Dec 11, 2011

PEGUAMBELA KES LIWAT ANWAR 1998 TAMPIL BERI BUKTI DI MAHKAMAH!!?






Peguam Zulkifli Nordin, antara yang pertama membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan kes liwat pertamanya pada tahun 1998. Beliau bersungguh-sungguh mempertahankan mantan Timbalan Perdana Menteri berkenaan dan sanggup menghadapi pelbagai risiko termasuklah disumbat dalam kurungan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Malah beliau sanggup berbuat apa sahaja untuk Anwar dan pernah digelar Panglima semasa ditahan di bawah ISA kerana begitu taksub dengan bosnya itu.

Itu dahulu...kini, beliau sudah pusing 360 darjah daripada penyokong dan pembela Anwar dan kini pusing merata tempat untuk menentang bekas idolanya itu.

Kenapa peguam yang kini bergelar Datuk dan menjadi ahli parlimen bebas di Kulim Bandar Baru meninggalkan pakatan rakyat dan menentang mereka?

Sebabnya adalah beliau tidak mahu ditipu, dibohongi dan diperdaya lagi dan tidak mahu rakyat memberi sokongan kepada Anwar yang disifatkannya orang yang paling tidak layak menjadi pemimpin apatah lagi bergelar Perdana Menteri.

Katanya, bukan beliau sahaja yang tidak mahu lagi bersama-sama Ketua Pembangkang itu malah kesemua lapan orang lagi peguam bela yang mempertahankan Anwar kes liwat pertama tidak tidak lagi bersamanya dalam kes liwat sai Bukhari Azlan.

Beliau juga meminta orangramai berfikir kenapa semua mereka sembilan orang peguam yang membela Anwar pada tahun 1998 tidak kembali membantunya dalam kes liwat 2008 melibatkan Saiful Bahri.

"Anwar pembohong..dia tipu. Dulu saya percaya.  Dua belas tahun saya kena tipu.. tetapi Tun Dr. Mahathir terkena 20 tahun," katanya ketika menyampaikan ceramah anjuran Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Rukun Tetatangga Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, Jumaat malam.

Kini barisan peguam Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh kebanyakan terdiri dari bukan Islam.

Dalam ceramahnya kira-kira 90 minit itu Zulkifli, bekas pemimpin PAS yang bertanding atas tiket PKR dalam pilihanraya 2008 itu mendedahkan pelbagai pembohongan seperti kes 16 September yang diuar-uarkan sebagai tarikh pengambilalihan Putra Jaya, majlis angkat sumpah di Istana Negara dan kononnya pihak tentera juga berada di belakang pakatan pembangkang.

Beliau juga cerita bagaimana Anwar pernah mendakwa Allahyarham Tun Ghafar Baba mahu menemui beliau kerana mahu memohon maaf.

"Apabila saya tanya pada Zaid Md Arip (cucu Ghafar), Zaid kata memang dia yang aturkan temujanji tetapi Anwar yang mahu memohon maaf kerana melawan Tun Ghafar dalam UMNO.  Akhirnya Zaid minta datuknya batalkan sahaja pertemuan itu,'' ujarnya.

Menurut Zulkifli, beliau berpaling kerana meragui pendirian Anwar terhadap agama dan sangggup berbuat apa saja demi memenuhi hasratnya.

"Kini PAS sudah gadaikan perjuangan Islamnya kerana itulah yang Anwar mahu. Fikirkanlah betapa bahayanya Anwar jika menjadi Perdana Menteri.

"Saya dah tengok dia rungkaikan pakatan rakyat dan PAS. Saya tidak akan duduk diam-diam"

"Sebagai ahli parlimen, saya ada amanah. Saya kenal Anwar dan akan tentang dia secara terbuka kerana saya perlu beritahu," ujarnya.

Zulkifli juga mendakwa Anwar ada berjanji yang mahu melantik beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal Islam semasa pelan 16 September.

Juga dakwannya janji seumpama itu juga ditabur pada Ahli Parlimen BN yang cuba dipancing sertai pepan 16 September.

Mengulas lagi tentang kes liwat Saiful,Zulkifli berkata Anwar tidak berani bersumpah dimahkamah dalam kes liwatnya dan memilih untuk bercakap dari kandang tertuduh sahaja.

Katanya, dengan berada di kandang, peguam atau hakim sendiri tidak boleh mengemukakan pertanyaan.

"Tetapi dia pusing keliling bagitau dia belasah hakim dan sebagainya di mahkamah. Betullah tak ada yang jawab sebab tidak dibolehkan. Dia cakap seorang sahaja, tetapi orang kampung percaya," katanya.

Artikel Nukilan Badrul Hisham Abdul Aziz dari Agenda News

8 comments:

Anonymous said...

pd pndgn aku, bkn skdar hnya perlu wujud blogger. kita perlukn jugak pengkomen tegar pro krjaan di dalam mlysia kini n malaysia insider.. boleh diperhatikn, xsemua pmbaca baca entry pmbgkang tu..coz nothing. tapi mereka semua suka baca komen2 di bawah entry. yg menghentam kerajaan. drpd persembangan bawah itu yg dijadikn topik bualan.jadiif byk pengkomen tegar pro kerajaan di dlm 2 portal ni, aku rasa deorang leh bukak mata jugak. utk mhrap deorang baca blog krjaan adalah sgt mustahil.. ini pndangan aku

Anonymous said...

Anuar tetap anuar yang tidak akan berubah-rubah sampai bila-bila walau ke penghujung hayat, dia akan berbohong dan terus berbohong, malangnya rakyat yang mudah tertipu akan tertipu dan terus tertipu,,, dia tetap tidak akan bertaubat. Manusia ini sudah krekk..

Anonymous said...

Jiwa kacau, jiwa yang tidak pernah tenteram, penuh dgn dendam kesumat,hasad dengki dan tamak haloba. Kerana tamaknya harta, pangkat dan kekayaan dunia, Anwar sanggup membuat apa saja, pelbagai pembohongan, penipuan, memfitnah adalah rutin hariannya.

Anonymous said...

AI adalah orang yang petah bercakap. Seorang pemidato dari zaman universiti lagi. Seorang yang pada mulanya lurus tapi sekarang tak beberapa lurus. Yang bengkok, benda lain. Kalau nak menggoreng pun, mesti ada rencahnya TAPI kalau kuali itu kosong, hanguslah kuali itu. Dia tak sedar bahawa setiap kali sekarang dia buka mulut, semakin itulah semakin cacat peribadi dia. Sebab bak kata Bob Marley, "You can fool the people sometime but you can never fool the people all the time". Time to go, AI. Say bye-bye!

Anonymous said...

BUKAN XNAK BERHUJAH DALAM MALAYSIAKINI ATAU MALAYSIA INSIDER TETAPI KESEMUA PENCACAI PEMBANGKANG DALAM RUANG KOMEN TUE HANYA PANDAI MAKI HAMUN DAN TIDAK DAPAT MENERIMA KEBENARAN ATAU BERHUJAH DENGAN PROFISIONAL...

Anonymous said...

Aku bkn penyokong anwar tp jgnla tuduh die meliwat selagi mahkamah blom menjatuhkn hukuman or keputusan muktamad bhwa anwar bersalah.harap tidak sebarkn fitnah selagi blom sahih kebenarannya.terima kasih.

Anonymous said...

Dalam tahun 1999
, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa (TIADA DINYATAKAN LIWAT). Pada tahun 2000
, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat
). Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, mahkamah, Mahkamah Persekutuan
 Malaysia telah MENGGUGURKAN sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. ~sumber: Wkipedia~

Anonymous said...

http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim

Powered by Blogger.