Dec 28, 2011

TOK HIM AKUI CEMBURU SAKIT HATI HASAN ALI DIGELAR GADUH MELAYU!!?






Sempat juga wartawan Portal Malaysiakini bertemu Ibrahim Ali selepas sidang Media petang tadi. Agaknya soalan yang hendak ditujukan agak menarik. Rupa2 nya komen beliau mengenali propulariti Hassan Ali yang semakin melonjak sebagai pejuang Agama dan Bangsa. 

Satu usaha wartawan untuk menggunakan cara psychology melihat feedback Ibrahim Ali kerana sebelum ini beliau dilihat sebagai jaguh Melayu. Akan tetapi sepertinya gelaran itu bakal diberikan kepada Hassan Ali dan menenggelamkannya.

Akan tetapi tidak. Di sini kita dapat lihat sejauhmana seorang pemimpin itu jujur memperjuangkan Agama Bangsa dan Negara. Ibrahim Ali berterus terang mendakwa setiap individu yang terlibat dalam kancah politik Negara mesti berhati2 menyokong seseorang Pemimpin. Kerana realitinya, masyarakat diluar sana tidak tahu akan hati dan jiwa seseorang.

Nasib Hassan Ali dakwa beliau bergantung kepada Qada' dan Qadar. Kerana beliau tidak tahu apakah sebenarnya permainan politik samada dari kalangan PAS mahupun Pemimpin2 tertentu di dalam parti tersebut termasuklah Hassan Ali sendiri.


Jika Hassan Ali berpegang teguh kepada perjuangan beliau, maka Ibrahim Ali mendakwa waimah apa jua keputusan walaupun kembali redha seperti sedia kala, Hassan Ali tidak sama sekali akan menarik semula asas yang disebutnya iaitu Islam, Melayu dan Raja2.

Akan tetapi, jika sebaliknya, ini jawapan Ibrahim Ali.. "Esok-esok benda itu selesai. Dia boleh bertanding balik dalam PAS. Mungkin dia seronok. Mungkin pada masa itu, orang akan tahu colour (warna) dia. Saya berterus terang. Pada masa itu, orang tahu colour dia," katanya.


Siapa sangka Ibrahim Ali satu ketika dahulu adalah puak penentang Tun M dengan memilih bersama Ku Li di dalam Semangat 46, kini Ibrahim Alilah individu yang mempertahan bekas PM itu. Namun yang pasti, apa jua tindakan Tok Him 1 perkara yang tidak sama sekali beliau cuba lenyaapkan dan ditanam sebagai prinsip "Pertahankan Agama Islam, Pertingkatkan Keutuhan Bangsa Melayu dan Memperkasa Jiwa Patriotik Negara Malaysia."


Mungkin perjalanan beliau dilihat bercelaru dalam politik. Melayu CinDia sendiri selaku pemilik blog ini tidak banyak bersetuju pendirian politik beliau. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, alih2 memilih jalan tengah pula. Tapi tak semestinya orang yang kita kurang suka tidak ada kebaikan. Setiap manusia ada kebaikan yang boleh dijadikan salah 1 prinsip hidup.

Hari ini beliau boleh berbangga kerana perjalanan beliau yang dihina seperti 'katak' itu tidak menggoncang jiwa dan kekuatannya. Kerana ke mana sahaja beliau pergi, ada 1 prinsip yang beliau tidak pernah sama sekali akan tinggalkan. Iaitu Demi Allah untuk Agama, Bangsa dan Negara.


1 comments:

Anonymous said...

Lompat Si Katak Lompat, Lompatlah Tinggi Tingg

Powered by Blogger.