Dec 13, 2011

TERBARU - POLIS INDONESIA TERIMA LAPORAN KES LIWAT KE 3 ANWAR..!!?





 
Suka sama suka. Kenyataan Karpal Singh di mahkamah semalam berkenaan liwat yang diperlakukan Anwar dan Saiful Bukhari atas dasar tersebut membuktikan berlakunya kejadian tidak bermoral itu. Apa lagi yang hendak disembunyikan? Jikalau pasangan ini adalah lelaki dan wanita, mungkin akan dinikahkan. Tapi malangnya, takkan Wan Azizah rela dimadukan dengan seorang lelaki bersama Anwar?

Minggu ini rakyat Malaysia akan sekali lagi menantikan keputusan kes liwat II samada Anwar diputuskan pihak Mahkamah bersalah, atau sebaliknya. Apa yang pasti, 2 jawapan bakal diberikan PKR serta juak2 Pembangkang. Jikalau bersalah, mahkamah dianggap Paddy Kutty. Jikalau sebaliknya, Anwar bakal dijulang Manusia pilihan Tuhan.




Tapi agak terkejut juga apabila membaca blog Sanggah Tok Janggut yang mempamerkan sekeping gambar yang dakwanya merupakan salah seorang lelaki yang bersahabat dengan adik Angkat Anwar iaitu Sukma Darmawan.

Lelaki Indonesia ini kemudiannya diperkenalkan kepada Anwar di Hotel Nikko Jakarta sebelum hubungan 'persahabatan' terjalin bersama Anwar.

Jangan terdengar laporan polis kedua mengenai kes liwat III pula? Akan tetapi bukan itu persoalannya. Apa yang pasti, soal moral ini jangan dipermain2 kan. Anwar merupakan pemimpin yang paling banyak merendah2 kan moral PM Najib Tun Razak tatkala beliau tidak pernah mencuit Anwar sekalipun. Jikalau ada, pamerkan buktinya.


Yang pasti, bukti pertuduhan paling mengaibkan iaitu Pembunuhan dari mulut Anwar sendiri terhadap Najib belum dibuktikan. Mana gambar Najib yang didakwa beliau bersama Altantuya yang pernah beliau janjikan Anwar dipamerkan kepada umum?


0 comments:

Powered by Blogger.