Dec 25, 2011

PART 1 - MUSTAFA ALI 'DIBAYAR' JOIN PUAK PAS PRO ANWAR!!?







MISI Kerajaan Perpaduan atau nama samarannya Unity Government (UG). Yang pernah didakwa hampir berjaya akan tetapi 'disekat' sepantas kilat melalui fitnah2 Puak PAS Pro Erdogan.

Siapa yang memulakan idea UG ini? Hassan Ali? Nasharuddin Mat Isa? Atau ada 'orang lain' yang memulakannya, setelah itu diugut oleh puak berhaluan kiri, yang akhirnya 'orang lain' itu menyelamatkan diri lalu menjadikan Hassan dan Nasharuddin sebagai mangsa keadaan?

Video di atas merupakan ucapan Hassan Ali ketika hari Pertama memberi ucapan di Sidang DUN Selangor sebagai wakil Exco Kerajaan Negeri. Adakah video di atas membuktikan beliau benar2 ada usaha menyatukan UMNO-PAS di bawah payung 1 Kerajaan Perpaduan? Orang kata politik ini tak ada yang mustahil.

Tapi jikalau benarlah sekalipun ada usaha UG ini tidak mungkin Hassan Ali orang yang mengadakan pertemuan bersama beberapa Pemimpin UMNO. Beliau individu yang bukan sahaja salah seorang pemimpin Anti Rasuah, malah tidak digemari beberapa Pemimpin UMNO Selangor termasuklah bekas MB Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo.

Malah Tun M sendiri orang pertama yang didakwa tidak gemari Hassan Ali. Tun M jangan main2. Dia seorang Pemimpin yang sangat berterus terang. Dia tak suka, dia cakap.



Nama Mustafa Ali didedahkan oleh Hassan sebagai individu yang bertanggungjawab mengadakan pertemuan tersebut. Benarkah? Mungkin kenyataan akhbar Harakah di atas dapat direnungkan semula.




Kenyataan melalui Harakah dari Mustafa Ali ini juga menyebabkan PAS Pro Erdogan panik seketika. Kenyataan ini jugalah menyebabkan Anwar dengan segera ke Kota Bharu menemui Nik Aziz. Dan kenyataan ini jugalah menyebabkan Harakah buat pertama kali dalam sejarah ditarik semula keluarannya bagi edisi tersebut setelah dikritik pedas Nik Aziz. (Lihat Video di atas).

Siapa sebenarnya individu yang mencetuskan idea kerjasama UG ini? Kenapa Mustafa Ali membuat kenyataan seolah2 digambarkan tidak bersetuju dengan kerjasama Pakatan Rakyat?

Tapi kenapa pula kini Mustafa Ali membawa suara mewakili Pro Erdogan? Nanti pembongkaran khas UG selepas ini.

0 comments:

Powered by Blogger.