Dec 28, 2011

VIDEO SULIT - PRA PERANG ISLAM VS KRISTIAN BAKAL T'CETUS DI MALAYSIA!!?









Video di atas merupakan sebuah Negara yang mewakili beberapa Negara di Dunia yang berhadapan dengan perang melibatkan puak beragama Islam VS Kristian yang tidak berkesudahan. Baru2 ini PERKASA sendiri yang dilihat ekstrim Melayu membongkar adanya ucapan daripada salah seorang Paderi yang menggunakan pentas tersebut mempertikaikan Artikel Perlembagaan 153. 

Benar atau tidak? Di harap pihak yang didakwa iaitu seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Rev. Dr Eu Hong Eng tampil memberi penjelasan. Jika benar, maka Dr. Eu mesti meminta maaf bukan sahaja kepada umat Melayu di Malaysia, akan tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia secara amnya. Jika PERKASA yang bersalah, pihak PERKASA juga mesti melakukan hal yang sama.

Isu2 sebegini amat menakutkan masyarakat. Melayu CinDia selaku blogger Gelombang Rakyat sendiri amat pasti, jauh di sudut hati masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan tidak ambil tahu akan situasi politik semasa (atas pagar) tidak suka mempertikaikan isu2 sebegini. Kerana ini adalah Negara Malaysia. 

Jikalau benar Paderi tersebut melakukan hal yang disebut PERKASA, dia bukan bercakap mewakili majoriti rakyat beragama Kristian di Negara ini. Begitu juga sebaliknya bagi pihak PERKASA. Kerana rakyat Malaysia secara amnya di luar sana mahu Negara ini aman. Kekalkan pada yang ada dan jalanilah kehidupan yang lebih harmoni.

Tanam di jiwa semangat 'KEKAL'. Jangan ada rasa 'PERTIKAI' mahupun 'PERTAHAN'.  Kerana semangat 'Kekal' itu benteng keharmonian diri kita, keluarga kita dan anak cucu kita. 


Jikalau Tun Abdul Razak masih hidup, inilah semangat yang beliau akan seru kembali di Negara ini.  Jangan dipertikai Pemimpin ini, beliau punyai 1 jasa yang takkan dapat dibalas sampai bila2. Pencetus keharmonian dan sifat kasih sayang, setelah melihat depan mata kepala sendiri peristiwa berdarah 13 Mei. Siapa berani nafi? Nafi jikalau berani. Orang itulah pencetus sebenar mencabul keharmonian Negara.

Insiden Video tersebut jangan sesekali berlaku di Malaysia. Kerana bila ianya bermula, ianya takkan berakhir sehingga berdepan Hari Kiamat.




1 comments:

Anonymous said...

yahudians adalah negara kerdil yang mendapat sokongan dari Barat. sokongan itu digunakan untuk yahudians nampak besar hingga jadi besar kepala dari badan.

kehuru-haraan timbul bukan kerana yahudian yang kerdil di buli oleh negara jiran tetapi kerana yahudians berlagak lebih besar kepala dari badan.

perkara sama akan berlaku di mana-mana penjuru dia kalau sikerdil enggan menerima hakikat kekerdilannya sebaliknya menggunakan sokongan luaran untuk nampak lebih besar kepala dari badan.

Peminat Opera Dunia

Powered by Blogger.