Dec 31, 2011

VIDEO PANAZZ KHALID SAMAD DEDAH BUKTI HASAN ALI AGEN UMNO!!









Inilah Video yang menyebabkan Hassan Ali bertindak. Kita percaya ramai yang tidak melihat video ini dengan jelas. 

Kerana ada di kalangan kita yang diracuni Pemimpin2 Pembangkang agar tidak membawa, melihat atau mengambiltahu langsung penjelasan dari pihak UMNO. Kerana telah disetkan minda mereka apa yang diperkatakan UMNO semuanya tipu.




Jika ini asas yang mengiyakan tindakan Hassan Ali selaku Exco Agama Negeri Selangor, apa yang menyebabkan Hadi Awang dan pimpinan PAS Pusat perlu ragu sehingga mahu masuk campur urusan portfolio Hassan Ali? Malah yang akhirnya Khalid Ibrahim selaku MB menafikan ada unsur2 murtad.



Kenapa mesti Khalid Samad menghalang tindakan Hassan Ali hanya kerana mahu menjaga kepentingan DAP? Apakah Islam sanggup dicalar hanya kerana mahukan Pakatan bersatu untuk memerintah Negara.

Tak perlu menentang usaha Hassan Ali jika benar ada bukti seperti yang dipapar Video di atas. Ini didakwa putar belit UMNO?


Putar belit apa semua ini? Ini fakta yang jelas. Lihat dan tengok sendiri Video tersebut. Jangan begitu mudah mengiyakan segala yang diperkatakan Anwar hanya kerana bersimpati dengan pertuduhan beliau.


Kenapa mesti mempertahan suara Anwar yang sekadar mencanang menafikan pertuduhan beliau? Walhal beliau tidak mengemukakan bukti? Pamerkan bukti anda. Bukankah PAS 1 ketika dahulu paling dahsyat mengugut Anwar untuk membongkar masalah moral beliau ketika memegang jawatan TPM sebelum ini?




Dan jikalau Anwar kini masih di dalam UMNO, adakah PAS dan DAP akan mempertahankan seperti ini? Karpal Singh yang kini merupakan Peguambela Anwar pernah mengugut beliau di dalam parlimen untuk mendedahkan perilaku liwat Anwar semasa memegang Menteri Kewangan.

Malah Mat Sabu telahpun menggelar Anwar Lebih Bahaya dari Mahathir merujuk kepada isu Liwat beliau dan hubungan rapat dengan Pemimpin2 Asing. Adakah semua ini bermula dari UMNO? Siapa yang mulakannya? Tanyalah wartawan terkenal Harakah Luthfi Othman. Dia tahu agenda menumbangkan Anwar yang dirancang Mat Sabu.




Rasuah dan Korupsi jadi benteng mereka memburukan UMNO. Adakah mereka benar2 tidak mengamalkan rasuah? Jikalau komisyen RM 40 ribu sebulan diberikan kepada Pengurus Besar MPSA, adakah itu telus? Mereka tidak siasat. Malah mereka pertahankan lagi jumlah komisyen yang diberikan.

Tak ada manusia yang sempurna. Maka pilih yang terbaik. Lebih 50 tahun BN memerintah. Manusia mana yang tak pernah berhadapan dengan luka parah. Akan tetapi luka parah sekalipun masih boleh dirawat. Boleh sembuh dengan baik. Untuk apa memilih Pakatan yang bijak menghina orang lain, akan tetapi realitinya merekalah virus2 menambahkan lagi luka tersebut sehingga bernanah.

FIKIR.. Minta buka hati dan minda. Akidah dan Akhlak bukan isu yang boleh dianggap remeh. Jika isu harga barang, isu rasuah dan korupsi ditekan dan diasak Pakatan, Apa yang mereka hasilkan kini bakal melarat sehingga tidak dapat dibendung.


 


Bila isu murtad dibangkitkan blogger2 Pro BN, dikata terus Hassan Ali Agen UMNO. Kita pertahankan tindakan Hassan bukan kerana dia Agen UMNO. Kita pertahankan tindakan dia kerana apa yang dia buat adalah telus. Dan persoalannya, kenapa mesti menuduh Hassan Ali agen UMNO jika benar fakta yang diberikan Hassan Ali itu benar? Ustaz Nasharuddin yang menyokong pun diserang Agen UMNO juga.

Kita bukan seperti Pakatan. Yang betul dilambung tinggi, yang salah disorok hingga ke lubang cacing. Kemudian menyelongkar kesalahan2 BN. Asalkan pemimpin itu masih membawa suara Pakatan. Kita isu2 penyelewengan yang Pakatan bangkitkan sekalipun, kita dengan dan bawa ke Mahkamah.

Ini bukan isu menaikkan rasa benci terhadap bukan Islam seperti yang didakwa Anwar terhadap UMNO. Rakyat Malaysia adalah keluarga kita. Ini isu Agama yang jelas tidak membenarkan Murtad terus berleluasa. 




Dan Kerajaan Pusat tidak pernah dalam sejarah merobohkan Kuil2 India sesuka hati sehingga menyebabkan ada orang India membakar dirinya dek kerana protes tindakan tersebut. Sepertimana yang berlaku di Selangor di bawah Kerajaan Pakatan.

BN lebih 50 tahun memerintah Negara ini. Apa yang zalim sangat sehingga wajar menukar Kerajaan yang telah terbukti rekod buruk yang tidak menjamin keamanan hanya diberi kuasa sebuah Negeri. BN telah berhadapan dengan pelbagai isu dan terbukti mampu diselesaikan dengan lebih efisyen.  Sampaikan isu Peristiwa berdarah 13 Mei sekalipun BN mampu bertahan dan berakhir dengan baik. 

FIKIRLAH.. Fikir... 


2 comments:

Anonymous said...

Penjelasan di atas amat bernas dan memang boleh diterima oleh akal yang sihat dan waras..

Tetapi tahukah saudara, penjelasan sebegini tidak sama sekali memberikan kesan @ menjentik naluri seseorang yang telah buta mata hatinya..?

Semoga Allah melindungi umat Islam di negara ini... InsyaAllah..

Mohd. Razi.

Ahmedfani said...

Pada pendapat saya, jelas, bahawa penggunaan nama Allah oleh kristian itu sebenarnya berniat untuk membuat translasi bible kedalam bahasa melayu seperti yang telahpun berlaku di indonesia. banyak website2 kristian dari indonesia yang sebenarnya mampu mengelirukan umat Islam. Jika penggunaan nama Allah ini dibiarkan, akidah umat Islam dinegara ini pasti terancam.

Dari segi bahasa pula, sebenarnya orang2 arab kristian memang memanggil nama Allah sebagai nama tuhan mereka kerana sememangnya ia adalah bahasa mereka. sepertimana dalam bahasa inggeris 'god', dan bahasa2 lain yang memanggil tuhan pelbagai nama seperti olorun, ojo, ohomorihi, chineke, abasi... semuanya mengikut bahasa mereka. Sekali lihat, ya, ia hanya soal bahasa. Anwar mengambil hujah ini tanpa memikirkan soal ummah khususnya di Malaysia pada masa akan datang. Dan ia sangat bahaya.

Powered by Blogger.