Dec 23, 2011

TERKINI - DATUK NALLAKARUPAN DIUMUM BAKAL PRESIDEN MIC!!?







Presiden MIC. Siapa Presiden MIC pada ketika ini? Mungkin bagi mereka yang benar2 mengikuti dan berdepan dengan kerjaya Politik boleh memberi jawapan dengan pantas. Namun tidak bagi masyarakat biasa. Jenama S.Samy Vellu masih melekat dan tidak dapat dipisahkan dengan jawatan No. 1 Parti mewakili masyarakat India itu.

Namun, Samy Vellu berakhir dalam kerjaya politik dengan nama yang agak suram dan dilihat kotor. Akan tetapi jikalau telah dinamakan Pemimpin, tambahan pula Pemimpin yang berjawatan dalam 1 tempoh yang agak lama, tipulah jika tiada langsung jasa Samy Vellu terutamanya terhadap masyarakat ini. Akan tetapi biasalah. Bila sudah dibusukkan imejnya orang takkan nampak yang baik. Rasa macam tak adilkan? Tapi itulah realiti politik masa kini.

Bila difikirkan kembali, timbul persoalan baru di minda, siapakah Pemimpin India era menjelang PRU13 yang berpotensi untuk berkhidmat bersama rakyat? Jika PRU13 ramai yang kata Anwarlah pemimpin yang membela masyarakat yang didakwanya minoriti di Negara ini sehinggakan berjaya melabelkan dirinya selaku Makkal Sakhti.


Akan tetapi, badi suara keramat India itu memakan diri. Anwar bukan sahaja mungkir janji, akan tetapi bertindak lebih zalim dari Samy Vellu. Kg. Buah Pala sudah cukup dijadikan contoh, bagaimana hinanya kaum India di mata pandangan Anwar. Anwar jugalah penyebab utama seorang individu membakar dirinya tanda protes tindakan Kerajaan Negeri Selangor cuba meruntuhkan rumah Ibadah yang antara tertua di Negeri tersebut.


Nallakarupan. 1 nama yang agak sinonim dengan Anwar. Sahabat karib yang merelakan dirinya dipenjarakan untuk dijadikan kambing hitam menyelamatkan jawatan TPM yang dipegang sahabatnya 1 ketika dahulu. Beliau pernah diberi peluang membarisi Pimpinan PKR. Lalu meninggalkan parti itu secara rasmi dan mengisytiharkan dirinya musuh Anwar setelah bersahabat dengannya selama 30 tahun. Sebab apa? Perangai jijik Anwar. Jijik dengan moral yang rendah. Jikalau taknak bicara soal moral sekalipun, lihatlah hasil kekejaman Anwar terhadap masyarakat India. Dibuat seperti haiwan liar.



Nallakarupan diberi amanah bagi memegang jawatan Senator. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 2 November 2011. Ada yang mempertikai perlantikan beliau. Akan tetapi, realitinya, Presiden Parti Bersatu India Malaysia ini bukan dipilih atas faktor populariti semata2. 

Ingat. Winnable Candidate yang dibicarakan Najib Tun Razak mesti ditanam dan diterima setiap ahli Politik. Sesiapa sahaja yang berpotensi diterima rakyat akan dipilih, walaupun tidak disenangi beberapa puak parti yang lain. Kerana apa yang lebih penting pada masa kini adalah pilihan rakyat.

Kejayaan pertama bergelar Senator? Melalui soalan yang beliau kemukakan kepada pihak Kementerian Pengangkutan agar Bahasa Tamil turut disenaraikan antara Bahasa utama perkhidmatan komunikasi di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA). Huh? Apa relevennya?

Ianya berdasarkan kajian beliau yang memperlihat jumlah kemasukan pelancong dari Negara India ke Negara ini semakin meningkat. Cadangan tersebut lantas diluluskan serta merta. 

Mungkin ianya dilihat cadangan yang remeh. Tidak sama sekali bagi masyarakat India. Cadangan Nalla ini tidak pernah dikemukakan dari mana2 Pemimpin India yang membarisi Dewan Negara waimah Dewan Rakyat.

Cadangan Datuk Nallakaruppan itu memperlihatkan komitmen beliau yang tegas dalam menaikkan mertabat Bahasa Tamil sebagai salah sebuah bahasa yang diikhtiraf di Negara ini. Patriotik. Kerana Bahasa Tamil bukan bahasa bagi masyarakat India di Negara ini semata2. Bahasa Tamil adalah sebahagian nadi komunikasi rakyat Malaysia.

SYABAS DATUK NALLA.. Harapan agar kejayaan pertama beliau di Dewan Negara menjadi peransang yang lebih tinggi dalam membela Rakyat Malaysia secara amnya. Kerana masyarakat India di Negara ini dahagakan pemimpin yang mewakili kaum mereka.


0 comments:

Powered by Blogger.