Dec 7, 2011

PRU13 - KARPAL SINGH UGUT 3 KERUSI PARLIMEN DAP DI KELANTAN!!







PAS Kelantan hari ini membuat keputusan tidak meletakkan calon dari DAP untuk bertanding dalam mana2 Parlimen mahupun DUN di Kelantan. Ini disebabkan realiti akar umbi PAS yang mesti diperakui bahawa parti pimpinan Karpal Singh tidak mesra dan benci dengan semangat kebangkitan rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Ini juga memberi kesan terhadap beberapa Pemimpin DAP yang mendakwa PAS semakin biadap dan tidak mengikhtiraf hubungan parti tersebut di dalam Pakatan. DAP Negeri Terengganu mendakwa, PAS Kelantan terlalu bongkak memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun akan tetapi lupa bahawa PAS tidak akan mampu memperolehi jumlah Parlimen sedia ada dengan ketiadaan DAP.

PAS juga lupa bahawa kemenangan mereka juga akibat pengaruh DAP sendiri berdasarkan jumlah pengundi bukan Melayu terutamanya dari kalangan pengundi Cina.

Mengikut keputusan yang diperbincangkan, 1 kerusi parlimen yang ditandingi PAS adalah, Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pengkalan Chepa dan Jeli.

Kerusi DUN pula adalah Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjung Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Tendong, Pengkalan Pasir, Chetok, Meranti, Gual Periok, Bukit Tuku, Salor, Pasir Tumboh, Demit, Tawang, Perupok, Jelawat, Melor, Kadok, Kok Lanas, Bukit Panau, Gual Ipoh, Kemahang, Selising, Limbongan, Semerak, Gaal, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Bukit Bunga, Air Lanas, Mengkebang, Manik Urai, Dabong dan Galas.

Kerusi Parlimen bagi PKR pula adalah Tanah Merah, Ketereh dan Machang, manakala Dun pula adalah Paloh, Nenggiri, Guchil, Pengkalan Kubor dan Kuala Balah.

Selain Kelantan, Pakatan Rakyat Selangor juga sebelum ini memaklumkan agihan kerusi di negeri berkenaan berjaya diselesaikan.

0 comments:

Powered by Blogger.