemimpin yang tidak telus. Pemimpin yang menggelar Otak Melayu umpama Beruk. ATAU ANWAR KHUATIR SISTEM BIOMETRIK BAKAL MEMBOGELKAN KISAH SEKS TABII DAN LUAR TABII BELIAU??





PARLIMEN.. ANWAR MAKI JOHARI ABDUL DEPAN AHLI PARLIMEN PAS!!?

Ramai yang bercerita kisah Anwar enggan bercakap dan menegur Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul. Malah di Parlimen Anwar kelihatan serius setiap kali bertembung dengan beliau menyebabkan ianya menjadi bualan mulut di kalangan Ahli2 Parlimen dan wartawan yang bertugas di bangunan tersebut. Namun, 1 cerita yang dibongkar oleh seorang Ahli Parlimen PAS yang enggan namanya tertera mengatakan, Anwar Ibrahim pernah mengeluarkan kata2 kesat setelah terbongkarnya Video Aksi dan Adegan Johari Abdul bersama Trio T menonton Video Seks tersebut. Ahli Parlimen PAS itu mengakui beliau sendiri terkejut dengan tindakan Anwar itu lalu beredar tanpa menghiraukan Perbincangan Panas kedua2 pihak. Namun, beliau mendakwa beberapa Ahli Parlimen PKR sedang berusaha memberi penjelasan kepada Anwar agar tidak menunjukkan reaksi Negatif terhadap Johari Abdul kerana dikhuatiri ada di kalangan wartawan akan mengeluarkan spekulasi buruk mengenai hubungan dingin beliau dan Johari Abdul. Anwar yang sehingga kini masih belum dapat mengawal perasaan akan mengadakan perbincangan dengan totok2 MP PKR bagi memastikan isu ini menemui titik noktah. Johari Abdul merupakan Ahli Parlimen Pertama yang menonton Video Seks Anwar telah berkelakuan tidak sopan ketika menonton Video tersebut dan sempat bergurau senda bersama musuh ketat Anwar Datuk Trio T. Malah Johari Abdul menunjukkan reaksi memperakui Anwar merupakan individu di dalam Video Seks terbabit.



SEKS ANWAR.. JOHARI ABDUL DAKWA VIDEO CIKGU BARD LAGI DAHSYAT!!

Johari Abdul dilihat cuba hendak memesongkan cerita sebenar dengan mengaitkan nama Cikgu Bard sebagai mangsa keadaan. Umum mengetahui bahawa Cikgu tidak lagi serasi dengan Anwar setelah membongkar berlakunya penyelewengan semasa Pemilihan PKR yang lalu. Johari Abdul kini dikatakan akan mendesak bapa saudara beliau yang juga merupakan salah seorang Trio T iaitu Datuk Shuib untuk mendedahkan Rakaman CCTV situasi dan aksi Cikgu Bard semasa menonton Video Seks Anwar. Cikgu Bard dikatakan Pemimpin PKR selepas beliau yang turut menonton Video Seks Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Carcosa Seri Negara. Johari cuba mengalih perhatian sebenar. Krelibiliti beliau semakin tergugat. Adakah beliau merupakan Ahli Parlimen seterusnya yang akan dibuang Anwar dan tidak dipilih menjadi calon pada PRU 13?




PKR WILAYAH DESAK JOHARI ABDUL LETAK JAWATAN!!?

Ramai di kalangan AJK PKR Peringkat Cabang yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul setelah menonton Video tersebut. Ianya jelas membuktikan bahawa beliau seorang yang tidak telus dalam memperjuangkan Anwar. Aksi gelak ketawa bersama Datuk Trio T seperti ketika menonton Video Anwar sememangnya membuktikan bahawa Johari menganggap tayangan Video tersebut agak lucu dan mempersendakan Ketua Umum PKR tersebut. Johari Abdul diketahui umum merupakan Ahli Parlimen Malaysia yang pertama menonton Video Seks Anwar telah cuba membersihkan nama beliau dengan membuat 1 tayangan Video yang katanya Pembongkaran Paling Bodoh yang menidakkan perkaitan lelaki di dalam Video tersebut dengan Anwar. Akan tetapi, perbandingan yang dibuat memakan diri beliau sendiri sehinggakan pinggul punggung Anwar juga cuba diperbandingkan. Kebanyakan AJK Cabang Wilayah sendiri mendesak agar Johari diambil tindakan susulan atas keterlanjuran beliau menonton Video Seks Anwar sebagai simbol Lawak Jenaka.







Jun 29, 2011

YUSMADI PEMIMPIN TOLOL.. PAPA GOMO BAKAL MP BALIK PULAU!!?

ADOHAI.. hendak dikata bodoh, lulusan Peguam. Kelihatan ada juga pemimpin PKR yang membuat andaian yang sangat cetek. Pendedahan Blog Papa Gomo mengenai tindakan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul melalui Video Aksi gurauan senda dan pengakuan totok PKR ini yang mendakwa Anwar merupakan pelakon seks seperti yang dipertontonkan beliau telah dijawab oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi. Peguam ini mendakwa Papa Gomo cuba mencabar maruah PKR dan beliau sendiri dikatakan tidak mempunyai masalah mengenai hal tersebut kerana mengenali blogger tersebut. Ooookkkk.. Akan tetapi yang apa yang melucukan, Yusmadi ada menyebut bahawa Papa Gomo merupakan seorang Ahli Parlimen. Ahli Parlimen mana ye? Adakah benar Yusmadi mengenali Papa Gomo atau sekadar mencari populariti murahan di samping membodek punggung Anwar dengan gah mendakwa mengenali blogger tersebut. Tak kenal cakap tak kenal. Jangan pura2 kenal.. Pulak, tersalah andaian pula. Seronok Papa Gomo apabila digelar seorang Ahli Parlimen. Tapi itulah Ahli Parlimen PKR. Kalau dengan blogger Pro Kerajaan sendiri mereka mudah melatah, apatah lagi hendak berhadapan dengan Pemimpin No. 1 Kerajaan Najib Tun Razak. Menyalak di jalanan sahaja kerja mereka.





PAS ISYTIHAR SOKONG FAHAMAN SOSIALIS!!

PAS hari ini berkata mereka bakal menjadi benteng pertahanan PSM dalam memperjuangkan prinsip parti berkenaan. Walaupun dasar perjuangan mereka dilihat menentang Undang2 Islam namun ianya tidak langsung menjadi penghalang buat Parti pimpinan Hadi Awang itu untuk terus bersama PSM. Ini menyebabkan ramai di kalangan Ulama' PAS semakin berang dengan tindakan pemimpin2 Sekular PAS yang semakin terbuka dalam menerima parti yang bakal menghancurkan Prinsip asal PAS. Pengesahan ini dibuat ketika PAS bersama2 PSM mempertahankan dakwaan pihak polis yang mengatakan PSM membawa fahaman komunis sebagai hasutan untuk ke Rusuhan BERSIH 2.0 di Sungai Siput, Perak.




ULANG TAYANG VIDEO.. KAK WAN JIJIK TENGOK AKSI JOHARI ABDUL GELAK!!

AHLI PARLIMEN Sungai Petani, Johari Abdul mengakui bahawa Rahim Thamby Chik merupakan sahabat seperjuangan beliau sejak bersama2 dalam UMNO lagi. Beliau juga membuat pengakuan bahawa Datuk Shuib merupakan Ayah Saudara yang beliau amat hormati. Dua kenyataan yang lebih membuatkan totok2 PKR berang dengan beliau. Bagaimana Johari sanggup mengeluarkan kenyataan SAHABAT SEPERJUANGAN dengan individu yang merupakan musuh ketat Anwar? Malah, kenyataan dibuat di saat ketika Rahim dihina dan dicerca PKR setelah bersubahat membongkar perilaku moral Anwar di dalam Video tersebut. Ternyata Johari Abdul cuba memesongkan cerita sebenar di sebalik bilik tayangan Video tersebut. Jangan menipu lagi Johari, kelak akan dibongkarkan lagi beberapa Video selepas ini. Ada berita terbaru yang diterima bahawa Wan Azizah semakin marah dengan aksi Johari Abdul yang begitu asyik dan bergurau senda bersama Trio T.. Emm..





Jun 28, 2011

WARDINA SAFIYYAH NAFI SOKONG RUSUHAN BERSIH!!

Melayu CinDia ada terbaca beberapa buah Portal yang melaporkan kenyataan media mengenai spekulasi mengenai penglibatan Pelakon dan Pengacara, Wardina Safiyyah dalam Program2 anjuran Pembangkang. Malah dikatakan Wardina membuat kenyataan menyokong Rusuhan BERSIH pada 9 Julai ini. Beliau hari ini telah membuat penafian sekeras2 nya atas semua dakwaan tersebut malah berasa amat kecewa dengan spekulasi yang cuba untuk menjatuhkan krelibiliti beliau sebagai artis. Beliau akan membuat Sidang Akhbar Khas bagi membersihkan namanya daripada terlibat dalam apa yang beliau sebut Perhimpunan Haram BERSIH. Melayu CinDia sebenarnya antara ribuan peminat Wardina. Minat Melayu CinDia terhadap bakat lakonan beliau sejak kemunculan pertamanya di dalam sebuah drama di NTV7 yang digandingkan bersama Sarimah Ibrahim. Masa tu, Wardina masih tidak mengenakan tudung. Kemudian, bakat bidang pengacaraan beliau juga begitu baik sekali dalam sebuah rancangan Carta Muzik pada awal kemunculan di tahun yang sama. Bakat beliau kian terserlah menerusi rancangan Sitkom Spanar Jaya. Harapan Melayu CinDia, Wardina berkata yang benar. Itu sahaja.




VIDEO BUKTI PELAKU SEKS.. ANWAR TAMPAR JOHARI ABDUL!!?

AHLI PARLIMEN Sungai Petani, Johari Abdul kini sekali lagi berdepan dengan masalah baru setelah Video yang membuktikan beliau sendiri yakin dengan perilaku lelaki di dalam Video Seks yang ditonton beliau sendiri di Carcosa Seri Negara. Gurauan senda dan gelak ketawa antara beliau bersama Datuk Trio T benar2 membuatkan Anwar serta kroni2 beliau berang. Anwar dikatakan tidak mahu bertemu dengan Ahli Parlimen tersebut dan akan meminta wakil beliau menyiasat tindakan Johari Abdul.







WAJIB TENGOK.. RAKAMAN CCTV JOHARI ABDUL TONTON VIDEO SEKS ANWAR!!

VIDEO ini telahpun dirakamkan melalui CCTV sebagai persediaan sebelum Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul membuat kenyataan bertentangan dengan apa yang didakwa di Carcosa Seri Negara. Di dalam Video ini jelas membuktikan ungkatan terakhir beliau yang mengakui 'lakonan hebat' Anwar Ibrahim sebagai watak utama di dalam Video Seks tersebut. Aksi gelak ketawa Johari Abdul dilihat seolah2 memang menduga lelaki di dalam Video Seks tersebut merupakan Anwar. Lihat dengan jelas ayat terakhir beliau pada Video ini. Yes... Buka dan tonton video ini. Nescaya apa yang dibongkar Johari Abdul tipu semata2.






JOHARI ABDUL AKUI PERNAH TENGOK ANWAR BERBOGEL!!

Johari Abdul dilihat cuba membersihkan nama beliau semula setelah menonton Video Seks bos beliau bernama Anwar Ibrahim di Carcosa Seri Negara. Ahli Parlimen Sungai Petani ini juga merupakan Wakil Rakyat pertama di Malaysia yang menonton Video tersebut dan telah menyebabkan ramai di kalangan Pemimpin PKR berang dengan tindakan tersebut. Dengan rakaman Video yang dikeluarkan oleh beliau sendiri mendedahkan kononnya penipuan yang ditunjukkan melalui Video Seks Pemimpin No. 1 Pembangkang itu. Bukti2 yang dikemukakan jelas menunjukkan terdesaknya beliau. Lebih lucu, bontot Anwar juga cuba dibandingkan di antara rakaman Video Seks dengan realiti. Penggunaan perkataan tetek kendur juga amat melucukan. Johari Abdul seolah2 cuba memberitahu penonton bahawa beliau pernah melihat Anwar dalam keadaan berbogel. Mungkin.. Beliau kata beliau rapat dengan Anwar. Ramai di kalangan teman2 rapat Anwar yang kini tidak bersama perjuangan palsu beliau pernah melihat Anwar berbogel ketika mandi.. Oooookkkkk...




Jun 27, 2011

NIK AZIZ KATA PANDANGAN KOMUNIS DITERIMA ISLAM!!?

Agak malu apabila PAS kini semakin taksub mahukan kuasa sehingga sanggup mempertahankan Parti Sosialis Malaysia yang secara jelas membawa pendekatan yang bertentangan dengan prinsip pentadbiran Islam. Dahulu menjelang Pilihan Raya 11 iaitu pada tahun 2004 Nik Aziz sendiri menolak penerimaan Dr. Syed Husin Ali untuk bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu kerana bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) itu membawa fahaman sosialis yang tidak diterima dalam sebuah pentadbiran Islam. Namun kini semuanya dusta semata2. PAS sanggup menerima pandangan sosialis malah komunis hanya mahukan kuasa yang akan mencabul perjuangan PAS itu sendiri. Namun PAS memang hanya menggunakan Islam sebagai senjata kuasa semata2. Fikir dan Renung. Kenapa PAS menolak UMNO? Kononnya UMNO menolak Islam. Tolak Pentadbiran Hukum Islam. Rasuah. Kenapa pula PAS sanggup bekerjasama dengan Ambiga yang pernah mempertahankan golongan murtad? Mana lebih teruk? Ini semuanya politik semata2. Jangan cuba kelirukan rakyat. Kelak rakyat memberontak dengan mainan politik murahan kamu.





BERSIH VS PATRIOT.. HABIS HANCUR KUALA LUMPUR!!

PATRIOT... BERSIH... Mana satu ni? Setakat ini kedua2 nya kata Perhimpunan Aman. Tapi kalau sudah dikata Perhimpunan di KL, dalam sejarah Negara tak pernah aman pun. Mesti ada kekacauan. Tak banyak pun sikit mesti ada. Rakyat nampaknya sudah terkeliru nak pilih mana satu. Melayu CinDia cadang kita ikut style orang Cina. Buat peniaga teruskan perniagaan anda. Kalau yang berniaga di KL tukarlah tempat meniaga di kawasan lain. Sekurang2 nya dapat hasil untuk tingkat taraf hidup. Kalau yang bekerja Pejabat, duduk saja di rumah bersama keluarga. Gunakan kesempatan tersebut untuk merapatkan hubungan keluarga. Kadang2 kita terlepas pandang perkembangan terbaru anak2 kita. Itu yang Melayu CinDia lihat jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang tak berkesudahan politik tanah air. Bukan apa? Yang gaduh Melayu sama Melayu juga. Pening... Teringat kata2 Mahathir, Demonstrasi itu bukan budaya kita. :-)




HADI AWANG AKUI 'AKUR' JIKA GUAN ENG JADI PM!!

Blogger Kickdafella atau nama sebenarnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz (gambar), berkata, sekiranya presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata video adalah besi yang tidak boleh bercakap, ia bermakna PAS menghalalkan rakyat menonton filem lucah. “Kalau Hadi cakap macam itu, bermakna kita boleh anggap tengok video lucah macam tengok besilah. Islam bukan agama yang mundur. Islam adalah agama yang maju dalam teknologi. Kita juga mempunyai ramai cerdik pandai Islam. Tuhan telah memberi kita akal fikiran untuk mendalami ilmu. Kenyataan Hadi itu menunjukkan tahap mentaliti PAS,” katanya.




RUSUHAN BERSIH.. PM AKHIRNYA BERSUARA!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak bersih Beliau berkata jika pilihan raya di negara ini tidak bersih, tentunya pembangkang tidak akan dapat berkuasa di lima negeri pada pilihan raya umum yang lepas. "Kalau kita boleh manipulasi semua pilihan raya ini, baik semua negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). Kita bukan orang yang manipulasi pilihan raya. Kita tidak rela berkuasa melainkan kita didokong oleh rakyat. Itu Barisan Nasional. Kita hanya rela berkuasa kalau rakyat bersama kita, tetapi janganlah buat sesuatu yang menimbulkan huru-hara dalam negara semata-mata mereka hendakkan kuasa politik," katanya.



Jun 26, 2011

RUSUHAN BERSIH.. AMBIGA TERIMA ARAHAN DARI BILL CLINTON!!?

Beberapa Penyokong kuat PKR telah membongkar mengenai strategi Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga yang telah bersiap sedia meninggalkan Malaysia sehari sebelum RUSUHAN BERSIH 2.0 sebagai langkah susulan sebelum beliau ditangkap kerana berkeras untuk menganjurkan rusuhan tersebut. Ini menimbulkan tanda tanya penyokong2 PKR yang sebelum ini pernah mendengar sendiri ucapan Ambiga yang akan terus mempertaruhkan nyawanya asalkan Rusuhan tersebut dapat dilaksanakan. Ambiga juga dikatakan sangat ekstrim mempertikaikan Perlembagaan Negara yang katanya wajar digubal mengikut peredaran populasi masyarakat Malaysia pada hari ini. Hmm.. Gaduh Melayu, Gaduh.. Siapa yang untung? Yang Melayu CinDia nampak orang Melayu semakin rugi. ps : Luar Negara? Negara apa tempat persembunyian Ambiga?





ULAMA' PAS BONGKAR PENGARUH KOMUNIS DALAM PAS!!?

Beberapa anggota Dewan Ulama' PAS Kawasan Gombak hari ini mendesak agar PAS tidak bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan serta merta. Rata2 dari kalangan mereka sememangnya sekian lama mengesyaki perjuangan yang dibawa Parti pimpinan Dr. Nasir itu namun dengan bukti2 yang diperjelaskan pihak polis, nyata apa yang mereka ramalkan benar belaka. Komunis yang semua sedia maklum kini semakin bijak menggunakan strategi menguasai minda masyarakat dengan memperjuangkan hak2 rakyat sebagai propaganda bagi merealisasi matlamat asal. Malah salah seorang daripada Anggota Dewan Ulama' PAS yang menginap di Gombak pernah bersama2 tentera pada tahun 1970an memerangi komunis dan sememangnya beliau tahu akan strategi jangka panjang yang dirancang setelah Kerajaan pada ketika itu berjaya menumpaskan Komunis. Dewan Ulama' PAS pernah membawa perkara ini ke Majlis Syura namun tiada sebarang tindakan susulan. Mereka juga berasa janggal setelah PSM sehingga kini tidak memilih untuk bersama dalam Gabungan Pakatan yang ditubuhkan dan ianya diperkuatkan lagi dengan agenda yang diterangkan di dalam blog mereka yang membeza2 kan perjuangan PAS dan PSM. Malah, PSM kata mereka akan menggunakan Himpunan BERSIH 9 Julai ini sebagai platform bagi membangkit semangat Komunis dengan menentang Kedaulatan Agama dan Negara. Semalam, pihak polis telah menangkap beberapa aktivis PSM yang didakwa membawa fahaman komunis kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong. Aktivis2 ini telah menggunakan RUSUHAN BERSIH 2.0 bagi merealisasikan matlamat mereka. Antara Pemimpin PAS yang dilihat mempunyai hubungan akrab dengan PSM termasuklah Mat Sabu dan Mujahid Yusof Rawa.




KETUA UMUM PAKATAN.. AMBIGA BAKAL GANTI ANWAR!!?

Pakatan Rakyat dilihat begitu yakin mampu tawan 11 Negeri pada PRU13 kelak.. Katanya berdasarkan rekod pengundi Cina, mereka begitu yakin mampu merealisasi impian merampas Kerajaan Pusat. Persoalannya, siapa yang bakal menggantikan tempat Anwar? Ramai di kalangan aktivis2 DAP dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sedang menjaja nama Ambiga b'dasarkan komitmen, kerjaya dan pdekatan beliau yg amat sesuai bagi mengekalkan sokongan pengundi Cina. Mungkin ini akan menggagalkan usaha Mat Sabu bagi meneruskan hasrat melonjak nama Hadi Awang bagi memimpin gabungan tersebut. Malah PSM sendiri akan menjadi tulang belakang Pakatan jika Ambiga berjaya memimpin Pakatan. Emm.. Intellegent Melayu Islam belah Pakatan ni ye..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

RUSUHAN BERSIH.. KJ PULAK DIUGUT BUNUH!!

Melayu CinDia ada terbaca dalam online yang mendakwa KJ mendapat ugutan bunuh dari seseorang melalui kiriman pesanan ringkas (SMS). Katanya ianya berkenaan dengan penganjuran perhimpunan yang beliau dan sayap parti UMNO itu akan lakukan pada 9 Julai ini menentang Rusuhan BERSIH 2.0. Adoi, Melayu CinDia sendiri walaupun ada beberapa perkara yang tidak bersetuju dengan Ahli Parlimen Rembau ini pun tak lah sampai terfikir hendak membunuh. Malah dari pihak pembangkang sendiri. Anwar tu pun tak ada pula terfikir benci sampaikan hendak bunuh. Gila. Katanya KJ sekarang sedang membuat laporan polis. Tu la.. Sudahlah, hentikan demo2 ni.. Orang Melayu juga yang berpecah. Yang nak membunuh KJ tu da dapat cuci dosa dari Nik Aziz ke belum?





Jun 25, 2011

VIDEO SKANDAL GAY PENGACARA POYO DAN ANWAR IBRAHIM!!

MENYALAK!! Sudah buat salah masih hendak pertahankan. Melayu CinDia ada menonton Video yang cuba didedahkan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. Beliau dengan lagak poyo mendedahkan beberapa persoalan yang tidak logik akal. Alasan yang sama diberikan. Perut Anwar, Tetek Anwar dan yang paling tak tahan bontot Anwar juga diperbandingkan. Seboleh2 terdesak hendak menafikan Anwar sampai tahap sebegitu sekali. Suka hati. Anwar, jangan dicabar polis. Rekod semuanya ada pada mereka. Jangan pula bila sudah keluar Video Seks Anwar versi warna diberi pula alasan lain. Anwar memang bijak memberi alasan. Sungguhpun begitu, Trio Datuk T tetap didakwa dan dihukum. Kenapa? Hukuman ringan sangat? Mereka tidak melakukan seks bebas. Mereka mendedahkan seks bebas Anwar. Salahkah? Sebelum orang ini dijulang sebagai Perdana Menteri, bukankah releven jika rakyat ketahui siapa beliau? Hmmm.. Bagi lah apa sudah sebab dan bukti, totok2 Anwar ni takkan percaya punyalah. Kalau percaya pun buat2 percaya. Tak pun keluar parti. Itupun dikata BN beli.. Pulak. Terpulang. TAPI TENGOK JOHARI ABDUL JADI PENGACARA MEMANG POYO GILA. KONON NAK JADI MACAM MAZIDUL AKMAL SIDEK LAH!!




SULTAN MIZAN KECEWA RUSUHAN BERSIH 2.0!!?

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menzahirkan kebimbangan baginda melihat krisis perpecahan yang begitu ketara di kalangan umat Islam ketika ini. Titah baginda, keadaan itu tidak wajar dibiarkan berterusan kerana dikhuatiri peluang itu digunakan pihak tertentu menangguk di air keruh untuk menghancurkan kekuatan umat Islam. Justeru, baginda dalam titah ucapannya itu mahu semua pihak mempertingkatkan usaha untuk mengembalikan semula perpaduan sesama umat Islam selain menghindari perbuatan yang boleh mencetuskan perpecahan dengan mengamalkan budaya mazmumah. Baginda juga bertitah Umat Islam perlu mengambil pengajaran apa yang berlaku di negara Islam lain yang bertelagah sesama sendiri. Tiada siapa yang memperoleh manfaat, sebaliknya rakyat yang terus menderita dan negara tidak stabil akibat pertelingkahan yang berpanjangan. Baginda juga turut menyeru umat Islam untuk hidup bersatu padu di bawah satu akidah dan agama dengan tidak mengutamakan kepentingan diri atau kelompok sendiri. Umat Islam juga perlu sentiasa bekerjasama dan bersatu dalam semua perkara terutama yang boleh membawa kebaikan kepada agama dan umat Islam keseluruhannya.




TANGKAP SEMUA PENCETUS KEKACAUAN RUSUHAN BERSIH 2.0!!

Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan polis dalam tiga tangkapan berasingan malam tadi, dipercayai berkaitan dengan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini. Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainudin ditahan kira-kira jam 11 malam di Shah Alam ketika pelancaran awal kempen BERSIH 2.0. Difahamkan beliau ditahan di ketika mahu minum segelas air sebuah restoren ketika dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam supaya kenyataannya dapat dirakam polis. Sementara seorang anggota PAS yang dikenali sebagai Shafri difahamkan turut ditahan, dipercayai kerana membawa barangan serta pakaian yang berkaitan dengan himpunan BERSIH. Kedua-dua mereka dilepaskan awal pagi tadi. Di Johor pula, tujuh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan ketika sedang mengedarkan risalah berkaitan himpunan BERSIH dalam pelancaran kempen 'Udahlah tu ...Bersaralah'. Malaysiakini.




Jun 24, 2011

VIDEO SEKS.. NAJIB TUN RAZAK DALAM SENARAI KES MAHKAMAH!!?

Semakin hampir bukti yang mengatakan bahawa individu di dalam Video Seks tersebut merupakan Anwar Ibrahim. Tapi buatlah macam mana sekalipun, totok2 Anwar tetap akan menafikannya. Dipusing, dipintal sampai mati tak tahu nak beri alasan apa lagi kepada penyokong. Simpati sahajalah. Raih Simpati itu senjata paling utama Anwar. Jikalau ada yang percaya sekalipun, mereka akan buat2 tak percaya. Ini hakikatnya. Anwar kata UMNO julang Pemimpin Sundal, Pemimpin Korupsi, Pemimpin yang gemarkan seks bebas. Eh? Siapa yang Anwar perkatakan ni? Ada bukti? Peminat2 Anwar kalau da fanatik tak payah bukti. Anwar sebut ternganga dan terus percaya. Itu kelebihan yang Allah berikan kepada Anwar. Tapi disalahgunakan untuk membina benteng kesalahan maruah peribadi. Kak Wan? Entahlah. Mithali sungguh isteri Anwar ini. Ada yang kata Mithali tak bertempat. Tak kena pada caranya sehingga sanggup bersubahat untuk menipu rakyat Malaysia. Habis tu? Nak buat macam mana. Isteri kita sendiri belum tentu akan buat begitu. Patutlah Mat Sabu sampai sekarang rasa kesal dan berang dengan Anwar dek kerana kisah zaman Gila2 Remaja mahukan Azizah. Tapi macam mana sekalipun, jawapan semua pada Majoriti Rakyat Malaysia. Kak Wan dikatakan telah berjumpa sendiri dengan wanita cina yang mendapat jolokan China Doll di dalam Video tersebut. Biarkan. Kitakan ada Allah. Usaha da berdoa sahaja. Melayu CinDia salute pada PM Najib Tun Razak yang langsung tidak ambil tahu hal yang tiada kaitan dengan tugas2 seharian beliau sebagai Pemimpin No.1 Negara. Beliau dilihat begitu asyik dan memberi tumpuan bagi memastikan Negara sentiasa maju dan terus maju. Urusan Kerajaan menjadi keutamaan anakanda Tun Abdul Razak ini. Walaupun Anwar tiap2 hari dok canang 1 Dunia Najib Perancang utama Video Seks tersebut, ianya tidak sama sekali menjadi penghalang untuk beliau terus fokus mentadbir Negara. Bila fikir2 balik Anwar sekarang macam syok sendiri. Tension. Macam Ahmad Nisfu dalam 3 Abdul. "Kita nak bagi dia marah.. Balik2 kita yang marah. Tuan Penasihat, gagal lagi rancangan kittttttttaaaaaaaaaaa." SYABAS PM.




TRIO DATUK T KINI DI MAHKAMAH.. ANWAR HANTAR SPY!!?

BRAVO buat Trio Datuk T yang berani tampil ke mahkamah menuntut kebenaran mengenai pembongkaran Video Seks Anwar. Beberapa rakan media memberitahu Melayu CinDia beberapa Penyokong turut hadir memberi sokongan terhadap mereka dalam membogelkan individu sebenar yang berlagak sebagai Pejuang Negara bernama Anwar Ibrahim. Namun perlu diingat. Anwar sudah pasti menghantar kuncu2 beliau untuk membuat provokasi. Perbicaraan ini membuktikan ketelusan pihak Mahkamah dalam mendakwa kesemua pihak yang disyaki melakukan kesalahan tanpa sebarang kepentingan. Tapi biasalah, selagi Anwar dan kuncu2 nya tidak menjajah Kerajaan Malaysia, selagi itulah dikatanya tidak adil. Dulu masa Mat Sabu didakwa ke mahkamah atas tuduhan Khalwat dicanang Mahkamah Persekutuan antara yang terbaik di Asia. Dihina Mahkamah Syariah tajaan PAS. Politik tetap Politik. JANGAN HIPOKRIT ANWAR!!

Jun 23, 2011

JUDI @BERSIH - PAS BUAT CABUTAN BERTUAH RM1 JUTA!!?

Melayu CinDia terkejut mendapat berita bahawa PAS sehingga sanggup menawarkan sejumlah Wang Lumayan bagi peserta pilihan. Antara tawaran yang diberikan adalah untuk gambar paling provok sepanjang RUSUHAN BERSIH. Ini disahkan sendiri oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang dikatakan khuatir sambutan yang diberikan untuk RUSUHAN tersebut malap. . Maka strategi sebegini dilihat lebih efektif bagi menarik minat orang ramai hadir. Manakala beberapa tawaran akan dibuka jika sambutan yang diberikan masih dingin. Malah dikatakan Wang Lumayan juga akan diberikan bagi Kumpulan Paling Ramai membawa bersama ke Perhimpunan BERSIH 2.0 mengikut Negeri. Ini merupakan 1 langkah terdesak PAS yang diperkudakan DAP bagi terus dan terus menghasut orang ramai datang menjadi alat politik jalanan yang akan mengukuhkan lagi momentum Pakatan di mata dunia. Laporan mengenai tawaran tersebut dikatakan telahpun dimuatkan di dalam Harakahdaily




BERSIH 2.0.. AMBIGA HINA RAJA-RAJA MELAYU!!?

Beberapa NGO dilihat sudah mula membuat desakan dan menghantar memorandum agar menarik semula gelaran Datuk yang diberikan kepada Pengerusi RUSUHAN BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan. Antara pihak Istana yang menerima memorandum tersebut termasuklah Istana Perak. Pada pandangan Melayu CinDia, usaha ini nampak 1 inisiatif yang sihat akan tetapi tiada gunanya. Jika benar hendak menarik semula pingat yang dianugerahkan, orang yang sepatutnya didesak adalah Anwar Ibrahim yang merupakan kepala ular yang menyengat bisa2 tajam terhadap totok2 yang sekian lama bersama dengannya sehingga hari ini. Ambiga sekadar Kambing Hitam yang diperkudakan Anwar dan kuncu2 nya untuk memperlihatkan provokasi yang dilakukan pihak lawan. Ini strategi sulit insan yang bergelar Pengkhianat Melayu, Cina, India, Kadazan dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Buat mereka yang telah terkena bisa tajam Anwar, kamu ingat orang ini akan bantu kamu jika mendapat kuasa? Jika mahu, di dalam Kerajaan dahulu beliau telah laksanakan. Anwar cekap dalam menghisap aura kepimpinan rakan dan lawan yang akhirnya, beliau yang akan ke depan tanpa perlu melakukan apa2. Tugas beliau sekadar menghasut menggunakan kemahiran berpidato yang jelas menyalahgunakan anugerah Tuhan terhadap beliau. BERSIH 2.0 TAK RELEVEN!!



HADI AWANG KATA BERSIH 2.0 TANDA PROTES VIDEO SEKS ANWAR!!

HADI AWANG yang telah terkena racun berbisa Mat Sabu mengajak kesemua Ahli PAS menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 kerana ianya penting bagi membuktikan kepada DAP kekuatan PAS yang tidak mampu dijatuhkan parti pimpinan Karpal Singh. Beliau dikatakan juga BERSIH 2.0 akan menjadi penentu siapakah bakal mengepalai Pakatan apabila Anwar dipenjarakan. Jawatan tertinggi itu menjadi rebutan antara ketiga2 parti setelah PAS dan DAP masing2 sedang menunjukkan kekuatan masing2 melalui pelbagai program. Umum mengetahui PKR sendiri tidak mampu menunjukkan aura parti ini tanpa kekuatan jentera PAS. Hadi Awang juga seolah2 sedang menjaja diri untuk ke depan dan sudah tiba masanya katanya beliau membuktikan kelayakannya untuk menggantikan jawatan Ketua Umum Pakatan daripada Anwar. DAP sebelum ini ada menyebut sanggup memberikan jawatan tersebut kepada beliau dengan syarat kuota bagi jawatan Kabinet dikuasai DAP jika menang pada PRU13 kelak. Bayangkan.. PM Hadi Awang, akan tetapi jawatan kabinet 70% daripada DAP. Kambing Hitam? Rusuhan BERSIH 2.0 tetap tak releven.





ASTRO CALAR MARUAH KELUARGA P.RAMLEE!!?

Agaknya menjadi 1 trend masyarakat Malaysia. Pada awal kemunculan sehingga tahap klimaks, pemujaan terhadap Artis tanah air mengalahkan Dewa, namun akibat kesilapan kecil yang menjadi lumrah manusia, Artis terus dilupakan dan terbiar seperti peminta sedekah. Terpaksa menunggu sehingga menghembuskan nafas terakhir, baru dipuja semula. Pada masa itu, tiada apa lagi yang istimewa. Hanya tinggal sisa2 karya agung buat masyarakat Malaysia. Begitulah insan bernama P.Ramlee. Walaupun Kerajaan Malaysia sentiasa memberi penghargaan kepada beliau sekeluarga, namun ada juga beberapa Syarikat Rakaman dan Penyiaran Swasta yang mengambil kesempatan menyiarkan semula karya Agung P.Ramlee tanpa sebarang kebenaran mahupun royalti terhadap waris beliau. Hasil karya P.Ramlee apabila ditayangkan di kaca2 televisyen, terlihat jelas kualiti yang tersendiri terutamanya Filem2 dan lagu2 beliau. Namun, keluarga P.Ramlee terus diketepikan mereka. Tiada sebarang royalti. Malah tidak dihormati langsung. Seolah2 P.Ramlee tiada waris. Walhal beliau masih punyai menantu dan cucu2 yang masih hidup. Kenapa mereka tidak dibela? Kenapa Syarikat2 Penyiaran Swasta sepeti ASTRO tidak pernah memberi royalti kepada waris Seniman Agung tanah air ini? Apa guna diagung2 kan insan bernama P.Ramlee akan tetapi waris2 P.Ramlee tidak dihormati? Melayu CinDia menyokong penuh usaha anak2 Allahyarham Nasir P.Ramlee yang mahu menuntut royalti terhadap setiap karya yang disiarkan Syarikat2 Penyiaran Swasta. Sekurang2 nya, nasib mereka terbela. Sungguhpun di saat2 akhir pemergian P.Ramlee, beliau dilihat seperti sampah, Alhamdulillah, cucu2 beliau begitu cekal untuk terus memertabat karya yang menjadi modal menaikkan rating syarikat2 sebegini. Teruskan perjuangan. Melayu CinDia sentiasa menyokong penuh usaha sebegini. Namun, Jutaan Terima Kasih buat Syarikat2 Seni yang terus menjulang karya insan bernama Tan Sri P.Ramlee.




PKR KATA BAPAK SETAN PUN SOKONG RUSUHAN BERSIH!!

POLITIK itu POLITIK juga. Jangan hendak dikata soal keadilan ke, kemanusiaan ke, kewajipan hamba Allah ke, semua itu karut dan keliru. BERSIH dikatakan bertujuan sebagai desakan agar Pilihanraya di Malaysia bebas dari rasuah dan penyelewengan. Masalahnya Pemimpin2 yang menganjurkan BERSIH tu pun tidak berjaya membersihkan Parti yang dikepalai sekarang. PKR. Lupakah kita bagaimana kecohnya Pemilihan Parti yang lalu? Seorang demi seorang, Kumpulan demi Kumpulan bertindak protes dan tidak berpuas hati dengan etika, perjalanan dan sistem yang dilakukan semasa Pemilihan yang menimbulkan rasa syak wasangka. Pulak? Nak dianjurkan 1 Perhimpunan Raksasa di Kuala Lumpur. Dikatakan aman. Tapi kalau sudah 1 kumpulan raksasa, tidakkah akan tercetusnya kekecohan. Bila kecoh, gaduh. Bila gaduh, jadi aman kah? Pelancong2 yang datang bila tengok, adakah itu menggambarkan Malaysia ini aman? Atau memang itu niat Pemimpin2 Bodoh dari Pakatan? Sudahlah. Melayu CinDia paling menyampah dengan Ustaz Asri, Bekas Mufti yang PKR kata Bapak Setan tu. Ustaz Badrul Amin yang cakap, bukan Melayu CinDia yang cakap. Pun disokong Perhimpunan BERSIH ni. Tak fikirkah anda boleh pula cuba mendapatkan pengaruh orang ramai melalui kenyataan Media? Atau Wahabi seperti anda juga akan turut serta dalam perhimpunan sebegini? Cakap Wahabi tahu melenting. Bila PKR cakap bapak setan diam membisu. Ini ke yang Pembangkan kata bela rakyat? Habis peniaga tak boleh berniaga. Pemandu2 Teksi tak dapat cari makan. POLITIK MURAHAN!!




Jun 22, 2011

VIDEO SEKS @MAHKAMAH.. ANWAR SEDAYA UPAYA CALL DATUK ESKAY!!?

Khabar angin yang disebarkan melalui SMS, Twitter dan Facebook itu mengatakan mereka bakal di dakwa kerana menayangkan video seks pada 21 Mac lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kisah Datuk T yang merujuk kepada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta Datuk Shuib Lazim akan di dakwa sebelum ini sudah beberapa kali kedengaran tapi tidak benar. Cuma kali ini, Eskay sendiri berani comfirm bahawa beliau akan di dakwa. Ketika ditanya mengenai perkara tersebut, kata Eskay dalam SMSnya 'CONFIRM!!' Ramai yang tidak sabar hendak tunggu, apa yang akan diceritakan Datuk T di mahkamah nanti. Sebelum ini, ada banyak khabar angin mengenai video yang dikatakan melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur. Anwar sendiri menafikan dakwaan tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu, dan hasilnya kini Datuk Trio bakal di dakwa. Drama ini bermula pada 21 Mac lalu, bila sekumpulan wartawan dipelawa menonton rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di ibu kota oleh sekumpulan lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T. Malah Eskay pada 29 April lalu melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul bahawa beliau bersama Anwar berada dalam paparan video seks itu. Agendadaily




TAK BERSONGKOK.. PEMUDA PAS KATA DAP SARAWAK CINA BODOH!!?

Dewan Pemuda PAS kesal dengan sikap beberapa ADUN Sarawak dari DAP yang tidak memakai pakaian rasmi untuk majlis perasmian sidang dewan undangan negeri Isnin lalu dengan alasan pemakaian songkok adalah bercirikan Islam. “Kami merasakan perbuatan tersebut tidak mencerminkan kekitaan yang terdapat di dalam perlembagaan negara yang menghormati antara satu sama lain. Walaupun perkara ini berlaku di Sarawak, kami amat kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah sokongan rakyat terutama bangsa Melayu terhadap Pakatan Rakyat selama ini. Kami dengan ini mendesak agar majlis tertinggi Pakatan agar memberikan pemahaman terhadap ADUN tersebut agar tindakan ini tidak akan berulang lagi,” kata naib ketua, Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan hari ini. Berita Harian pada halaman utamanya hari ini memaparkan gambar ketua pembangkang Sarawak Wong Ho Leng yang mengetuai 11 ADUN dari DAP, tidak memakai pakaian istiadat kerana mendakwa ia bercirikan Islam. PAS mendakwa tindakan DAP dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat Sarawak sedangkan empat lagi ADUN PKR dan Bebas memakainya. Sebelum ini, Wong dalam penjelasannya kepada akhbar bahasa Inggeris New Straits Times berkata rasional beliau dan ADUN DAP memilih memakai sut hitam adalah kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat. Katanya, pakaian rasmi lengkap dengan songkok bagi setiap ADUN berharga antara RM2,000 hingga RM4,000.





Jun 21, 2011

@PARLIMEN.. HADI AWANG JUMPA SIAPA MINTA VCD SEKS ANWAR!!?

Ingatkan malas hendak bercerita hal Video Seks Anwar ini. Ramai memutuskan untuk tidak menimbulkan lagi kisah ini dan membiarkan pihak yang bertanggungjawab meneruskan siasatan. Hampir terlupa. Namun dalam terlupa, ada juga orang ingatkan. Dan orang pula bukan sebarang orang. Orang PAS. Orang yang merupakan Pemimpin berjawatan tinggi dalam PAS. Ahli Parlimen pula tu. Ada beberapa wartawan yang berkampung di Parlimen kecoh mengatakan bahawa ada seorang Ahli Parlimen PAS sedang berusaha untuk mendapatkan VCD Seks Anwar. Hampir setiap orang yang dikenali beliau akan tanya. Macam kemaruk betul hendak menonton Video terbabit. Tak ada kerja kah? Orang lain sudah puas dan muak, dia baru nak tengok. Beliau merupakan seorang Pemimpin yang pernah membuat kenyataan terbuka berpendirian Anwar tidak terlibat dalam Gejala sedemikian. Habis tu? Kenapa hendak dicari pula VCD tersebut? Adoi, kadang2 orang PAS ni pelik dan aneh. Psycho pun ada. Pendirian sudah kucar kacir lah katakan. Dulu dikata Hudud 90% asas Pemerintahan Negara. Sekarang dikurangkan sehingga 10%. Tunggu 5 tahun lagi, terus haram kot Hukum Hudud ni. Eh, jangan cakap lebih2. Nanti PAS kata kita ni kafir. Kafir macam Lim Guan Eng. Tapi kafir2 pun dapat pengikhtirafan juga. Tokoh Islam pula tu. Umar Ibni Abdul Aziz. Buat Ahli Parlimen PAS tersebut, semoga usaha anda untuk mendapat VCD Seks Anwar berjaya. Good Luck!!





MELAYU MAKIN 'GILA BABI' GADUH SAMA MELAYU!!

Sejak semalam hinggalah ke hari ini macam2 kenyataan balas membalas, maki memaki dan balun membalun mengenai Perhimpunan BERSIH. Daripada kenyataan Pemimpin PKR, dibalas pula Pemuda UMNO, dihentam pula PERKASA, dibalun pula dari PAS kemudian diulang2 sampai hari ini. Apa semua ni? Melayu CinDia paling kecewa Pemuda UMNO dan Perkasa pun tidak boleh kerjasama dalam memastikan Negara kita aman dari anasir2 jahat sebegini. PAS pula menjadi jurucakap kepada DAP untuk menghasut orang Melayu turun ke jalan raya bertindak protes. Cara kempen di Facebook menggambarkan seolah2 setiap rakyat Malaysia dizalimi dengan bergitu kejam sekali tanpa belas kasihan. Sentimen2 jahat dimainkan bagi mengelirukan anak2 Muda. PKR? Jadi Agen semata2. Semua ini umat yang beragama Islam dan Berbangsa Melayu. "BAGUS!!" TERUSKAN!! INI NANTI BILA BANGSA MELAYU DIPIJAK SAMPAI TERBURAI PERUT, BARU NAK BERSATU!!? PERGI MAMPOS LAH MASA TU!! Bravo buat Cina. Anda berjaya majukan Bangsa anda.




KHALID SAMAD KEMBALI.. PESTA ARAK DI PEJABAT PAS SELANGOR!!?

Semakin terbukti Hasan Ali sememangnya telah dirancang untuk dijatuhkan setelah Pemimpin PAS yang begitu memusuhi beliau iaitu Khalid Samad kembali ke jawatan No. 2 Parti. Pemilihan semula ini diputuskan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr. Rani yang melihat Khalid Samad amat diperlukan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan PAS selain disenangi masyarakat bukan Islam. Selain Khalid Samad kembali mengisi jawatan Pesuruhjaya PAS III, turut kembali memegang jawatan yang dipecat ialah Saari Sungip yang juga digugurkan Hasan Ali serentak dengan Khalid. Ini sememangnya telah dirancang sekian lama dan Melayu CinDia tidak terkejut, Hasan Ali bakal disingkir dari dipilih semula menjadi calon bagi ADUN Gombak Setia pada PRU 13 kelak.




MB KEDAH KATA MAHFUZ OTAK MR. BEAN.. TAK LAYAK JADI MB!!

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan anggota Parlimen Baling Datuk Taib Azamuddin Md Taib masing-masing digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III PAS Kedah bagi penggal 2011/2013. Keputusan menggugurkan dua nama besar parti itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS negeri di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam tadi. Menteri besar merangkap pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kanan) berkata tempat mereka masing-masing digantikan oleh exco kesihatan, Dr Ismail Salleh dan bekas ADUN Belantek, Md Isa Shafie. Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I manakala jawatan Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihan Raya Negeri turut berubah. Jawatan-jawatan itu diisi oleh Pegawai Khas (Penerangan) Menteri Besar, Musoddak Ahmad, Exco Pertanian Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan bekas Setiausaha PAS Kedah, Senator Yusuf Husain. Pengguguran ini jika dilihat dari sudut Negatif jelas kelihatan keretakan hubungan Mahfuz Omar dan Ustaz Azizan. Mahfuz yang dikatakan sedang menanam impian untuk memegang jawatan MB Kedah kini terpaksa akur. Persoalannya, adakah beliau akan membalas dendam sepertimana yang dilakukan oleh Khalid Samad terhadap Hasan Ali di Selangor?





Jun 20, 2011

BERSIH 2.0.. KJ KATA PERKASA GILA.. TOK HIM KATA KJ BUDAK MENTAH!!?

Melayu CinDia mendapat maklumat hari ini Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hentam PERKASA apabila membuat perlancaran Anti BERSIH 2.0 semalam yang mempunyai unsur2 perkauman. Pemuda UMNO yang turut mengadakan Perhimpunan tersebut mendakwa PERKASA mahupu BERSIH dikatakan mengeluarkan kenyataan2 berbentuk hasutan yang boleh gugat kestabilan Negara. Adoi, habis. 3 Perhimpunan 9 Julai ini. BERSIH, PERKASA dan Pemuda UMNO. Sudahlah kawan2. Hentikan semua ini. Masyarakat naik muak dengan politik jalanan. Takkan nak suruh PM Najib Razak masuk campur lagi. Apa2 pun, semua ini berpunca dari Anwar Al Jubori. Dibantu pula dengan kekasih dalam musuh Mat Sabu. Ini semua orang2 yang amal politik samseng jalanan sejak zaman 1970 an lagi. Anda? Bagaimana? Setuju+?




PI MAI PI MAI TANG TU..PAK UDA PERGI SELAMANYA..

TIADA lagi usikan nakal daripada lelaki yang lebih dikenali sebagai Pak Uda, nama wataknya dalam sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu apabila beliau pergi menghadap Yang Maha Esa kira-kira jam 10.30 pagi semalam akibat kegagalan jantung. Pak Uda atau nama sebenarnya Zami Ismail, 67, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) selepas seminggu menerima rawatan. Allahyarham pada mulanya ke hospital berkenaan untuk melakukan pemeriksaan rutin, bagaimanapun, ditahan oleh pihak hospital. Sebelum ini, pelakon kelahiran Perak itu sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital. Kali pertama pada 1997 diikuti pada 2007 apabila Allahyarham sekali lagi diserang sesak nafas ketika sedang menjalani penggambaran filem Shh... Dia Datang arahan Saiful Apek. Kali ketiga pada Mei lalu, apabila Allahyarham mengadu sesak nafas ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran program Aidilfitri berjudul Gulai Tempoyak di Hulu Langat. Allahyarham kemudian di hantar ke Hospital Ampang dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Klik "Read More" di bawah untuk mengetahui kisah perjalanan sebelum bertarung dengan nyawa insan bernama Zami Ismail.




Jun 19, 2011

MAT SABU KATA LINA JOY BERHAK MURTAD!!

Nampaknya PAS semakin terjebak dengan gejala Murtad bersama seorang pejuang Lina Joy bernama Ambiga. PAS semakin membuka ruang Islam sehingga sanggup bekerjasama dengan individu seperti Ambiga. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Ambiga merupakan seorang Peguam yang akan memperjuangkan 'nasib' individu yang berniat untuk keluar dari Islam dan menyertai Agama Kristian. Adakah PAS tahu akan perkara ini? Bohong jika tidak tahu. Akan tetapi kuasa mengatasi segala2 nya. Dendam terhadap UMNO mengatasi segala2 nya. Adakah PAS sanggup meninggalkan Dasar Propaganda Islam demi kuasa. Sudah nama pun propaganda. Maka ianya sememangnya tidak akan dilaksanakan. Apatah lagi Hukum Hudud yang kini semakin jauh menyimpang. Tiada lagi Hukum Hudud. Tiada lagi Islam. PAS menuju kuasa.





PELANCARAN ANTI BERSIH @KOTOR.. JANGAN LAYAN OTAK KUNING MAT SABU!!

Tatkala menanti Majlis Pelancaran BERSIH 2.0 pada malam ini, NGO2 Melayu telah langkah bendul melancarkan Kempen Anti BERSIH di Stadium Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru. Turut serta di dalam Perhimpunan ini ratusan Pemandu2 Teksi yang turut mendesak agar Pemimpin2 Pakatan tidak menyekat mata pencarian mereka di ibu kota. Ternyata ia sebagai 1 langkah efektif sebagai Mukadimah yang menyatakan hasrat rakyat yang menolak sebarang Politik Jalanan. Persoalannya, apa yang akan berlaku jika Perhimpunan ini diteruskan? Ayuh, datang ke Kelab Sultan Sulaiman sekarang. Nyatakan hasrat kita.




KRONI HUSAM KUASAI TEAM BARU PAS KELANTAN!!

Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini membuat rombakan besar dengan menampilkan muka-muka baru bagi memantapkan lagi organisasi parti itu. Walaupun, tiga jawatan timbalan pesuruhjaya PAS dikekalkan, namun Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan menukar ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim sebagai Setiausaha PAS negeri dengan ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat. Tiga timbalan yang dikekalkan itu adalah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob, anggota exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa (kiri) dan exco Mohd Amar Nik Abdulllah (kanan). Nik Aziz juga mengumumkan ADUN Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad dilantik sebagai Bendahari PAS negeri yang baru bagi menggantikan Datuk Anuar Tan Abdullah. Bagi jawatan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, beliau memilih setiausaha politiknya, Wan Nik Wan Yussof yang juga seorang sarjana sains politik bagi menggantikan ADUN Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun (kiri). Jawatan Ketua Penerangan tidak berubah - Dr Mohamad Fadzli Hassan kekal selepas dilantik tahun lalu. Mesyuarat Perhubungan PAS negeri yang pertama kali bermesyuarat selepas muktamar parti itu juga melantik tujuh ahli jawatankuasa baru iaitu Ahmad Fadhli Shaari (Setiausaha Akhbar Menteri Besar), Datuk Takiyuddin Hassan (Exco), Datuk Anuar Tan (Exco), Hisham Fauzi (peguam), Senator Mumtaz Mohd Nawi, Hussin Embong (AJK PAS Gua Musang) dan Datuk Dr Johari Mat (ahli akademik).




Jun 18, 2011

ANAK NAJIB B'TUNANG.. ANWAR AKUI HILANG NAFSU SYAHWAT!!

TAHNIAH buat Nooryana Najwa iaitu anak kepada PM, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah melangsungkan pertunangan bersama lelaki pilihan. Beliau telahpun melangsungkan pertunangannya bersama lelaki yang telah beliau kenali sekian lama. Namun, pertunangan ini dilihat sekadar ikatan dan Nooryana terpaksa menempuh cabaran karier baru setelah berjaya bergelar graduan. PKR? Tak habis2 menyerang peribadi Najib. Tak aib pula ye. Dr. Tan Kee Kwong, seorang Pemimpin Penjilat Punggung Anwar mempertikaikan Majlis Pertunangan yang diadakan oleh PM sekeluarga. Beliau mendesak PM mengeluarkan satu Penyata khas bagi membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Pertunangan ini ditanggung sendiri PM tanpa menggunakan wang Kerajaan. Gilakan orang PKR ni? Punyalah hendak dikorek penyelewengan PM, sampaikan Majlis Pertunangan anak beliau sendiri pun hendak dikeluarkan Penyata Kewangan. Hendak dibentang di mana? Di Parlimen? Tolong lah jangan jadi bodoh Dr. Jikalau benar sekalipun hendak membuka pekung orang lain, janganlah sehingga Hal Peribadi dan anak2 PM yang tidak ambil tahu soal politik juga dijadikan bahan 'nafsu syahwat' politik kamu. Tapi apa yang pasti, semua ini telah diarahkan oleh Anwar sendiri. Beliau kini dilihat kurang berbicara dan sedang mengatur strategi terhebat bagi memastikan RUSUHAN BERSIH 2.0 mendapat liputan penuh di Australia, Paris, China dan US. Sudahlah tu Anwar. Bawa2 lah beristigfar. Jangan diruntuh Masjid yang sedang dirancang untuk dibina. Anak PM baru sahaja bertunang secara baik. Sekurang2 nya tidak seperti kamu. Bak kata Mat Sabu 15 tahun dahulu, "Anwar sejak memegang jawatan PM tidak dapat mengawal pergaulan dan suka berfoya2 di Genting Highland bersama isteri orang." Opppsss... Sory, it's not my statement.




GELOMBANG RAKYAT CABAR KDN... HARAMKAN HARAKAH!!

Ini namanya politik bangsat.. Haaa.. Kan sudah terkena bangsat dengan blogger Gelombang Rakyat. Tatkala akhbar Harakah dijual di merata2 tempat waimah di celah2 Lorong Haji Taib tempat pelacuran berdekatan Pejabat PAS Pusat, PAS Kelantan mulai hari ini dikuatkuasakan mengharamkan akhbar Utusan Malaysia dijual serta merta di Kelantan. Sebarang bentuk penjualan akhbar terbabit bakal dikenakan tindakan tata tertib. Ini tindakan ikut undang2 mana pula? Hudud? Melayu CinDia sendiri ada beberapa isu yang tidak bersetuju dengan Utusan Malaysia. Akan tetapi, tidaklah sehingga sanggup menutup periuk nasi orang lain. Jangan cakap Ketua Pengarah. Buat apa dia banyak wang. Yang bekerja di bawah? PAS dilihat begitu beremosi dengan Kartun yang disiarkan di akhbar terbabit. Kemudian dicanang mengatakan akhbar tersebut munafik kerana menghina Islam. Hello... Ini bukan hina Islam lah. Kamu yang terasa pedas dek kerana termakan cili. Hadoi.. Dulu masa zaman Tun M apabila Kerajaan sekat akhbar Harakah dikatakan BN zalim, BN mungkar, BN tolak Islam, BN itu BN ini.. Sekarang? Siapa yang tidak demokratik? Ini orang tua bernama Nik Aziz. Makin tua makin menjadi2. Dulu dikatakan Mahathir sudah tua sebab itu tindakan yang dilaksanakan beliau di luar fikiran akal manusia. Agaknya apa yang dituduh terkena tempias semula kepada dia. Mana KDN? Ni aku nak cakap sikit. Aku cabar.. Aku cabar KDN tarik semula permit Harakah yang jauh lebih banyak memfitnah Kerajaan Malaysia. Putar Belit Agama jangan dicerita. Sampai kiamat memang itu senjata PAS. Memang aku jarang kritik Kerajaan. Akan tetapi ini sudah tahap melampau. BERSIH 2.0 apa cerita? Habislah KL. Huru Hara. Sure lah. Akhbar Harakah lebih wajar diharamkan kerana diguankan sebagai alat kepentingan Pemimpin2 tertentu sehinggakan dilaporkan sebagai bahan kononnya bukti mahkamah yang tidak sewajarnya dikeluarkan secara terbuka. Akhbar Lucah, sebab banyak iklan untuk perkuatkan kemaluan totok2 PAS. HARAMKAN AKHBAR HARAKAH. NAK TUNGGU APA LAGI KDN!!?





RUSUHAN BERSIH.. ANWAR UPAH FRU BERTINDAK GANAS!!?

Melihat daripada komen2 dari Pemimpin Pakatan, kesemuanya memberi jaminan bahawa RUSUHAN BERSIH dijamin akan dijalankan secara aman tanpa sebarang provokasi mahupun keganasan. Persoalannya, selama ini pernahkah mereka berhimpun secara aman? Pernahkah tidak berlaku kekacauan? Sudah pasti tidak sama sekali. Akan tetapi, Polis dan FRU dijadikan mangsa kecaman yang menjadi punca utama timbulnya kekacauan. Mereka mendakwa FRU bertindak ganas dan gangster memukul perusuh2 sedia ada. Kemudiannya dirakam oleh media2 asing dan ditayangkan di saluran2 televisyen Antarabangsa bagi menunjukkan keganasan Polis dan FRU. Lebih dahsyat, ianya bakal diedarkan dalam bentuk VCD menjelang PRU13 sebagai tanda simpati sepertimana yang dilakukan pada Gerakan Reformasi 13 tahun terdahulu. Akan tetapi, kenapa mereka bertindak sedemikian? Mungkin yang melihat akan marah pada pihak FRU dan Kerajaan. Namun perasaan sebaliknya berlaku terhadap masyarakat yang berada di kawasan lokasi. Terdapat beberapa kumpulan yang sememangnya diarahkan oleh Anwar dan kuncu2 nya untuk dijadikan sebagai kambing hitam menaikkan api kemarahan ketika rusuhan sedang berlangsung. Langkah pertama kumpulan ini menggelar Polis dan FRU sebagai 'Anjing'. Jika langkah pertama tidak memberi respon, langkah kedua pula digunakan dengan menggelar Polis dan FRU sebagai 'Anak Haram'. Jika tidak berjaya juga, akhirnya digunakan objek dan dilempar tepat pada lokasi pemantauan polis dan FRU. Jika kita yang mempunyai sifat kasih sayang tahap maksimum sekalipun akan marah, apatah lagi FRU. Apabila diberi tekanan sedemikian, maka sudah pasti FRU akan bertindak balas. Dan secara tiba2, Wartawan Kamera dari Media Asing muncul dan merakamkan aksi tersebut. Namun yang menjadi mangsa, totok2 rusuhan yang jujur ditipu dengan perjuangan BERSIH. Ini jelas berlaku dan diperakui dari kalangan bekas2 penyokong Anwar yang menyertai demonstrasi pada 13 tahun yang lalu. Anda tidak percaya? Terpulang. Tapi jangan sampai 1 masa, apabila mereka berjaya menawan Malaysia, dan apa yang dibongkar ini benar2 berlaku, baru hendak menyesal. Kerana pada ketika itu, kita hanya mampu mengira setiap detik masa menanti Negara kita dijual Agen Asing. Pada masa itu, jangan salahkan BN. Kerana pembongkaran Anwar Agen Asing ini bukannya dikeluarkan dari pihak UMNO, akan tetapi dari seorang penulis PAS sendiri bernama Ahmad Luthfi Othman. KLIK DI SINI jika akan mahu ketahui pembongkaran beliau.




KERJASAMA ANWAR & AGEN YAHUDI SERANG LAMAN WEB KERAJAAN!!

Anwar semakin agresif menggunakan kuasa Agen Asing apabila telah 'bekerjasama' dengan beberapa rakan2 hacker di luar Negara sebagai tanda 'Amaran' kepada pihak Kerajaan agar tidak menghalang RUSUHAN BERSIH 2.0. Ini merupakan petanda jelas seperti yang didakwa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang membuat kenyataan selari dengan jangkaan Melayu CinDia dan beberapa blogger yang jauh lebih berpengalaman. Namun 1 perkara yang Melayu CinDia ingin ingatkan, walaupun Rais Yatim mendakwa ianya bersifat sementara, akan tetapi langkah sebegini akan dilakukan dengan lebih agresif menjelang PRU13 sebagai tanda penghalang kekuatan Media Maya Pro Kerajaan yang dahulu dipegang totok2 Anwar. Maka, 1 jawatankuasa khusus mesti dibuat dengan lebih agresif bagi memantau perkara ini dan pihak bertanggungjawab. Sebagai permulaan, pihak SKMM wajib menyiasat secara lebih serius dan mengambil tindakan semaksima yang mungkin sebagai peringatan perlakuan jahat sebegini. Melayu CinDia khuatir, sampai 1 masa dan ketika golongan perancang akan menyerang dan merompak sistem maklumat Kerajaan yang sudah pasti akan digunakan sebagai rujukan buat pihak Agen2 Asing. Ini sangat serius. Percayalah, mereka telahpun merancang. Hanya menunggu masa dan ketika untuk dilaksanakan.




Jun 17, 2011

MAT SABU BERI MAKLUMAT ANWAR AGEN ASING PADA MAHATHIR!!?

Sudah sekian lama tidak menggelar Anwar Agen Asing. Mungkin lambakan kes Skandal Seks menguntungkan Anwar yang sekurang2 nya beliau dapat menepis gelaran tersebut. Namun mana mungkin gelaran ini dapat dipisahkan dengan Ketua Pembangkang ini. Agen Asing menjadi takhta Anwar Ibrahim ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi. Bukan beliau sahaja yang menafikannya, malah bekas PM, Tun Mahathir sendiri memberi amaran kepada mana2 individu yan menggelar bekas 'anak kesayangannya' itu. Namun ianya tetap menjadi bualan di kalangan ahli2 politik. Ada beberapa bekas staf Pejabat Tun M mengakui antara yang membongkar penglibatan Anwar secara aktif mewakili Agen Asing ialah Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu. Mat Sabu sendiri berulang kali ingin menemui Tun M bagi memberi maklumat terbabit akan tetapi tidak dihiraukan. Mat Sabu memulakan strategi dengan menggunakan khidmat Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Luthfi Othman dengan mengeluarkan Buku 'Anwar Boneka Barat?' seperti yang tertera di atas. Buku ini diedarkan ke pasaran pada awal 1998. Namun buku ini hanya menceritakan 10% daripada kisah sebenar penglibatan Anwar sebagai Agen yang mewakili Negara Polis Dunia, Amerika Syarikat. Baki 90% pembongkaran cerita ini masih di tangan Mat Sabu dan Ahmad Luthfi Othman. Bilakah ianya akan dibongkarkan? Mungkin Anwar sekali lagi berdepan dengan situasi yang sama di saat ketika beliau di penghujung 'mercu kejayaan' ke Putrajaya. Mungkin sebelum PRU 13? Hanya Mat Sabu yang bakal memberi kata putus. Kerana Mat Sabu akan memastikan Anwar tidak akan sesekali memegang takhta No. 1 Kerajaan Malaysia.




PENGAKUAN SKANDAL GAY ANWAR DI US T'SEBAR DI INTERNET!!

Melayu CinDia telah membaca laporan seorang lagi rakan karib Anwar di US yang juga merupakan Pemimpin dari Parti Demokrat US iaitu Anthony Weiner (gambar di atas) telah meletak jawatan setelah Video Skandal Seks beliau tersebar di internet. Beliau dikatakan akan menyelesaikan kes tersebut serta merta kerana tidak mahu memalukan kepimpinan Barack Obama dan seterusnya memberi kesan Negatif terhadap Negara. Namun, beliau tidak memberi sebarang komen mengenai status lelaki di dalam Video terbabit dan membiarkan perkara ini diadili pihak Mahkamah. Ditanya mengenai reaksi isteri, beliau mengakui isteri menghadapi tekanan namun tetap bersamanya dalam berhadapan dengan cabaran. Video Anthony Weiner sebelum ini tersebar di internet yang menayangkan Skandal Seks beliau telah menyebabkan beberapa rakan menggesa meletak jawatan bagi menyelesaikan kes terbabit mengikut saluran betul. Sir Anthony, i'm so proud of your decision. But actually, you should advise your friend Anwar Ibrahim to do a same thing like you. :-)




PAS KATA UTUSAN AKHBAR AJARAN SUNDAL!!

PAS kadang2 suka menggelar sesebuah kumpulan ataupun individu dengan nama2 sumpahan yang melampau. Budaya ini akan semakin agresif setelah Mat Sabu memegang takhta No. 2 di dalam Parti. Kini Utusan Malaysia terus dicelar dengan nama2 'Hebat' dari PAS dek kerana ruangan kartun yang disiarkan menghina Islam. Walhal PAS yang terasa pedasnya terkena cili padi yang diberikan Utusan sehingga boleh terbelit perut mereka. Hukum Hudud itu sebenarnya telah dipergunakan PAS 1 ketika dahulu untuk mendapat kuasa Negara. Kini apabila dicampak ke longkang, dikata pula Utusan menghina Ajaran Islam. Kartun itu sebenarnya bukti sebenar apa yang diperlakukan PAS terhadap Ajaran Islam yang kononnya dipegang sejak azali. Kini mereka memberi gelaran Akhbar Utusan sebagai Ajaran Sundal. Apa gelaran sesuai untuk akhbar Harakah pula ya?




Jun 16, 2011

PENIAGA PENING!!.. BERSIH VS PERKASA VS PEMUDA UMNO BERENTAP DI KL!!

Berlawan2 semua. Bermula dari BERSIH, kemudian PERKASA, tadi Pemuda UMNO pun sudah buat kenyataan akan mengadakah Demonstrasi di ibu kota. Agaknya tahun ini merupakan tahun Demonstrasi. Kesemuanya membawa suara rakyat. Rakyat Malaysia. Di situ kita dapat lihat aneka kepelbagaian lanskap politik tanah air. Masing2 ada kekuatan dan kelemahan. Apa yang pasti, peniaga2 dan orang awam tetap menjadi mangsa. Sudah pasti akan berlaku kekacauan. 3 Pertubuhan yang berbeza. Belum lagi ditambah dengan FRU. Melayu CinDia berpandangan adalah lebih releven jika PERKASA dan Pemuda UMNO membuat kajian terlebih dahulu respons peniaga2 di kawasan lokasi Perhimpunan BERSIH samada mereka bersetuju ataupun sebaliknya demo ini dilaksanakan. Melayu CinDia melihat ianya lebih berjiwa rakyat malah menjuarai rakyat terutamnya peniaga2 di ibu kota. Buat sebelum Perhimpunan BERSIH. Kerana melalui respons tersebutlah akan menentukan samada Demonstrasi di Ibu Kota ini dapat diteruskan ataupun tidak. Jika respons yang diberikan Negatif, buat 1 memorandum, campak memo tersebut ke muka Anwar dan Mat Sabu. Biar mereka tahu, rakyat majoriti tidak mahu amalan politik jalanan. Mereka mahukan pembelaan terhadap diri mereka, keluarga serta masyarakat pada masa kini dan penentu masa hadapan generasi akan datang.




KHALID SAMAD FATWA HASAN ALI DILAKNAT.. "BIARKAN DIA MEREMPAT!!"

Kadang2 Melayu CinDia agak bersimpati dengan Hasan Ali. Semakin lama semakin disisihkan. Sehinggakan dibunuh karier beliau sebegitu rupa. Lupa dirikah PAS Selangor ini bahawa tanpa Hasan Ali, tiadalah bulan di siang hari bersepah2 di Selangor. Jangan haraplah hendak memegang jumlah kerusi DUN. Tapi itulah lumrah politik. Agama Islam dijadikan bahan boneka politik PAS semata2. Adakalanya boleh mempertahankan hukum Islam. Apabila bersama DAP, disorok2 perjuangan Islam Hudud PAS ke dalam seluar. Punya payah hendak dikeluarkan. Begitulah hinanya maruah perjuangan PAS. Khalid Samad dikatakan kini sedang menjaja untuk kembali memegang jawatan yang telah digugurkan sebelum ini iaitu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pusat 1. Ini merupakan sasaran beliau agar kuasa di Selangor kembali ke genggaman beliau setelah cuba dihalang oleh musuh politik dalaman beliau, Hasan Ali. Sedih memang sedih. Namun itulah PAS pada masa kini. Hanya memperjuangkan kuasa Politik berlebih2 an. Negara Kebajikan dijadikan jajaan politik murahan. Hudud hanya menjadi 1% dari perjuangan PAS yang dahulu diisytihar jihad mati syahid jika mempertahankannya. 99% pula dicanang Negara Berkebajikan. Totok2 PAS terus menerus diperbodohkan. Yang syak wasangka? Yang tahu kesilapan tapi seolah2 buta dek kerana kuasa? Golongan ini sepatutnya bunuh diri. Anda pasti syahid. Mungkin ini juga merupakan pengajaran buat Hasan Ali, yang lupa diri seketika ketika memegang kuasa di Selangor sehingga mengaibkan UMNO seburuk2 nya.




KARPAL MENGAKU MATI PUCUK.. NAFI EDAR VIDEO SEKS!!?

Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini membuat laporan polis ke atas seorang editor kanan kerana memberikan gambaran seolah-olah beliau bertanggungjawab mengedarkan video seks membabitkan bekas timbalan speaker Dewan Rakyat. Dalam laporan polisnya, Karpal mahu editor kanan NST Azmi Anshar didakwa melakukan fitnah jenayah kerana menyiarkan berita palsu dalam artikelnya yang berjudul 'Karpal's political chicanery exposed again' yang disiarkan pada 4 Jun lalu. "Saya tidak pernah pada sebarang masa mengedarkan mana-mana video lucah seks mantan timbalan speaker Dewan Rakyat ataupun sebarang video seks,” katanya kepada wartawan di luar balai Tun HS Lee di Kuala Lumpur. Membuat pertuduhan seperti ini adalah perkara yang serius. Mengedarkan bahan pornografi adalah kesalahan serius mengikut Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002,” katanya. Dalam artikel itu Azmi melabelkan Karpal sebagai ahli politik yang cekap menggunakan kesempatan dan mengimbas tindakan peguam veteran itu pada masa lalu. Antaranya, termasuk “mengedarkan video lucah seorang mantan timbalan speaker Dewan Rakyat dan berang apabila video seks anak guamnya diedarkan”. Pada 1989 semasa sidang Dewan Rakyat, Karpal telah menamakan timbalan speaker berkenaan sebagai individu dalam video seks yang diedarkan tersebut dan menuntut beliau meletakkan jawatan. Pita itu diedarkan selepas 11 video dicuri dari sebuah peti keselamatan ketika rompakan di rumah individu tersebut.




Powered by Blogger.