Jan 31, 2011

INDONESIA IKRAR JAJAH MALAYSIA!!?


Hari ini Melayu CinDia ingin berkongsi cerita mengenai kisah yang lari dari agrnda politik tanah air. Kisah sebuah rancangan realiti yang pernah menjadi kegemaran masyarakat umum, Akademi Fantasia. Melayu CinDia difahamkan AF pada tahun ini akan berlangsung tidak lama lagi. Selain peserta dan tenaga pengajar, 1 perkara yang dinanti2 kan peminat rancangan ini untuk diumumkan adalah pengetuanya. Khabar berita mengenai perlantikan pengetua yang diimport dari Negara dibantah terutamanya di kalangan peminat2 tegar rancangan tersebut. Adakah ini merupakan salah satu jajahan secara halus dan menjadi misi Indonesia?

MAHATHIR GELAR NIK AZIZ DEWA KUFUR..!!?

Jika sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menfatwakan orang Islam yang menyertai UMNO sebagai kufur dan jahiliyah, hari ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed kembali bersuara mengkritik De Facto PAS itu setelah sekian lama berdiam diri memberi sebarang komen mengenai beliau. Tun M mengatakan Islam yang dibawa Nik Aziz itu lebih teruk dari Islam Nasionalis. Ini berikutan dakwah yang digunakan beliau dilihat semakin terpesong malah berkongsi kuasa Islam bersama DAP.

KIT SIANG CABAR SOI LEK LAUNG HIDUP CINA ??

Lim Kit Siang hari ini berang dengan tindakan MCA yang dikatakan sengaja menakut2 kan pengundi Cina mengenai perjuangan DAP. Kit Siang dalam pada yang sama mempersoal tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang secara tiba2 lantang menentang parti tersebut walhal sebelum ini ianya tidak berlaku. Kit Siang dalam kenyataannya mendakwa, Soi Lek kini menjadi kambing hitam UMNO yang diberi tanggungjawab menghasut masyarakat Cina mengenai slogan 1Malaysia yang ternyata hanya omong2 kosong. Kit Siang dalam pada yang sama mencabar Soi Lek agar mendesak UMNO agar menggugurkan serta merta pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam jika benar beliau seorang pejuang Cina. Ternyata Kit Siang tidak senang duduk dengan pendekatan BN yang berjaya menambat hati masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.


GUAN ENG - DIN PUDU PUNCA PENGUNDI CINA PROTES !!

Melayu CinDia semakin 'gumbira' dengan kekalahan PAS yang telah memakan dirinya semula. Jika sebelum ini, PAS dengan bongkak mendakwa kerjasama bersama DAP dan PKR memberi kekuatan luar biasa terhadap parti tersebut, kini kelihatan semakin lemah. Apa yang lebih mengejutkan, Ketua Menteri Melaka, Lim Guan Eng ketika ditanya mengenai kekalahan PAS, beliau dengan nada kias meminta pihak wartawan tujukan semula soalan tersebut kepada pihak PAS kerana hanya beliau sahaja tahu jawapannya. Sambil memuji kepimpinan MB Johor, Datuk Ghani Othman dan Presiden MCA, Chua Soi Lek, beliau dengan nada berkias menjawab, "Pihak yang kalah bukan calon PAS tetapi... kamu tahulah," tambahnya.

DIN PUDU SALAHKAN RAHMAT ALLAH PUNCA KEKALAHAN !!

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob aka Din Pudu semalam seolah2 tidak berpuas hati dengan kekalahan PAS lalu mendesak agar keputusan PRK DUN Tenang digantung. Din Pudu menyalahkan faktor cuaca (hujan lebat) tanpa henti sebagai punca ramai di kalangan pengundi PAS tidak keluar mengundi. Melayu CinDia agak kecewa dengan beliau kerana menyalahkan rahmat Allah sebagai punca kekalahan tersebut?


ALASAN2 BODOH DARI PIHAK PAS !!

PAS semalam memberi pelbagai alasan2 bodoh setelah menerima kekalahan. Kadang2 tu rasa lucu juga. Setiap kali kalah Pilihanraya, ada sahaja alasan bodoh yang diberikan. Mereka seolah2 tidak sedar akan kesilapan sendiri dan seringkali mencari alasan untuk membuktikan bahawa mereka sewajarnya menang. Tak rasa ke rakyat makin jemu dengan alasan2 mereka. Apa alasan yang mereka berikan? Hari ini Melayu CinDia akan bongkar. Terus melayari blog Gelombang Rakyat.


ANWAR KATA GOBALA DASAR KELING PARIAH !!

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba cover line tentang tindakan Ahli Parlimen PKR Padang Serai Kedah N Gobalakrishnan ‘angkat kaki’. Sebelum ini ketika Gobala terus menerus membalonnya menerusi twitter,kenyataan media dan sidang akhbar Anwar hanya menyepi.

NORMALA DESAK BATAL KEPUTUSAN PRK TENANG!!

Alhamdulillah, BN akhirnya memperolehi kemenangan di Tenang dengan majoriti yang amat memuaskan. Ini merupakan bukti bahawa BN berjaya mengekalkan kuasa pembelaan terhadap rakyat berbanding pembangkang yang sentiasa mencari jalan untuk mencapai kemenangan demi kerakusan politik semata2. Sementara itu, Melayu CinDia difahamkan suami Normala, Ma'aruf kini sedang menghadapi kemurungan kritikal dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan susulan. Normala pula dikhabarkan tidak berpuas hati dengan kekalahan beliau dan mendesak agar kiraan undi dibuat semula. Alhamdulillah. HIDUP BN !!

Jan 30, 2011

PAS KALAH - DAP SERANG HADI AWANG !!

DAP dikatakan semakin tidak berpuas hati dengan pakatan sulit Hadi Awang dan kroni2 nya yang dikatakan sebagai punca sebenar kekalahan terus PAS di PRK DUN Tenang. DAP juga mendesak agar Presiden PAS itu menjawab dakwaan bahawa terdapatnya pakatan sulit yang diwar2 kan oleh beberapa sumber menyeru agar UMAT ISLAM di DUN Tenang mengundi BN. Hadi Awang dikatakan semakin menjurus ke arah Kerajaan Perpaduan yang dirancang bagi menjatuhkan DAP dan PKR. Sebelum ini, Hadi Awang berang dengan kenyataan Nik Aziz yang mendakwa PENGUNDI2 ISLAM DI TENANG YANG MENGUNDI BN DILABEL SEBAGAI JAHILIYAH !!

LIVE WITH PAPAGOMO - SAH BN MENANG RASMI...

Blogger Papa Gomo berpeluang untuk menyaksikan sendiri pengiraan undi yang sedang di dalam proses terakhir. Layari BLOG PAPA GOMO untuk mengetahui keputusan rasmi.


TAK RASMI - MAJORITI HAMPIR 4 RIBU !!

BN - 6698


PAS - 2992


ROSAK - 157


SUMBER : KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

TAK RASMI - BN MENANG MAJORITI 3000 ??

TIDAK RASMI !! - 71.7% pengundi Tenang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. BN juga dikatakan akan menang dengan majoriti 3000 ke atas. Melebihi majoriti pada PRU 12. Ini sekadar ura2 walaupun dari sumber media. Sama2 kita berdoa agar kemenangan berpihak pada BN dengan majoriti lebih besar.


SENGIT !! - BN HANYA MENANG TIPIS ??

Cuaca hujan berterusan sejak malam tadi tidak menghalang pengundi2 di Tenang untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Salah seorang wartawan sebauah akhbar memberitahu Melayu CinDia melalui khidmat sms mengatakan, setakat ini, 70% masyarakat Labis telah keluar mengundi. Alhamdulillah, semangat mereka begitu kuat walaupun keadaan banjir yang semakin teruk. Semoga hujan rahmat ini akan memberi kemenangan kepada BN.


USTAZ NASHA PULA AJAK PENGUNDI PILIH CALON BN !!

Pakatan sulit Hadi Awang kini disusuli pula dengan Timbalan beliau,Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang menyeru secara sulit kesemua pengundi di DUN Tenang mengundi calon BN, Azahar Ibrahim. Ustaz Nasha juga merupakan antara individu dalam PAS yang berang dengan kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin yang membuat fatwa bahawa Undi BN Haram Syarie yang telah memecahbelahkan umat Islam di Malaysia secara total. Beliau juga akan menyampaikan amanat kepada Nik Aziz selepas PRK DUN Tenang agar menarik semula kenyataan beliau bahawa pengundi Tenang yang mengundi BN adalah golongan Jahiliyah. AYUH PENGUNDI BN TENANG, KELUAR DAN LAKUKAN TANGGUNGJAWAB DEMI AGAMA,BANGSA DAN TANAH AIR.


VIDEO SULIT - HADI AWANG SERU UMAT ISLAM UNDI BN !!

Krelibiliti calon BN, Azahar Ibrahim, usah dipertikai lagi kerana beliau sememangnya layak memimpin DUN Tenang. Akan tetapi, pakatan sulit Hadi Awang dan pro Ulama' di dalam PAS kelihatan semakin protes dengan tindakan YB. Salahuddin Ayob dan kuncu2 nya yang begitu taksub mendapat undi bukan Islam sehinggaia mengabaikan pengundi beragama Islam yang menjadi nadi perjuangan PAS. Melalui Hasan Ali, beliau telah mengadakan kempen secara sulit memprotes calon PAS dan menyeru pengundi2 di Tenang agar memilih calon BN. SILA KLIK 'Read More' bagi menonton video rakaman seruan Ustaz Hadi agar mengundi calon UMNO dan BN.


ARAHAN ANWAR - PKR TAHAN PENGUNDI BN !!

PKR melalui Angkatan Muda Keadilan (AMK) dijangka akan menyamar sebagai jentera BN bagi memastikan pengundi2 BN ditahan untuk meneruskan perjalanan ke lokasi. Berita ini diterima dari beberapa rakan dari Bilik Gerakan PAS Tenang. Ini merupakan strategi yang kebiasaan dilakukan oleh mereka ketika menjelang Hari Mengundi. Melayu CinDia berharap agar berjaga2 dan mohon agar jentera BN terutamanya di kalangan Pemuda BN agar dapat memantau perkara ini dengan kadar segera sebelum strategi mereka berjaya. HIDUP BN...

DAP JAJA CINA UNDI PAS MASUK SYURGA !!

Pelik tapi benar. DAP malam tadi di saat2 akhir kempennya menyeru kesemua pengundi CINA mengundi calon PAS yang menjanjikan Syurga. Syurga? Cina undi PAS juga masuk syurga? Inilah kempen terdesak DAP. Tak tahulah jika ada orang Cina yang percaya dengan fatwa mengarut dari PAS. UNDI BN sahajalah yang akan menjamin kesejahteraan dari segala aspek. Janganlah menggadai undi terhadap PAS. Kelak Melayu, Cina malah India sendiri akan merana.

Jan 29, 2011

UNDI UMNO JAHILIAH - HADI AWANG MARAH DGN. NIK AZIZ !!

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelihatan tidak selesa dengan kenyataan De Facto PAS, Nik Aziz Nik Mat yang mendakwa orang Islam yang mengundi UMNO dianggap sebagai jahiliyah. Ini kerana tindakan Nik Aziz itu katanya akan menyebabkan ramai umat Islam di Malaysia semakin hilang kepercayaan terhadap perjuangan PAS.

BETUL KE NORMALA TARIK DIRI BERTANDING ??

Nampaknya Puan Normala, calon PAS PRK DUN Tenang terpaksalah menerima hakikat bahawa beliau akan tewas dalam pertarungan di salah satu DUN di Johor ini. Menurut laporan penyelidik bebas ILHAM Centre, BN dijangka akan menang esok dengan majoriti 3000 undi. Ini dikatakan atas faktor kekuatan calon yang amat dikenali sebagai seorang pemimpin yang dekat di hati masyarakat disini jika dibandingkan dengan Normala yang sarat dengan masalah peribadi, ego dan bongkak sehinggakan ramai masyarakat terutamanya Melayu jelak dengan sikap beliau. Ini bukan berlaku pada PRK sahaja. Masyarakat di Tenang dan Sekijang mengenali beliau sejak beliau menyertai PAS lagi. Beliau tidak pernah membela nasib wanita di sini apatah lagi masyarakat keseluruhan. Bagaimana seorang Ketua Muslimat ini dipilih oleh PAS sebagai calon? Bak kata salah seorang pemimpin kanan PAS, pemilihan Normala telah memakan diri PAS. HIDUP BN... Insyaallah pasti berjaya.


BAPA NORMALA DESAK NORMALA BERTAUBAT !!

Gambar Hiasan

Seorang jiran Normala yang enggan dipamerkan namanya berkata, pada tengah malam tadi bapa Normala ada menemui beliau dan sempat bertanyakan hal anaknya yang kini telah dibongkar dengan pelbagai isu2 mengenai dirinya. Bapa Normala dengan nada tegas mendesak Normala bertaubat dengan segera dan meninggalkan semua kerjaya politik yang diceburinya selepas pengumuman PRK DUN Tenang kelak. Bapa Normala juga menganggap segala apa yang berlaku ke atas diri anaknya akibat sikap Normala yang degil dan ego tanpa mendengar nasihat dari bapanya itu. Bapanya juga mengakui Normala begitu terdesak untuk bertanding dan menguasai politik tanpa merujuk kepada kedua2 orang tuanya terlebih dahulu hanya kerana ibu bapanya ahli UMNO. Sudahlah Normala. Berjumpalah dengan ibu kamu dan minta ampun atas keterlanjuran kamu itu.

ISU PERIBADI - NORMALA MAKI DIN PUDU !!

Pendedahan demi pendedahan semakin telahpun dibongkar mengenai salahlaku dan wajah seorang bakal pemimpin bernama Normala. Kini suaminya, Ma'aruf menghadapi tekanan setelah disoalsiat mengenai surat MC yang telah didedahkan hampir kesemua blogger pada hari ini. Persoalannya, kenapa kesemua ini didedahkan?

GOBALA AKAN SERTAI MIC SEMULA ??

Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu. Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter. Menurut Gobalakrishnan, beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru.

ARAB SAUDI AKAN DEDAH PEMBERI DANA ANWAR!!

Selepas puas 'meliwat' rakyat dengan penipuan demi penipuan yang dilemparkan terhadap Kerajaan dalam sessi Ceramah PRK DUN Tenang malam tadi, secara tiba2 Anwar kembali terkucil apabila Kerajaan Arab Saudi bersedia untuk menyiasat dana yang diberikan kepada beliau sebagai salah satu peruntukan PRU 13. Ternyata laporan CNN meleset sekali apabila mengeluarkan berita bahawa tiada bukti yang kukuh mengatakan Anwar diberi sejumlah dana yang besar oleh Kerajaan Arab Saudi. Apakah persediaan Anwar sebelum 'diliwat' oleh Arab Saudi? Mungkin didesak DS Najib sekali lagi untuk berdebat? Kemudian dinafikan pula? Kemudian berdebat sekali lagi? OTAK ANWAR SEMAKIN GILA..

KARTUN 18SX NORMALA !!

Sekali lagi, khidmat blogger Reformasin yang sentiasa menghasilkan kreativiti kartun terbaik bagi memastikan BN sentiasa bergelar Juara Rakyat. Penghasilan kreativiti kartunis bernama RIO ini telah menyebabkan kartunis Pembangkang Zunar terus kesepian dek kerana kekeringan idea dalam menghasilkan karikatur yang mampu menjadi senjata utama serangan ke atas BN. Sekali lagi Melayu CinDia merakamkan ucapan SYABAS buat kartunis Reformasin. Sila klik pada gambar di atas untuk melihat dengan lebih jelas.

PEMUDA BN BIKIN KECOH DI KG. TENANG !!

Kampung Tenang dikatakan kecoh setelah didatangi sekumpulan berbaju biru. Hahahaha.. Hari ini Melayu CinDia malas nak propa. Berterus terang sajalah. Jika sebelum ini, Melayu CinDia ada melaporkan program Pemuda BN di Perkampungan Orang Asli di Tenang, hari ini Pemuda BN sekali lagi turun padang memantau perjalanan pilihanraya serta memastikan pengundi2 kawasan ini mengundi calon berkaliber dari Barisan Nasional.

Jan 28, 2011

SURAT TERBUKA NORMALA TERHADAP BLOGGER??

Berita yang baru Melayu CinDia perolehi bahawa Calon PAS PRK DUN Tenang, Normala kini semakin tertekan dengan pembongkaran blogger2 mengenai penyelewengan dan skandal beliau. Dan pihak Normala dikatakan telah menghantar surat terbuka terhadap seorang blogger terkenal mengenai hal ini. Adakah beliau hendak menyelesaikan masalah isterinya yang semakin agresif tamakkan kuasa politik? KLIK DI SINI untuk mengetahui isi kandungan surat tersebut.

HARTA NORMALA B'NILAI RM 1JUTA ??

1 lagi kisah Normala yang tidak dapat dipisahkan dengan wang. Begitu kaya Normala sehingga dikatakan memperolehi wang sejumlah RM 1 Juta. TIDAK... RM 1 Juta dibongkar mempunyai kaitan dengan ayah Normala. Benarkah bapa Normala pernah menyeleweng FELCRA Sekijang berjumlah RM Setengah Juta?

NORMALA MAKI IBUNYA UMNO KAFIR !!

Seperti umum ketahui, Ibu kepada calon PAS PRK DUN Tenang Normala merupakan seorang ahli UMNO yang masih aktif dalam membela perjuangan Agama, Bangsa dan Negara. Blogger RBF ada mengesahkan bahawa kajian melalui soalselidik rakan2 rapat yang mengenali Normala ada menyebut satu sifat Normala yang sememangnya wajar digelar seorang anak derhaka kepada Ibunya. Normala dikatakan amat benci dengan tindakan ibu beliau yang masih berdegil dan bertindak keluar dari UMNO sebagai sokongan terhadap beliau. Pelbagai cara digunakan Normala bagi membalas dendam beliau terhadap ibunya, seorang ahli UMNO yang digelar PAS sebagai kafir.

NIKAH KEDUA NORMALA TIDAK SAH ??

Kisah perkahwinan pertama yang hangat diperkatakan telah memberi tekanan maksimum terhadap Normala. Ini berikutan pendedahan demi pendedahan yang telah dibuat oleh blogger2 sebagai bukti bahawa Normala bukanlah calon yang sesuai dijulang sebagai pemimpin wakil rakyat DUN Tenang. Selain itu, ada juga kisah terbaru yang didedahkan baru2 ini mengenai kepincangan rumah tangga Normala bersama suami pertamanya dan percintaan Normala bersama suami kedua bernama Ma'aruf di Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Adakah benar Normala sudah mula bercinta dengan Ma'aruf sejak beliau bergelar isteri lagi?

PARTI MAKKAL SAKHTI ISYTIHAR SOKONG PAS??

Presiden parti Makkal Sakti, RS Thanenthiran membuat laporan polis terhadap bekas setiausaha pertubuhan itu R.Kannan yang dikatakan menyamar sebagai presiden parti dan menyatakan sokongan terhadap calon PAS pilihanraya DUN Tenang, Normala Sudirman. Kannan yang dipecat daripada Makkal Sakti pada Januari 2010 didakwa sengaja mengakui dirinya presiden dan membuat kenyataan parti itu menyokong PAS bagi mengelirukan pengundi-pengundi India di dalam kawasan DUN Tenang.

KENYATAAN BODOH MAZLAN ALIMAN !!

Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.

REFORMASIN BONGKAR BUDAYA KOMUNIS DALAM PAS !!

BRAVO KARTUNIS RIO dari blog REFORMASIN... Kesemua rakyat Malaysia mesti sedar kepincangan Nga Kor Ming yang akan menghancurkan Negara.

Jan 27, 2011

PAS TELUK INTAN KATA PENEROKA FELDA BUTA HURUF !!

Pemuda PAS Teluk Intan telah menghina peneroka FELDA ketika berdebat melalui komen di Facebook dengan salah seorang penyokong FB. Beliau dengan nada berang bukan hanya menghina peneroka FELDA, malah menghina golongan Warga Emas. Adakah ini menunjukkan sikap sebenar yang ditonjolkan PAS dala membela nasib rakyat. Inilah generasi Pemuda PAS yang akan diangkat sebagai pemimpin di dalam parti tersebut. Jika sekarang mereka menghina peneroka FELDA, apa yang akan berlaku apabila PAS dan Pakatan berjaya menawan Malaysia ?

DIN PUDU PULA DISAHKAN MANDUL !!

Ternyata tindakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob aka Din Puduraya membongkar isu penyelewengan lelongan tanah telah memakan diri beliau. Din Pudu terus mandul apabila calon BN PRK DUN Tenang, Azahar Ibrahim menjawab semula isu tersebut dengan tenang tanpa emosi. Din Pudu sewajarnyamengambil ikhtibar dari kisah silamnya. Bagaimana perasaan kamu apabila kamu diserang?


BUKTI - SURAT SKANDAL NORMALA !!


PEMIMPIN KANAN PAS AKUI PAS AKAN TEWAS !!

Pemimpin Kanan PAS yang mengakui PAS yang enggan dipamerkan identitinya menjangkakan PAS akan tewas pada PRK DUN Tenang. Beliau mengakui bahawa pemilihan calon Normala telah memakan diri PAS apabila ramai di kalangan masyarakat melihat Normala tidak mampu melaksanakan tugas sebagai seorang Pemimpin dengan baik. Beliau juga mengakui bahawa Normala seorang yang kelihatan agak ego dan bongkak dalam mempertahankan sesuatu isu. Tindakan Normala yang tidak mesra pengundi telah menyebabkan pengundi Melayu terutamanya jelak dengan sikapnya. Normala dituntut agar melakukan perubahan pada diri dan pendiriannya agar sekurang2 nya dapat mengurangkan Majoriti walaupun tewas. Laporan Melayu CinDia turut diperakui portal Malaysiakini.

ISU SALAM - NIZAR BERANG DENGAN NORMALA !!

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dikatakan berang dengan calon PAS PRK DUN Tenang, Cikgu Mala yang mengelirukan isu salam sehingga menjadi hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Malaysia amnya. Ini merupakan sumber yang diperolehi dari jentera PAS Perak sendiri. Hasil temubual, mereka mengatakan Nizar akan berjumpa Cikgu Mala agar mendesak Cikgu Mala menarik semula kenyataannya berkaitan isu salam.

DUN MERLIMAU - PKR DAKWA TANTAWI TAK KENANG BUDI !!

Kekecohan perebutan kerusi DUN Merlimau yang akan diadakan Pilihanraya Kecil tidak lama lagi menjadi hangat setelah Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berperang sesama sendiri. Terbaru, beberapa pemimpin AMK Melaka menganggap Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Tantawi tidak mengenang budi apabila dengan bongkak tanpa sebarang perbincangan, mendakwa secara terbuka mahu PAS terus bertanding di kawasan tersebut tanpa memberi laluan kepada mana2 parti dalam gabungan Pakatan.


KARTUNIS ZUNAR ISYTIHAR MUFLIS !!

Kartunis PAS yang terkenal dikenali sebagai Zunar kini semakin tercabar apabila pengaruhnya yang dahulu sangat kuat telah beralih arah. Ramai di kalangan peminatnya semakin muak dengan karikatur beliau yang ternyata kekeringan idea. Seorang kartunis yang sedang meningkat naik, RIO kini semakin menjadi bualan mulut di kalangan masyarakat yang meminati karikatur politik. Menggunakan Reformasin sebagai trademark, RIO kini dilihat mampu menyaingi kartunis2 lain terutamanya Zunar. Ingin melihat hasil kerja beliau, KLIK DI SINI !!

RAZALI IBRAHIM SUDAH BERSEDIA !!

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah bersiap sedia untuk meneruskan perlaksanaan membantu masyarakat di Johor khasnya dan menjadikan Pilihanraya DUN Tenang sebagai semangat baru untuk meneruskan misi membela masyarakat Muda.Program bersama Rakyat di Perkampungan Orang Asli di Tenang telah membuktikan bahawa Pemuda BN mampu memperkasa sayap parti tersebut dan kelihatan anak2 Muda begitu kuat menyokong usaha Pemuda UMNO dan BN.


AL FATIHAH - DOL RAMLI PEJUANG MEDIA AKHIR ZAMAN !!

Melayu CinDia merakamkan sedih dengan pemergian Tan Sri Dol Ramli pada malam tadi kerana mengalami masalah lemah jantung pada usia 88 tahun.Beliau antara pejuang Media yang sarat dengan pelbagai sumbangan. Sumbangan besar beliau telah diberikan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Jan 26, 2011

LAWATAN BANJIR - NORMALA DIHALAU PENDUDUK ??

Melayu CinDia baru sahaja mendapat maklumat bahawa Calon PAS PRK DUN Tenang begitu pantas membuat lawatan publisiti ke kawasan2 banjir di Tenang petang tadi. Lawatan Publisiti ini bertujuan bagi memastikan setiap mangsa banjir akan mengundi PAS pada 30 Januari ini. Baguslah tu. Akan tetapi, berlaku kekecohan di mana Normala dikatakan kelihatan begitu cerewet malah mengeluh ketika sessi lawatan tersebut. Ini menyebabkan beberapa penduduk berang dengan sikap Normala yang seolah2 terpaksa hadir sebagai syarat untuk meraih undi. Normala sewajarnya malu dengan sikap beliau yang kemaruk hendakkan kerusi DUN Tenang, untuk apa? Jika sekadar mengejar publisiti dan kuasa politik murahan. Tak Percaya? Blog Gerakan Anti PKR akan dedahkan VIDEO sebagai bukti berlakunya kejadian seperti yang didakwa pada esok hari. Nantikan. Bravo OTAI2 Blogger.

VIDEO BUKTI - NIZAR MALUKAN DIN PUDU DI TENANG !!

Melayu CinDia terkejut dengan pendedahan video ini. Meremang bulu roma. Adakah apa yang diperkatakan Nizar sebagai bukti bahawa PAS sanggup menghina Islam semata2 untuk meraih undi bukan Islam? Klik pada "Read More" di bawah untuk melihat sendiri video ini. Astagfirullah.


GUAN ENG AKUI PAS MEMPERKOSA MARUAH RAKYAT !!

Ceramah Lim Guan Eng yang diadakan pada malam tadi di FELDA Chempelak Barat, Tenang menyaksikan kehadiran 180 orang sahaja. Maklumat diperolehi kehadiran orang ramai di ceramah tersebut hampir kesemuanya bukan dari kalangan penduduk kawasan. Ini merupakan ceramah kedua melibatkan pemimpin kanan Gabungan DAP, PKR dan PAS selepas Anwar Ibrahim. Kedua2 ceramah ini tidak mendapat sambutan dari kalangan masyarakat di DUN Tenang. Satu lagi perkara telah menyebabkan beberapa penyokong PAS terkejut dan berang dengan Ketua Menteri Pulau Pinang ini apabila Guan Eng terlepas kata mengakui kadang kala PAS bertindak seolah2 memperkosa maruah rakyat. Kenyataan Guan Eng melalui ceramahnya itu diperakui oleh salah seorang penyokong PAS yang menyertai ceramah itu. Beliau secara tegas memdesak pihak jawatankuasa tertinggi Jentera PRK DUN Tenang menyiasat Guan Eng dan mengambil tindakan sewajarnya.

AKSI 18SX NORMALA DI LABIS PART 2 ??

Penduduk Kampung Paya Merah menjadi saksi mengejutkan mereka dengan aksi ganas Calon PAS PRK DUN Tenang, Normala. Normala didedahkan merupakan seorang Muslimat yang kemaruk hendakkan kerusi DUN Tenang sehinggakan sanggup melakukan apa sahaja agar cita2 nya tercapai. Malah beliau telahpun mula berkempen mencalonkan dirinya sehari selepas kematian ADUN Tenang sebelum ini. WOW!! Apa yang lebih mengejutkan Melayu CinDia, Normala yang kononnya dikenali sebagai seorang wanita yang lemah lembut, rupa2 nya bukan seperti yang digambarkan. Ikuti kisah Normala di Paya Merah seperti yang diceritakan penduduk kawasan.


NORMALA DAKWA HARAM UMAT ISLAM MAKAN KFC...

Kisah calon PAS DUN Tenang, Normala yang dikaitkan dengan KFC menjadi perbualan hangat di kalangan ahli2 politik tidak kira dari BN mahupun Parti Pembangkang. Normala secara tiba2 tidak suka bercakap soal KFC lantas berkata "Saya tidak suka KFC." Pelik sungguh apabila Normala secara tiba2 marah apabila dikaitkan beliau dengan Syarikat tersebut. Menurut beberapa ahli PAS terdekat, Normala mendakwa ayam KFC itu bukan dari sumber yang halal, maka beliau secara peribadi menjatuhkan hukum haram untuk makan produk KFC. Huh? Alasan.. Kenapa mesti menghina dan memburuk2 kan syarikat tersebut. Mengaku sajalah bekas suami kamu merupakan Pekerja KFC satu ketika dahulu. Sentimen peribadi, dihina pula syarikat KFC.

PENDUDUK TENANG DAKWA PAS SAMSENG JALANAN..

Tindakan beberapa penyokong PAS merosakkan bahan kempen BN telah menyebabkan beberapa penduduk naik berang dan mendesak pihak SPR mengenakan tindakan tegas di atas perbuatan mereka. Ini didedahkan sendiri oleh team Nadi Rakyat semasa menjenguk beberapa kawasan. Ianya sama sekali bercanggah dengan budaya dan adat resam penduduk Johor yang sentiasa mengamalkan sikap tolak ansur dan persaudaraan. Mereka juga menempelak pemimpin2 PAS yang mengapi2 kan penyokong2 mereka dengan menabur perasaan benci dan keji terhadap pihak lawan. PAS ITU KAFIR... DAP ITU ISLAM... Huh?

KARTUNIS ZUNAR SERTAI UMNO ??

Melihat kartun ini, menjadi tanda tanya di fikiran kita siapakah pelukisnya? Adakah benar pelukis sebenar adalah Zunar yang dikenali seorang kartunis PAS yang terkenal? Jangan difikir UMNO tidak mempunyai seorang kartunis yang kreatif. Melayu CinDia berpendapat kartunis ini lebih kreatif jika dibandingkan dengan Zunar. Anda ingin tahu hasil kerja kartunis ini? KLIK DI SINI !!
Powered by Blogger.