Dec 3, 2011

VIDEO PANAS LULUS SUMPAH BA'IAH KHIANAT UMNO - CERAI ISTERI TALAK 3!!?






Apabila menyebut isu bai'ah Politik, sudah pasti ianya berkaitan dengan PAS yang telah meluluskan rang Undang2 Piagam Parti mengenai taat setia dan tidak akan bertindak meninggalkan PAS untuk menyertai parti lawan.


Bai'ah atau Ikrar 'Demi Allah' ini dibongkar oleh Exco Selangor Hasan Ali dan Bekas Timb. Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mendakwa setiap Pemimpin PAS diwajibkan menyatakan Bai'ah akan menceraikan isteri masing2 jika bertindak meninggalkan parti atau dalam erti kata lain 'Lompat Parti'. Video di atas merupakan pengakuan Hasan Ali mengenai Bai'ah menceraikan isteri setelah ditanya beberapa Blogger Pro PAS. Ianya turut bersama beberapa Pemimpin PAS Pro Ulama'.



Kelihatan UMNO juga cuba untuk mengikut jejak langkah PAS melaksanakan Ba'iah seumpama sebegini. Perwakilan UMNO Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan kepada pucuk kepimpinan juga mengadakan sumpah bai'ah di kalangan perwakilan untuk mengelak parti disabotaj oleh 'pengkhianat' dalam pilihan raya umum.

Dakwaan sumpah Bai'ah di kalangan pemimpin PAS turut menarik perhatian seorang perwakilan Umno yang membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Perwakilan UMNO Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan kepada pucuk kepimpinan juga mengadakan sumpah bai'ah di kalangan perwakilan untuk mengelak parti disabotaj oleh 'pengkhianat' dalam pilihan raya umum.

Bahkan, katanya, bai'ah itu juga bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan berhubung pemilihan calon boleh menang dalam pilihan raya itu.

"Saya cukup yakin, yang bercakap tentang calon, dan yang bercakap sabotaj yang membimbangkan, kita buat sumpah bai'ah supaya tidak ada pengkhianat dalam perjuangan kita ini.

"Kita bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kita sokong calon pilihan pucuk pimpinan dan tak akan sabotaj parti ini setuju," katanya.

"Andai kata kita tulus dan mulus, maka sumpah ba'iah adalah sesuatu yang penting untuk mempastikan tiada pengkhianatan dalam parti dan memastikan Umno berkuasa di negara ini," katanya.

Namun jangan diputarbelit cadangan beliau. Beza Bai'ah yang dicadangkan ini hanya sekadar sumpah taat setia. Tidaklah sehingga meletakkan syarat akan menceraikan Isteri jika Bai'ah ini diingkari. Biarlah Allah sahaja yang tentukan nasib mereka yang melakukan bai'ah.


Bai'ah sememangnya disaran di dalam Islam jika ianya melibatkan soal taat setia dalam perjuangan. Akan tetapi, menyalahgunakan Bai'ah adalah salah di sisi Agama. Sepertimana yang diperlakukan terhadap PAS dengan mengambil langkah akan menceraikan Isteri masing2 jika melanggar ba'iah di dalam Parti.


6 comments:

Anonymous said...

xyah lah nak buat sumpah2 bodoh tu ...hanya akan memalukan diri sendiri je nanti..dan tidak digalakan.

Mulut tempayan boleh aje ditutup nie kan manusia...faham2 aje lah.

Yang wajarnya masing2 berikrar pada diri sendiri itu lebih baik.

Anonymous said...

Benda? Baiah-baiahnya macam orang PAS yg tolol 2.Tekad dlm hati bahawa aku adalah orang UMNO n sokong sape saja.Itu saja.Orang PAS 2 kdang2 2 jadi tolollah.Sampai nak cerai isteri lak.Hem...!

Anonymous said...

Yang tu namanya bai'ah CHIBAI !

Ambil isteri kerana Allah swt pada awalnya, lepas tu cerai kerana politik.

Pakai serban ikut Nabi saw, konon ! Perbuatan macam setan !

Anonymous said...

Terbukti bahawa PAS adalah sebuah agama baru yg bersembunyi di balik pertubuhan parti politik supaya x dapat dikesan dan diharamkan oleh para mufti.

Dgn cara politik murahan itu juga para ularmak PAS menarik ramai orang utk menyertai agama baru mereka.

Kasihan sungguh pada orang2 yg tertipu. Merekalah golongan yg ghuluw dan ghurur.

Anonymous said...

tak payah nak berbai'ah macam PAS. ni perwakilan mana ni punya mentaliti PAS. Macam tak percaya qada qadar Allah

usin said...

dah takde cadangan lain? apa ke jadah nk berbai'ah bai'ah bagai ni? nk jadi mcm pas yg jadikan isteri sebagai taruhan. nape tak bai'ah nyawa sendiri. keluar parti kena bunuh diri...lg bagus!!!

Powered by Blogger.