Dec 6, 2011

SOI LEK JAWAB ISU HUDUD - "PAS BERLAKON JE TU.. DIA TAU SAYA NAK BANTU DAP!!"







PAS beriya2 dan tak sempat menyempat membuat kenyataan Media dengan kadar segera menghentam tindakan Presiden MCA Chua Soi Lek yang mengkritik kesan perlaksanaan Hukum Hudud pada ketika ini. Jelas jawapan mereka adalah berbentuk balas dendam setelah bernanah telinga kena hentam dengan UMNO berkenaan Isu Hudud yang ditentang DAP.

Apa yang PAS marah sangat? Bukankah pandangan Soi Lek ini selari dengan pendirian DAP? Bukan itu sahaja, Soi Lek hanya ulang tayang semula kenyataan2 yang dibuat DAP berkenaan kesan Perlaksanaan Hukum tersebut. Dan siapa yang sekarang ini berjuang untuk laksana Hukum Hudud? UMNO atau PAS? 

UMNO boleh mengambilkira kritikan PERKASA dan ABIM berkenaan desakan untuk mengambil tindakan terhadap Menteri Porno tersebut. PAS tidak perlulah berlumba2 hendak menjadi jaguh Pahlawan Islam. Kerana kamu hipokrit.

PAS yang dulu menjelaskan HARAM bekerjasama dengan mana2 pihak yang menentang Hukum Hudud. Kini kamu bersama DAP yang secara2 terang berlandaskan dasar perjuangan menentang Hukum tersebut.

PAS yang dulu mendakwa UMNO kafir kerana tidak melaksanakan Hukum Hudud serta bersekongkol dengan Kafir. Kini kamu bukan sahaja bekerjasama dengan DAP, malah kenyataan Pemimpin DAP lebih dahsyat dan biadap daripada Soi Lek. (Merujuk kenyataan Hukum Hudud : Langkah Mayat Saya Dahulu.)

PAS pernah menjawab apa jua kenyataan negatif DAP berkenaan soal Hudud adalah hak dan pandangan dia. Lantas tidak perlulah kamu beriya2 seperti hendak menang 'award' berlakon menghasut serta menipu rakyat.

Isu Soi Lek akan diselesaikan. UMNO dan komponen BN yang lain tidak boleh lari dari masalah ini. Buat PAS.. Nak berjuang Hukum Hudud tak payah banyak cakap. Laksanakan terus di Selangor, Kedah, Penang dan juga Kelantan. Mulut banyak cakap otak macam unta tak guna juga.



2 comments:

Bingai @ Bangang said...

kerjasama dengan kafir jadi kafir? kalau camtu PAS bukan bersekongkol dengan DAP sahaja yang dianggap parti kafir tetapi PKR juga boleh diiktirafkan sebagai parti kafir. Harap lain kali bila merujuk kepada parti kafir kena sebut macam ini:

"Kini kamu bukan sahaja bekerjasama dengan DAP dan PKR (Kedua-duanya parti kafir),"

baru power bro. hehehehehe

Anonymous said...

hehehe..terbaeekkk ar bro...syabas..!!

Powered by Blogger.