Feb 28, 2011

PENYELUDUPAN HARAM PKR DI KERDAU??

Akhirnya kelihatan juga lokasi penyeludupan PKR bertempat di Rumpun Makmurdi Kerdau. Kononnya hendak membantu PAS di DUN Pahang ini. Bilik Gerakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat. Pelik, bagaimana AMK boleh membuka bilik gerakan begitu sahaja? Bukankah parti yang mendaftar berhadapan dengan BN di Kerdau merupakan calon dari Parti PAS?

ISMAIL SABRI KASI WARNING, PAS JADI BONGOK!!

Tak lengkap rasanya kempen pilihanraya kalau pembangkang tak buka cerita pasal harga barang naik dan kaitkannya dengan kerajaan Barisan Nasional (BN). Tujuannya nak bagi rakyat marah kononnya kerajaan suka-suka nak naikkan harga barang keperluan seperti gula, minyak dan tepung. Padahal semua itu barang kawalan dan harga ditetapkan kerajaan dengan ambil kira kenaikkan harga dunia.

GAMBAR BOGEL TERESA KOK DIEDAR??

Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu. Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang menghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen. Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching. Bercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.


ANWAR SANGAP LIHAT KELIBAT RAHIMI DI KERDAU!!

Semalam Melayu CinDia dan beberapa blogger lain berkesempatan mengikuti perkembangan salah seorang suspek Kes Liwat Anwar Ibrahim bernama Rahimi di sekitar DUN Kerdau. Beliau yang ditemani isterinya turut memberi sokongan terhadap BN selaku parti pilihannya selepas terperdaya dengan penipuan2 Anwar yang semakin jelas kelihatan di matanya. Rahimi juga sempat menemui beberapa Pemimpin UMNO termasuklah Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Shahidan Kassim. Melayu CinDia diberitahu berita bahawa Anwar menggelupur seolah2 teringat 'kisah lama' setelah dikhabarkan mengenai kehadiran Rahimi di DUN Kerdau.

ADUN PAS PAHANG ISYTIHAR SOKONG CALON BN KERDAU??

Sambutan Maulidul Rasul yang diraikan semalam di Kampung Kuala Tekal yang juga merupakan kampung kelahiran Calon BN DUN Kerdau, Syed Ibrahim. Apa yang menariknya, sambutan ini bukan sahaja mendapat sokongan dan dihadiri sahabat Syed Ibrahim dari kalangan ulama' Indonesia, malah Calon PAS DUN Kerdau dan ADUN Semantan YB Syed Hamid Syed Mohamad turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap Majlis ini.

'KEMALUAN' PAS DITUTUP OLEH CALON BN KERDAU!!

Bukan hendak bongkak atau menunjuk2. Hanya ingin nyatakan kebenaran fitnah PAS. Calon BN DUN Kerdau akhirnya terpaksa menghentikan fitnah ini dengan segera kerana tidak sanggup membiarkan sahabat seAgama beliau dari PAS bergelumang dengan dosa akibat fitnah yang mengatakan beliau tidak tamat sepenuhnya dalam pengajian Ijazah Universiti Al Azhar.

KISAH ISMAIL SABRI BERSAMA BAYI DI KERDAU!!

Kalau jiwa sudah bergelar bapa, kasih sayang terhadap bayi dan kanak2 tidak dapat dipisahkan di dalam jiwa. Inilah salah seorang yang digelar pemimpin berjiwa rakyat. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri semalam berkesempatan menemui Penduduk Kawasan DUN Kerdau bagi meninjau perkembangan terkini pengundi2 di kawasan tersebut.

AMUKAN HINDRAF TAK ADA RESPONS!!

Laporan dari portal Agenda Daily menyebut dan memuji ketangkasan pihak polis dalam mengawal keadaan dan berjaya mematahkan cubaan mengadakan Perhimpunan Hindraf tanpa permit itu yang dikatakan berlangsung jam 9 pagi. Sungguhpun amaran telah dikeluarkan, Hindraf tetap bertegas untuk menganjurkan perhimpunan tersebut dan apa yang lebih memalukan, hanya kurang dari 110 orang yang hadir dan telah diambil tindakan dari pihak polis.

ALI RUSTAM INSAF DGN. KEPIMPINAN NIK AZIZ!!

Jarang-jarang ketua sebuah negeri hendak mengaku negerinya kalah dengan negeri lain. Tapi lain pulak cerita dengan Ketua Menteri melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengaku kalah satu perkara dengan Kelantan.

TANTAWI TIDUR MIMPIKAN SHAMSUL ISKANDAR!!

Dewan Pemuda PAS akan berasa malu melihat situasi sebegini. Seorang Ketua sebuah sayap parti PAS yang diharapkan mempunyai aura kekuatan muda tidak mampu untuk membangkit semangat dan harapan sinar baru setelah Tantawi tersungkur di buai mimpi semasa Ceramah Merlimau diadakan. Gambar yang dirakamkan oleh Blogger Malay Delima ini memperlihatkan wajah sebenar Pemuda PAS yang lesu dan tidak bertenanga.

Feb 27, 2011

CERAMAH PERPADUAN UMNO-PAS DI KERDAU??

1 pertemuan yg. menjadi titik perpaduan Islam di Malaysia di mana Calon DUN Kerdau dari kedua2 parti tlh b'sama2 menunaikan solat bersama b'sempena dgn. sambutan Maulidul Rasul peringkat Kg. Tekal di DUN tersebut. Malah, calon PAS tlh m'beri p'hormatan kpd. Calon BN, Syed Ibrahim utk. m'bacakan doa sempena sambutan tersebut. Persoalannya, adakah Pemimpin2 Pakatan tahu akan kehadiran calon PAS ini?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

P'TEMUAN PANAZZ SAKSI LIWAT ANWAR, RAHIMI-ISMAIL SABRI!!

P'temuan ini diadakan semasa Kempen PRK DUN Kerdau..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AURA ZINA ADUN SELISING, 2000 AHLI PAS PASIR PUTEH SERTAI UMNO!!

SYABAS PAPA GOMO DAN KUMPULAN NADI RAKYAT!! Sejak Januari lepas, seramai 1,800 anggota dan pemimpin PAS menyertai UMNO Pasir Puteh selepas berasa tertipu dengan perjuangan parti tersebut. Mereka menyerahkan borang keanggotaan menerusi empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan yang teramai dari ADUN Selising.

LAUTAN PENEROKA FELDA BANJIRI PRGM. NAJIB!!


Ini hanya merupakan sebahagian peneroka FELDA yang hadir ke Program FELDA bersama Perdana Menteri. Ada banyak lagi gambar di bahagian2 lain yangh sempat Melayu CinDia rakam. Nantikan artikel penuh mengenai prgoram pada malam ini. Datuk Seri Najib di dalam ucapamnya ada rahsia hendak dibongkarkan mengenai Anwar. Apa dia? Nantikan pembongkaran Datuk Seri Najib malam ini blog Gelombang Rakyat.Justify Full

STATEMENT BANGANG DARI PEMUDA PAS MELAKA!!

Ketua Pemuda PAS Melaka Kamaruddin Sidik semalam mempersoalkan amalan UMNO kononnya telah mengamalkan sistem Dinasti dalam kepimpinan parti tersebut. Ianya cuba dibuktikan dengan menyerang calon BN DUN Merlimau, Roslan Ahmad yang juga merupakan anak kepada salah seorang bekas ADUN di Melaka. 1 serangan BODOH dari PAS Melaka. Cermin diri sendiri terlebih dahulu. Di dalam PAS sendiri, Mujahid Yusof Rawa? Dr. Lo'Lo Ghazali? Nik Adli Nik Aziz? Ini belum lagi cerita parti sekutu PAS? Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Nurul Izzah? Siapa mereka dalam PKR? Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng? Karpal Singh dan Gobind Singh? Siapa mereka di dalam DAP? Kalau boleh 1 keluarga hendak dibarisi dalam kepimpinan parti. Ini bukan sahaja amalan Dinasti. Inilah amalan Kronisme dan Nepotisme. Bapa tak sempat mati, anak sudah diberi jawatan tertinggi. CERMIN DIRI TERLEBIH DAHULU WAHAI PAS MELAKA!!

PAS PAHANG KATA PKR BODOH SOMBONG!!

PKR Pusat ternyata cuba untuk mengambil hati dan perasaan Jentera PAS di Merlimau setelah tercetusnya pertelingkahan AMK dan Dewan Pemuda PAS Pusat yang sebelum ini berebut hendak bertanding di salah satu DUN di Melaka itu. Ini telah menyebabkan PAS Pahang kecewa dan mempersoal komitmen PKR di PRK DUN Kerdau yang dilihat lebih berpotensi untuk menang jika dibandingkan dengan DUN Merlimau. Beberapa jentera PAS di DUN Kerdau mengakui, PKR tidak memberi komitmen sepenuhnya dalam membantu kemenangan di sini. Mereka juga agak muak dengan laungan PKR sebelum ini di ceramah2 seluruh Negara mengatakan PKR mempunyai kekuatan tersendiri untuk merampas Pahang dari genggaman BN. Kononnya kemenangan pecah tradisi di 2 Parlimen di Pahang menggoncang aura BN Pahang. Akan tetapi, DUN Kerdau membuktikan sikap bongkak PKR yang kononnya mampu menumbang sebuah Negeri kelahiran Perdana Menteri. Salah seorang jentera PAS mencabar pemimpin2 tertinggi PKR tunjukkan kekuatan mereka di DUN Kerdau jika benar mereka mempunyai aura tersendiri di Negeri ini.


DATUK HISHAM SOKONG HINDRAF??

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sudah diminta secara peribadi memantau dan mengambil tindakan tegas jika kumpulan Hindraf mencetuskan kekecohan di negara ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau sudah mengarahkan Ismail mengambil tindakan secara langsung dan bertanggungjawab memastikan gerakan haram ini tidak menjejaskan keadaan dan suasana aman.

2 DAJAL AGAMA & BANGSA BERLEGAR DI MALAYSIA!!


Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik. Beliau berkata Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

Feb 26, 2011

GODAAN IBLIS BETINA, HISHAM TERNODA??

Justify FullGambar yang sangat menarik. Blog Gerakan Anti PKR sempat menangkap beberapa gambar aksi panas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hashamuddin Tun Hussein. Gambar terbaik di Hari Penamaan Calon DUN KERDAU. Sayang sekali Melayu CinDia tidak berkesempatan bersama2 OTAI2 Blogger masuk ke dalam perkarangan Dewan tempat Penamaan Calon. Hanya menangkap gambar sekitar luar sahaja. Huhu..Teresa Kok mengambil kesempatan dan masa yang ada untuk 'beramah mesra' seberapa ramai Pemimpin2 UMNO yang ada disekeliling beliau. Seperti rakan seperjuangan sehingga lupa terus dan meninggalkan rakan2 sekutu dari PAS. Apa agaknya yang cuba disampaikan Teresa Kok.?

IJAZAH PALSU - CALON BN MAHU BANTU PAS KURANGKAN DOSA!!

Bukan hendak bongkak atau menunjuk2. Hanya ingin nyatakan kebenaran fitnah PAS. Calon BN DUN Kerdau akhirnya terpaksa menghentikan fitnah ini dengan segera kerana tidak sanggup membiarkan sahabat seAgama beliau dari PAS bergelumang dengan dosa akibat fitnah yang mengatakan beliau tidak tamat sepenuhnya dalam pengajian Ijazah Universiti Al Azhar. Mungkin ramai di kalangan orang2 Politik berpendirian terlalu awal buat Syed Ibrahim menunjukkan bukti tersebut, akan tetapi Syed Ibrahim merasakan adalah 1 tanggungjawab kita sebagai Muslim membantu sahabat kita walaupun berlainan Agama, tidak terus dibelenggu dengan dosa mengenai fitnah Ijazah yang diperolehi beliau. Melayu CinDia dapat mengagak apa yang PAS akan mainkan untuk menutup 'kemaluannya' yang telahpun 'tersebar' di seluruh Kerdau. PAS akan mengatakan bahawa Sijil itu dibeli, atau Syed Ibrahim sendiri yang mencetak Sijil tersebut. Apa persediaan kita? TUNGGGGUUUU!!!


MUSLIMAT PAS SEBAK, DOA IRINGI PERARAKAN BN!!

Salah seorang Muslimat PAS dari Selangor yang dihantar oleh PAS sebagai spy di kawasan BN pada hari ini secara tiba2 terpaku dengan satu perarakan barisan Belia Pahang menuju ke Stadium Mini Temerloh, kawasan pejuang2 BN berkumpul sebelum menuju perarakan seterusnya ke Tempat Penamaan Calon. Muslimat PAS itu mengakui, tidak pernah melihat 1 adegan yang amat menyentuh perasaan beliau dalam sekumpulan penyokong sebuah parti yang pernah beliau gelarkan sebagai Ahli Neraka. Malah, PAS sendiri tidak pernah terfikir untuk melakukan hal sedemikian.

PAS UPAH DAP HANTAR SPY AMOI SEKSI GODA CALON BN??

Ada beberapa rakan2 yang baru Melayu CinDia kenali pagi tadi semasa berlangsungnya HARI PENAMAAN CALON bagi DUN Kerdau menyertai minum pagi bersama beberapa kumpulan Pemuda Sosialis DAP dan salah seorang Jentera Pemuda PAS dari Pulau Pinang. Rakan2 Melayu CinDia membongkar bahawa mereka sedang merancang untuk menghantar spy menyamar sebagai jurugambar dan mengekori Calon BN sepanjang Hari Berkempen. Malah lebih mengejutkan, rakan2 Melayu CinDia itu juga memberitahu pihak DAP ada bercakap soal TANGKAP GAMBAR CALON DAN AMOI SEKSI? Adakah PAS dan DAP sedang merancang sesuatu sebagai perangkap kepada Calon BN DUN Kerdau?

WANITA MISTERI DI KERDAU YANG MENCURIGAKAN!!

Ketika mengiringi barisan pejuang2 BN berarak ke kawasan Penamaan Calon DUN Kerdau, secara tiba2 wanita ini mencuri perhatian Melayu CinDia dan beberapa jentera BN yang lain. Melayu CinDia amat kagum dengan semangat perjuangan wanita ini yang sanggup turun ke Kerdau dari Kuala Lumpur untuk bersama2 jentera2 BN yang lain menyertai perarakan Penamaan Calon walaupun sedang sarat mengandung. Melayu CinDia dapat merasakan aura kecekalan wanita ini yang tekad untuk terus memastikan BN kembali kental bukan sahaja di peringkat DUN Kerdau, malah tiupan angin perjuangan akan dirasai membawa ke PRU Sarawak seterusnya kemuncak kemenangan besar pada PRU13. Wanita ini sanggup mengambil risiko tinggi berarak sejauh 1 km bersama2 panglima BN yang lain demi Perjuangan Parti yang akan sentiasa memperkukuh benteng Agama, Bangsa dan Tanah Air. SYABAS!! HIDUP BN!!



FATWA KIAMAT PAS - WAJIB IKUT DAJAL DEMI JATUHKAN UMNO!!

Ketika Melayu CinDia sedang minum di perkarangan Pekan Kerdau sementara menunggu Keputusan calon bagi parti masing2, terdengar sekumpulan penyokong PAS dan DAP di sebelah meja sedang asyik berborak mengenai politik. Apa yang lebih mengecewakan, puak2 PAS di meja tersebut lebih beriya2 menghina dan mengherdik UMNO berbanding DAP. Puak DAP yang mendengar dan gelak ketawa tanpa membalas apa2. Sekadar mengapi2 kan rakan2 PAS. DAP sendiri tidak dengar sebarang penghinaan yang ditujukan kepada Pemimpin2 MCA. Secara tiba2 terdengar salah seorang puak DAP bertanya kepada rakan2 PAS, mengenai kemunculan DAJAL di muka bumi ini.

LIVE @KERDAU - UMNO & PAS WILAYAH BERGABUNG??

Alhamdulillah, Melayu CinDia selamat tiba di Kuala Krau untuk bersama2 membantu mengatur strategi bagi memastikan BN bukan sahaja menang, akan tetapi dapat memberi kesedaran kepada penyokong2 PAS agar bersama BN. Ketika berada di Lebuhraya Karak, secara tiba2 kelihatan beberapa buah kereta dan van dari UMNO Wilayah Persekutuan lalu di sebelah kereta yang Melayu CinDia naiki. Mereka sempat membunyikan hon tanda semangat juang untuk mencapai kemenangan di sana. Akan tetapi, 1 kejadian yang amat unik apabila terdapat beberapa buah kereta yang diletakkan bendera PAS di belakang mengiringi konvoi UMNO Wilayah. Adakah PAS turut konvoi bersama2 UMNO Wilayah ke Kuala Krau? Mungkin secara kebetulan rasanya kereta2 PAS berada di belakang konvoi tersebut. Akan tetapi, Melayu CinDia terfikir sejenak selepas melihat situasi itu, adakah 1 hari nanti UMNO dan PAS akan bersatu? Adakah 1 hari nanti akan terlihat Datuk Seri Najib bersama Hadi Awang duduk dalam 1 pentas? Entahlah. PAS sehingga hari ini kelihatan lebih sayangkan DAP daripada UMNO. Berjuanglah PAS... Sehingga Agama kita tergadai... Mungkin pada masa itu barulah PAS mencari kita.


TUAN IBRAHIM NAZAR KELUAR PARTI JIKA PAS KALAH??

TUAN IBRAHIM LOMPAT PARTI JIKA PAS KALAH DI DUN KERDAU?? Biar betul? Adakah ini merupakan jalan terakhir buat beliau untuk meneruskan karier politiknya yang semakin tidak bermaya bersama PAS di Pahang? KLIK DI SINI untuk paparan khas nasib seorang Pemimpin PAS bernama Tuan Ibrahim. PS : Melayu Cindia dalam perjalanan ke Kerdau. Ada cerita hangat mengenai PAS dan UMNO Wilayah.. Nantikan artikel Melayu CinDia selepas ini.




MISI KE WHITE HOUSE - BARACK OBAMA HALAU ANWAR??

Anwar Ibrahim sebelum ini dikatakan sangat mudah malah dilayan bertaraf VVIP setiap kali hadir ke Amerika Syarikat. Kerajaan US melalui Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri menyambut kehadiran Anwar umpama seorang Pemimpin No. 1 Negara. Namun, seorang bekas Pegawai Duta Malaysia di Amerika Syarikat telah membongkar 1 kisah mengenai lawatan Ketua Pembangkang tersebut ke Negara Polis itu baru2 ini. Dikatakan Anwar telah bersedia untuk menemui Presiden US, Barack Obama yang tidak beliau kenali secara rapat. Ini kerana, Anwar merasakan sahabat2 beliau kini tidak lagi berkuasa mutlak di Negara tersebut akibat perubahan kepimpinan secara total dan perubahan besar terhadap jawatan Kabinet. Namun, Obama dikatakan telah mengarahkan agar Anwar tidak dibenarkan sama sekali jejak ke White House. Kenapa?

Feb 25, 2011

PAS LAUNG SEMANGAT "MELAKA MILIK DAP !!"

MELAKA MILIK DAP!! Itu kenyataan salah seorang Pemimpin PAS Ayer Keroh dalam satu sessi perjumpaan bersama Jentera Pakatan Rakyat di Merlimau. Pemimpin PAS ini juga berjanji akan membantu DAP dalam memastikan UMNO/BN akan tumpas dan membawa sinar baru kepada DAP bagi menguasai Kerajaan Negeri Melaka pada PRU13. PRK DUN Merlimau akan menjadi bukti dan taatsetia persahabatan antara kedua2 parti ini. Salah seorang Pemimpin DAP Melaka bangun sebagai tanda Terima Kasih atas penghormatan tersebut lalu disambut dengan Takbir oleh rakan2 PAS yang menyertai perjumpaan tersebut. Pemimpin PAS ini mengakui bahawa DAP sewajarnya diberikan peluang kerana Parti inilah yang menjadi Pembangkang di Sidang DUN Melaka sejak sekian lama, berjuang dan menghadapi pelbagai kekangan.


ALI RUSTAM BUKTIKAN PAS PELACUR MARUAH AGAMA!!

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini memberi peringatan keras kepada kesemua pengundi Merlimau khasnya dan rakyat Malaysia amnya agar tidak mengundi mana2 parti yang bersengkongkol dan menjulang pemimpin bernama Anwar Ibrahim termasuklah PAS. Ini kerana PAS bukan sahaja bersubahat dengan DAP dan Anwar dalam mencapai misi dan matlamat menghancurkan Islam/Melayu, malah turut memberi jalan mudah bagi mencapai agenda menggadai maruah Negara.

PAS HAMPIR MATI DITEMBAK MB PAHANG!!

"Saya tengok sijil dia, kalau dia tak lulus tinggi, takkan saya nak ambil dia bekerja sebagai pegawai khas agama kepada menteri besar. Bodohlah saya ambil orang tak ada kelulusan. Tuduhan mengatakan dia tak ada kelulusan, itu satu pembohongan dan fitnah. Jangan cabar BN Pahang. Jika kita serang mereka lari lintang pukang PAS nanti," kenyataan berani dari Orang No. 1 Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menepis dakwaan PAS bahawa Ijazah yang diperolehi calon BN DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad adalah palsu semata2.

BONGKAR!! - DOKUMEN KHALID GAGAP ROMPAK WANG RAKYAT!!

DOKUMEN ini telah menyebabkan MB Selangor, Khalid Gagap dan Anwar Ibrahim menggelupur mengatur strategi memberi penjelasan kepada rakyat. Dokumen ini sebagai bukti bahawa Khalid Gagap dan PKR telah melacur wang rakyat digunakan untuk penggunaan peribadi serta parti. Dokumen ini juga telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri menghadapi kerugian besar akibat penggunaan wang Rakyat secara peribadi oleh MB Selangor ini. Malah, jumlah yang digunakan di luar jangkaan dan dilihat melampaui batas. Klik "Read More" untuk melihat Dokumen2 tersebut.


Feb 24, 2011

KERAJAAN ZALIM!! - HARGA MINYAK NAIK LAGI??

Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi petrol RON95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini. Beliau berkata berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.

10 AHLI PARLIMEN PKR KINI B'SAMA ZAID IBRAHIM!!

TUAH BADAN!! Baru sahaja tubuh parti, sudah memperolehi 1 Parlimen. Inilah realiti politik yang mesti kita akui. Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dikatakan akan menarik seberamai Ahli Parlimen Bebas untuk bersatu di bawah Parti ini. Dikatakan juga Pengasas Parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim telah mengadakan perjumpaan tertutup bersama beberapa Ahli Parlimen PKR yang sedang merancang untuk keluar dari parti tersebut dan menyertai Parti KITA. Ini bukan sahaja akan melunyai kubu kekuatan PKR yang kian rebah, malah Anwar akan semakin meroyan kerana bukan sahaja impian Ketua Pembangkang itu untuk melaksanakan Misi 16 September berkecai, malah telah memakan dirinya semula.

TAYANGAN VIDEO SEKS ANWAR HARI INI!!

KES PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM hari ini semakin hangat apabila SATU TAYANGAN VIDEO melalui rakaman CCTV akan ditayangkan. di mahkamah bagi mengukuhkan lagi salah laku seks luar tabii Anwar. CCTV tersebut dikatakan merakamkan pergerakan Anwar sepanjang berada di lokasi kejadian iaitu di Kondominium Desa Sri Damansara pada 26 Jun 2008 jam 12 tengahari hingga 4 petang. Malah, rakaman tersebut dikatakan ada mengesan pergerakan Anwar pada hari2 berikutnya akan tetapi masih di dalam penyiasatan. Mahkamah turut diberitahu bahawa DSP Jude membantu beliau mengenalpasti sebuah kenderaan MG Rover berwarna hitam yang menjadi kenderaan suspek ke Kondominium tersebut.

GUAN ENG KATA TSU KOON PENCACAI MELAYU!!

Lim Guan Eng sebelum ini hanya menghentam UMNO dalam berhadapan dengan peperangan Politik. Akan tetapi, setelah sekian lama, akhirnya, Guan Eng dengan dukacita mengkritik bekas Pemimpin No. 1 Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon. Apa motif serangan beliau secara tiba2 ini? Lim Guan Eng telah menghentam Tsu Koon sebagai pencacai Orang Melayu yang membiarkan diri terus tersepit dan tidak mampu melakukan apa2 dengan kebangkitan UMNO Pulau Pinang melancarkan jihad terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tsu Koon kini dakwa beliau semakin lesu dan gusar dalam menyuarakan pendapatnya mengenai hal2 berkaitan Negeri Pulau Pinang. Tsu Koon dilihat membiarkan UMNO Pulau Pinang terus menerus menggunakan kuasa parti untuk melenyapkan terus hak Orang bukan Melayu di Negeri tersebut. Maka, Guan Eng mencadangkan agar Tsu Koon meletakkan jawatannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Perpaduan Rakyat Malaysia.


PRU13 - DAP KUASAI 85% KABINET BAYANGAN ANWAR!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah cuba mengingatkan Anwar Ibrahim mengenai Kabinet Bayangan yang seringkali dicanang setiap kali PRU semakin dekat. Pada PRU12 yang lalu Anwar telah membuat road show seluruh Malaysia memaklumkan Kabinet yang akan membarisi Kerajaan pimpinan beliau jika menang pada PRU12. Tahun ini dijangka PRU13 akan berlangsung. Akan tetapi, Anwar dengan panik menjawab beliau tidak akan melayan sebarang karenah seorang pemimpin yang selesa menjawat jawatan BN dan meminta soalan lain dikemukakan. Sebenarnya, Anwar sememangnya telahpun mengatur Kabinet yang dijangka akan dilaksanakan jika Pembangkang menang pada Pilihan Raya akan datang. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Anwar dijangka akan memberi hampir kesemua jawatan kabinet kepada DAP iaitu sebanyak 85%. Anwar mengakui DAP akan memperolehi kemenangan yang lebih besar pada PRU13. Selebihnya, bergantung kepada kemenangan PKR dan PAS.

PERTUMPAHAN DARAH DI MESIR BERJANGKIT DI UPM!!

Pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M petang ini. Mereka bertindak demikian selepas Dr Mohd Fauzi enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan. Difahamkan mereka berkumpul di bangunan selama 19 jam - sejak jam 10 malam tadi.

Feb 23, 2011

MISTERI KEHILANGAN SAKSI UTAMA KES LIWAT ANWAR!!


Dalam meniti dan menghitung hari menyelesaikan Kes Liwat Anwar Ibrahim yang semakin hari semakin hangat di Mahkamah, ada juga skandal sulit yang berlaku. Saksi utama yang akan menyelesaikan kes ini dengan mudah bernama RASHID OTHMAN hilang entah ke mana. Misteri kehilangan lelaki ini menjadi tanda tanya hampir kesemua pihak yang terlibat dalam kes ini. RASHID merupakan antara 12 saksi dan individu yang tampil telah membuat laporan Polis mengenai Salah Laku Seks Anwar Ibrahim. Namun, selepas selesai membuat laporan tersebut, tiada khabar berita darinya. RASHID dikatakan telah dikurungkan, ada yang kata beliau telah dibunuh dan pelbagai andaian2 yang diutarakan. Di mana RASHID OTHMAN?? KLIK DI SINI bagi mengetahui isu ini dengan kupasan yang akan melunyai Anwar Ibrahim.

PEMIMPIN UMNO ISYTIHAR SERTAI DAP??

TAN SRI KHIR JOHARI... Siapa tidak kenal dengan beliau. Salah seorang pejuang Melayu yang bersama2 menubuhkan UMNO. Seorang yang lantang memperjuangkan kemerdekaan. Pernah memegang jawatan Setiausaha Agung UMNO dan Naib Presiden UMNO. Beliau juga yang membakar semangat menentang komunis, malah antara yang berjihad mempertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara ketika krisis perkauman 13 Mei. Kini beliau telah tiada. Mungkin kita mengharapkan ada yang mewarisi perjuangan beliau. Jika Tun Abdul Razak digelar Pejuang Negara, kini diwarisi oleh anak beliau, Datuk Seri Najib. Tan Sri Khir Johari juga tidak kurang hebatnya. Perjuangan politik beliau diwarisi oleh anaknya. Perjuangan demi Agama dan Bangsa. Cuma parti yang dipilih sahaja berbeza. ANAKNYA MEMILIH DAP SEBAGAI WADAH PERJUANGAN KESINAMBUNGAN BAPANYA... Alhamduli.... Hah? Parti APA?

CALON BN DUN MERLIMAU - PAS TARIK DIRI??

Akhirnya, BN hari ini menamakan Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd, Roslan Ahmad sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau 6 Mac ini. Pemilihan Roslan, 44, yang juga ahli jawatankuasa Umno Bahagian Jasin diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pekan Merlimau, Melaka hari ini. Pilihan raya kecil Merlimau diadakan setelah kematian penyandangnya, Allahyarham Mohd Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu. Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang. SPR sebelum ini menetapkan pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan pada 6 Mac ini, manakala tarikh penamaan calon bagi adalah pada 26 Februari ini. SYABAS BUAT ROSLAN AHMAD!!


SURAT LAYANG PAS AKUI ANWAR P'KHIANAT ISLAM!!

Portal terkenal Agendadaily telah menerima email dari salah seorang Pemimpin PAS sebuah Negeri yang mendesak Pengasas Gabungan Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim berundur dari politik serta merta kerana dilihat telah menjadi punca utama masyarakat Melayu semakin tidak yakin dengan parjuangan Gabungan DAP, PKR dan PAS. Ini juga katanya telah memberi kesan terhadap undi terhadap PAS sendiri di mana parti tersebut kini semakin hilang sokongan dari kalangan pengundi beragama Islam. PAS dilihat kini hanya bergantung pada undi simpati dari kalangan penyokong tegar DAP. Itupun secara kebetulan. Apakah nasib perjuangan PAS selepas ini jika membiarkan Anwar semakin meroyan mengatur strategi politik ?

TURKI BONGKAR SKANDAL SULIT ANWAR PADA NAJIB??

Alhamdulillah, lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Turki disambut dengan penuh meriah oleh Kerajaan Negara tersebut pimpinan Recep Tayyip Erdogan. Ternyata pendirian Turki yang dilemparkan Anwar dalam sessi ceramah2 beliau terhadap pimpin DS Najib hanyalah fitnah semata2. Malah Erdogan sangat selesa dengan krelibiliti DS Najib yang sentiasa berusaha untuk meletakkkan mata sebuah Negara yang dihormati. Lebih mengejutkan, dikatakan Tayyib Erdogan ada menceritakan rahsia sulit kepada DS Najib mengenai strategi Anwar untuk mendapat sokongan Negara2 Luar dalam merampas Kerajaan Malaysia. Benarkah?

Anwar sebelum ini sentiasa menjadikan Turki sebagai Negara contoh dan syok sendiri apabila mengatakan Tayyip Erdogan lebih menyokong penuh usaha beliau mengubah dasar Kerajaan Malaysia. Anwar juga cuba memburuk2kan Kerajaan Malaysia di Negara2 Luar termasuklah Turki dan ramai di kalangan pemimpin2 Luar tidak suka akan dasar Malaysia yang kononnya zalim dan korup.

7 AHLI PARLIMEN PKR BAKAL TINGGALKAN PARTI!!

Semalam PKR melalui Pengerusi Jawatankuasa Audit PKR, Nik Mahmood Nik Hassan telah menafikan dakwaan sebuah portal bahawa PKR akan memecat 7 Ahli Parlimen dari parti tersebut kerana gagal meningkatkan prestasi sebagai wakil rakyat di kawasan masing2. Ini telah menimbulkan kemarahan kepada beliau yang sedikit sebanyak mencalar imej parti. Memanglah betul kata mereka. Takkanlah, di saat PKR menghadapi krisis kritikal dengan keluarnya seorang demi seorang Ahli Parlimen parti tersebut, takkan senang2 PKR hendak memecat 7 Ahli Parlimen. Memang bahlul jika ada niat sebegitu. Realiti yang berlaku adalah, 7 Ahli Parlimen PKR telah dilaporkan akan keluar parti pada bila2 masa melalui kajian Jawatankuasa Audit parti tersebut. Oleh itu, PKR sengaja mengeluarkan audit untuk menjawab beberapa isu dan berdepan dengan Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan masalah berbangkit. Masakan mereka hendak membiarkan 7 MP parti ini keluar. Hari ini sahaja PKR hanya memperolehi 23 kerusi Parlimen, jauh ketinggalan berbanding sebelum ini iaitu 31 MP, jumlah tertinggi dalam Parlimen Pembangkang.

DUN KERDAU - PAS AKUI CALON BN LAYAK MENANG!!

Penasihat Agama MB Pahang, Anak Tempatan, berjawatan NO. 3 di dalam UMNO Bahagian Kuala Krau. Semua pakej ini telah melayakkan Calon BN DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad untuk menerajui DUN Kerdau. PAS kini semakin runsing dengan calon BN ini. Mereka duduk terkedu mendengar nama Syed Ibrahim diumumkan. Bagaimana PAS hendak melaksanakan strategi penipuan yang telahpun diatur dengan rapi bagi menghadapi saingan BN? Maka, PAS terpaksalah duduk berbincang semula agar strategi baru dapat diketengahkan. Calon juga menjadi isu buat PAS. Parti ini mesti memastikan calon yang diketengahkan bersih dari segala perlakuan yang memburukkan imej PAS bukan sahaja pada hari ini, malah bersih dari sejarah lampau yang akan diherdik masyarakat Kerdau. PAS yang sebelum ini dengan bongkak tidak menghadapi masalah memilih calon malah dikata pula jika hendak dipilih, kesemuanya layak. Semalam, beberapa Pemimpin PAS melihat ianya bukan seperti yang dinyatakan sebelum ini. Kesemuanya tidak layak jika dikaji semula. Kenapa?


MALAYSIA BAKAL ALAMI BENCANA GEMPA BUMI??

Malaysia, sebuah Negara yang terletak di garisan Khatulistiwa. Sebuah Negara yang strategi bukan sahaja untuk menjalankan aktiviti2 ekonomi, malah Negara ini beruntung kerana walaupun dikelilingi dengan Negara2 yang sentiasa mengalami Bencana Alam yang kritikal seperti Gempa Bumi dan Letupan Gunung Berapi, Malaysia terselamat. Akan tetapi, sejak akhir2 ini kita sering dikhabarkan dengan gegaran di beberapa kawasan yang seakan2 mengalami Gempa Bumi. Antara Negeri yang kerap mengalami gegaran adalah di Negeri Pahang. Semalam, kita dikejutkan pula dengan satu lagi gegaran, bukan di Pahang, tetapi di Kuala Lumpur. Benarkah dakwaan mengatakan Malaysia kini tidak lagi terkecuali malah bakal mengalami nasib yang sama seperti di Indonesia? Gempa Bumi. Ikuti laporan mengenai bencana Gempa Bumi yang berlaku semalam di salah satu kawasan Kuala Lumpur iaitu di Pusat Bandar Damansara.

SABAH IMPIANKU - SULU MERACAU DENGAN SULTAN??

SULTAN SULU?? Siapa sangka? Di Malaysia kita ada Sultan Sulu. Warganegara Malaysia pula tu. Datu Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad, seorang yang telah mengikhtiraf diri sebagai Sultan Sulu meminta pihak Kerajaan tidak memperkecil2 kan beliau. Beliau telah ditabalkan sebagai Sultan oleh kerajaan sementara Sulu yang mendapati beliau adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.

Feb 22, 2011

MB IN WAITING - HASAN ALI ISYTIHAR SOKONG AZMIN ALI??

Umum mengetahui mengenai krisis terbaru yang dihadapi pimpinan PKR Selangor akibat daripada pengumuman secara mengejut MB Selangor, Khalid Gagap yang mengakui sedang merancang untuk membuat rombakan Exco dalam masa terdekat ini. Pengumuman Khalid ini langsung tidak diketahui oleh mana2 pihak terutamanya beberapa Exco di bawah beliau. Ini telah menyebabkan ramai mahukan penjelasan dari ADUN Ijok tersebut mengenai hal ini. Secara tiba2, muncul individu yang bakal digelar 'Hero Selangor' iaitu Azmin Ali mengkritik tindakan Khalid Gagap yang disifatkannya sebagai Gila Kuasa. Azmin Ali dilihat menjadi pembela Exco2 yang dikatakan tidak lagi sebulu dengan Khalid Gagap. Hari ini, salah seorang Exco Selangor dikatakan telah menemui beberapa orang kanannya. Pertemuan sulit itu dikatakan membincangkan soal Kepimpinan Kerajaan Negeri. Ada usaha yang cuba diperhalusi untuk menukar MB Selangor bagi mengembalikan keyakitan masyarakat Selangor. Hasan Ali dijangka akan bersama Azmin Ali untuk menjatuhkan Khalid Gagap. HAH??

KARPAL KATA SAIFUL GAY YANG DIGILAI RAMAI!!

SAIFUL BUKHARI SEORANG GAY!!. Itu dakwa Peguambela Anwar Ibrahim, Karpal Singh selepas keluar dari Mahkamah. Karpal mendakwa Saiful Bukhari adalah seorang gay yang sangat diminati ramai terutamanya di kalangan Pemimpin Politik. Karpal turut berkata Saiful mempunyai tarikan yang tersendiri yang mampu menyebabkan mana2 individu yang bersama dengannya akan terpukau lalu rebah. Ini yang diberitahu Pengerusi DAP Kebangsaan setelah selesai perbicaraan hari ini. Ianya dibongkar oleh salah seorang Pemimpin DAP peringkat Bahagian di Wilayah.

Powered by Blogger.