Dec 18, 2011

PINJAM BANK DUNIA - ANWAR KEMBALI 'BUNUH' MAHATHIR!!?







Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Dr Mahathir berkata beliau adalah orang yang menolak pinjaman daripada Bank Dunia pada masa itu tetapi, sekiranya apa yang didakwa oleh Anwar itu benar, sila tunjukkan surat itu.

"Saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.

"Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di Masjid dengan al-Quran. Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah ke tiga di Butterworh hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah berita online (Malaysiakini) hari ini, yang melaporkan bahawa Anwar telah membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir bahawa bekas perdana menteri itu pernah menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada masa itu.

"Saya biasa cakap kepada dia (Anwar), kalau kita buat pinjaman kepada bank dunia, kita tidak akan ada gaji yang cukup untuk bayar kepada pegawai-pegawai kita. Tetapi dia telah ikut cara-cara bank dunia sampai rosak fikirannya," katanya.

Sementara itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut bersama berkata beliau boleh menjadi saksi bahawa Dr Mahathir adalah orang yang menolak pertolongan bank dunia dan apa yang didakwa oleh Anwar itu tidak benar.

Nor Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau masih ingat ada satu ketika wakil daripada bank dunia dan IMF telah datang untuk mencari Dr Mahathir untuk membincang tentang cara untuk elakkan krisis pada 1999.

"Wakil bank dunia itu telah mencadangkan kepada Dr Mahathir untuk menambah kadar faedah rumah, kerajaan pula tidak boleh belanja dan bank negara harus tarik balik semua pinjaman untuk elakkan krisis ekonomi.

"Namun Dr Mahathir memberitahu mereka bahawa cadangan itu akan membawa kepada 'bloods in the street' dan mereka berkata 'let it be bloods in the streets' tetapi cadangan itu telah dibantah keras oleh Dr Mahathir yang kemudiannya menghalau  wakil bank dunia itu keluar dari pejabatnya pada ketika itu," katanya.

- Bernama

8 comments:

Anonymous said...

Kalau yea pun nak membohong bang Nuar tungulah lama sikit...ni Tun M dan yang lain-lain masih bernyawa lagi dah nak berbohong......kan dah malu sendiri.

Anonymous said...

itu lah TUN M... idola aku spnjang masa... seorang yang teguh dgn pendrian dan berpandangan jauh.. dia tahu.. kalau dia pnjam.. krisis pada tahun tu akan selsai tapi impaknya akan pergi ke masa hadapan! TERIMA KASIH TUN! i <3 TUN M! :')

Anonymous said...

makna bukti nuar? kau kalau fitnah org bukan main lagi. dulu kau kata ada berkotak2 risalah kerajaan, kau fitnah najib bunuh org, kau kata tun ada konspirasi, kau fitnah sana sini... now kau pusing 360 darjah fitnah lagi tun M. maa bukti? tun M ada semua bukti dan saksi, kau mana bukti dan saksi? kalau dah sadar pondan tua tu pondan tua jugaklah. PENGECUT DAN DAYUS! segala bukti kau x pernah nk bg tp kau keep tuduh org itu org ini. NOW MARI JUNJUNG QURAN SUMPAH SAJA. PUN KAU TAK AKAN BERANIKAN PENGECUT? biar rakyat saja yg sumpah kau 7 keturunan tak aman hidup kat bumi malaysia ni. PTUIH!

Anonymous said...

Baru sekarang baru si Anwar bagitau kat rakyat..? Walhal.., Tun M dah lamaaa dah kasitau... bahawasanya, si al Juburi lah orang yang nak pinjam.., tapi di tolak Tun M.!

Kalau Tun M berbohong dulu.., kenapa baru sekarang al Juburi timbulkannya?
Nampak sangat bodoh bengang si Nuar ni. Baru terlintas nak spin agaknya..

Mana bole nak ubah sejarah.... Dah termaktub dahh..!

Anonymous said...

Aku percaya apa yg tun m katakan adalah btul sekiranya tun m buat apa yg aljuburi dakwa itu dah lama rakyat mysia mati kebuluran Dan menjadi bangsa yg paling bangsat seperti Indonesia yg do jajah oleh imf........fuk u annuar

Anonymous said...

AlJuburi ni memaang sps yahudhi.tak mengalah walaupun bersalah.Dia dan keluarga mempunyai wang berjuta tak pernah ada orang aibkan.makanlah wang haram dan darah rakyat.Zalim.Skg semuanya dah terbalik siapa firaun di Msia.Kesian Puak Pas terpalit sama dengan cara dia.
Msia dah muflis sejak dulu 1999 kalau ikut IMF.Bersyukur Allah memeberi petunjuk kpd T M.Kita skg ni tidak papa.Semua itu adalah hikmahnya.
AlJuburi tu dah x ada modal.satu keluarga di terpalit,harap mereka bertaubat sebelum hilang di dunia.

Anonymous said...

kah kah bodoh nya mahfus dan ahli PAS ni anwar memang la dah bodoh bangang 3dr class pengajian sjarah bukan bidang ekonomi pun....tuduh Tun minta bantuan IMF apasal tak kata terus tambatan ringgit bukan idea Tun Dr M ,tu idea dia yang buat kah kah kah...bodo bertingkat tingkat Bang Non ni.......

Anonymous said...

Mamat Nuar ni punya la BANGANG ! Kes nak tutop baru nak serang ! PUKIMAK punya strategi !

Hakim Zabidin tu pon bukan calang2 hakim. Logic & common sense dia, mak oi..very praktikal.

Aku dah tengok satu kes CIVIL kat High Court Penang dulu..Chantek keputusan dia... very FAIR ! Ada juga aku tanya lawyer2 kat Penang tu pasai dia ni..depa kata..wow... he is no NONSENSE judge ! Lawyers pun respect ! Agaknya pasai tu la dia dilantik kot!

Kepada Yang Arif, harap keputusan dibuat kelak setimpal dengan pembuktian dan tidak terpengaroh dengan CACIAN / MAKIAN dari kandang hari tu ! Panas, memang la panas , abis merah chupeng telinga nak wat camna, kan kita ni manusia biasa !

Gua betui2 respect lu Yang Arif !

Cuma, sorry la cara expressi gua..budak jalanan je !

Powered by Blogger.