Dec 8, 2011

PANAZZ - KHALID SAMAD CABAR HASAN ALI CERAIKAN ISTERI SEGERA!!?





 

Kenyataan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang mengeluarkan statistik peratusan yang membuktikan potensi kemenangan BN di Negeri Selangor amat besar diperakui oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor. 

Namun Khalid Samad tidak bersetuju punca penurunan mendadak sokongan rakyat Selangor terhadap Kerajaan Negeri terutamanya PAS adalah disebabkan kegagalan pimpinan Khalid Ibrahim memberi kemajuan dan kebajikan terhadap rakyat. Akan tetapi beliau menyalahkan Hasan Ali sebagai punca membawa pengaruh sumbang kononnya bersubahat dengan UMNO bagi menjatuhkan krelibiliti Pakatan.

Khalid Samad mendakwa tindakan Hasan Ali yang acap kali menghalang perniagaan arak berkembang di Negeri tersebut telah mendatangkan kemarahan terhadap masyarakat Cina di Selangor terutamanya yang baru sahaja mula menyokong Pakatan.

Selain itu, tindakan Hasan Ali mengambil tindakan melulu terhadap beberapa individu yang hampir meninggalkan Agama Islam (Murtad) dilihat melampau sehinggakan mengguris perasaan rakan2 Pakatan yang beragama Kristian.



Maka Hasan Ali bertanggungjawab jika Pakatan tewas pada PRU13. Hasan Ali dakwa beliau sebenarnya mengimpikan jawatan MB Selangor sejak sekian lama lalu bertindak kononnya menjadi seorang jaguh Islam di Negeri ini sehinggakan tidak memikirkan kesan terhadap hubungan Pakatan iaitu DAP dan PKR.

Khalid Samad didakwa mencabar Hasan Ali meninggalkan PAS serta merta jika benar tidak dapat menerima agenda terkini PAS dalam memastikan kemenangan Pakatan pada PRU13.

Khalid Samad agaknya lupa. Nak tinggalkan PAS kena ikut Baiah yang ditetapkan. Tinggalkan PAS maka jatuhlah talak terhadap isteri masing2. 


8 comments:

Servant of God said...
This comment has been removed by the author.
Servant of God said...

"... sehinggakan mengguris perasaan rakan2 Pakatan yang beragama Kristian."

Adakah mempertahankan aqidah itu kurang penting daripada menjaga hati orang kafir?

Masya Allah.

Talk With Hand said...

hahaha mohon follow blog saya ..

http://talkwithhand.blogspot.com

Anonymous said...

Demi bangsa dan agama... Mana2 mp/adun pas yg telah sedar tapi takut nak tinggalkan PAS kerana telah membuat ba'iah. Tiada masalah, serahkan saja isteri kamu tu kat aku utk satu malam... aku sanggup jadi 'cina buta'. Kompom 'tak celup' punya....

Anonymous said...

Lompat parti kena ceraikan bini. Kerja gila ni. Dalam Al Quran pun tak ada hukum macam tu.

Ni siapa yang buat peraturan gila ni. Kalau pada ahli sendiri pun tak percaya, macam mana PAS boleh percaya pada DAP dan PKR.

Fikirlah sendiri . . .

Anonymous said...

JIKLAU BENARLAH ADA BAIAH MACAM TUE..WAJIB PARTI PAS INI DISIASAT JAKIM..KERANA ADA UNSUR2 AJARAN SESAT....

Anonymous said...

kalau macam tu, sebelum kawin, org pompuan wajar tanya bakal suami tu sokong parti ape dulu..karang tetibe dah kawin,nak kuar parti, kena cerai pulakkk...stupid act.

Anonymous said...

aku xpaham org tua bpolitik ni..ade ke suh ceraikan bini..orb islam mne soh smpai ceraikan bini..ko sape nk runtuhkn msjid org..nk bpolitik pon..jgn la pragai cm budak2..ak y umo 2o ni pon myekek bace..

Powered by Blogger.